Anda di halaman 1dari 141

PENGENALAN

ILMU PERBANDINGAN
AGAMA
1. Takrif:
– Perbandingan agama adalah ilmu yang
mempelajari tentang kepelbagaian
agama, kepercayaan dan aliran-aliran
peribadatan yang berkembang pada
berbagai-bagai bangsa semenjak dahulu
hingga sekarang.

1
2
3
• Selain mempelajari falsafah dan upacara
peribadatan dalam agama-agama, ilmu
perbandingan agama juga berusaha
memahami gejala-gejala keagamaan dari
pada suatu kepercayaan dalam
hubungannya dengan agama lain.
Pemahaman ini meliputi persamaan dan
juga perbezaan.

4
• Mengetahui falsafah agama tertentu,
penyembahan, perkembangan serta gejala-
gejala keagamaan dari setiap agama dapat
membantu seseorang mengadakan
perbandingan antara satu agama dengan
agama yang lain.
• Maklumat tersebut membawa kepada
pengetahuan mana satukah agama yang
tergolong dalam katogeri agama wahyu dan
agama yang terhasil dari perkembangan
budaya manusia.

5
6
• 2. BATASAN
PERBANDINGAN AGAMA
– Mengkaji perbandingan
agama perlu ada
batasan tugas atau
fungsi. Tanpa hal
tersebut penyelidikan
dan perbincangan
menjadi terlalu luas dan
tidak terjangkau.
– Menurut Dr. Can Su
Som tugas
perbandingan agama
hendaklah dibataskan
kepada aspek-aspek
berikut:
7
- Bahawa perbandingan agama
tidak akan menambah atau
memberi keimanan kepada
seseorang yang tidak
beragama. Orang yang telah
menganut agamapun oleh
perbandingan agama tidak
akan mampu menambah
keimanannya. Seorang ahli
perbandingan agama tidak
perlu memiliki keimanan,
sedang seorang yang
beragama tidak perlu
mengetahui perbandingan
agama kerana perbandingan
agama hanya sebagai ilmu
yang tidak ada hubungannya
dengan masalah keimanan.
Justeru perbandingan agama
harus mempunyai nilai yang
objektif. 8
- Perbandingan agama tidak
membicarakan kebenaran sesuatu
agama, sebab soal kebenaran tidak
termasuk lingkungan perbandingan
agama, akan tetapi termasuk dalam
lingkungan teologi. Bagi
perbandingan agama semua agama
mempunyai nilai yang sama.
- Perbandingan agama tidak berusaha
untuk mengerti syariah agama
sebagaimana yang diusashakan oleh
para penganut agama. Maksudnya
mereka yang berkecimpung dalam
perbandingan agama tidak berusaha
menjadi ulama dari agama yang
diselidikinya. Kerana untuk menjadi
ulama dalam salah satu agama yang
diselidiki memakan waktu yang begitu 9

lama.
- Perbandingan agama
menganggap bahawa agama
adalah gejala dalam
masyarakat manusia, sama
seperti bahasa sebagai salah
satu gejala dalam
masyarakat juga. Justeru
perbandingan agama tidak
memerlukan penyelidikan
dan pemerhatian asal usul
agama. Hal ini dianggap di
luar masyarakat manusia,
umpamanya wahyu, ilham
dan sebagainya.

10
Penyelidikan
perbandingan agama
hanya terbatas pada
pengumpulan fakta
atau kenyataan dalam
agama-agama
tersebut, umpamanya
mesjid, gereja, kuil,
syariat agama, kitab
suci dan sebagainya.
11
• Ilmu perbandingan agama
bukanlah ilmu untuk
menamamkan keimanan
sesuatu agama (keyakinan),
tetapi perbandingan agama
meninjau secara objektif dari
tiap-tiap agama dan ia dinilai
sama.
• Justeru sifat kedudukannya
orang yang mempelajari
perbandingan agama harus
berlapang dada dan
perpandangan luas, tidak
sempit, sehingga dengan
demikian tidak akan
menimbulkan fanatik yang
berlebih-lebihan.
12
TUJUAN PERBANDINGAN

• Agar manusia mengambil peringatan atau


pengajaran. Umpamanya perbandingan
percakapan yang baik.
• Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik
adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar
tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke
langit. Pohon tersebut mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa
dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-
perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran). (Ibrahim, 14: 24-25)

13
• Membezakan hakikat kebenaran dua perkara.
Allah menyebut:
ً‫والسميع هل يستويان مثَال‬
ِّ ‫والبصير‬
ِّ َ ‫مث ُل الفريقين كاألعمى واأل‬
‫ص ِّم‬
.‫أفال تذَ َّكرون‬
• Terjemahan: Bandingan dua golongan (yang
kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang
yang buta serta pekak, dengan orang yang celik
serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah
sama keadaannya. (setelah kamu mengetahui
yang demikian) maka tidakkah kamu mahu
mengambil peringatan dan insaf? (Hud, 11: 24) 14
Agar manusia berfikir. Allah menyebut:

15
Terjemahan:
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang
Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-
tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang -
bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan
sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan
keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni),
dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai
tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah
Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang
hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu.
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu
bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Yunus,
10: 24)
16
‫‪• Mengajak manusia supaya menggunakan‬‬
‫‪akalnya untuk memahami sesuatu‬‬
‫‪perkara.‬‬
‫وضرب لكم مثال من أنفسكم هل لكم من ما ملكت‬
‫أيمانُكم من ُ‬
‫ش َركآ َء فى ما رزقناكم فأنتم فيه سوا ٌء‬
‫سكم كذلك نُفصل اآليت لقوم‬ ‫كخيفتِّكم أنف َ‬
‫تخافونَهم ِّ‬
‫يعقلون‪.‬‬

‫‪17‬‬
• Terjemahan: Allah mengemukakan kepada kamu satu
misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri,
iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-
hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi
kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan
kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu,
mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak
padanya, sehingga kamu pun tidak berani
(menguruskan harta benda itu dengan tiada
persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani
(berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi
dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu?
Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan
satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal18
untuk memahaminya. (al-Rum, 30: 28)
SENDIRI FIKIR

• VERSI BARAT SEKULAR


• VERSI ISLAM (QURAN)
• AGAMA PERBANDINGAN
• PERBANDINGAN AGAMA
• GORPIS
• PISGOR

19
• Apabila disebut Pisang Goreng, ia adalah
satu nama. Nama pisang mendahului
perbuatan menggoreng pisang sehingga
terhasil nama ʻPisang Goreng’. Jadi nama
mendahuli perbuatan. Sementara Goreng
Pisang pula adalah perbuatan atau usaha
menggoreng pisang. Perbuatan
mendahului objek pisang.

20
• Dalam penggunaaan istilah Agama Perbandingan, kaedah yang
serupa berlaku. Jika dipakai istilah Agama Perbandingan
bermakna nama agama mendahului perbuatan membanding
dengan sesuatu agama yang lain. Ini bermakna telah ada
pegangan agama tertentu yang diyakini benar.
• Sementara Perbandingan Agama pula memberi maksud perbuatan
membandingkan mendahului istilah agama. Ertinya tidak kira apa
pun agama itu, semuanya boleh dibanding-bandingkan; semua
sama nilai dan taraf. Istilah inilah yang dipertahankan dalam kajian
orientalisme dan mereka yang mendukungnya.
• Manhaj inilah yang disebar luaskan dalam bidang akademik hari ini
di bawah payung orientalis sama ada di pusat-pusat pengajian
tinggi mereka ataupun di negara-negara umat Islam yang memakai
tradisi metodologi barat dalam kajian-kajian akademik.

21
• Oleh hal yang demikian, Quran sebagai
wahyu ada manhajnya yang tersendiri
dalam berhadapan dengan kepelbagaian
agama dan kepercayaan manusia. Ia
tidak memakai metod yang dijelmakan
oleh pemikiran manusia, sementelahan
lagi para orientalis.

22
• Apabila dikatakan sebagai perbandingan,
maka sudah tentu ia melibatkan dua
objek yang berbeza. Demikian juga
ʻagama perbandingan’. Tidak ada
manusia yang membuat perbandingan
kepada dua atau lebih objek yang sama
nilai dan tarafnya. Sebab persamaan
tidak perlu dibandingkan sama sekali.

23
• Apabila diterima rasional adanya
perbezaan, sudah tentu yang satunya
bersifat lebih baik, sempurna dan
mengatasi yang lain. Maka wujudlah
perbandingan. Tidak ada erti sama sekali
membuat perbandingan kepada dua nilai
atau lebih kepada perkara yang sama.

24
• Manusia yang menilai dua objek yang
berbeza sudah tentu akan memilih yang
lebih sempurna atau yang terbaik di
antara objek-objek tersebut. Kalaulah
hanya kajian yang dilakukan sekadar
untuk melihat perbezaannya akan tetapi
tiada apa-apa langkah atau tindakan
lanjut dalam sikap terhadap apa yang
dibandingkan itu, maka usaha tersebut
dikatakan sebagai sia-sia sahaja.
25
• Islam sebagai satu ajaran lengkap dari
Allah Taala tidak menganjurkan apa jua
kerja yang bersifat sia-sia atau main-
main. Bahkan hendaklah sesuatu kajian
itu ada motif yang suci iaitu meraih
kebenaran dari apa yang dikaji. Metod ini
menjadi agenda utama sarjana muslim
dalam apa jua bentuk kajian
perbandingan.
26
• Sarjana-sarjana muslim yang mempelopori
bidang kajian agama perbandingan antara lain
seperti Ibn Hazm (384-456H/994-1064M) dan
al-Syahrastānî (479-548H/1086-1153M).
Menurut al-Munjid fi al-Aʻlām, penulisan Ibn
Ḥazm yang berjudul al-Fiṣal fî al-Milal wa al-
Ahwā’ wa al-Nihal dianggap sebagai penulisan
perbandingan agama yang pertama dalam
sejarah. Selain menbahaskan kepercayaan
agama-agama, Ibn Ḥazm juga membincangkan
kepelbagaian aliran pemikiran mazhab yang
ada dalam Islam. 27
• Beliau ialah Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Ḥazm.
Terkenal dengan faqih Zahiri, penyair dan pengkaji kepercayaan
pelbagai agama juga seorang sejarahwan terkemuka. Karangan-
karangannya mencapai tidak kurang dari 143 buah (termasuk risalah
dan kitab. Antara tulisannya ada yang mencecah 40 jilid besar dan
ada juga risalah-risalah yang kecil).
• Rujuk: Abd al-Halim ʻUwais (1988), Ibn Ḥazm al-Andalusi wa
Juhuduhu fi al-bahth al-Tarikhiyy wa al-Ḥaḍariyy, al-Zahrā’ li al-Iʻlām
al-ʻArabî, Kaherah, ‘bahagian mukadimah dan fasal kedua’.
Sejarahwan Orientalis menyebut Ibn Hazm asalnya beagama Kristian
(Masihi) dan memeluk Islam, sementara sejarawan muslim menyebut
Ibn Hazm berasal dari keluarga muslim berketurunan Parsi.
Pandangan yang kedua ini dipilih oleh Dr. Abd al-Halim ʻUwais.

28
• Muhammad bin ‘Abd al-Karîm bin Ahmad. Digelar
dengan nama Abu al-Fataḥ dan terkenal dengan nama
al-Syahrastānî. Kelahiran Syahrastan di Khurasan.
Dalam fikih berpegang kepada mazhab al-Syāfiʻî
manakala dalam usuluddin berpegang kepada
pemikiran Abu al-Hasan al-Asyʻari. Lihat al-Syahrastānî
(1997), al-Milal wa al-Nihal, 2 juzuk, tahkik Amir ‘Alî
Muhanna dan ‘Alî Ḥasan Faʻur, Dār al-Maʻrifah, Beirut,
1: 11.

29
• Manhaj penulisan yang dilakukan oleh Ibn
Ḥazm adalah manhaj Qurani. Apabila beliau
menjelaskan kepelbagaian agama yang ada
pada zamannya seperti Yahudi, Kristian dan
lain-lain kepercayaan, disusuli selepasnya
dengan kritikan dan bantahan terhadap
kepalsuan anutan kepercayaan selain Islam. Ini
semua dilakukan setelah beliau membuat
penilaian yang saksama terhadap agama-
agama tersebut berdasarkan sumber-
sumbernya.
30
• Dr. Muhammad Ibrahim Naṣr dan Dr. Abd
al-Rahman ʻUmayrah ketika menegaskan
jalan perbahasan Ibn Ḥazm yang menjadi
keistimewaan uslubnya ialah: “Beliau
berhujah dengan akal dan lojik;
membawakan perbahasan tersebut dari
nas-nas Taurat serta Injil, menjelaskan
penyelewengan dan percampurannya,
semua itu dilakukan dengan penuh teliti lagi
mendalam”
31
• Al-Syahrastānî, ketika menganalisis
kepelbagaian kepercayaan dan aliran
agama yang ada dan saling bertentangan
menegaskan bahawa yang benar hanya
satu. Ujarnya antara lain bahawa kumpulan
yang berjaya (al-firqah al-nājiyah) selama-
lamanya adalah dari satu puak sahaja,
kerana apabila berlakunya perselisihan dan
pertentangan adalah tidak mungkin kedua-
duanya berada di pihak yang benar.
32
• Kebenaran hanya berpihak kepada salah
satu daripadanya. Beliau menegaskan
bahawa kebenaran itu dapat diketahui
dari perkhabaran wahyu serta hadis.
Untuk itu dalam penegasan ini al-
Syahrastānî menghujahkan dengan
Quran dan hadis

33
• Terjemahan: Dan di antara orang-orang
yang Kami ciptakan itu, ada satu umat
yang memberi petunjuk dengan
kebenaran, dan dengannya mereka
menjalankan keadilan. (al-Aʻraf, 7: 181)

34
َ ‫ق‬
‫ظا ِّه ِّري َن ِّإلَى يَ ْو ِّم‬ ِّ ‫ح‬
َ ْ
‫ال‬ ‫ى‬َ ‫ل‬‫ع‬َ ‫ون‬
َ ُ ‫ل‬‫ت‬
ِّ ‫ا‬َ ‫ق‬ُ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ت‬
ِّ ‫م‬
َّ ُ ‫طا ِّئفَةٌ ِّم ْن أ‬
َ ‫• ََل تَزَ ا ُل‬
‫ْال ِّقيَا َم ِّة‬
• Maksud: Sentiasa ada sekumpulan dari
umatku orang-orang yang berjuang atas
kebenaran lagi sentiasa zahir hingga hari
kiamat. (Muslim).
• ‫ض َاللَة‬ َ ‫علَى‬ َ ‫ََل يَ ْج َم َع أ ُ َّمتِّي‬
• Umatku tidak akan berhimpun
(bersepakat) atas kesesatan.
35
ANTARA AGAMA PERBANDINGAN DAN
PERBANDINGAN AGAMA

AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

•Memberi input kecenderungan • Tidak perlu memiliki keimanan


iman (kepercayaan) tertentu. Cukup sekadar mengetahui
seseorang yang asalnya tidak
INPUT beragama untuk memilih satu agama-agama yang selain agama
anutan kepercayaan tertentu.
anutannya.
• Perbandingan Agama bersifat sebagai
ilmu yang tidak ada hubungannya
•Mereka yang telahpun
beragama, oleh ilmu Agama dengan masalah keimanan.
Perbandingan mampu
KEIMANAN memberi nilai tambah kepada • Perbandingan Agama harus
keimanannya
mempunyai nilai yang objektif
(menurut versi ilmu sekular).
Membahaskan seadanya dalam
ILMU AGAMA •Seorang ahli dalam ilmu pelbagai agama tanpa apa-apa reaksi
PERBANDINGAN Agama Perbandingan perlu
MEMPUNYAI NILAI memiliki keimanan tertentu. nilai kritis.
KEBENARAN YANG
WAJIB
DIPERTAHANKAN.

36
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Mempersoalkan • Tidak membicarakan


kebenaran sesuatu kebenaran sesuatu agama.
Kebenaran tidak termasuk
anutan kepercayaan. dalam lingkungan
• Hanya ada satu agama Perbandingan Agama, akan
sahaja yang benar, tegak tetapi termasuk dalam
dengan hujah dan lingkungan teologi
burhan. • Semua agama mempunya nilai
yang sama.
• Selain agama yang benar • Agama dan kepercayaan
adalah palsu; tidak adalah hasil evolusi dalam
memiliki hujah dan masyarakat. Oleh itu teras
bersifat tanggapan akal akidahnya juga turut
berevolusi.
manusia semata-mata.

37
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Secara umum tidak berusaha • SAMA


untuk mengerti syariah sesuatu
agama yang diluar anutannya
secara mendalam.
• Tidak berusaha menjadi pakar
(ahli) dari agama yang diselidiknya. • SAMA
Kerana untuk menjadi ahli dalam
salah satu agama yang diselidiki
memakan waktu yang begitu lama.
• Bagaimanapun ada tahap usaha
tertentu dalam mengenali asas-
• SAMA
asas serta atur cara sesuatu
agama yang berlainan bagi
membuat kritikan.

38
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Agama adalah satu • Menganggap bahawa agama


kemestian yang adalah fenomena masyarakat
manusia, sama seperti
diturunkan Allah kepada fenomena bahasa sebagai
manusia untuk keperluan salah satu gejala dalam
hidup mereka. masyarakat juga.
• Agama Perbandingan • Perbandingan Agama tidak
mengkaji asal usul dan memerlukan penyelidikan dan
pemerhatian kepada asal usul
punca sesuatu agama sesuatu agama untuk mencari
bagi melihat kebenaran. Hal ini diangap
kebenarannya. sesuatu yang di luar
masyarakat manusia,
umpamanya wahyu, ilham dan
sebagainya.
39
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Penyelidikan Agama • Perbandingan Agama


Perbandingan hanya terbatas kepada
merangkumi keseluruhan pengumpulan fakta dan
aktiviti keagamaan yang data atau kenyataan
ada dalam agama-agama dalam agama-agama
sebagai ukuran sesuatu tersebut sahaja,
kebenaran dan umpamanya masjid,
kesesuaiannya dengan gereja, kuil, syariat
status manusia sebagai agama, kitab suci dan
khalifah Allah di bumi. seumpamanya.

40
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Melihat hubungan sebenar • Tidak melihat hubungan


yang bersifat spiritual sebenar yang bersifat
antara penganut dengan spiritual antara penganut
tempat-tempat peribadatan dengan tempat-tempat
tersebut serta kaitannya peribadatan tersebut
dengan sumber wahyu. serta kaitannya dengan
• Ilmu untuk mempastikan sumber wahyu.
kebenaran beragama; • Meninjau secara objektif bersifat
luaran dari setiap agama yang
menjadikan agama dinilainya sama. Kebenaran
sebagai ilmu untuk beragama tidak diambil kira
menanamkan keimanan sebagai langkah yang wajib
diambil menjadi anutan
kepada agama yang kepercayaan.
benar.
41
AGAMA PERBANDINGAN PERBANDINGAN AGAMA

• Situasi orang yang • Dalam ilmu Perbandingan


mempelajari Agama Agama sifat yang sama
Perbandingan juga diperlukan akan
dikehendaki berlapang tetapi penghujahan boleh
dada dan berpandangan dilakukan berdasarkan
luas, tidak sempit, alasan kepercayaan
sehingga dengan masing-masing. Secara
demikian ia tidak akan tuntas, tiada kebenaran
terburu-buru membuat mutlak.
komentar tanpa hujah
dan alasan yang benar
terhadap anutan yang
bukan miliknya.
42
QURAN DAN AGAMA
PERBANDINGAN
• Ketika wahyu Quran dalam proses penurunannya
secara bertahap-tahap, ia telah berhadapan dengan
berbagai corak dan ragam kepercayaan masyarakat
manusia pada waktu itu.
• Quran yang datang daripada Allah tanpa menghiraukan
kerenah makhluk menegaskan kebenaran Islam
sebagai risalah terakhir untuk umat manusia.
• Wahyu tersebut memaparkan anutan kepercayaan
agama lain dan menunjukkan aspek-aspek kelainannya
dengan ajaran Islam.

43
• Quran mengemukakan Islam sebagai satu
agama kemudian mendedahkan agama-agama
yang selainnya.
• Bukan sekadar hanya mendedahkan, malahan
lebih dari itu Quran secara langsung
menunjukkan kekeliruan-kekeliruan
kepercayaan yang salah dalam konsep
beragama selain Islam.
• Quran menjadi pengukur dan berfungsi
meluruskan segenap kepercayaan yang tidak
dikehendaki Allah.
44
• Surah al-Fātiḥah memulakan konsep
Agama Perbandingan ini. Quran
menyebut:
• Terjemahan:Tunjukilah Kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-
Fātiḥah,1: 6-7)

45
• Jalan yang lurus bermaksud jalan yang
benar. Iaitu millah al-Islām. Manakala
jalan orang-orang yang dimurkai adalah
jalan agama Yahudi dan jalan orang-
orang yang sesat pula adalah jalan
orang-orang Nasrani (Kristian).
• Rujuk: Saʻid Ḥawwā (1985), al-Asās fî al-Tafsîr, 11 juzuk, Dār al-Salām, Beirut, 1: 41-42; Ibn Kathîr (1980),
Tafsîr al-Qur’ān al-ʻAẓîm, 4 juzuk, Dār al-Maʻrifah, Beirut, 1: 27-28).

46
• Kedudukan inilah yang dikatakan sebagai ‘Agama
Perbandingan’, bukannya ‘Perbandingan Agama’.
• Pengiktirafan kepada kebenaran Allah sebagai
Tuhan semesta alam yang menurunkan agama
kepada manusia mestilah mendahului segala-
galanya.
• Begitu juga mengakui agama yang Allah
wahyukan dan berpegang kepadanya wajar
mendahului agama-agama dan kepercayaan lain
yang tidak diizinkan-Nya.

47
• Tanpa pengiktirafan kepada Allah sebagai Rabb dan
Ilah tidak ada erti agama sama sekali. Ini disebabkan
beragama adalah mengabdikan diri kepada Pencipta
alam dan manusia seluruhnya.
• Tidak ada erti apa-apa menyembah kepada sesuatu
yang tidak menciptakan, tidak menghidupkan dan tidak
mematikan serta tidak berkuasa terhadap makhluk
ciptaan-Nya.
• Sepertimana tidak ada nilainya walaupun sebesar
zarrah mereka yang menyembah ideologi-ideologi
ciptaan akal mereka semata-mata.

48
• Perbandingan terhadap anutan yang lain
adalah setelah menerima kebenaran
yang Allah kemukakan.
• Tanpa berpijak di atas kebenaran, lantas
hendak dibandingkan dengan yang lain
adalah tidak benar.
• Alasannya begitu mudah, bahawa tidak
ada agama yang boleh dibandingkan
dengan Islam yang berasal daripada
Allah. 49
• Sebagaimana Allah tidak menyerupai
dengan mana-mana makhluk; tidak ada
yang setanding dengan-Nya, maka begitu
juga agama yang bersumber daripada
Allah.
• Keunggulannya tidak boleh dibandingkan
sama sekali. Islam adalah paling tinggi
martabatnya, tiada yang boleh
mengatasinya atau menandinginya.
50
• Bagaimana sesuatu yang rendah hendak
dibandingkan dengan sesuatu yang tinggi
(dalam maksud Perbandingan Agama
menurut versi Barat yang meletakkan
semua agama sama taraf). Kemuliaan
dan ketinggian Islam sama sekali tidak
boleh dibandingkan dengan lain-lain
kepercayaan agama. Hadis menyebut:

51
‫‪• Al-Bayhaqî (t.th) Sunan al-Kubrā, 6: 205.‬‬
‫‪(Maktabah al-Syamilah) meriwayatkan:‬‬
‫عن عائذ بن عمرو أنه جاء يوم الفتح مع أبى سفيان •‬
‫بن حرب ورسول هللا صلى هللا عليه وسلم حوله‬
‫أصحابه فقالوا هذا أبو سفيان وعائذ بن عمرو فقال‬
‫رسول هللا صلى هللا عليه وسلم هذا عائذ بن عمرو‬
‫وأبو سفيان اَلسالم اعز من ذلك ‪ -‬اَلسالم يعلو وَل‬
‫يعلى‬
‫•‬ ‫‪52‬‬
• Memerihalkan ketinggian dan kemuliaan
Islam yang mengatasi segala-galanya
melebihi pangkat, kedudukan, keturunan
dan bangsa serta lain-lain dinyatakan
bahawa sekiranya ada pasangan
memeluk Islam dan salah seorang
daripadanya tidak, maka hak memelihara
anak hendaklah diberikan kepada yang
memeluk Islam (sama ada isteri atau
suami).
53
• ‫)قال اَلمام احمد رحمه هللا( وقال الحسن وشريح‬
‫وابراهيم وقتادة إذا اسلم احدهما فالولد مع المسلم‬
• (Telah berkata Imam Ahmad r.a. dan telah
berkata al-Ḥasan, Syuraiḥ, Ibrahim dan Qatādah:
Apabila telah Islam salah seorang daripada
keduanya, maka anak (hendaklah dijaga) oleh
yang memeluk Islam).

