Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa bertujuan am dalam


merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam
pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali
sebagai Computer-aided drafting and design program (CAD). Perisian
ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-
bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal
Awam, Seni bina, Reka bentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan
dengan penggunaan CAD.

Serterusnya, AutoCAD ini juga dapat menghasilkan sesuatu kerja pada


tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa
dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang mudah. Lukisan yang
dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian
grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File),
IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga,
berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam
kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan.

Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem


perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja
yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum
atau selepas penggunaan sistem tersebut. Oleh itu, perkara asas yang perlu
diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti
pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system),
penggunaan hardware dan software

AutoCAD ini biasa digunakan untuk menggambar 2D atau proses


modelling 3D. Dengan itu, AutoCAD ini memerlukan koordinat-koordinat untuk
mengatur jarak sebua objek yang akan digambarkan. Gambar 2D digunakan
koordinat sumbu iaitu X dan Y, sedangkan gambar 3D digunakan sumbu X, Y
dan Z. Tambahan pula, gambar-gambar tersebut boleh ditranfer ke dalam
program animasi dan rendering hingga dapat membuat pekerjaan kita
menjadi mudah.
Penutup
Secara umum, perbezaan utama antara objek 3D dan objek 2D terletak pada
koordinat yang dimilik oleh objek-objek tersebut. Objek 2D memiliki nilai Z
yang sama pada semua titiknya, sedangkan objek 3D memiliki koordinat Z
yang berza-beza di setiap titiknya.

Seterusnya, pemodelan pepejal 3D yang dibentuk melalui perisian


CAD boleh digunakan dalam proses-proses reka bentuk dari peringkat
lakaran konsep sehingga peringkat penganalisaan dan pembuatan produk.
Dengan wujudnya kemampuan terkini perisian dalam membentuk dan
menganlisas, banyak kerja reka bentuk yang lebih kompleks dan canggih
dapat dihasilkan dengan lebih mudah dan pantas serta menjimatkan kos
produktiviti.

Selain itu, penggunaan program AutoCAD ini juga boleh membantu


pengguna menggambar suatu gambar dengan komputer dalam masa yang
singkat dan hasil yang lebih teliti. Dengan itu, pengguna tidak menghadapi
masalah menggantikan lembaran kerja secara berulang-ulang jika berlaku
kesalahan. Secara ringkasnya, AutoCAD dalam zaman ini telah berkembang
aplikasi yang handal untuk mengolah gambar teknik. AutoCAD ini juga
memberikan ketepatan, kecepatan, kemudahan dalam penggunaan dengan
meningkatkan ketelitian gambar.

Anda mungkin juga menyukai