Anda di halaman 1dari 24

1.

ANALYZE COMPUTER SYSTEM AND NETWORK REQUIREMENTS

1.1 Computer System And Network Technology Evolution

 Teknologi komputer telah mengalami banyak revolusi. Bermula pada zaman komputer bersaiz
sebuah bilik hinggalah kepada saiz sekecil sebutir nasi. Namun begitu jika dilihat dari perspektif
saiz ia mungkin membawa kemajuan dari segi perkakasan. Perspektif komunikasi pula melihat
sejauh mana sesebuah komputer itu dapat berkomunikasi dengan komputer lain dengan
keupayaan faktor jarak dan kelajuan melalui jaringan rangkaian dari era rangkaian berwayar
kepada tanpa wayar.
 Perkembangan ini yang menjadikan beberapa teknologi bergabung untuk mewujudkan satu
persekitaran siber tanpa wayar.
 Perkataan pervasif menurut Kamus Dewan bermaksud ‘merebak’. Konsep ini hampir sama
dengan konsep ubiquitous iaitu sentiasa ada. Pengkomputeran pervasif bermaksud zaman
komputer yang tiada had lokasi, bermakna ia boleh berada di mana sahaja sepanjang masa.
Oleh itu, konsep pervasif dan ubiquitous merujuk kepada situasi yang sama. Menurut Mark
Weiser, pengkomputeran pervasif merupakan era pengkomputeran abad ke-21 yang memberi ciri
mobiliti dan kepintaran kepada komputer. Komputer merupakan mesin yang melaksanakan tugas
secara maya melalui perisian.
 Namun begitu, dalam perspektif pervasif, komputer masih lagi mesin yang melaksanakan tugas
secara maya tetapi dalam persekitaran yang berbeza yang mana perkakasan dan perisian lebih
bersifat portable (mudah alih) dan maklumat yang diproses pula dapat digunakan dalam pelbagai
platform. Evolusi pengkomputeran pervasif Evolusi pengkomputeran pervasif ini bermula pada
1970-an lagi apabila komputer menjadi semakin penting.
 Menurut Weiser, walaupun komputer peribadi tidak menghantar maklumat yang penting pada
masa itu, tetapi ia menjadi titik tolak kepada populariti sesebuah komputer. Ia juga menjadi faktor
instrumental dalam perkembangan komponen perkakasan dan pembangunan antaramuka
pengguna (GUI).
 Evolusi ini terhasil dari dua paradigma pengkomputeran iaitu:
1.Pengkomputeran Teragih (Distributed Computing);
2. Pengkomputeran Mudah Alih (Mobile Computing).

 1.1.1 Perkomputeran Teragih

 Pengkomputeran Teragih merujuk kepada komputer yang dihubungkan dengan teknologi


rangkaian yang mana perlaksanaan tugas dijalankan secara berasingan dengan perkakasan
yang tetap. Konsep pengkomputeran teragih ini lebih fokus kepada pemprosesan data secara
berasingan tetapi dari perspektif perkakasan ia masih tetapi di satu lokasi. Misalnya mesin
Automatic Teller Machine (ATM), seseorang boleh menjalankan operasi di mana sahaja
asalkan ditempat itu terdapat mesin ATM, tetapi mesin itu tetap di situ dan tidak boleh dibawa
ke mana-mana. Segala pemprosesan yang dijalankan akan di proses secara maya.
Pengkomputeran Mudah Alih pula memfokus kepada perkakasan. Ia juga dikaitkan dengan
pengkomputeran tanpa wayar (Wireless computing) di mana komputer boleh berada di mana
sahaja.

 Ia banyak diaplikasikan pada komputer riba (laptop) dengan keupayaan Rangkaian Setempat
tanpa wayar (Wireless LAN). Dalam konsep pengkomputeran mudah alih ini, teknik
pengkomputeran teragih masih digunakan. Walaubagaimanapun empat kekangan utama
dalam konsep mobiliti yang perlu dibangunkan menggunakan teknik yang lebih spesifik.
Antaranya ialah Variasi tidak dijangkakan dalam kualiti rangkaian, kurang kepercayaan
(lowered trust) dan ketegaran dalam elemen mobile, kekangan terhadap sumber tempatan
yang disebabkan kekangan berat dan saiz dan penggunaan kuasa bateri.

 Bagaimanapun, pengkomputeran mudah alih ini masih lagi aktif dalam penyelidikan. Daripada
dua evolusi di atas, integrasi dua evolusi pengkomputeran teragih dan pengkomputeran
mudah alih serta di tambah empat ciri menjadikan pengkomputeran pervasif memasuki era
pengkomputeran terkini. Empat ciri tersebut ialah:

1. Keberkesanan penggunaan ruang.


2. Invisiblity (suatu yang dapat dilihat).
3. Localized Scalability (skalabiliti mengikut setempat).
4. Masking Uneven Conditioning.
Keempat-empat ciri di atas membolehkan era pengkomputeran pervasif dilaksanakan.

1.1.2 Model Pengkomputeran Pervasif


 Kemajuan teknologi memerlukan pembangunan persekitaran pengkomputeran pervasif
terbahagi kepada empat bidang iaitu perkakasan, rangkaian, middleware (perisian
perantaraan) dan aplikasi. Perkakasan yang diperlukan dalam pelbagai jenis untuk
menyokong pelbagai perkakasan. Ia terdiri daripada peranti input seperti tetikus atau papan
kunci dan peranti output seperti pembesar suara atau LED. Peranti tanpa wayar pula seperti
pager, PDA, telefon bimbit, komputer telapak dan lain-lain.

1.1.3 Rangkaian Pervasif


 Rangkaian pervasif merujuk kepada penambahan ciri-ciri teknologi rangkaian dan teknologi
web. Penggunaan peranti seperti telefon bimbit dan PDA bertambah dengan pesat
menyebabkan penggunaan alat seperti itu meningkat dan ini memberikan cabaran kepada
Penyedia rangkaian Internet untuk menghasilkan teknologi Internet yang dapat mencapai
aplikasi mereka melalui peranti seperti PDA. Selain daripada itu, teknologi rangkaian seperti
Wireless Application Protocol (WAP), General Packet Radio Service (GPRS) perlu digunakan
untuk mencapai aplikasi Internet melalui peranti tanpa wayar.

1.1.4 Middleware Pervasif


 Perisian perantaraan adalah satu alat penting bagi membolehkan pengguna dan penyedia
kandungan berinteraksi. Contohnya Mobile Web Browser digunakan untuk mencapai kandungan
Internet daripada komputer pelayan (server). Perisian perantaraan ini mempunyai dua mod iaitu
mod berasaskan web (web-based) dan mod berasaskan rangkaian (peer-to-peer).

1.1.5 Aplikasi Pervasif


 Aplikasi pervasif lebih fokus kepada persekitaran berbanding dengan pengkomputeran mudah
alih. Oleh itu, aplikasi pervasif akan menjadikan penggunaan perisian perantaraan dan isu
rangkaian perlu ditingkatkan. Sebagai contoh, pengguna alat pervasif ini ialah seorang pesakit
jantung dan telah membenamkan cip yang berkomunikasi secara tanpa wayar dengan komputer
untuk mengesan dan melaporkan keadaan tidak normal. Cip pula perlu tahu bila hendak
mengeluarkan outputnya kepada komputer. Ini merupakan satu daripada komunikasi tanpa
wayar.
1.1.6 Isu-isu dan cabaran

Pengkomputeran pervasif ini merupakan hasil daripada pengkomputeran mudah alih dan
diinovasikan dengan beberapa ciri-ciri tertentu. Bagaimanapun, ada beberapa isu yang timbul
antaranya:

i. Skalabiliti
Isu skalabiliti ini merujuk kepada peranti rangkaian, aplikasi dan pengguna. Setiap perisian yang
dibangunkan memerlukan keperluan perkakasan dan kemampuan perkakasan yang tinggi. Isu
disini ialah kekangan aplikasi disebabkan kekangan perkakasan yang kecil.

ii. Kepelbagaian
Kepelbagaian di sini merujuk kepada jenis perkakasan serta domain aplikasi. Setiap pengguna
mempunyai perkakasan dan aplikasi yang berbeza dan bagaimana pengkomputeran pervasif
menangani masalah ini. Mungkin perkakasan di antara organisasi mempunyai infrastruktur yang
berlainan. Pengkomputeran pervasif perlu menutup jurang ini dalam peringkat tertentu. Isu
dalam rangkaian juga yang mempunyai pelbagai protokol memberi cabaran kepada
pengkomputeran pervasif.

iii. Integrasi
Kemajuan dalam perkakasan pengkomputeran pervasif menjadikan proses mengintegrasikan
dengan komputer lain menjadi semakin kompleks. Masalah ini sama dengan masalah yang
dihadapi oleh penyelidik pengkomputeran teragih tetapi dalam skala yang besar.

