Anda di halaman 1dari 9

SOALAN 4: BINCANGKAN TOKOH PELAYAR TERULUNG DUNIA SEPERTI

BERIKUT

a: ZHENG HE

b: CHRISTOPHER COLUMBUS

1.0 PENGENALAN
Zheng He dan Christopher Columbus merupakan antara tokoh pelayar terulung dunia.
Terdapat faktor yang menyebabkan kedua-dua tokoh ini terlibat dalam pelayaran. Walaupun
pada ketika itu, terdapat pelbagai halangan seperti mitos yang menghalang seseorang itu
daripada pelayaran. Namun, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk melakukan
pelayaran
Kejayaan dan penemuan semasa mereka melakukan pelayaran telah menjadikan kedua-dua
tokoh ini terkenal dalam sejarah pelayaran dunia.

2.0 ZHENG HE
2.1 LATAR BELAKANG
Nama sebenar adalah Ma Sanbao dan seterusnya Ma He
Lahir pada tahun 1371 di Kunyang dalam daerah Yunnan, China
Meninggal dunia pada tahun 1433 di Calicut, India
Semasa zaman Dinasti Ming, beliau telah memimpin sebanyak tujuh pelayaran bermula dengan
pelayaran pertamanya di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Pelayarannya bermula apabila Maharaja China memilihnya sebagai ketua laksamana yang
memimpin pelayarannya ke lautan barat.
Pelayaran adalah meliputi kawasan Asia, India, Arab dan Afrika
Semasa pemerintahan Maharaja Yonle, Zheng He telah diperintahkan oleh maharaja untuk
melakukan misi ketenteraan laut di luar negara.
Tujuannya pelayarannya juga adalah untuk mengembangkan aktiviti perdagangan dengan dunia
luar, mewujudkan hubungan diplomatik dan menyebarkan budaya China.
2.2 SIRI PELAYARAN

2.2.1 Pelayaran Pertama (1405-1407)

Pelayarannya pertamanya bemula pada tahun 1405 dengan memimpin 62 kapal dan 27 800 kelasi.
Dalam pelayaran ini. Armada Zheng He telah melawat kawasan seperti Champa (Selatan
Vietnam), Siam (Thailand), Melaka dan kepulauan Jawa.
Laksamana Zheng He kemudiannya melalui Lautan Hindi dan sampai di Calicut, India melalui
pantai Malabar dan seterusnya menuju ke Ceylon(Sri Lanka).
Pada tahun 1407, beliau kembali semula ke China.

2.2.2 Pelayaran Kedua (1408-1409)

Dalam pelayaran keduanya, laksamana Zheng He melawat Calicut buat kali keduanya.
Beliau melewati pantai selatan di Chochin.
Dari sini, beliau berhadapan dengan serangan daripada Raja Alagonakkara dari Ceylon.
Beliau berjaya menewaskan serangan Raja Alagonakkara dan menjadikannya sebagai tawanan
serta membawanya balik ke China.
2.2.3 Pelayaran Ketiga (1409-1411)

Pada tahun 1409, Laksaman Zheng He belayar semula dari China menuju ke Hormuz di Teluk
Parsi.
Melalui pelayaran ini, armadanya melewati kawasan seperti Champa dan Sumatra.
Di Champa, mereka memperdagangkan barangan China seperti sutera kepada penduduk Champa.

2.2.4 Pelayaran Keempat (1413-1415)

Dalam pelayaran ini, pelayaran Zheng He sampai di Arab selepas melalui India dan Hormuz.
Di Arab, beliau singgah di beberapa buah kawasan seperti Dhofar (Oman) dan Aden (Yemen).
Malahan beliau turut smapai di Mekah dan seterusnya ke Mesir.
Dalam pelayaran ini juga, beliau turut sampai di bahagian pantai timur Afrika dan melawat
kawasan seperti Somalia dan Kenya.
Sekembalinya dari pelayaran menuju semula ke China pada tahun 1415, misi pelayarannya telah
membawa utusan dari pelbagai negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan kepada maharaja China.
Hubungan perdagangan dengan negara yang dilawati turut terjalin.

2.2.5 Pelayaran kelima (1417-1419)

Pelayaran kelima Zheng He membawa pelayarannya semula ke Teluk Parsi dan bahagian pantai
timur Afrika.
Dalam pelayaran ini, misinya adalah untuk membawa kembali utusan-utusan ke negara asal
mereka.
Beliau juga melawati beberapa kawasan yang pernah dilawatinya sebelum ini seperti Champa,
Jawa, Sumatera, Melaka, Kepulauan Maldives, Ceylon, Cochin dan Calicut.
Melalui Hormuz, armadanya juga melawati kawasan selatan Arab berhampiran dengan Laut
Merah.
Malahan armadanya juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Arab seperti
Aden.

2.2.6 Pelayaran Keenam (1421)

Pelayaran ini merupakan pelayaran yang paling singkat dalam misi pelayaran Laksamana Zheng
He.
Pelayaran keenam ini adalah untuk membawa pulang utusan asing dari China.
Sekali lagi armadanya melawat Asia Tenggara, India, Arab dan Afrika.
Pada tahun 1424, Maharaja Yongle telah meninggal dunia dan diganti oleh Maharaja Hongxi.
Hongxi telah mengantung ekspedisi tentera laut di luar negara.
Zheng He telah dilantik sebagai komander di Nanjing.

2.2.7 Pelayaran Ketujuh (1431-1433)

Dalam misi pelayaran terakhir ini, beliau mengembara semula ke Champa, Jawa, Melaka dan tiba
di Calicut.
Pelayaran ini adalah untuk meneroka kawasan-kawasan di luar lautan.
Apabila sampai di Calicut, armadanya telah berpecah kepada dua kumpulan dan dipercayai
Zheng He tinggal di Calicut disebabkan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Zheng He telah meninggal dunia pada tahun 1433.

2.3 SUMBANGAN

2.3.1 Memperluaskan perdagangan China

Misi pelayaran Zheng He dari pelbagai kawasan seperi Asia Tenggara, India, Arab dan Afrika
telah membawa pelbagai barangan yang tidak dihasilkan di China.
Dalam semua pelayarannya, kapalnya dipenuhi dengan barangan dari luar negara dan dibawa ke
China.
Dalam misi pelayaran keduanya, kapal Zheng He telah membawa barangan dari negara seperti
India dan Jawa seperti tembaga, kayu, dan rempah-ratus.
Rempah-ratus banyak didapati di kepulauan Melayu dan Ceylon.
China juga turut terlibat dalam aktiviti perdagangan di beberapa pelabuhan paling strategik
seperti di Melaka dan Samudra.

2.3.2 Mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar

Semasa pemerintahan Maharaja Yong Le di China, Zheng He telah diperintahkan oleh maharaja
untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain.
Kerajaan Dinasti Ming mahu mewujudkan hubungan diplomatic dengan negara-negara adsing
dan bertindak sebagai negara penaung.
Dalam pelayaran pertama yang melalui Asia Tenggara, armadanya telah menyinggah di
pelabuhan Melaka.
Melalui lawatan tersebut, Melaka telah meminta naungan China ke atas kerajaannya dan sebagai
balasan China pula mengiktiraf kerajaan Melaka.
Dalam misi pelayaran seterusnya, armada Zheng He telah membawa pelbagai utusan daripada
luar negara termasuk di kawasan Arab dan Afrika.
Negara-negara yang dilawati oleh Zheng He telah manghantar utusan mereka dan menghantar ufti
kepada empayar China bagi mendapatkan perlindungan.

2.3.3 Laluan perdagangan Barat dan Timur

Pelayaran Zheng He sehingga ke kawasan Afrika telah membawa kepada pelayaran pedagang-
pedagang China melalui jalan yang digunakan oleh Zheng He.
Selain daripada pembuka jalan perdagangan antara Timur dan Barat, Laksamana Zheng He dalam
misi ketenteraan lautnya juga berjaya menghapuskan ancaman lanun di lautan.
Misi ketenteraan ini telah berjaya mengamankan kawasan laut dan selat yang menjadi laluan
kepada kapal pedagang.

