Anda di halaman 1dari 39

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR


Infrastruktur?
(Kamus Dewan Ed 4)

i. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan sebagainya ii. kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya), iii. prasarana.

INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR


Contoh: a. Padang/gelanggang b. Stor sukan c. Gimnasium d. Dewan e. Stadium

PADANG/GELANGGANG
Keadaan padang/gelanggang haruslah: Baik Tidak licin Rumput pendek Terhindar daripada sebarang benda yang boleh mendatangkan kecederaan Bebas daripada sebarang peralatan lain yang tidak diperlukan

PADANG/GELANGGANG
Mengapa?
i. Untuk memastikan sebarang dapat dijalankan dengan lancar. aktiviti

ii. Menjaga keselamatan mengelakkan daripada sebarang kecederaan.

murid dan berlakunya

STOR SUKAN
Stor sukan harus berada dalam keadaan:

Kemas Tersusun Teratur Tidak menghalang laluan Lengkap dengan peralatan sukan Mempunyai label

STOR SUKAN
Mengapa?

i. Peralatan dapat dicari dengan mudah. ii. Mengelakkan kecederaan berlaku di dalam stor

GIMNASIUM
Gimnasium haruslah berada dalam keadaan yang:
bersih peralatannya tersusun rapi tidak menghalang laluan berada dalam keadaan yang baik peralatan lengkap

GIMNASIUM
Mengapa?
i. Memudahkan murid untuk menggunakan peralatan yang ada ii. Mengelakkan kecederaan berlaku di dalam gimnasium

TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar? Siapa? Anda (kita) sebagai guru mata pelajaran PJ.
Elemen yang perlu diambil kira? Kemahiran dalam sukan Kemahiran motivasi Kemahiran menganjur/mengurus Kemahiran mengajar

TENAGA PENGAJAR
i. Menurut Anderson (1990), guru PJ yang efektif perlu membuat keputusan yang cermat, dan mempertahankan pandangan/hak tentang pengurusan kelas pendidikan jasmani. ii. Cabaran untuk mengajar pendidikan jasmani adalah mengetahui bila dan bagaimana menggunakan apa yang diketahui tentang pengurusan dan instruksi bagi memaksimumkan pembelajaran pelajar. iii. Guru PJ harus memahami tingkah laku pengurusan yang mana berinteraksi dengan kandungan, konteks dan ciri pembelajaran.

TENAGA PENGAJAR PERLU ADA:


Kepakaran
Ilmu
Contoh: Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam. Mesti mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.

Keprihatinan

prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel. Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci

KEMAHIRAN DALAM SUKAN


Sebagai seorang guru mata pelajaran PJ, perlu menguasai kemahiran dalam sukan. i. Contohnya: untuk mengajar permainan badminton, perlu memiliki kemahiran dalam badminton. ii. Boleh buat. Guru mestilah boleh membuat demonstrasi permainan terlebih dahulu kepada murid. Pastikan boleh buat.

KEMAHIRAN MOTIVASI
i. Guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan menunjukkan kepada murid. Contoh: Menggalakkan murid-murid berkolaborasi/bekerjasama dalam pasukan.(nilai kerjasama) ii. Guru berkemampuan memotivasikan dan menyakinkan muridnya melakukan sesuatu dengan kemampuannya. Contoh: bila seseorang murid tidak yakin untuk melompat, guru perlu menyakinkan dia.

KEMAHIRAN MENGURUS
i. Guru perlulah peka. -Bukan semua murid mampu melakukan sesuatu aktiviti yang sepatutnya boleh dilakukan oleh kanak-kanak normal.
Oleh itu, ada baiknya guru bertanya kepada ibubapa/penjaga murid terlebih dahulu.

KEMAHIRAN MENGURUS
ii. Guru perlu cekap. -Bila-bila masa sahaja, kecederaan boleh berlaku ke atas murid semasa melakukan aktiviti. Guru perlu cekap dan pantas mengawal situasi ini.
Contoh: Perlu tahu menggunakan First Aid Box

KEMAHIRAN MENGAJAR
i. Guru mesti boleh mengajarkan sesuatu konsep atau kemahiran dengan cara yang mudah. ii. Guru mampu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan perhatian lebih. (murid lembam) iii. Mampu memaksimumkan penggunaan waktu semasa mengajarkan PJ.