iv. Invisibility
Isu invisibility ini memfokus kepada hubungan pengguna dengan peranti pervasif. Peranti
pengkomputeran pervasif perlulah bersifat pintar dan memerlukan tenaga manusia yang
minimum seperti konfigurasi automatik, ralat mesra pengguna, dan tidak mendatangkan
kesukaran kepada pengguna untuk menggunakan peranti tersebut.

v. Persepsi: Kesedaran Konteks


Kebanyakan pengkomputeran mudah alih mengalami masalah mobiliti tetapi tidak sensitif pada
persekitaran. Di dalam pengkomputeran pervasif, ia bersifat proaktif dan persekitaran pintar
merupakan prasyarat dalam melaksanakan pengkomputeran pervasif. Ia perlu lebih fleksibel
kepada persekitaran, boleh berhadapan dengan keadaan yang tidak jelas (uncertainty).
vi. Kepintaran: Konteks Pengurusan
Kepintaran dalam aspek pengurusan adalah bagaimana maklumat disalurkan dan sejauh mana
maklumat itu dapat difahami. Kepintaran melibatkan input yang tepat diikuti dengan kawalan
pintar ataupun tindakan di antara dua dunia iaitu manusia dan mesin.

Sebagai contoh, pengkomputeran pervasif yang mengubah suhu kepanasan, kesejukan dan
tahap kecerahan lampu di dalam bilik bergantung kepada profil elektronik pengguna secara
automatik.
Pengkomputeran pervasif ini memberi satu paradigma baru dalam era pengkomputeran yang
menjadikan revolusi komunikasi mesin kepada manusia. Beberapa projek inisiatif yang telah
dilaksanakan untuk menyokong konsep pervasif ini:

1.2 PEMBELIAN SYARIKAT (COMPANY PURCHASING) DAN PROSEDUR PEROLEHAN


(PROCUREMENT PROCEDURE)

Kebanyakan orang menggunakan term pembelian (purchasing) dan perolehan (procurement) dengan
sama, walaupun terdapat persamaan, namun kedua-dua term ini mempunyai perbezaan.

1.2.1 PEMBELIAN

Pembelian adalah proses pembelian barang dan perkhidmantan secara rasmi. Proses pembelian boleh
bervariasi dari satu organisasi ke organisasi yang lain, tetapi terdapat beberapa unsur utama yang biasa.
Proses ini biasanya bermula dengan permintaan atau keperluan. Ini termasuk bahagian fizikal (inventori)
atau perkhidmatan.

1.2.2 PROSEDUR PEROLEHAN

Perolehan merupakan aktiviti sumber, rundingan dan pemilihan barang dan perkhidmatan yang strategik
yang penting kepada sesebuah organisasi. Ianya merupakan prosedur berstruktur yang dirancang
merujuk kepada pasaran untuk pembelian barangan dan perkhidmatan. Prosedur Perolehan adalah
untuk mendapatkan kualiti perkhidmatan yang dikehendaki, bekalan dan perkhidmatan pada harga
terbaik. Perolehan penting sebagai strategi kepada kefungsian sesuatu organisasi. Terdapat beberapa
aspek strategi korporat iaitu Identiti Syarikat, Market Placement, Kemampuan Syarikat dan Isu
Management.
1.2.2.1 Permohonan Pembelian (Purchased Requisition)

Permohonan Pembelian (PR) bermaksud persetujuan untuk pembelian barang atau perkhidmatan.
Permohonan ini biasanya berhubung kait dengan persetujuan pembelian mengenai nilai dari barang yang
akan dibeli (jumlah barang, harga barang), spesifikasi barang, dan bila barang akan diberi. PR akan
dipersetujui dan akan berlanjut ke proses Purchased Order (PO).

Sebelum membuat PR, perlu diketahui dahulu jenis atau material barang yang ingin dibeli. Terdapat 4
contoh jenis iaitu Material Stock, Material Non-Stock, Aset dan External Service.

i) Material Stock adalah jenis barang atau material yang di kekalkan stoknya dalam simpanan.
Ianya mempunyai nombor material.

ii) Material Non-Stock adalah jenis barang atau material yang tidak kekal stoknya dalam
simpanan. Ianya tidak mempunyai nombor material.

iii) Aset adalah barang atau material yang dikategorikan oleh syarikat sebagai aset syarikat.

iv) External Servise adalah permintaan perkhidmatan daripada pihak ketiga.

