Anda di halaman 1dari 1

Berkelah di Tepi Pantai

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port
Dickson. Kami menaiki kereta ke sana.

Setibanya di destinasi, bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.


Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan barangan di bawah
sebuah pokok yang besar. Cuaca hari tersebut cerah.

Tanpa membuang masa lagi, saya dan kakak segera menukar pakaian
renang. Kami membawa pelampung yang baharu. Saya dan kakak berenang
dengan gembira. Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik
di tepi pantai.

Setelah penat berenang, kami menjamu selera di tepi pantai. Ibu


menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar. Kami makan dengan gelojoh
kerana terlalu lapar.

Selepas itu, kami mengemas barangan dan membersihkan tempat


perkelahan sebelum pulang. Kami membuang sampah ke dalam tong sampah.
Kemudian kami pulang ke rumah dengan gembira.

Anda mungkin juga menyukai