PERKEMBANGAN MURID

Sejak lahir, pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada perkara penting dalam perkembangan manusia. (*AAHPER, 1955) Kebanyakan program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah terdiri daripada kemahiran asas, penerokaan pergerakan, aktiviti menguji diri dan sukan berkumpulan yang sesuai. Perkembangan pergerakan asas dan kemahiran bersukan agak sukar dan memerlukan usaha gigih dan mengambil banyak latihan untuk mencapai kecekapan.

*American Alliance for Health, Physical Education and Recreation

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan. D.S. Wright dan Ann Taylor mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan usia.

Perkembangan fizikal dan impikasi dalam P&P


Awal kanak-kanak (2 6 tahun)
Perkembangan Fizikal Kadar pertumbuhan fizikal perlahan. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ganda ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya kira-kira empat kali ganda. Bermula usia 5 tahun, tubuh badan bertambah tinggi dan mengikut nisbah seperti dewasa. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini. Implikasi dalam P&P Guru dinasihatkan membantu kanakkanak tetapi setakat mana yang perlu. Kanak-kanak merasai satu kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan daripada membanding beza antara kanak-kanak. Aktiviti bermain yang boleh disediakan seperti permainan bola, berlari, dll yang mengambil kira perkembangan otot, khususnya otototot kecil yang belum sempurna.

Kanak-kanak (7 12 tahun)
Perkembangan Fizikal Stabil dan tidak begitu pesat. Lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dan mencapai kemuncaknya. Menghampiri akil baligh, mereka kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk aktiviti lebih mencabar. Implikasi dalam P&P Kanak-kanak boleh diajar menggunakan instrumen dan peralatan. Aktiviti permainan dan latihan yang sesuai seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak, misalnya bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak (12 15 tahun)


Perkembangan Fizikal Kadar pertumbuhan dan perkembangan pesat seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, remaja mula menunjukkan sifat ketara dalam gender masingmasing. Pertumbuhan otot remaja lelaki lebih ketara dan umumnya mereka lebih kuat secara fizikal berbanding perempuan. Implikasi dalam P&P Rancang aktiviti senaman yang menyeronokkan dan jadikan sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman. Guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspekaspek fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan.

PERKEMBANGAN MURID
PJ mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu :

KOGNITIF

AFEKTIF

PSIKOMOTOR

SOSIAL

Domain Kognitif
Menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.

Domain Kognitif
Melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada Taksonomi Bloom. pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku) kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna) aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am) analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut) sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun) penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).

Domain Afektif
Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.

Objektif domain afektif


Perwatakan
Organisasi Penilaian Gerakbalas Penerimaan

Domain Afektif
Mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan) gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri) penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat) organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)

Domain Psikomotor
Adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah.

Domain psikomotor

Pergerakan Suaian Pergerakan Kompleks Pergerakan Mekanistik Pergerakan Terkawal Persediaan

Persepsi

Domain Psikomotor
(a) Persepsi - Bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan hantaran dalam permainan bola baling. Persediaan - (Set) bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Pergerakan Terkawal - (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari, b iasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.

(b)

(c)

Domain Psikomotor

(d) Pergerakan Mekanistik - (Mechanistic Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. (e) Pergerakan Kompleks - Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. - Melakukan pergerakan hantaran dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin.

Domain Psikomotor

(f) Pergerakan Suaian - (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. - Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa berhalangan. (g) Pergerakan Ciptaan - (Originative Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

Domain Sosial
Terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Berhubung Berkomunikasi Melibatkan Diri Berunding Bekerjasama Menghakim Memulakan MenukarA

Domain Sosial
(a) Berhubung - Membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). (b) Berkomunikasi - Cuba memberi atau menerima mesej,seperti ingin bertanya tentang sesuatu.
(c) Melibatkan Diri - Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

Domain Sosial
(d) Berunding - Berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

(e) Bekerjasama - Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek. (f) Menghakim - Dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Domain Sosial

(g) Memulakan - Dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baharu, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. (h) Menukar - (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.

Rujukan
Hall.T, Rink. J, &Williams. L. (n.d.). The Role and Responsibilities

Physical Education Teacher in the School Physical Activity

Diakses dari http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/therole-and-responsibilities-of-the-physical-educationteacher-in-the-school-physical-activity-program

of the Program.

Silver.F (n.d.). What Are Some Skills a Physical Education Teacher Needs?. Diakses dari http://work.chron.com/skills- physicaleducation-teacher-needs-7262.html http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/prinsip-pertumbuhan-danperkembangan.html http://en.wikipedia.org/wiki/Child_development

PJM 3110

Anda mungkin juga menyukai