Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN.

LATAR BELAKANG PROJEK.

Lukisan Kejuruteraan menjadi media penghubung dalam bentuk grafik yang mengandungi
maklumat lengkap, ringkas dan tepat. Lukisan dibentuk daripada pelbagai garisan bagi
menunjukkan permukaan, pinggir dan kontur sesuatu objek.

AutoCAD adalah perisian 2D dan 3D CAD untuk membuat kerja-kerja reka bentuk,
penyediaan draf, pemodelan, lukisan seni bina dan kejuruteraan perisian. Perisian ini dapat
menjimatkan masa dan memudahkan penghasilan sesuatu lukisan teknikal yang dikehendaki.
Perisian ini telah pun digunakan diseluruh dunia. Malahan ia semakin menjadi perisian yang
semakin hebat pada masa kini.

Di dalam tugasan projek lukisan kejuruteraan & Cad kami telah diberikan sebuah tema
iaitu “ Botol Syampu”, untuk kami mencuba menlukis kembali sebuah gambaran mengenai
struktur yang terdapat pada sebuah botol syampu. Bagi merealisasikannya kami telah
menggunakan perisian yang diberi nama sebagai Autocad sebagai medium untuk kami
berkarya.

Pada akhir projek ini kami berharap akan dapat menyesuaikan diri dengan perisian autocad
dengan lebih mudah lagi. Projek ini juga memberikan gambaran kepaa kami tentang kejadian
sebenar dalam bidang ini. Ianya seperti menjadi seorang pelukis plan.
KAJIAN LITERATUR.

PENGENALAN.

Bagi memenuhi syarat kursus Lukisan Kejuruteraan dan Cad ini kami diberikan satu projek
untuk diselesaikan. Dengan menggunakan tema “Botol Syampu”, projek ini merangkumi
kesemua aspek yang kami pelajari di dalam kursus ini dan perlu diterjemah ke dalam sebuah
lukisan yang merangkumi kesemua tentang pembelajaran kami. Sebuah botol syampu
dijadikan panduan untuk dilukiskan semula menggunakan perisisan autocad. Botol syampu
yang telah dipilih ini dibahagikan kepada 3 bahagian untuk dilukiskan kembali.

Bahagian yang pertama merupakan penutup botol syampu berkenaan yang dimana cecair
syampu dikeluarkan dari bahagian tersebut. Bahagian kedua adalah badan botol syampu
berkenaan yang menyimpan kandungan cecair syampu. Manakala bahagian yang terakhir
adalah salur ataupun straw yang mengalirkan cecair syampu untuk dikeluarkan dari botol
syampu. Setelah itu, kesemua 3 bahagian tadi lukis kembali menggunakan perisian autocad.
Setiap bahagian pada botol syampu berkenaan mempunyai bentuk yang berbeza untuk dilukis
dengan menggunakan perisian autocad. Oleh itu, cara melukisnya perlulah menggunakan
penelitian dan kefahaman yang penuh untuk mendapatkan gambaran lukisan yang sebenar.
Kesemua perkara ini telah kami pelajari semasa menghadiri kuliah. Antara contoh aplikasi
ataupun “command” yang kami gunakan di dalam ini adalah mirror, fillet, layer dan
bermacam lagi yang kami gunakan untuk melukis lukisan seperti sebuah botol syampu.

Contoh botol syampu yang kami gunakan untuk projek Lukisan kejuruteraan & Cad ini.
RINGKASAN.

Kesimpulan daripada projek yang kami buat ini akan dapat membantu dalam memberikan
kefahaman yang lebih terperinci lagi. Segala pembelajaran kami tentang autocad telah kami
fahami dengan adanya projek lukisan kejuruteraan & cad ini. Melalui 3 bahagian komponen
lukisan yang kami lukis telah memberi kefahaman yang lebih terperinci dan jelas mengenai
perisian autocad. Dari aspek botol syampoo kami telah memahami keadaan yang sebenar
tentang bagaimana ianya berfungsi yang selama ini kami tidak tahu apa-apa mengenainya.
Selanjutnya, bagi kami dengan projek ini kami dapat mempelajari dua benda yang berbeza,
pertama cara menggunakan perisian autocad dengan lebih mendalam dan yang keduanya
tentang struktur dan keadaan yang sebenar yang berlaku semasa proses mengeluarkan cecair
ataupun syampu keluar dari botol syampu.
KAEDAH KAJIAN.

INSTRUMENTATION.

1. Komponen pertama.

Penutup atau kepala botol syampu.


Peranan komponen di atas adalah sebagai penutup kepada botol syampu. Ia juga
berperanan sebagai tempat di mana cecair syampu dikeluarkan dari kedudukan
asalnya. Walaupun ia merupakan tempat di mana cecair syampu keluar tetapi ia
tidak mempunyai aplikasi yang membantu untuk mengeluarkan cecair syampu.
Dengan kata nama lain tempat laluan keluar cecair syampu. Penutup atau kepala
botol syampu ini juga melindungi syampu dari tertumpah keluar apabila ianya tidak
diperlukan. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan penutup ini diperbuat
daripada plastic.
2. Komponen kedua.

Straw pengalir cecair syampu.


Komponen yang paling utama sekali di dalam botol syampu adalah straw yang
mengalirkan cecair syampu dari kedudukan asalnya ataupun dari dalam botol
syampu.
Selain itu, terdapat spring yang membantu dalam mengeluarkan cecair syampu.
Kawasan yang terdapat pada gambar di atas merupakan tempat di mana spring
tersebut diletakkan. Apabila kita menekan kepala atau penutup botol syampu ianya
akan turun ke bawah untuk menaikkan cecair syampu keluar. Seluruh bahagian
straw ini diperbuat daripada plastic. Selain itu, terdapat spring yang diperbuat dari
bahan logam didalam lapisan plastic ini.
3. Komponen yang ketiga

Bahagian badan botol syampu.


Komponen yang terakhir adalah badan botol syampu. Bahagian inilah yang
menyimpan jumlah cecair syampu sebelum ia dikeluarkan. Bahagian ini diperbuat
plastic kerana plastic adalah bahan yang ringan dan mampu menyimpan cecair
syampu dengan baik.
Perisian yang diguna pakai dalam menyiapkan projek ini.

Bagi melaksanakan projek ini kami telah menggunakan perisian autocad sebagai
medium untuk kami melukiskan gambaran sebenar tentang 3 pecahan komponen
tersebut secara berasingan.

LAMPIRAN.
Salah satu antara 3 komponen lukisan dalam bentuk 3D

Anda mungkin juga menyukai