Anda di halaman 1dari 1

Ahad , 25 Mac 2019.

cfgfcb

7.00 pagi : Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan
adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di
pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan
oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan
makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi : Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta
Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa
selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai
sudah membanjiri pantai Port Dickson.

9.45 pagi : Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah
sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula
membantu ibu mengangkat  barang-barang lalu meletakkannya di
bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan
membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi : Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di


kawasan gigi airsahaja. Sementara itu ayah sentiasa
memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-
jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai
dan membina istana pasir bersama-sama.

12.15 tengah hari : Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana
pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan
bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali,
maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu
sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati
suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang
ramai yang ada di situ.

3.00 petang : Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa
gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam
perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di
pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.

Anda mungkin juga menyukai