Anda di halaman 1dari 4

BERITA TEMASYA

TEMASYA PANTUN DAN DONDANG SAYANG 2013


B I L A N G A N 4 I S U 4 2 6 J U N 2 0 1 3

Berdendang Sayang
SM Salim & Rosiah Chik

Warisan Budaya Yang Perlu Diteruskan


uala Lumpur 26 Jun Temasya pantun dan dondang sayang pada hari ini sangat meriah dengan menampilkan 18 orang peserta daripada pelbagai Institut Pendidikan Guru dan Insititut Pengajian Tinggi. Para peserta semuanya tampil dengan gaya dan kekuatan yang tersendiri. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Datin Siti Hanifah melahirkan rasa syukur kerana segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik walaupun beliau tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bagi Ybhg. Datin Siti Hanifah bt Madarsa setiap sesi pertandingan. Hal ini kerana, beliau yakin Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu dan telah meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa ketua Jabatan dan Ahli Jawatankuasa yang telibat dapat melaksanakan tugas dengan baik. Insya-Allah, beliau berharap agar kemenangan akan berpihak pada pihak yang sememangnya layak untuk menang pertandingan pada kali ini. Harapan beliau juga agar pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi sebagai usaha untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa yang terlibat kali ini. Temasya ini juga diharapkan dapat dianjurkan lagi untuk menghidupkan budaya bahasa dalam kalangan pelajar serta dapat mencungkil bakat guru pelatih. Tambahan pula, temasya ini dapat menghidupkan lagi budaya dan warisan kerana jika dilihat pada hari ini adalah amat sukar untuk mencari generasi yang masih meneruskan budaya seperti ini. Bagi guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini diharapkan agar terus aktif dalam budaya dan sentiasa mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan seumpana ini terutamanya di negeri Melaka yang selalu menganjurkan pertandingan . Semoga guru pelatih yang terlibat dapat meneruskan usaha sampai ke peringkat yang lebih tinggi.

Lancing kuning berlayar malam, Singgah kuala diwaktu pagi; Hati yang sedih jangan dikenang, Petiklah gitar bawa menyanyi. Burung helang terbangnya tinggi, Menentang badai diwaktu petang; Hati yang sedih bawa menyanyi, Janganlah susah dilihat orang. Habis gelap timbullah terang, Anak nelayan dalam perahu; Hati yang sedih bawa berdendang, Makan tak makan orang tak tahu. Dalam taman pohon selasih, Putih warnanya bunga melati; Putuslah kasih jangan bersedih, Cari yang lain untuk pengganti.

MENARIK DI DALAM:
Malam Gema Budaya

2 2 3

Persembahan Kebudayaan Pertandingan Akhir Pantun dan Dondang Sayang Hasil Kreativiti

3 4

Sidang Redaksi

Perhatian

BERITA

T EMA SYA

MUK A

SURAT

BILA NGAN

ISU

Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya; Apa guna beristeri cantik, Kalau tidak dengan budinya.

alam Gema Budaya yang telah dijalankan pada semalam dan telah berlangsung dengan meriahnya. Majlis yang dijalankan di Dewan Zaba ini diisi dengan persembahan daripada pelbagai kumpulan kebudayaan yang terdapat di IPG KBM. Antara persembahannya ialah dikir barat, boria dan sebagainya. Malam Gema Budaya yang dijalankan sempena Temasya Pantun Dan Dondang Sayang Peringkat IPG 2013 ini memberi pengalaman berharga kepada warga kampus yang dilihat sebagai usaha b erkesan memp erka sa budaya da n wa risan ban gsa . Pelajar tahun tiga major Bahasa Melayu, Nur Emillida Yusoff, 21 berkata aktiviti itu menjadi landasan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) mempelajari dan mengenali dunia kebudayaan dengan lebih mendalam kerana kebanyakan warga kampus kurang mengetahui tentang keindahan sastera dan budaya. IPG ini memang kerap menganjurkan aktiviti sebegini, malah IPG KBM sendiri mempunyai kumpulan pencinta seni, sastera dan budaya yang banyak terbabit dalam pelbagai kegiatan memperkayakan seni dan warisan bangsa.

Malam Gema Budaya M

Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari; Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai dihati.

Persembahan Boria
Sarat perahu muat pinang, Singgah berlabuh di Kuala Daik; Jahat berlaku lagi dikenang, Inikan pula budi yang baik.

Pertubuhan Seni Silat Gayung Malysia Gelanggang Indera Bentara

Tarian Cina

Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sirih pulang ke gagang.

Nyanyian Lagu Asli Tarian Etnik Sabah &

Persembahan Penutupan Lagu Tradisional

Anak teruna tiba di darat, Dari Makasar langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.

Dikir Barat Skuad Elit Persembahan, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu

BERITA

T EMA SYA

MUK A

SURAT

BILA NGAN

ISU

Pertandingan Akhir

emasya Pantun Dan Dondang Sayang 2013 tiba pada kemuncaknya. Seramai 10 peserta pantun dan 8 peserta dondang sayang berentap dalam pertandingan akhir ini. Semua peserta menunjukkan kesungguhan dalam pertandingan akhir ini bukan semata-mata untuk memenangi pertandingan tetapi untuk memartabatkan pantun dan dondang sayang dan memelihara warisan seni budaya masyarakat zaman dahulu.

Hasil Kreativiti

En. Suhaimi b. Zakaria Pensyarah PSV Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu En. Razman bin Kamarudin Pensyarah PSV Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu

Hiasan pentas dan backdrop hasil ilustrasi En Razman b. Kamarudin dan En Suhaimi b. Zakaria dengan kerjasama DBKL.

BERITA

T EMA SYA

MUK A

SURAT

BILA NGAN

ISU

Sidang Redaksi:
Jurukamera: Cik Siti Salamah bt. Yusuf Mohd Farhan bin Khir Mohd Al-Hafiz bin Mustapa Noor Ashikin Abdul Rahman Mohd Shuhaimi b. Nazri Nur Adibah b. Salehuddin Nuradilah bt Mahmud Penulis dan Reka Grafik: Pn Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali Qurratu Aini bt Jumaan Liana bt. Sadali Asnawi b. Aazizan Alhaadi b. Ismail Edaran: Julia Lian Norfatimah bt. Mahd Ismail Nickassius Gimbun Muhammad Firdaus Herang

Sidang Redaksi

Penulis dan Reka Grafik

Jurukamera

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan; Terima kasih daun keladi, Budi kalian jadi kenangan.

Edaran

Perhatian:

Untuk mendaftar sila hubungi:


Zulhilmi - 0133306775 Nurhidayah - 0198464247

BERITA

T EMA SYA

Anda mungkin juga menyukai