54
• Islam merupakan kebenaran mutlak dalam
tatacara hidup beragama. Ia adalah risalah
Allah untuk manusia sepanjang masa hingga
pada akhir zaman.
• Oleh hal yang demikian, Quran sebagai sumber
ajaran Islam, telah bertindak face to face
(secara berhadapan) meminta mana-mana
manusia yang mewakili mana-mana agama
supaya mengisytiharkan kebenaran agamanya
dan bandingkanlah dengan Islam sekiranya
mereka mampu berbuat demikian.
55
• Kebenaran beragama yang ditegaskan oleh Islam adalah
ajaran agama yang datang dan bersumber daripada
Allah. Quran menyatakan:
• Terjemahan: Sesungguhnya agama (yang benar dan
diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi
dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan
yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula)
semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam
kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur
ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Āli
ʻImrān, 3: 19) 56
• Allah menjelaskan bahawa perutusan Rasulullah
s.a.w. adalah membawa anutan agama yang
benar dan bawaan agama ini pasti mengatasi
segala agama yang selainnya. Meskipun mereka
yang beragama musyrik tidak menyukainya,
mereka boleh berbuat demikian.
• Kebencian mereka yang musyrik tidak akan
merubah status kebenaran agama yang hak ini.
Kebenaran tetap kebenaran, dan kebenaran
agama tidak pernah mengikut nafsu manusia.
Quran menegaskan:
57
• Terjemahan: Dialah yang telah mengutus
Rasul-Nya (Muhammad) dengan
membawa petunjuk dan agama yang
benar (Islam), untuk dimenangkan dan
ditinggikan-Nya atas segala agama yang
lain, walaupun orang-orang musyrik tidak
menyukainya. (al-Taubah, 9: 33)

58
• Keunggulan ajaran Islam berbanding
dengan lain-lain ajaran agama ditegaskan
lagi oleh Allah bahawa Dia tidak
menerima selain Islam sebagai anutan
agama atau amalan cara hidup
seseorang manusia.
• Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah
wajib menyembah dan beragama dengan
agama yang ditentukan oleh Allah sahaja.
59
• Terjemahan: (Allah yang menyatakan itu)
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya
(Muhammad, s.a.w) dengan membawa
hidayah petunjuk dan agama yang benar
(Islam), supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan agama
yang lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi
(tentang kebenaran apa yang dibawa oleh
Rasul-Nya itu). (al-Fath, 48: 28)
60
• Dalam hal kebenaran beragama, masing-
masing manusia boleh membuat
dakwaan bahawa kebenaran adalah milik
mereka.
• Bagaimanapun, perlu diingat bahawa
semua orang boleh membuat dakwaan
tersebut. Akan tetapi bukti kebenaran
dakwaan itu adalah yang paling penting
untuk dketengahkan.
61
• Quran menyuruh mereka yang mendakwa
sesuatu kebenaran itu sebagai miliknya
mengemukakan bukti terhadap
dakwaannya.
• Ini satu sikap ilmiah dan rasional Quran
dalam membentuk asas serta konsep
Agama Perbandingan.
• Fenomena ini bertentangan dengan
konsep Perbandingan Agama tajaan ilmu
sekular barat. 62
• Apabila ada ajaran agama yang
mendakwa bahawa para malaikat itu
adalah anak-anak perempuan Allah,
Quran bertanyakan perihal kebenaran
ungkapan mereka itu dengan firman-Nya:

63
• Terjemahan: Atau adakah mereka hadir sendiri
menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu -
perempuan? Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan
sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
“Allah beranak”; sedang mereka, sesungguhnya adalah
orang-orang yang berdusta! (Patutkah kamu mendakwa
bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah
anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah
Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak
perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis
itu Dialah yang menciptakannya)? Apa sudah jadi kamu?
Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang
salahnya itu)? (al-Ṣāfāt, 37: 150-154)
64
• Setelah mendatangkan penjelasan berupa
pertanyaan itu, Quran memberi mereka peluang
membuat penilaian benar atau tidaknya dakwaan
tersebut.
• Kemudian hendaklah mereka mengambil
peringatan setelah dihujahkan dengan hakikat
yang sebenarnya bahawa dakwaan itu tidak
mempunyai asas yang kukuh serta semata-mata
palsu.

65
• Konsep ‘mendatangkan hujah’ atau
keterangan dalam sesuatu dakwaan
adalah sifat yang ada pada Agama
Perbandingan.
• Ia ditunjukkan oleh Quran secara meluas
menerusi ayat-ayatnya. Sifat terbuka
mereka yang paling angkuh pada
zamannya iaitu Firaun juga tidak
terkecuali daripada paparan Quran.
66
• Firaun yang mendakwa kebenaran berada
pada pihaknya pernah meminta Nabi Allah
Musa a.s. membawa keterangan sekiranya
dakwaan Musa s.a. itu benar sebagai utusan
Allah. Quran menyebut:
•   
    
  
 

67
• Terjemahan: Firaun menjawab: “Kalau
betul engkau datang dengan membawa
sesuatu mukjizat maka bawalah dia
(supaya aku melihatnya), jika betul engkau
dari orang-orang yang benar”. (al-Aʻraf, 7:
106)
• Nabi Musa a.s. menyahut cabaran tersebut
dan menunjukkan kepada Firaun perihal
kebenaran mukjizat yang dibawanya:
68
• Terjemahan: Nabi Musa pun
mencampakkan tongkatnya, maka
tiba-tiba tongkatnya itu menjadi
seekor ular yang jelas nyata. Dan
Nabi Musa mengeluarkan tangannya,
tiba-tiba tangannya (menjadi) putih
(bersinar-sinar) bagi orang-orang
yang melihatnya. (al-Aʻraf, 7: 107-108)
69
• Peristiwa ini memberi faham bahawa
dalam konsep Agama Perbandingan soal
dakwaan kebenaran yang dibawa
seharusnya disokong dengan hujah.
• Bila ketiadaan hujah atau burhan, maka
dakwaan tersebut ternyata tidak berasas
sama sekali. Justeru ia bukanlah suatu
yang hak atau satu kebenaran yang wajar
dipertahankan.
70
• Golongan penentang ajaran Quran yang
dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w.
meminta bukti perihal azab yang menimpa
mereka sekiranya ditolak kebenaran yang
datang daripada Allah. Quran menyebut
perkara ini:
•  
 
 
  71
• Terjemahan: Dan mereka bertanya:
“Bilakah berlakunya azab yang telah
dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang
yang benar?” (al-Naml, 27: 71)
• Sebagai pembawa panji-panji kebenaran,
permintaan tersebut dijawab oleh
Rasulullah s.a.w. untuk menjadi hujah ke
atas mereka:

72
•  
     
  
Terjemahan: Katakanlah (Wahai
Muhammad): “Dipercayai tidak lama lagi akan
datang kepada kamu sebahagian dari azab
yang kamu minta disegerakan itu”. (al-Naml,
27: 72)

73
• Dalam Islam, tidak ada larangan untuk mempelajari
agama-agama yang berlainan sebagai satu penilaian
dan menambah pengetahuan untuk kepentingan Islam
(khususnya dakwah).
• Tegahan hanya terjadi sekiranya berlaku kerosakan
akidah atau terjadi perpindahan daripada Islam kepada
anutan yang lain atau terjadinya murtad.
• Perkara sedemikian boleh berlaku sekiranya mereka
yang berkecimpung dalam kajian ini tidak memiliki
kekuatan akidah dan terpengaruh dengan bisikan
syaitan.