2.3.4 Penyebaran Islam

Misi Zheng He seperti di kawasan Asia Tenggara telah membantu proses Islamisasi di kepulauan
ini dan membentuk sebuah era Islami di Nusantara.
Antara tempat yang dikunjungi oleh Zheng He adalah seperti Palembang, Champa, Melaka, Jawa
dan sebagainya.

3.0 CHRISTOPHER COLUMBUS


3.1 Latar Belakang
dilahirkan di Genoa Itali pada tahun 1451
Ayahnya bernama Domenico Colombo dan ibunya bernama Susanna Fontana-Rossa
berkahwin dengan Filipa Moniz Perestrelo(1479) dan mempunyai anak bernama Diego
Columbus
Di pelabuhan Genoa, beliau banyak mendengar cerita pelayaran daripada pelayar-pelayar
Hal ini telah membuatkan beliau tertarik dengan pelayaran dan bercita-cita menjadi pelayar.
14 tahun- mula melakukan pelayaran bersama dengan peniaga yang melakukan kegiatan
perdagangan di pantai Laut Mediteranean
Selain daripada berlayar, Columbus juga mempelajari membuat peta dan geografi
20 tahun- beliau berlayar sebagai pelaut biasa dengan kapal-kapal saudagar untuk
mengangkut barang-barang ke utara Eropah
Tahun 1476- Columbus telah hidup di Portugal. Selama berada di Potugal, beliau telah
membaca penulisan-penulisan mengenai pengembaraan seperti Marco Polo. Contohnya
mengenai perjalanan Marco Polo ke China pada tahun 1275.
Columbus menganggap bahawa India dan Asia timur terletak di seberang Lautan Atlantik.
Beliau berangan-angan untuk mencari jalan singkat untuk sampai ke Hindia dengan kapal.
Tujuan utama Columbus melakukan penerokaan tersebut adalah disebabkan oleh apa yang
disebut sebagai Gold, Gospel dan Glory
Beliau mula menarik minat raja-raja Eropah untuk mencapai tujuannya namun x berjaya
kerana pada ketika itu, ramai orang berpendapat bahawa dunia adalah berbentuk segi
empat. Sekiranya, belayar cukup jauh maka akan jatuh dari bumi.
Beliau memerlukan tajaan untuk melakukan pelayaran kerana kos melakukan pelayaran
memerlukan biaya yang tinggi
Setelah lapan tahun, beliau berjaya memujuk Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari
Sepanyol untuk membekalkan kapal-kapal dan wang;. Raja Ferdinand dan Ratu Isabella
juga berjanji menjadikan Columbus sebagai raja muda (gabenor) di mana kawasan yang
diperolehnya dan membayarnya sebanyak 10% daripada kekayaan yang dibawa oleh
Columbus kembali ke Sepanyol
Beliau meninggal dunia pada tahun 1506 ketika berusia 55 tahun (sebab: artritis
3.2 FAKTOR PENJELAJAHAN
3.2.1 Cita-Cita Columbus untuk belayar ke Timur
Columbus tinggal di kawasan pelabuhan dan ini menyebabkan beliau banyak
berinteraksi dengan pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang yang datang di
pelabuhan tersebut.
Cerita-cerita pelayaran yang didengarinya telah menyebabkan beliau bercita-cita
untuk menjadi pelayar. Contohnya, pengembaraan Marco Polo

3.2.2 Combus berpendapat dunia berbentuk bulat

Pada abad 15, orang-orang Eropah berpendapat bahawa dunia ini rata. Hal ini
menyebabkan mereka takut untuk belayar jauh.
Manakala, Columbus pula berpendapat dunia berbentuk bulat. Oleh itu, beliau
ingin melakukan pelayaran untuk membuktikan bahawa pendapatnya adalah
benar.