Contoh Purchase Requisition Form


1.2.2.2 Purchased Order

Purchased Order (PO) adalah proses pembelian barang atau perkhidmatan berdasarkan PR yang telah
dipersetujui. Proses yang terlibat dalam PO meliputi bidding untuk pemilihan supplier termasuk detail
kontrak di dalamnya.

Contoh Purchased Order

1.2.2.3 Goods Receipt (Gr)/Service Receipt(Sr)

Iaitu proses penerimaan barang berdasarkan PO yang telah disetujui oleh pihak pelanggan mahupun
pihak supplier/vendor. Proses dalam GR/SR menandakan barang atau perkhidmatan telah diterima dan
pengakuan inventori ke dalam sistem.
Contoh Goods Receipt

1.2.2.4 Invoicing

Adalah dokumen yang digunakan sebagai suatu bukti pembelian dengan mencantumkan jumlah
pembayaran yang harus dibayar oleh pembeli.

Contoh Invois
1.2.3 PERBELANJAAN MODAL (CAPITAL EXPENDITURE-CAPEX) VS PERBELANJAAN HASIL
(OPEX)

Perbelanjaan ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang diguna oleh perniagaan dengan tujuan untuk
membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam usaha mendapatkan
untung.

1.2.3.1 Perbelanjaan Modal (Capex)

Perbelanjaan modal ialah belanja yang tidak berkaitan dengan dengan urusniaga harianyang biasa bagi
sesuatu perniagaan. Contoh kegunaannya adalah membeli aset untuk menjalankan bisnes. Contohnya:

i)Faedah pinjaman bank membeli kenderaan atau mesin

ii) Rugi atas jualan asset bukan semasa terpakai

iii) Kerugian akibat bencana alam atau kejadian di luar dugaan seperti banjir, kebakaran,dan
kecurian.

Perbelanjaan Modal juga adalah perbelanjaan di dalam pembelian ataupun penggantian aset tetap.
Perbelanjaan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang dan bukan berulang kali. Perbelanjaan modal
tidak memberi kesan ke atas keuntungan yang diterima oleh syarikat dimana catatannya direkod didalam
kunci kira-kira. Contoh perbelanjaan ini seperti belian aset tetap, penambahan aset tetap dan lain-lain.

Kepentian perbelanjaan modal adalah menunjukkan organisasi sanggup melabur untuk memastikan
bisnes mendapat keuntungan. Nilai CAPEX biasanya mahal maka organisasi biasanya membeli aset
dengan membuat pinjaman.

1.2.3.2 Perbelanjaan Hasil (Opex)

Perbelanjaan Hasil adalah perbelanjaan untuk menjalankan operasi harian. Contohnya gaji pekerja,
alatulis dan belanja pos.

Keperntingan perbelanjaan hasil adalah menunjukkan organisasi menjalankan bisnes harian dengan
lancar. OPEX rendah tetapi untung tinggu memang impian setiap organisasi.
1.2.4 INVENTORI

Inventori atau persediaan dalam sesebuah syarikat adalah stok barang yang digunakan untuk memenuhi
permintaan pelanggan dan untuk membantu proses produksi. Terdapat beberapa contoh jenis inventori
iaitu:

i) Bahan mentah (raw material)

ii) Barang dalam proses (Work in Process)

iii) Barang Jadi (Finished Good)

iv) Barang untuk diselenggara (maintenance, repair dan operating supplies)

Contoh Inventori
1.3 SISTEM KOMPUTER DAN PERIFERAL

Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-
komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada
tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.

Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat
(CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar
yang dipanggil bas. Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil
Basic Input Output System (BIOS).

1.3.1 Periferal Komputer

 Definisi Periperal

 Periferal adalah peranti sampingan yang digunakan untuk memasukkan maklumat dan
mendapatkan maklumat daripada komputer.
 Terdapat tiga jenis peranti yang berbeza:
o peranti input, yang berinteraksi dengan atau menghantar data dari pengguna ke
komputer (tetikus, papan kekunci, dll.)
o Peranti output, yang memberikan keluaran kepada pengguna dari komputer
(monitor, pencetak, dll .)
o peranti input / output yang melaksanakan kedua-dua fungsi INPUT DAN
OUTPUT. Touchscreens adalah contoh yang menggabungkan peranti yang
berbeza ke dalam komponen perkakasan tunggal yang boleh digunakan sebagai
input dan output peranti.

1.3.1.1 Pengimbas

 Data seperti teks dan grafik boleh juga dimasukkan ke dalam sesebuah sistem komputer melalui
penggunaan pengimbas.
 Kaedah ini lebih pantas berbanding dengan proses menaip atau melukis semula sesuatu bahan
yang sedia ada.
 Peranti pengimbas juga merujuk kepada alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara
atau nombor, lukisan dan gambar foto dalam bentuk tradisional kepada bentuk digital yang
difahami oleh komputer.
 Pengimbas imej digunakan dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber
dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran kepada bentuk digital. Terdapat 4 jenis
pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang
tersendiri.

o PENGIMBAS RATA ( Flatbed Scanner )


Pengimbas ini berfungsi hampir sama seperti mesin salinan pendua tetapi ia
menghasilkan salinan digital untuk kegunaan komputer berbanding salinan kertas
tradisional oleh mesin salinan pendua. Pengimbas ini mampu mengimport
keseluruhan muka surat dalam satu masa dan menghasilkan yang jelas sepertimana
salinan asal.

o PENGIMBAS TANGAN ( Hand-Held Scanner )


Pengimbas tangan merupakan peranti pengimbas bolehubah yang kecil, murah dan
mudah digunakan. Ia amat sesuai digunakan untuk mengimport imej yang kecil
seperti tandatangan, logo dan sebagainya.
o PENGIMBAS HELAIAN ( Sheet-fed Scanner)
Pengimbas helaian menghasilkan hasil imbasan yang lebih tepat dan jelas
berbanding dengan pengimbas tangan dan harganya lebih murah berbanding
dengan pengimbas rata. Kelemahannya ia cuma hanya boleh digunakan untuk
mengimbas sekeping kertas sahaja dan tidak boleh melakukan proses imbasan bagi
helaian kertas yang tebal ataupun sumber dalam bentuk buku.

o PENGIMBAS 3D ( 3D Scanner)
Untuk menghasilkan model 3D bagi objek dan banyak digunakan dalam bidang
forensic dan kejuruteraan awam.
1.3.1.2 Pencetak
 Pencetak merupakan peranti keluaran yang membolehkan pengguna mendapatkan salinan
dalam bentuk fizikal dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna.
 Selain ini boleh jadi dalam bentuk kertas bercetak, transparensi dan sebagainya.
 Setiap hasil cetakan ini juga sering dipanggil salinan keras (hard copy).
 pencetak boleh dikategorikan berdasarkan kaedah yang digunakan olehnya bagi mencetak dan
juga jenis hasil yang boleh dikeluarkan. Harganya juga berlainan dari satu jenis ke satu jenis.
 Antara jenis pencetak yang popular ialah pencetak matrik bintik (dot matrix), semburan
dakwat (ink-jet), semburan gelembung (bubble-jet) dan laser.
o Pencetak Matrik Bintik (Dot-Matrix Printer)

 Pencetak matrik bintik (dot matrix printer) amat popular sekitar tahun 1990-an walaupun
ianya mengeluarkan bunyi yang agak bising semasa operasi mencetak. Ini adalah
kerana pada waktu tersebut, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan sepertimana
sekarang. Pencetak matrik bintik ini biasanya menggunakan kertas komputer khas yang
berlubang-lubang di bahagian tepi kiri dan kanannya. Pencetak ini juga boleh
menggunakan kertas taip yang biasa.
 Pencetak matrik bintik membentuk aksara berdasarkan konsep tekanan atau hentaman
di antara riben yang mempunyai karbon dengan pin huruf terhadap kertas cetakan.
Biasanya pencetak jenis ini akan menghasilkan sesuatu hasil cetakan berdasarkan
kombinasi titik-titik halus pada teks atau grafik yang dicetak.
 Terdapat dua jenis pencetak matrik bintik yang popular iaitu sama ada pencetak 9 pin
atau pencetak 24 pin. Pencetak 9 pin menghasilkan kualiti cetakan dalam bentuk draf
(kurang jelas) manakala pencetak 24 pin pula mampu menghasilkan cetakan yang lebih
bermutu tinggi. Ini adalah kerana dengan pencetak 24 pin, titik-titik halus yang terbentuk
adalah lebih rapat jaraknya daripada yang dicetak oleh pencetak jenis 9 pin. Dalam erti
kata lain kualiti cetakan adalah bergantung kepada jumlah pin pada kepala pencetak
(print head) yang digunakan.