74
PENYELIDIKAN
TERHADAP AGAMA
• Penyelidikan terhadap agama-agama lain itu
haruslah dengan penuh keinsafan bahawa
betapa ajaran selain Islam tidak lengkap untuk
dijadikan pegangan hidup.
• Pada masa yang sama juga hendaklah bersyukur
kepada Allah kerana telah memberinya hidayat
pertunjuk dalam agama yang betul lurus.
• Justeru menjadi tanggungjawab muslim
memperkatakan kebenaran yang dibawa oleh
Islam sebagai agama alternatif.
75
• Selain daripada itu, ia juga memberi maklumat penting
kepada muslim bagi menjelaskan kepincangan dan
kekeliruan ajaran selain Islam menurut dasar dan
sumber-sumber agama tersebut.
• Penegasan yang dibuat oleh Prof. Dr. Rasjidi (1915-
2001) antara lain menyebut bahawa penyelidikan
tentang agama seharusnya memakai metod kritis dan
dialektis; iaitu kritik yang berulang-ulang dan yang teliti
tentang sesuatu pendapat. Pokok kepada metod
tersebut ialah bahawa kita mulai dengan sesuatu hal
yang telah diterima umum, kemudian berfikir secara
hati-hati seperti dalam deduction (tajrid, instinbat).
76
TUJUAN ILMU AGAMA
PERBANDINGAN

77
1. Mampu Membezakan
• Mengenali dan mempelajari Agama Perbandingan
akan dapat memberikan perbezaan dengan
konsep Perbandingan Agama yang ditaja oleh
Barat. Konsep Agama Perbandingan tidak sekali-
kali meletakkan semua agama sama seperti yang
dilakukan oleh Perbandingan Agama. Oleh hal
yang demikian mereka yang mempelajari Agama
Perbandingan akan mengekalkan jati dirinya
dengan membezakan mana kepercayaan yang
benar dan palsu

78
2. Mengetahui Islam Untuk Semua

• Seseorang yang mengetahui Agama Perbandingan


akan melihat bahawa hanya Islam sahaja satu-satunya
agama yang sesuai untuk semua manusia. Hal ini
disebabkan keuniversalan Islam yang datangnya
daripada Allah Rabbul ʻĀlamîn dan risalah terakhir
para nabi utusan Allah.
• Islam sahaja yang membawa peraturan menyeluruh
lagi sempurna untuk sebuah kehidupan di dunia dan
akhirat. Adapun kepercayaan-kepercayaan yang selain
Islam, kesemuanya bersifat ciptaan manusia (isme) dan
tidak menepati keperluan hidup manusia yang terdiri
daripada aspek jasmani serta rohani.
79
3. Mengenali Keunggulan Islam

• Mempelajari Agama Perbandingan akan mendedahkan


seseorang kepada pengetahuan berhubung dengan
anutan kepercayaan yang lain daripada anutannya. Hal
ini akan memberi manfaat besar kepada seseorang
muslim khususnya.
• Para mubaligh dan guru agama akan memanfaatkan ilmu
ini dan seterusnya mengadakan perbandingan hingga
mampu menyingkap cahaya kebenaran serta
memperdalamkan keyakinan terhadap Islam. Keunggulan
Islam akan terserlah kepadanya berbanding dengan
system keagamaan ciptaan manusia.

80
4. Mengenal Kepalsuan dan
Kebenaran

• Mereka yang mengkaji dan mempelajari Agama Perbandingan


akan menggerakkan tenaga berfikirnya untuk membandingkan dan
menyesuaikan mana yang pegangan agama yang benar dan mana
yang palsu menurut ajaran asal setiap agama, kepercayaan serta
aliran-aliran peribadatan yang ada; fakta-fakta yang sengaja
disisipkan dengan fakta-fakta asal yang diwahyukan dalam agama
berkenaan akan terserlah kepada mereka.
• Mereka juga akan mengetahui bagaimana penyelewengan berlaku
dalam agama yang asalnya benar tetapi telah dibuat perubahan
oleh para pengikutnya sepertimana yang terjadi pada agama
Yahudi dan Nasrani. Dengan demikian keaslian ajaran sesuatu
agama dapat diketahui dan dibuktikan kepalsuannya. Mereka
mampu membezakan ajaran asal agama berkenaan dengan
ajaran yang ditokok tambah kepada agama tersebut.

81
5. Mengenal Sejarah Agama dan
Perkembangannya
• Pengkaji Agama Perbandingan akan mampu
membezakan ajaran setiap agama serta
kepercayaan yang berkembang dalam
masyarakat. Mereka mengetahui secara tepat
sejarah kelahiran, perkembangan dan aspek-
aspek asas dalam sesuatu ajaran agama. Hal
ini akan memudahkan seseorang mengetahui
alam fikiran dan kecenerungan pelbagai umat
beragama untuk seterusnya menyampaikan
dakwah Islam kepada mereka.

82
6. Islam Agama Allah

• Umat Islam yang mempelajari ilmu Agama


Perbandingan dapat menambah keyakinan
bahawa Islam adalah satu-satunya ajaran
paling benar, tinggi dan tidak ada yang
lebih tinggi daripadanya.
• Islam adalah satu-satunya agama yang
datang daripada Allah melalui utusan nabi-
Nya Muhammad s.a.w. Islam adalah
agama terakhir dalam siri-siri agama wahyu
dan akan kekal hingga hari kiamat. 83
7. Mengenal Asal Penyelewengan Agama

• Mempelajari dan mengkaji Agama


Perbandingan akan memberi input penting
kepada para pendakwah Islam. Ia akan menjadi
hujah kepadanya untuk menerangkan kepalsuan
agama selain Islam berdasarkan ajaran agama
itu sendiri.
• Bahawa agama selain Islam adalah
penyelewengan daripada agama asal manusia
iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Adam a.s. dan
diteruskan oleh para nabi selepasnya.

84
PENGERTIAN AGAMA
Bahasa Arab disebut dengan
istilah al-din.
Al-Asfahāni (m.503H) menyebut
al-din dipakai kepada hal-hal
berkaitan ketaatan dan balasan.
Ia juga dimaksudkan dengan
syariah.

85
PENGERTIAN AGAMA

MAKSUD AGAMA??

TUJUAN AGAMA??

KEPENTINGANNYA??

86
• Kekata al-din seperti juga bersamaan dengan
kekata millah, dan dipadankan kepada taat dan
ketundukan terhadap syariah
• Ibn al-Athir (455-606H) menyebut bahawa kata
din membawa makna antara lain ketaatan dan
ketundukan kepada sesuatu.

87
‘AL-DIN’ MENURUT ISLAM

• Dalam bahasa al-Quran al-din merujuk kepada lima


pengertian: tawhid, hisab, hukum, agama dan millah

• i) Al-Din dengan makna tawhid disebut dalam firman-


Nya:
‫اإل ْسالَ ُم‬ ِّ ‫• ِّإ َّن الدِّينَ ِّعن َد‬
ِّ ‫ّللا‬
• Terjemahannya: Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Surah ali Imran 3:
19).
• Maksud agama dalam ayat tersebut ialah tawhid.
Ertinya sesungguhnya agama tawhid (yang diterima
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam
88
• Ayat ini didahului dengan firman-Nya:
َ‫ش ِّه َد ّللاُ أَنَّهُ َلَ ِّإلَـهَ ِّإَلَّ ُه َو َو ْال َمالَ ِّئ َكةُ َوأ ُ ْولُواْ ْال ِّع ْل ِّم قَآ ِّئ َما ً ِّب ْال ِّق ْس ِّط َلَ ِّإلَـه‬
َ •
}18{ ‫يز ْال َح ِّكي ُم‬ ُ ‫ِّإَلَّ ُه َو ْالعَ ِّز‬
• Terjemahannya: Allah menerangkan (kepada sekalian
makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti) bahawa tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan,
dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
• (Surah ali Imran 3: 18)
89
• Istilah al-dîn dengan pengertian tawhid
yang diungkapkan oleh al-Damaghani ini
turut disokong oleh al-Imām al-Nasafî
dengan mengatakan bahawa ungkapan al-
dîn itu adalah ganti dari firman-Nya
"bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Dia"

