Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Pengalaman bercuti di kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang
ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke
kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan
terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa
gembira.

Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih
seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati
pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti tusa
masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk
mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan
dengan gelojoh.

Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian
pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk
sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual.

Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar
boleh bercuti di kampung lagi.

Anda mungkin juga menyukai