Anda di halaman 1dari 5

TERHAD

APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN KEPADA NEGARA. MERDEKAKAH KITA?

PENGENALAN

1. Tanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh


bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, selogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak
membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran
dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Menurut Dewan Eja (kamus
dewan atas talian) maksud kemerdekaan berti bebas daripada jajahan, kurungan
serta berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada org lain.
TUJUAN

2. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang merdekakah kita.

SKOP

3. Kertas Kajian ini mengandungi beberapa skop berkaitan seperti berikut:

a. Huraian 5 Tonggak PTD.


b. Disiplin dan Kecegasan Setiap Anggota.
c. Kesimpulan.
d. Cadangan.

PERBINCANGAN

4. keupayaan untuk beroperasi serentak di dua wilayah berpandukan Kertas


Putih Pertahanan (KPP). Keutamaan aset yang sesuai dengan keperluan kapasiti
dan keupayaan siaga perlu dititikberatkan. TDM perlu meningkatkan keupayaan
kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi, siber dan logistik.

1
TERHAD
TERHAD
5. Pengukuhan Profesionalisme, Pemerkasaan jati diri, pengukuhan
kesepaduan angkatan, pembudayaan integriti serta nilai etika dan moral dan
pemantapan tadbir Urus. Setiap lapisan pemerintahan dikehendaki untuk
mengukuhkan profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja
dan impak yang memerlukan pematuhan aspek integriti oleh setiap warga TDM.
Setiap individu mesti mempunyai nilai-nilai kerohanian, moral dan etika, merangkumi
pelaksanaan amanah dengan jujur, ikhlas, sabar, bebas rasuah, berlapang dada,
telus, bertanggungjawab dan bersifat positif.

6. Peningkatan kualiti hidup, peningkatan kemudahan rumah keluarga angkatan


tentera (RKAT) dan Kediaman, Pengukuhan Kerohanian, Peningkatan Kemudahan
Kesihatan, Pemerkasaan Pendidikan serta Peningkatan Pengiktirafan, keluarga
anggota dan komuniti serta memberi penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal
dan rohani.

7. Memperkasakan komitmen melindungi kepentingan negara, kerjasama dua


hala serantau dan luar negara perlu diperkukuhkan. TDM akan terus memanfaatkan
kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat melalui perkongsian
maklumat, Pertahanan dan keselamatan, kerjasama sempadan, eksesais dan
operasi bersama, latihan dan program peningkatan kapasiti serta lawatan kerja dan
kunjungan hormat oleh PTD.

8. Pengiktirafan dan keyakinan rakyat terhadap TDM. Bagi memperoleh


pengiktirafan dan keyakinan diri, pemerintah perlu menjalin hubungan kerjasama
dengan organisasi serta agensi pihak awam melalui Civil-Military
Cooperation (CIMIC).

KESIMPULAN

11. Sebagai sebuah angkatan yang menjadi perisai pertahanan negara


sempadan di antara ancaman tradisional dan bukan tradisional juga semakin kabur,
setiap perubahan yang berlaku masa kini perlu dihadapi secara kerjasama pelbagai
agensi dan ini mungkin akan menimbulkan banyak cabaran kepada angkatan
2
TERHAD
TERHAD
keadaan ini mungkin akan meningkatkan cabaran kepada angkatan tentera
malaysia dengan kedudukan ekonomi negara dan juga ekonomi global yang sedang
melanda masa kini di samping Fenomena, peningkatan ketegangan” Atau
Escalation Of Tension di rantau sebelah timur dan timur tengah yang semakin ketara
keadaan yang kompleks memberi justifikasi kepada angkatan tentera malaysia
untuk meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan serta keupayaan menangani
sebarang kemungkinan melalui renspons yang pantas, tepat dan efektif setelah
opsyen diplomasi pertahanan yang proaktif menemui kegagalan angkatan tentera
malaysia akan terus mempertingkatkan iltizam dalam segenap aspek untuk
mempertahankan kedaulatan perbatasan negara baik di daratan, lautan mahupun
ruang udara daripada sebarang ancaman atau pencerobohan anasir luar, amanah
dan tanggungjawab ini akan sentiasa diberi keutamaan dan dilaksanakan secara
professional

