Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih*****

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port
Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang
perjalanan. Setibanya di destinasi, kami menolong ayah mengangkat barangan lalu
meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.

Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan
banyak pengunjung berada di pantai. Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.
Tanpa membuang masa lagi,saya dan abang segera menukar pakaian renang.Kami
membawa pelampung besar yang baru dibeli. Saya dan abang berenang dengan
gembira.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.
Kakak pula suka membina istana pasir di pantai. Setelah penat berenang, kami
menjamu selera di pantai. Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar
mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuihmuih, tembikai dan jus oren. Kami
makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu
sungguh enak dan berkhasiat.

Kemudian,kami bermain bola di pantai.Kami sekeluarga mengambil gambar


sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil
berbualbual dengan mesranya. Kami mengemaskan barangan dan membersihkan
tempat perkelahan sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong
sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan
gembiranya.

***Pengajaran*****Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang


menyeronokkan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga.

Anda mungkin juga menyukai