90
• (ii) Al-Dîn dengan makna hisab
(perhitungan) disebut dalam firman-Nya:
( 11) ‫ين‬
ِّ ‫الد‬
ِّ ‫ون ِّبيَ ْو ِّم‬ َ ‫• الَّ ِّذ‬
َ ُ‫ين يُ َك ِّذب‬
• Terjemahannya: Iaitu mereka yang
mendustakan yawm al-Din (Hari
pembalasan). (Surah al-Muţaffifin 83: 11)

91
• (iii) Al-Dîn dengan makna al-ĥukm
(peraturan) disebut dalam firman-Nya:
ِّ ‫ان ِّليَأ ْ ُخذَ أَخَاُُ فِّي ِّد‬
‫ين ْال َم ِّل ِّك‬ َ ‫ف َما َك‬ ُ ‫• َكذَ ِّل َك ِّك ْدنَا ِّليُو‬
َ ‫س‬
• Terjemahannya: …..demikianlah Kami
jayakan rancangan untuk (menyampaikan
hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat
mengambil saudara kandungnya menurut
undang-undang raja… (Surah Yusuf 12:
76)
• Perkataan al-dîn dalam ayat di atas
bermakna hukum raja dan ketentuannya.
92
• (iv) Istilah al-dîn dengan makna agama yang
benar disebut dalam firman-Nya:
ِّ ‫علَى ال ِّد‬
‫ين ُك ِّل ِّه‬ ْ ُ‫ق ِّلي‬
َ ُُ‫ظ ِّه َر‬ ِّ ‫ين ْال َح‬
ِّ ‫سولَهُ ِّب ْال ُه َدى َو ِّد‬ُ ‫س َل َر‬ َ ‫• ُه َو الَّ ِّذي أ َ ْر‬
(33) ‫ون‬ َ ‫َولَ ْو َك ِّرَُ ْال ُم ْش ِّر ُك‬
• Terjemahannya: Dia-lah yang telah mengutus
Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa
petunjuk dan agama yang benar (agama
Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan-Nya
atas segala agama yang lain, walaupun orang-
orang musyrik tidak menyukainya.
• (Surah al-Tawbah 9: 33)

93
• (v) Al-Dîn dengan makna millah disebut dalam
firman-Nya:
َ ‫ص َالة‬
َّ ‫ين ُحنَفَاء َويُ ِّقي ُموا ال‬ ِّ ُ‫ين لَه‬
َ ‫الد‬ َ ‫ص‬ ََّ ‫• َو َما أ ُ ِّم ُروا ِّإ ََّل ِّليَ ْعبُدُوا‬
ِّ ‫ّللا ُم ْخ ِّل‬
(5) ‫ين ْالقَيِّ َم ِّة‬ ُ ‫الز َكاة َ َو َذ ِّل َك ِّد‬
َّ ‫َويُؤْ تُوا‬
• Terjemahannya: Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-
Nya, lagi tetap teguh di atas tawhid; dan
supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah din
al-qayyimah (agama yang benar lurus). (Surah
al-Bayyinah 98: 5)
94
• Perbezaan antara al-dîn dan al-millat ialah,
bahawa al-millat tidak disandarkan kecuali
kepada Nabi tertentu seperti Nabi Ibrahim
dalam ungkapan "ittabi‘u millata Ibrāhim"
(ikutlah millat Ibrahim), dan dikatakan millat itu
sebagai iktibar dengan sesuatu yang
disyariatkan Allah, sementara istilah al-din pula
dikatakan iktibar dengan orang yang
menegakkannya dalam pengertian taat atau
patuh.

95
MAKSUD AGAMA
• Kamus Dewan menyebut perkataan agama
mempunyai makna-makna berikut:
• (i) Kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat
serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran
dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang
Maha Kuasa.
• (ii) Kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-
lain (yang dipuja dan sebagainya dan dianggap
sebagai sesuatu yang amat berkuasa)

96
• Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia
(1997), agama adalah sistem atau prinsip
kepercayaan kepada Tuhan, atau juga
disebut dengan nama Dewa atau nama
lainnya dengan ajaran kebaktian dan
kewajiban-kewajiban yang bertalian
dengan kepercayaan tersebut.

97
• Kata "agama" berasal dari bahasa
Sanskerit yang bererti "tradisi" sedangkan
kata lain untuk menyatakan konsep ini
adalah religi yang berasal dari bahasa
Latin dan dari kata kerja "re-ligare" yang
bererti "mengikat kembali". Maksudnya
dengan berreligi, seseorang mengikat
dirinya kepada Tuhan.

98
• Atau ia dikatakan
berasal dari kata dalam
bahasa Pali dari akar
kata gacc, yang artinya
adalah pergi ke,
menuju, atau datang,
kepada suatu tujuan.
• Dalam maksud ini ia
bermakna untuk
menemukan suatu
kebenaran.
99
• Penjelasan pengertian tersebut antaranya
mengandungi:
– Dari kehidupan tanpa arah, tanpa pedoman,
manusia datang mencari pegangan hidup yang
benar, untuk menuju kehidupan yang sejahtera
dan kebahagiaan yang tertinggi.
– Dari kebiasaan melakukan perbuatan hina pada
masa lalu, manusia beralih menuju hakikat
ketuhanan, yaitu melakukan perbuatan benar yang
sesuai dengan hakikat ketuhanan tersebut
sehingga manusia dapat hidup sejahtera dan
bahagia.
– Dari kehidupan tanpa mengetahui hukum
kebenaran mutlak, dari kegelapan batin, manusia
berusaha menemukan untuk mendapat atau
sampai mengetahui dan mengerti suatu hukum
kebenaran yang belum diketahui, yaitu ketetapan
yang diturunkan Tuhan yang Maha esa.
100
• Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa
kata agama mempunyai
arti tidak kacau. Dalam
pengertian ini kata
agama mempunyai
makna menjalankan
suatu peraturan bersifat
moral untuk
menghindari kekacauan
dalam hidup yang
tujuannya mencapai
kesejahteraan dan
kebahagiaan.
101
• A.S Hornby menjelaskan pengertiannya
sebagai:
• 1. Kepercayaan kepada kewujudan tuhan atau
dewa-dewa, yang telah mencipta alam sejagat
dan telah memberi kepada manusia sifat
kerohanian yang terus wujud selepas badannya
mati.
• 2. Sistem kepercayaan dan sembahan
tertentu yang berdasarkan kepercayaan seperti
itu.
• 3. Pengaruh yang mengawal kehidupan kita.;
sesuatu yang mendapat tumpuan perhatian
kita.
102
• Dapat disimpulkan bahawa munculnya
agama di dunia ini bertujuan untuk
menghindari terjadinya kekacauan,
pandangan hidup yang salah, dan
sebagainya, yang terjadi pada waktu dan
tempat yang berbeda; guna mendapatkan
suatu kehidupan yang sejahtera dan
kebahagiaan tertinggi.

103
• Setiap orang di dunia ini pasti menginginkan
adanya kebahagiaan dan kedamaian dalam
hidupnya. Inilah alasan mengapa orang ingin
mencari jalan kebenaran yang dapat membawa
mereka kepada suatu tujuan, yaitu suatu
kebahagiaan mutlak bebas dari semua bentuk
penderitaan.
• Barangkali semua agama di dunia ini muncul
karena adanya alasan ini. Kata agama disebut
dalam bahasa Inggeris sebagai religion.

104
• Menurut sesetengah pengkaji
keagamaan, agama adalah fenomena
yang sukar untuk diberi definisinya. Prof.
C.C. Webb menyebut 'suatu definisi
tenang agama adalah sia-sia dan tidak
mungkin dibuat' .

105
• WC Smith mengatakan, "Tidak berlebihan
jika kita katakan bahawa hingga saat ini
belum ada definisi agama yang benar
dan dapat diterima". Meski demikian,
para sarjana memiliki definisi, atau yang
lebih tepatnya kita sebut dengan
kesimpulan mereka tentang fenomena
agama.
• Di antaranya sebagai berikut:
106
• A. Sebahagian pemikir mengatakan
bahawa apa saja yang memiliki tiga ciri
khusus berikut dapat disebut sebagai
agama:
– (i) Adanya keyakinan alam lain di sebalik
alam material.
– (ii) Ada tujuan pada penciptaan alam ini.
– (iii) Ada hukum-hukum tertentu dalam
alam ini.

107
• B. Herbert Spencer (1820-
1903)[1] mengatakan bahawa
agama adalah kepercayaan
terhadap sesuatu yang sifatnya
Maha Mutlak.

[1] Lahir pada 27 April 1820 di Derby England dan meninggal -
ada 8 Disember 1903 di Brighton England. Tergolong dalam
kalangan pendokong teori evolusi Darwin.

108
• C. John Dewey (1859-1959)[1] menyebut
agama sebagai pencarian manusia akan
cita-cita umum dan abadi meskipun
dihadapkan tentangan yang dapat
mengancam jiwanya; agama adalah
pengenalan manusia terhadap kekuatan
ghaib yang hebat.

[1] Ahli falsafah, psikologi, pendidik dan politikus serta pemikir
sosial Amerika. Beliau terkenal dengan falsafah pragmatismenya.
Dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont Amerika.

109
• Tetapi Agama mempunyai makna yang
lebih luas, yakni merujuk kepada satu
sistem kepercayaan yang
comprehensive, dan kepercayaan ini
adalah mengenai aspek ketuhanan.
Justeru kepercayaan yang hanya
melibatkan seorang individu lazimnya
tidak dianggap sebagai sebuah agama.
Sebaliknya, agama haruslah melibatkan
sebuah komuniti manusia.
110
• Daripada itu, Agama adalah fenomena
masyarakat boleh dikesan melalui gejala-gejala
berikut:
– Perlakuan (seperti sembahyang, membuat sajian,
perayaan dan upacara).
– Sikap (seperti sikap hormat, kasih ataupun takut
kepada kuasa luar biasa dan pada anggapannya
suci dan bersih di sisi agama).
– Pernyataan (seperti jampi, mantera dan kalimat
suci).
– Benda-benda material yang zahir (seperti
bangunan). Contohnya masjid, gereja, kuil, biara
azimat dan tangkal.

111
• Salah satu lagi ciri agama ialah ia
berkaitan dengan tatasusila masyarakat.
Ini bermakna agama yang benar bukan
sahaja merupakan soal perhubungan
antara manusia dengan Tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia
dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih
menonjol dalam agama universal
berbanding agama nenek moyang.
112
• Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya
Tuhan dan menolak semua kepercayaan
beragama pula dipanggil atheisme (fahaman
yang menafikan Tuhan).
• Pada hakikatnya mereka yang atheis ini tidak
tergolong dalam kategori beragama sedikitpun.
• Dalam dialognya dengan seorang Atheis yang
keliru dengan mengertikannya sebagai
kebaikan-kebaikan, Dr. Mustaffa Mahmud
menegaskan:
113
• "Budipekerti ini adalah di antara kelaziman-
kelaziman agama. Agama hanya mempunyai
satu makna. Sedang anda mencampur-
adukkan antara agama dan budipekerti. Agama
adalah mengenal Tuhan sebagaimana
semestinya, mengenal sifat-sifat dan
kedudukan-Nya, di mana terjalin hubungan
muamalat antara anda dengan Dia. Mengenal
Dia sebagai Yang Maha Agung dan Mulia dan
dekat dengan anda. Dia mendengar dan
melihat serta menyambut seruan anda dalam
rukuk dan sujud dengan penuh kekhusyukan
hati sebagai seorang hamba sahaya
menghadap pemiliknya. Sikap dan muamalat
(pergaulan) anda dengan Tuhan yang khusus
inilah yang dinamakan agama".
114
JENIS-JENIS AGAMA MENURUT
QURAN
• Menurut al-Quran agama dibahagi kepada dua
jenis sahaja. Agama Tawhid (agama yang hak
lagi benar) dan Agama Syirik (agama yang
sesat lagi batil). Pembahagian ini agak kurang
disenangi oleh sesetengah pihak.
• Agama tawhid adalah agama yang diwahyukan
Allah kepada para utusan-Nya dan
diperintahkan agar menyampaikannya kepada
umat manusia.

115
• Sementara agama syirik pula adalah
agama yang tidak berasal daripada Allah,
tetapi muncul hasil dari rekaan dan
ciptaan manusia sendiri. Agama ini lebih
bersifat kepercayaan tradisi sesebuah
masyarakat dan diwarisi turun temurun
dari satu generasi kepada jenerasi yang
lain.

116
• Katogeri agama tauhid adalah seluruh
agama yang diwahyukan Tuhan kepada
para Nabi dan Rasul. Ia dikenali juga
sebagai agama samawi (langit). Teras
ajaran agama ini adalah mentauhidkan
Allah dalam semua aspek: dhat, sifat
serta af‘al (perbuatan) dan menafikan
syirik dalam semua aspeknya. Agama ini
terdiri daripada:
117
• Yahudi
• Nasrani
• Islam.
• Dua agama Yahudi dan Nasrani telah
mengalami perubahan dari ajaran tauhid
(monotisme) kepada ajaran syirik
(polytheisme). Perkara ini diungkapkan oleh al-
Quran dalam banyak ayatnya. Ertinya asal
mula ajaran agama tersebut bersifat tauhid,
tetapi para rahib dan pendetanya telah
membuat perubahan dan perombakan
daripada ajaran asalnya

118
• Sementara agama syirik dikatogerikan
ialah:
– Majusi
– Sabi'in
– Musyrikin (Syirik).
• Ada banyak lagi agama syirik yang tidak
disebutkan Quran

119
KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AGAMA

1. Memenohi Sebahagian Keperluan


Hidup
2. Memberi Jawapan Kepada Rasa
Ingin Tahu Manusia
3. Menyahut Seruan Fitrah
4. Menjawab Tiga Pertanyaan Asas:
– Dari mana
– Di mana
– Ke mana
120
KEKELIRUAN MEMPOSISIKAN
TUHAN

• Munculnya berbagai agama sesat, seperti


penyembahan berhala, penuhanan kepada
matahari, angin, api, dan seumpamanya tidak
bermakna bahawa masalah ketuhanan tidak
bersifat fitrah seperti yang telah dinyatakan.
• Ini disebabkan kesalahan tersebut tidak
bersumber dari fitrah, tapi dari manusia itu
sendiri yang salah dalam menerapkan sifat
ketuhanan pada selain Tuhan yang
sebenarnya.

121
• Perumpamaannya boleh disamakan
seperti rasa sakit perut yang dialami oleh
seseorang. Rasa sakit tersebut adalah
benar karena ia sendiri merasakannya.
• Hanya saja, ia boleh salah dalam
mendiagnosis rasa sakitnya. Rasa sakit
itu boleh jadi menurut anggapannya
disebabkan lebihan angin, padahal
mungkin sesungguhnya usus atau
penyakit-penyakit perut lainnya.
122
• Kepercayaan umat manusia terhadap
agama secara umum dan Tuhan secara
khusus, dikaitkan oleh sebagian orang
dengan rasa takut mereka. Bertrand
Russel (1872-1970) dalam bukunya Why
I am Not Christian mengatakan:
• "Religion is based, I think, primarily and
mainly upon fear…" (Saya berpendapat
bahawa asas paling utama dan mendasar
agama disebabkan rasa takut).
123
• Kelemahan pertama dakwaan Russel di
atas adalah bahawa pendapat ini tidak
memiliki argumen sama sekali.
• Jika kita terima pendapat ini dan kita
katakan bahawa Russel memiliki bukti
tepat yang menguatkan dakwaannya,
apakah itu bererti bahawa agama yang
didasari oleh takut tidak nyata dan hanya
dongeng serta khayalan belaka?
124
• Apakah semua yang didasari oleh rasa
takut tidak berharga dan tidak nyata?
• Bukankah ilmu kedoktoran yang berhasil
diterokai manusia diasaskan kepada rasa
takut mereka terhadap penyakit dan
kematian?
• Apakah dengan demikian bererti ilmu
kedoktoran tidak nyata dan hanya bersifat
khayalan?

