Anda di halaman 1dari 2

 

                                Berkelah  Di Teluk Batik


Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah diTeluk
Batik.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing
membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah
tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.
Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah
menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah
puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama
dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh
ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke
rumah.Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah
yang disediakan sebelum pulang.
Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ.Saya akan
datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan
                                                       Kebun Datuk Ina

     Pada hari Sabtu yang lalu, Ina sekeluarga melawat datuk dan nenek di
kampung.Kami bertolak dari Manjung pada  pukul 6.30 pagi.Kami pergi dengan
menaiki kereta Naza Citra.

     Datuk  Ina, Pak Wak Karjoo mengajak Ina pergi ke kebun sayur – sayuran. Di
kebun  ada banyak   sayur seperti kubis, cili, petola, kangkung, bendi.

     Ina menolong datuk menanam sayur- sayuran.Datuk mengutip sayur –


sayuran  dan buah – buahan.Datuk memasukkan sayur – sayuran dan buah – buahan
ke dalam bakul. Ina membantu datuk menyiram sayur – sayuran.

    Nenek  Ina, Mak Nah  membubuh baja pada sayur- sayuran.Datuk membuat


batas.Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Sayur – sayuran yang ditanam
oleh datuk hidup subur.

Anda mungkin juga menyukai