Pencetak Semburan Dakwat / Gelembung Dakwat (Ink-jet /Bubble-jet)

 Pencetak semburan dakwat atau gelembung dakwat merupakan teknologi baru yang
menyebabkan pencetak matrik bintik semakin diketepikan. pencetak jenis ini semakin digemari
ramai berbanding dengan pencetak matrik bintik memandangkan ianya lebih pantas senyap dan
mampu memberi hasil cetakan yang lebih baik berbanding pencetak matrik bintik
 Pencetak jenis ini juga mampu menghasilkan cetakan berkualiti tinggi dengan kadar yang lebih
murah dan menyebabkan ianya amat sesuai untuk kegunaan peribadi. Ianya juga agak popular
memandangkan ianya mampu memberikan hasil cetakan yang kelihatan lebih kemas dan
professional berbanding pencetak matrik bintik.
 Pencetak teknologi ini bekerja berdasarkan konsep semburan atau pancutan dakwat melalui
lubang halus ke atas helaian kertas. Kepala pencetak biasanya bersambung kepada bekas
dakwat yang digunakan. Kertas yang baru dicetak harus dipastikan kering dakwatnya terlebih
dahulu sebelum boleh disentuh. Ini menyebabkan pencetak jenis ini sesuai digunakan bagi
kegunaan individu tetapi kurang sesuai digunakan bagi tujuan mencetak dokumen-dokumen
penting kerana ianya agak sensitif terhadap air atau kelembapan.
 Pencetak jenis ini boleh mencetak sama ada dalam keadaan hitam putih mahupun warna.
Pencetak semburan / gelembung dakwat ini juga mampu menghasilkan hasil cetakan dengan
kelajuan di antara 1 hingga 10 halaman bagi setiap minit (ppm). Kualiti imej yang mampu
dihasilkan pula dalam lingkungan 180 hingga 720 dots per inch (dpi) atau lebih tinggi bergantung
kepada arus perkembangan teknologi semasa.
 Misalnya, pencetak jenis semburan dakwat atau gelembung dakwat yang dikeluarkan pada
Januari 2001 telah mampu mencetak dengan resolusi setinggi 2400 X 1200 dpi dan kelajuan 10
hingga 15 halaman seminit.

Pencetak Laser

 Pencetak laser menggunakan teknologi yang sama sepertimana mesin fotokopi dan ianya
mencetak dengan menggunakan pancaran laser. Mutu cetakannya adalah berkualiti tinggi dan ini
menyebabkan ianya menjadi pilihan utama untuk kegunaan di pejabat-pejabat, organisasi,
institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang mementingkan rupa dan kualiti dokumen yang
kemas, menarik, tahan lama dan berkualiti tinggi.
 Pencetak laser bekerja dalam keadaan yang senyap tetapi pantas. Pencetak laser yang paling
rendah keupayaannya mampu mencetak sehingga 4 halaman yang dipenuhi teks dalam masa
satu minit. Pencetak laser yang lebih berkeupayaan tinggi mampu mencetak sehingga lebih
daripada 25 halaman dalam masa seminit. Hasil cetakannya juga amat memuaskan dengan
kualiti imej dari 300 hingga 1800 dots per inch (dpi). Namun demikian, masalah utama pencetak
jenis laser ialah harganya yang lebih mahal dari pencetak jenis lain.
Lain-lain Jenis Pencetak

Selain dari pencetak-pencetak utama yang telah dibincangkan, terdapat juga pencetak lain yang tidak
kurang popularnya dikalangan pengguna walaupun hanya digunakan dalam keadaan-keadaan khas atau
tertentu. Antaranya:

Dye Sublimation Printer

 Merupakan antara pencetak yang memerlukan kos yang tinggi.

 Menghasilkan kualiti gambar yang menyamai kualiti gambar foto berwarna.

 Juga dikenali sebagai thermal dye transfer printer.


Solid Ink Printer

 Pencetak jenis ini menghasilkan imej warna berkualiti tinggi dengan kadar harga yang lebih
rendah.

 Ianya sesuai digunakan bagi menghasilkan kualiti gambar yang sesuai bagi kertas biasa dan juga
transparensi

1.3.1.3 Faks

 Faks atau nama penuhnya faksimili (daripada bahasa latin fac simile, "menjadikan serupa", iaitu
"membuat salinan") ialah teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan
(faksimili) dokumen, khususnya menggunakan peranti-peranti (mesin faks) yang disambungkan
dengan rangkaian telefon. Mesin faks juga dikenali sebagai telecopier di industri-industri tertentu.
Kelebihan faks berbanding perkhidmatan pos nampak dalam pengiriman dokumen melalui jarak
jauh dengan serta-merta, sementara kelemahannya dari segi mutu salinan yang telah
menyebabkan mesin faks diketepikan oleh e-mel sebagai kaedah pemindahan dokumen
elektronik yang terpenting, kecuali apabila status sah faks kiriman serta laporan kirimannya
diperlukan
1.3.1.4 Mesin Pelbagai Fungsi ( Multifunction Machine)

Mesin pelbagai fungsi (MFP) adalah alat yang melaksanakan pelbagai fungsi yang sebaliknya akan
dijalankan oleh peranti periferal berasingan. Sebagai peraturan, perkakasan pelbagai fungsi termasuk
sekurang-kurangnya dua daripada yang berikut:

• Pencetak

• Pengimbas

• Mesin faks

Peranti pelbagai fungsi sering mempunyai fungsi asas dengan satu atau lebih keupayaan tambahan.
Berikut adalah beberapa contoh:

• Mesin salinan digital: Mencipta salinan secara digital, dengan mengimbas dan mencetak.

• Mesin faks MFP: Kelihatan seperti fax normal tetapi menyambung kepada PC untuk input data / output,
percetakan, pengimbasan dan menyalin.

• Pencetak / Pengimbas / Copier MFP: Menjalankan semua tiga fungsi dan kadangkala juga faks.

penjimatan kos dan keperluan ruang yang lebih rendah membuat perkakasan pelbagai fungsi pilihan
yang praktikal bagi ramai orang yang pada lazimnya akan mempunyai untuk membeli peranti yang
berasingan.
1.3.1.5 Mobile Devices

Mobile Device (juga dikenal dengan istilah cellphone, handheld device, handheld computer, ”Palmtop”,
atau secara sederhana disebut dengan handheld) adalah alat penghitung (computing device) yang
berukuran saku, ciri khasnya mempunyai layar tampilan (display screen) dengan layar sentuh atau
keyboard mini.

1.3.1.5.1 Contoh Mobile Devices

Mobile Computers :

¨ Notebook PC

¨ Ultra-Mobile PC

Handheld Game Console :

¨ Nintendo DS (NDS)

¨ Game Boy, Game Boy Color

Media Recorders :

¨ Digital Still Camera (DSC)

¨ Digital Video Camera (DVD atau Digital Camcorder)

Media Players/ Displayers :

¨ Portable Media Player

¨ E-book Reader

Communication Devices :

¨ Mobile Phone

¨ Cordless Telephone

¨ Pager
1.3.2 Bingkai Pengedaran Utama ( Main Distribution Frame)

1.3.2.1 Router
 Router adalah sebuah alat jaringan komputer yang mengirimkan paket data melalui
sebuah jaringan atau Internet menuju tujuannya, melalui sebuah proses yang dikenal
sebagai routing. Proses routing terjadi pada lapisan 3 (Lapisan jaringan seperti Internet Protocol)
dari stack protokol tujuh-lapis OSI.
 Router berfungsi sebagai penghubung antar dua atau lebih jaringan untuk meneruskan data dari
satu jaringan ke jaringan lainnya.

1.3.2.2 Tembok Api (Firewall)

 Tembok api berfungsi untuk melindungi komputer atau jaringan dari akses komputer lain yang
tidak memiliki hak untuk mengakses komputer atau jaringan anda.
 Oleh yang demikian, tembok api ini melindungi jaringan dan sekaligus melindungi komputer di
dalam jaringan tersebut.
 Tembok api(firewall) berfungsi dengan satu set penapis yang sentiasa memantau trafik pada
rangkaian.
1.3.2.3 Switch

 Switch atau biasa disebut sebagai “smart hub” merupakan alat yang digunakan sebagai repeater
atau penguat untuk menghubungkan kabel-kabel UTP dari satu komputer ke komputer lain.
 Switch mampu untuk memeriksa dengan tepat setiap paket data yang diterima
 Switch mampu untuk menentukan tujuan dan sumber paket data yang melaluinya
 Switch memiliki kemampuan untuk menghantar setiap paket data dengan tepat