125
• Tidak dinafikan manusia pada zaman purbakala hidup
dengan dikelilingi oleh bermacam-macam bahaya yang
sentiasa mengancam nyawanya.
• Binatang buas yang ada di sekitar mereka, hukum
rimba yang berlaku di antara sesama kelompok, gempa
bumi, tiupan angin taufan, dan deretan bencana alam
lainnya, adalah antara bahaya yang mengancam
keselamatan umat manusia pada zaman itu.
• Oleh itu amatlah wajar andaikata mereka yang merasa
takut karena terancamnya keselamatan, mencari
sesuatu yang dapat memberinya perlindungan
sehingga memberinya ketenangan, yang oleh Russel
disebut dengan agama.

126
• Namun, logikkah kiranya dengan hanya melihat
fenomena yang demikian ini lalu kita memberi
hukum yang umum pada semua aspek
kehidupan umat manusia dari awal hingga akhir
generasi anak Adam ini, tanpa melihat aspek
lain dalam kehidupan mereka?
• Jika pendapat Russel ini diterima, bererti orang
yang paling beragama dan paling beriman
adalah orang yang paling penakut, dan
tentunya kesimpulan seperti ini ditolak oleh
semua orang yang masih memiliki sedikit
kemampuan untuk berpikir secara rasional.

127
• Selain itu, fakta menunjukkan bahawa para
pendakwah agama umumnya adalah orang-
orang yang pemberani.
• Bukankah untuk masuk ke dalam sebuah
lingkungan yang tidak beragama atau salah
dalam beragama, diperlukan keberanian yang
luar biasa? Bukankah keteguhan mereka dalam
beragama hingga berani mempertaruhkan
nyawanya menunjukkan keberanian mereka
yang hebat?

128
• Pertanyaan kita yang terakhir, bukankah
banyak pemikir yang beragama dan bahkan
taat beragama?
• Apakah kepercayaan mereka akan agama -
setelah melakukan banyak penelitian ilmiah -
didasari oleh rasa takut mereka akan bencana
alam?
• Jika pendapat Russel benar, bererti akal dan
logik para pemikir tersebut tidak bernilai sama
sekali. Mungkinkah kita menerima kesimpulan
ini?
129
• Sebahagian lagi berpendapat bahawa agama adalah
alat yang dipergunakan oleh para penguasa untuk
memperhambakan rakyatnya dan mengajar mereka
untuk menerima kesengsaraan dengan senang hati.
Memang, tidak kita nafikan bahawa agama Kristian
pada abad pertengahan telah dijadikan oleh para
penguasa (baca: gereja) sebagai alat penindasan.
• Dalam sejarah Islam juga kita saksikan bahawa para
penguasa Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah juga
melakukan hal yang sama. Namun, itu tidak bermakna
bahawa agama memang diadakan untuk itu.
• Tegasnya perlu dibezakan antara agama dan
penyalahgunaan agama.

130
• Agama adalah wadah tempat manusia
menjadikan kehidupannya penuh
bermakna. Agamalah yang mendorong
manusia membangun kepribadiannya.
• Bukankah dalam ajaran Islam, selain
diperintahkan untuk menerima kenyataan
yang ada, kita juga diperintahkan untuk
melakukan perombakan demi kebaikan
keadaan kita?

131
‫ّللا َلَ يُغ َِّي ُر َما ِّبقَ ْوم َحت َّى يُغ َِّي ُرواْ َما ِّبأ َ ْنفُ ِّس ِّه ْم‬
َ ‫• ِّإ َّن‬
• Terjemahannya: Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah keadaan suatu
kaum sampai mereka mengubah
keadaan mereka sendiri" (Surah al-Ra'd
13: 11)

132
• Di lain pihak, bukankah para pendakwah agama yang
sejati dengan para Nabi sebagai contoh teladan, adalah
orang yang sentiasa berjuang melawan kezaliman?
• Bukankah mereka orang yang meyayangi golongan
mustad‘afin (golongan tertindas) dan memperjuangkan
nasib mereka?
• Logikkah kiranya jika kita katakan bahawa agama yang
mereka bawa adalah alat untuk memperhambakan
golongan tertindas dan untuk menzalimi mereka
padahal para pendakwah agama itu amat menyayangi
golongan ini dan sentiasa berjuang melawan kezaliman
demi membela mereka?

133
• Dari penjelasan yang dinyatakan dapat
disimpulkan bahawa agama merupakan
fenomena yang tidak mungkin terpisah
daripada manusia dan kemanusiaan.
Sebab, manusia memiliki fitrah yang
sentiasa mengajaknya beriman kepada
Tuhan Yang Maha Agung. Selain itu,
manusia juga sentiasa berhajat untuk
mengetahui apa-apa yang ada di
sekitarnya, termasuk dirinya sendiri.
134
• la merasa berhak untuk mengetahui dari mana
ia berasal, untuk apa dia berada di dunia, apa
yang mesti ia lakukan demi kebahagiannya di
dunia dan alam akhirat nanti. Jawaban dari
pertanyaan-pertanyaan di atas dan itu adalah
fenomena beragama.
• Oleh kerana itu bukanlah suatu yang asing jika
agama sentiasa mewarnai sejarah manusia
dari dahulukala hingga kini, bahkan sampai
kiamat nanti.

135
FUNGSI AGAMA KEPADA MANUSIA

• (i) Memberi pandangan dunia kepada satu-


satu budaya manusia
– Agama dikatakan memberi pandangan dunia
kepada manusia kerana ia sentiasanya
memberi penerangan mengenai dunia (sebagai
satu keseluruhan), dan juga kedudukan
manusia di dalam dunia.
– Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar
dicapai melalui indera manusia, melainkan
sedikit penerangan daripada falsafah.
Contohnya, agama Islam menerangkan kepada
umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah
dan setiap manusia wajib taat kepada Allah.
136
• (ii) Menjawab pelbagai soalan yang tidak
mampu dijawab oleh manusia
– Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh
manusia merupakan soalan yang tidak terjawab
oleh akal manusia sendiri.
– Contohnya soalan kehidupan selepas mati,
matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya.
– Bagi kebanyakan manusia soalan-soalan ini
menarik dan perlu untuk menjawabnya. Maka
agama berfungsi untuk menjawab soalan-soalan
tersebut.

137
• (iii) Memberi Rasa Kekitaan
Kepada Sesuatu Kelompok Manusia
– Agama merupakan satu faktor dalam
pembentukan kelompok manusia.
– Ini adalah kerana sistem agama
menimbulkan keseragaman bukan sahaja
kepercayaan yang sama, malah tingkah
laku, pandangan dunia dan nilai yang
sama.

138
• (iv) Memainkan Fungsi Kawalan Sosial
– Kebanyakan agama di dunia
menganjurkan kebaikan.
– Dalam ajaran agama sendiri
sebenarnya telah menggariskan kod
etika yang wajib dilakukan oleh
penganutnya.
– Oleh hal yang demikian agama
ternyata boleh memainkan fungsi
kawalan sosial.
139
KESIMPULAN
• Adalah menjadi kehendak Allah taala demi
kepentingan manusia dalam kehidupan dunia
dan akhirat, diutuskan Rasul-rasul-Nya untuk
mengajak manusia agar mengesakan-Nya.
Berpegang dengan keesaan Allah inilah
dikatakan beragama dengan agama yang
benar, kerana apa yang dilakukan oleh
manusia itu menurut kehendak penciptanya.
Beragama bermakna menunaikan kehendak
dhat yang menciptakan manusia untuk manfaat
manusia sendiri.

140
• Sesuatu amalan atau kepercayaan yang
tidak berasal dari titah perintah pencipta
manusia adalah bukan agama, kerana
tidak ada asas sama sekali. Beragama
bermakna mengabdikan diri kepada dhat
yang maha Agong, tetapi apabila amalan
pengabdian diri itu tidak berasal dari titah
perintah penciptanya, maka untuk siapa
penyembahan atau peribadatan itu
dilakukan?
141

Anda mungkin juga menyukai