3.2.3 Gold, Gospel dan Glory

Gold: membawa balik kekayaan seperti sutera dan rempah dari China dan Jepun
Gospel: mencari tanah jajahan baru
Glory: menyebarkan agama Kristian
3.3 SIRI PELAYARAN

3.3.1 Pelayaran Pertama 3 Ogos 1492


Berlayar dari Palos, Sepanyol
Columbus mengetuai ekspedisi dengan tiga buah kapal (Santa Maria, Nina dan
Pinta) bersama dengan kira-kira 90 buah anak kapal
Berhenti di Kepulauan Canary untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kapal dan
mengambil makanan segar sebelum meneruskan pelayaran
Setelah belayar 70 hari, mereka menemui pulau-pulau Caribbean di perairan
selatan-timur Amerika Utara(11 Oktober 1492)
Mendarat di sebuah pulau yang dinamakan sebagai San Salvador
Mereka juga menemui penduduk peribumi Indian dan menangkap mereka untuk
dijual sebagai hamba
Columbus menyangka bahawa dia telah sampai ke Asia, dan memanggil kawasan
tersebut Hindia dan memanggil penduduknya Indian
Meneruskan pelayaran ke Cuba dan Hispaniola. Kapal Santa Maria telah
terdampar berhampiran dengan Haiti. Columbus dan anak-anak kapal kembali ke
Eropah
Dalam laporannya mengenai pelayarannya, beliau telah mengatakan bahawa
beliau telah menemukan Asia dan lombong emas
Columbus memberitahu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella bahawa beliau telah
menemui beberapa pulau di Asia dan berjanji membawa balik kekayaan . Malah,
beliau juga telah membawa balik bersama beberapa penduduk Indian
3.3.2 Pelayaran Kedua: 25 September 1493
Melibatkan 17 kapal dan 1200-1500 orang untuk mencari emas dan menangkap
kaum Indian untuk dijadikan hamba
Tiba di Hispaniola (orang yang ditinggalkannya seramai 40 orang telah mati
dibunuh)
Memulakan tanah jajahan di Natividad dan menamakannya Isabella. Seterusnya
beliau mengembara sekitar Cuba dan Jamaica
Columbus tiba kembali di Sepanyol pada tahun 1496 manakala abangnya
Batolome membentuk koloni yang dipanggil Santo Domingo yang mana
merupakan penempatan tetap Eropah yang pertama di New World(Dunia Baru)

3.3.3 Pelayaran Ketiga: 30 Mei 1498

Columbus telah berlayar bersama dengan 6 buah kapal ke selatan, Trinidad dan
Venezuela di Amerika Selatan
Apabila Christopher Columbus tiba di koloni yang dipanggil Santo Domingo,
beliau telah mendapati bahawa penduduk koloni tersebut ketinggalan
Hal ini menyebabkan beliau disalahkan dan ditangkap bersama abangnya untuk
dihantar kembali ke Sepanyol

3.3.4 Pelayaran Keempat: 9 Mei 1502

Berlayar ke Pulau Martinique dan kemudian ke Honduras dan Panama di Amerika


Tengah
Selepas meneroka Caribbean, beliau telah kembali ke Sepanyol pada tahun 1504.
Pelayaran-pelayaran yang dilakukan tidak membawa kekayaan kepada dirinya
dan Sepanyol
Hanya menerima bayaran pencen kerana beliau merupakan orang Eropah pertama
yang sampai ke dunia baru

3.4 SUMBANGAN
3.4.1 Meluaskan tanah jajahan Sepanyol
Raja Ferdinand dan Ratu Isabella telah membiayai kos pelayaran Columbus
dengan harapan Columbus menemui tanah jajahan baru sekali gus melantik
Columbus sebagai gabenor di kawasan tersebut
Columbus telah berjaya meluaskan tanah jajahan Sepanyol di San Salvador, Cuba
dan Hispaniola

3.4.2 Menjadi perintis kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Barat

Penjelajahan Columbus telah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah mula bersaing untuk melakukan
penjajahan bagi mengukuhkan kuasa mereka
Contohnya, bukan hanya Sepanyol yang meluaskan jajahan mereka di Amerika Utara, tetapi
kuasa seperti Perancis dan British turut meluaskan tanah jajahan mereka.
Sepanyol- San Salvador, Cuba dan Hispaniola, Perancis- New France, British- San Francissco
Di samping itu, penjelajahan Columbus juga telah mendorong tokoh-tokoh pelayaran yang lain
untuk melakukan pelayaran

3.4.3 Penemuan Benua Amerika

Penjelajahan dan penerokaan Columbus sering dikaitkan dengan penemuan


Benua Amerika. Columbus dikatakan merupakan orang pertama Eropah yang
menemui benua Amerika
Namun, terdapat sumber lain yang mengatakan Columbus bukanlah merupakan
orang pertama menemui benua Amerika

3.4.4 Mengeksploitasi kekayaan koloni

Kuasa Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan di benua Amerika kerana


menurut Columbus kawasan-kawasan yang ditemui adalah kaya
Hal ini kerana, ketika tiba di Hispaniola, beliau telah menemui masyarakat
pribumi Amerika yang dipanggil sebagai Indian memakai barang kemas
Sepanyol telah membuka koloni di kawasan Hispaniola bagi mencari emas.
Manakala, Perancis mula meluaskan koloni di Amerika Utara kerana tertarik
dengan aktiviti perladangan dan perdagangan bulu binatang yang dilakukan oleh
masyarakat pribumi Amerika
British pula memerlukan tanah untuk pertanian dan pembinaan bangunan

4.0 KESIMPULAN

-Kedua-dua tokoh ini mempunyai faktor sendiri yang mana menyebabkan mereka terlibat dalam dunia
pelayaran sekali gus memberikan sumbangan kepada pemerintah mereka
-Walaupun Columbus tidak mencapai objektifnya iaitu membawa balik kekayaan kepada Sepanyol
namun beliau masih berjasa kepada Sepanyol. Hal ini kerana, melalui beliau, Sepanyol mempunyai tanah
jajahan di kawasan Amerika Utara

5.0 RUJUKAN

Alan Brinkley.1995. American History: A Survey. United Stated: McGRaw-Hill.

Bolton et al. 1920. The Colonization Of North America 1492-1783. New York: Macmillan
Company.

Carlon Berkin. 2004. Making Amerika: A History of the United Stated. New York: Houghton Mifflin
Company.

Gary B et. al. 1994. The American People: Creating Nation and a Society. United States of
America: Harper Collins College Publisher.

Garraty, J. A. 1998. The American Nation: A Story Of United Sta. tes. 9th Edition. USA: Addison
Wesley Educational Publishers Inc.

J.C FitzGerald. 1993. The Southern Expansion of The Chinese People. Bangkok: White Lotus Co., Ltd.

John Ward. 1997. Latin America: Conflict and Development. United States of America: Library of
Congress cataloguing in Publications Data.

Mark C Carnes and John A. Garraty.2003. American Destiny: Narrative Of a Nation. United State:
Library Of Cataloging-in-Publication Data.
Oliver Dunn and James E.Kelly, Jr. 1989. The Diario of Christopher Columbus First Voyage to
America 1492-1493. USA: Library Resources, inc.

Patricia Buckley. 1996. The Cambrige Illustrated History Of China. Cambridge: Cambridge University
Press.

Ray Huang. 1997. China A Marco History. New York: M.E. Sharpe, INC.

Smith. C. 2003.Student Almanac of Native American History: From Prehistoric Times to the Trail of
Tears, 35,000 BCE-1838, Vol 1. United States of America: Greenwood Publishing Group.

Tan Ta Sen. 2010. Zheng Ho: penyebar Islam dari China ke Nusantara. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Valentini, P. J. J. 1889. The Portuguese in the Track of Columbus (1493): Part 2, Journalof the
American Geographical Society of New York, 21 (1): 35-56.

Anda mungkin juga menyukai