Anda di halaman 1dari 1

PENGALAMAN BERKHELAH DI TEPI PANTAI

Semalaman aku tidak dapat tidur.Aku sangat teruja kerana ayah telah
berjanji untuk membawa kami sekeluarga ke pantai Teluk Cempedak.Aku
bangun awal dan membangunkan adikku.Emak menyediakan bekalan untuk
dibawa.Aku menolong ayah untuk meletakkan barang-barang ke dalam
kereta.

Perjalanan dari rumah kami ke pantai Teluk Cempedak mengambil


masa selama satu jam .Ayah memandu dengan berhati-hati.Aku melihat
panorama yang indah dalam perjalanan manakala adikku pula tertidur.

Setibanya di sana,kami mengeluarkan barangbarang makanan dan


berkelah di bawah sepohon pokok rendang.Pemandangan di tepi pantai
sungguh indah.Pasir yang memutih dan angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa sungguh mendamaikan.

Emak membentang tikar lalu meletakkan bekalan dan barang-


barang atas tikar.Aku dan adik menukar pakaian kepada pakaian
mandi.Kami meminta izin daripada ibu untuk pergi bermandi-manda.Adik
menggunakan pelampung kerana tidak tahu berenang.Kami juga tidak
melepaskan peluang untuk membina istana pasir .Emak pula mendengar
radio manakala ayah membaca surat khabar.

Selepas puas bermain dan mandi-manda, kami menikmati pelbagai


juadah yang ibu sediakan seperti nasi lemak,kuih-muih,air sirap dan
sebagainya .Kami makan dengan gelojoh kerana kelaparan.Kenikmatan
makan di tepi pantai sukar digambarkan.

Beberapa jam kemudian, kami berkemas untuk pulang.Aku membeli


beberapa cenderamata untuk kawankawanku.Kami juga mengambil
gambar sebagai kenangkenangan.Kami pulang meninggalkan pantai
dengan perasaan gembira.Aku berharap agar dapat datang sekali lagi ke
pantai Teluk Cempedak.

Anda mungkin juga menyukai