1.3.2.4 Server

 Server adalah suatu sistem komputer yang menyediakan berbagai macam jenis-jenis layanan
tertentu yang di tujukan untuk client dalam suatu sistem jaringan komputer. Server dilengkapi
oleh sistem operasi (OS) yang khusus untuk mengontrol ataupun memonitor akses dan juga
sumber daya yang terdapat di dalamnya. Lalu selain itu server didukung oleh prosesor yang
bersifat scalable serta RAM yang berkapasitas besar, dan dilengkapi oleh sistem operasi yang
khusus, disebut sebagai sistem operasi jaringan komputer.
 Fungsi-fungsi server:
o Server Aplikasi
Server yang digunakan untuk menyimpan berbagai macam aplikasi yang dapat
diakses oleh pelanggan
o Server Data
Server jenis ini di gunakan untuk menyimpan berbagai data , baik data yang
belum diubah ataupun data yang sudah diubah menjadi informasi. Data ini dapat
di akses oleh client dengan bantuan aplikasi yang ada di server.
o Server Proxy
Server proxy berfungsi untuk mengatur lalu lintas di jaringan melalui pengaturan
proxy. Orang awam lebih mengenal proxy server untuk menyambungkan
komputer client ke Internet.
1.3.3 Kabel Rangkaian
 Kabel rangkaian adalah satu perantaraan untuk menggabungkan pengguna komputer dengan
komputer lain untuk membuat pehantaran data, membuat rangkaian setempat (LAN) serta
rangkaian luar (WAN). Kabel juga adalah satu peranti yang amat penting kepada pengguna
komputer untuk berhubung. Ia juga mempunyai beberapa jenis kabel serta fungsi pehantaran
yang berbeza.

o Kabel Pasangan Terpiuh


 Kabel Pasangan Terpiuh atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di
dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di
dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel pasangan terpiuh yang popular.
 Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. Kabel ini
mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi kabel ini
bergantung kepada jumlah bilangan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel.
 Kabel ini juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon dan digunakan
untuk sambungan Ethernet.
 Kabel pasangan terpiuh yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4
pasang kabel yang terpilih. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4
sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah
penyambung kepada kabel pasangan terpiuh.
 Dua jenis kabel pasangan terpiuh yang biasa digunakan ialah :
a) Unshielded Twisted Pair (UTP) / Kabel Tidak Berlapik Pasangan
Terpiuh

b) Shielded twisted pair (STP). / Kabel Berlapik Pasangan Terpiuh

 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Terpiuh (UTP)

Kabel UTP adalah medium yang sering kali digunakan dalam rangkaian
computer. Modem Ethernet adalah salah satu peralatan yang digunakan bagi
menyalurkan data rangkaian.yangterdiri daripada tembaga yang
berpintal. Kabel ini digunakan dalam pelbagai rangkaian dan mempuyai lapan
kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Selain itu ianya berpintal mengikut
warna yang telah ditetapkan.
o Kabel UTP perlu disambugkan dengan menggunakan penyambung yang dinamakan RJ-45.
Dan digunakan untuk menyambung komputer ke Local Area Network (LAN).RJ45 ialah
singkatan kepada Register Jack. Ada beberapa jenis RJ antaranya RJ11, RJ14, RJ21, RJ25,
RJ45, RJ48 dll. RJ memiliki banyak jenis, tetapi yang sering digunakan adalah RJ11 dan RJ45.

o Antara kegunaan kabel jenis UTP adalah:

Kategori 1 – Untuk komunikasi telefon.Tidak sesuai untuk penghantaran data


Kategori 2 – Kemampuan penghantaran data sehingga 4 Mbps
Kategori 3 – Digunakan dalam rangkaian 10BASE-T.Kemampuan penghantaran data sehingga 10 Mbps.
Kategori 4 – Digunakan dalam rangkaian Token Ring.Kemampuan penghantaran data sehingga 16 Mbps.
Kategori 5 – Kemampuan penghantaran data sehingga 100 Mbps.
Kategori 5e – Kemampuan penghantaran data sehingga 1000 Mbps. (1Gbps)
Kategori 6 – 4 pasang dari 24 American Wire Gauge (AWG) wayar kuprum.Paling laju dalam
penghantaran data UTP

 Kabel Berlapik Pasangan Terpiuh (STP)

o Shielded Twisted Pair (STP) ialah kabel yang mempunyai pelindung/shield. STP tidak sesuai
digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk
rangkaian yang menggunakan Token Ring Topology. Keburukkan atau kekurangan penggunaan
STP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan
elektrik .Namun, pemasangan kabel STP juga boleh menggunakan penyambung RJ sama yang
menggunakan UTP iaitu penyambungan RJ-45.
Ciri-ciri kabel STP:
■Kelajuan dan keluaran —10 – 100 Mbps
■Purata harga satu node — Mahal
■Saiz media dan sambungan—Sederhana – Besar
■Panjang maksimum —100 m (paling pendek)

Anda mungkin juga menyukai