Anda di halaman 1dari 2

Berkelah di Pantai Port Dickson

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga

pergi berkelah di Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri
Sembilan. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dengan
menaiki kereta bapa yang baharu.

           Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan

mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil
menikmati pemandangan yang indah nian. Kami tiba di destinasi
pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai orang di sana seperti
ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun mencari tempat teduh
untuk berkelah.

           Saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-

barang yang dibawa. Kemudian, bapa membentangkan tikar di
bawah pokok yang rendang. Selepas itu, saya dan adik terus
menukar pakaian renang lalu berenang di laut. Ibu pula
menghidangkan makanan yang sedap di atas tikar.

          Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati

makanan yang sedap dengan berseleranya. Selepas makan,
saya dan adik bermain bola tampar manakala adik perempuan
dan kakak saya pula membina istana pasir yang besar dan cantik
di tepi pantai.

         Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang cantik dan

mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk
dijadikan kenangan. Kami juga bersiar-siar di tepi pantai sambil
menikmati pemandangan yang indah nian. Sebelum pulang, kami
membersihkan kawasan perkelahan untuk menjaga kebersihan
pantai.

           Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke

rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkelah di
Pantai Port Dickson. Saya berharap agar bapa membawa kami
sekeluarga berkelah di pantai lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai