Anda di halaman 1dari 2

ZAID BIN HARITSAH

SIAPAKAH DIA??? Zaid Bin Haritsah adalah seorang sahabat yang lebih dikenali sebagai anak angkat kepada Rasulullah SAW. Beliau lahir pada 578M. setelah memeluk Islam dia menjadi salah seorang tokoh ulung yang akhirnya menjadi pemimpin tentera Islam dan telah syahid dalam peperangan Mutah pada tahun 627M. Dikatakan bahawa dia di antara sahabat Rasulullah SAW yang asal keturunannya dari benua Afrika. Maka dia berkulit gelap seperti Bilal bin Rabah. Bapanya Haritsah dikatakan berasal dari keturunan Penyajak Arab Imriel Qais. Sebelum menjadi ahli keluarga Rasulullah SAW Zaid diriwayatkan telah ditawan dalam satu peperangan antara suku kaum yang berperang dan dijual sebagai hamba. Dia telah dibeli oleh seorang sahabat untuk dihadiahkan kepada isteri Rasulullah, Syaidatina Khadijah. Rasulullah SAW kemudiannya membebaskan Zaid dari perhambaan lalu menjadikannya sebagai anak angkat baginda dan dia mula dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Zaid mula tinggal bersama baginda di kota Mekah sejak detik itu sebagai anak Rasulullah SAW. KETOKOHANNYA. Sewaktu Rasulullah SAW menerima wahyu kerasulannya, Zaid adalah di antara golongan pertama beriman kepada baginda bersama Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar As Siddiq. Dia jugalah orang yang menemani baginda dalam misi dakwah ke Taif pada tahun 620 Masihi dan turut cedera dan berdarah akibat lontaran batu penduduk Taif yang dihadapinya kerana menjadi benteng demi mempertahankan Rasulullah SAW. Turut berhijrah ke Madinah bersama ahli keluarganya dan para sahabat yang menerima tekanan hebat dari kaum Quraisy pada tahun 622 masihi. Mula terserlah tokoh kepahlawannya dalam kembara musafir hijrah ketika menjadi ketua musafir dan Berjaya memastikan kumpulannya selamat dari serangan perompakperompak yang selalu menyerang khemah-khemah sementara para musafir di perjalanan.

PERKAHWINANNYA. Zaid berkahwin dengan Zainab binti Jahasy, sepupu Rasulullah SAW. Perkahwinan yang diatur oleh baginda sendiri. Perkahwinan ini membuktikan bahawa Islam tidak membezakan taraf dan keturunan, kerana hanya darjat ketaqwaan hamba sahaja yang membezakan manusia di sisi Tuhannya. Namun mereka akhirnya berpisah dengan ketentuan Allah. Kemudian Zainab bernikah dengan Rasulullah SAW setelah turunnya ayat 37 & 40 Surah Al-Ahzab yang menyatakan bahawa Rasulullah bukanlah bapa kepada Zaid lalu namanya dikembalikan kepada nasab asalnya iaitu Zaid bin Haritsah. Nasab dan keturunan dalam Islam mestilah melalui pertalian darah sebenar. PERJUANGAN JIHADNYA.. Pada tahun 630M dia telah mengetuai para mujahid Islam bersama Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah untuk memerangi tentera Rom di Bizentien ibu kota Busra bagi memastikan kalimah Allah mula tertegak di luar jajahan Tanah Arab. Ketentuan Allah menghendaki ketiga-tiga mereka gugur syahid di medan Mutah, satu tempat di negeri Jordan ketika mereka digempur oleh tentera musuh sebelum sampai di kota Bizentien. ZURIATNYA Usamah bin Zaid adalah anak beliau yang mewarisi darah kepahlawannya. Sejarah mencatatkan bahawa dalam usia 18 tahun Usamah telah diberi kepercayaan oleh Syaidina Abu Bakar dan Umar untuk memerangi golongan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Inilah ZAID BIN HARITSAH, seorang sahabat ulung yang kita pilih namanya untuk diabadikan sebagai nama masjid kita kariah Sungai Mulia ini. Semoga dengan menisbahkan nama sahabat agung ini kepada masjid kita, akan lahir dari jiwa-jiwa kita dan anak-anak kita keteguhan iman dan kemantapan jiwa mujahid yang berinspirasi darinya..Zaid bin Haritsah. INSYAALLLAH

Anda mungkin juga menyukai