12. Disiplin di dalam TD adalah gejala yang amat mendapat perhatian serius dari
pihak Pengurusan Atasan TD Malaysia. Meskipun tahap kemerosotan disiplin masih
terkawal dan tidak serius tetapi gejala tidak sihat ini boleh menggugat kecekapan
dan keberkesanan sumber tenaga manusia TD. Adalah dikhuatiri gejala tidak sihat
ini bukan sahaja boleh melumpuhkan organisasi TD itu sendiri tetapi juga tidak
berupaya mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Sementara itu,
usaha-usaha mencegah dan memperbaiki disiplin sentiasa diambil dan dipergiatkan
dari masa ke masa demi memastikan supaya tahap disiplin anggota tenteranya
sentiasa di tahap tertinggi.

CADANGAN

13. Angkatan tentera malaysia perlu bersiap sedia sebilang masa untuk
menghadapi sebarang bentuk ancaman demi mempertahankan kedaulatan dan
kesejahteraan negara, Hasrat ini memerlukan setiap komponen dalam angkatan
tentera untuk sentiasa mempertingkatkan kesiagaannya bagi menghadapi cabaran,
mengekalkan keupayaan dan juga setiap kemungkinan yang akan berlaku.
keupayaan yang dibina tidak akan kekal selamanya jika kita tidak berusaha gigih
dan berterusan dalam dari semua aspek ini, angkatan tentera malaysia akan
konsisten dalam usaha untuk membangunkan Angkatan tentera darat Malaysia.
3
TERHAD
TERHAD

14. Malaysian Armed Forces’ yang diperhalusi secara dinamik dari aspek
keperluan yang selari dengan teknologi dan kemampuan peruntukan kewangan
pembangunan ini akan Disokong oleh rancangan pembangunan yang telah digubal
khas oleh setiap perkhidmatan mengikut keperluan semasa dan mendatang,
pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan angkatan tentera
malaysia juga perlu Mmenghayati budaya “Sense Of Belonging” dan “Sense Of
Ownership” terhadap angkatan tentera malaysia sambil mengembang serta
menyatukan usaha dan tenaga masing-masing menangani apa juga ancaman di
mana kita perlu sedar bahawa ancaman pertama adalah diri kita sendiri sebagai
seorang anggota tentera, segala kekuatan mahupun kelemahan bermula di hati dan
seterusnya membentuk integriti diri dan organisasi dengan kekuatan individu dan
kesatuan kita mampu berjuang untuk membantu menghadapi cabaran yang
mendatang di negara secara amnya dan angkatan tentera malaysia secara
khususnya.

15. Budaya ketenteraan yang penuh disiplin diterapkan semasa latihan perlu
dikekalkan dan tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar, adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak untuk mempertahankan negara disamping memegang
teguh ikrar kesatria, gejala negatif seperti najis dadah, fahaman ekstremisme,
penyalahgunaan media sosial yang tidak sihat perlu dijauhi sama sekali kerana
tindakan yang menyalahi undang-undung mahupun disiplin anggota setiap tentera
perlu dijaga dan sentiasa bersikap tegas dalam sebarang ancaman dari pelbagai
aspek demi kedaulatan negara.

Tarikh: ( 1,459 Patah Perkataan )

Tandatangan:……………………………………………..
Nama : Muhammad Hizani bin Ruslan

4
TERHAD
TERHAD
Pangkat : Koperal
Jawatan : Penuntut Kursus Penyelia Inventori Siri PI 27/2022
Tempat : Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja

h: Hamzah h.d

5
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai