Anda di halaman 1dari 8

Jawab soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan di bawah.

Bangunan Menara Kuala Lumpur terletak di Bukit Nanas. Menara ini


siap dibina pada tahun 1996. Ketinggian bangunan ini ialah 421
meter. Kita dapat menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang
menarik dan indah dari ruang pemerhatian menara ini. Menara
Kuala Lumpur telah menjadi kebanggaan negara kita kerana menara
ini merupakan salah satu menara konkrit tertinggi dan terkenal di
Asia Tenggara.

1. Apakah nama bangunan dalam petikan di atas ?


A. Menara Condong B. Menara Kuala Lumpur C. Menara Kembar

2. Di manakah letaknya menara ini ?


A. Bukit Nanas B. Bukit Bintang C. Bukit Kuala Lumpur

3. Mengapakah dikatakan bangunan ini menjadi kebanggaan


negara Malaysia?
A. merupakan menara konkrit tertinggi di Asia Tenggara
B. merupakan menara konkrit terbesar di Asia Tenggara
C. merupakan menara konkrit tertinggi di dunia

4. Bilakah bangunan ini dibina ?


A. 2013 B. 421 C. 1996

5. Apakah maksud terkenal di dalam petikan di atas?


A. berjaya B. termasyhur C. bermuafakat
Jawab soalan 6 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah.

Pada hari Ahad yang lalu, saya mengikut keluarga berkunjung ke


pasar malam. Kami berjalan kaki ke sana kerana pasar malam itu
berdekatan dengan rumah saya.
Pelbagai jenis barang dijual di sana. Antaranya termasuklah
makanan, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran dan pakaian.
Pasar malam ini sentiasa penuh sesak dengan pengunjung.
Keadaan di sini juga riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli
sibuk tawar-menawar harga barang.
Ibu membeli sebungkus laksa asam, sayur-sayuran, buah-buahan
dan sedikit kuih tradisional manakala ayah membeli sepasang kasut.
Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.
6. Bilakah pasar malam itu diadakan ?
A. Ahad B. Isnin C. Selasa

7. Mengapakah penulis dan keluarganya berjalan kaki ke pasar malam ?


A. kerana pasar malam itu berdekatan dengan rumahnya .

B. kerana pasar malam itu sangat besar.


C. Kerana pasar malam itu jauh dari rumahnya.

8. Apakah jenis barangan yang dapat dibeli di pasar malam?


A. Makanan, minuman dan sayur-sayuran.

B. Makanan, minuman, sayur-sayuran, dan pakaian.

C. Makanan, minuman, sayur-sayuran, buah-buahan dan pakaian.

9. Berapakah jenis barang yang dibeli oleh ibu penulis ?


A. empat jenis B. lima jenis C. enam jenis

10. Mengapakah suasana di pasar malam riuh-rendah ?


A. kerana penjual dan pembeli sibuk bergaduh.

B. kerana penjual dan pembeli sibuk tawar-menawar harga barangan.

C. kerana penjual dan pembeli sibuk berbual-bual.


Caroline Siu/Bahasa Melayu K 1/Tahun 3/Oktober /Muka surat 2
Pilih kata tanya yang betul bagi soalan 11 hingga 15.

Gambar soalan 11

11 “ ________ kah yang sedang mengecat pagar rumah itu?”tanya Puan Devi
kepada jirannya .
A. Siapa B. Mana C. Apa

Gambar soalan 12

12. “___________kah yang ada di dalam kotak itu?” tanya Beego


kepada ibunya.
A. Siapa B. Apa C. Bagaimana

Gambar soalan 13

13. __________ kah Encik Teck Ling mengangkut semua barangnya ke


dalam lori?
A. Mengapa B. Mana C. Siapa

Gambar soalan 14

14. ___________kah Siti membersihkan lantai yang kotor itu?


A. Bagaimana B. Apa C. Siapa

Gambar soalan 15

15. ___________kah perhimpunan sekolah akan diadakan?


A. Siapa B. Bila C. Mengapa
Caroline Siu/Bahasa Melayu K 1/Tahun 3/Oktober /Muka surat 3
Pilih Kata hubung yang betul bagi soalan 16 hingga 20.

Gambar soalan 16

16. Lisa mahu pergi ke latihan bola jaring _____________ dia kurang sihat.
A. dan B. lalu C. tetapi

Gambar soalan 17

17. Hadiah ini __________ Aminah sempena hari lahirnya.


A. untuk B. atau C. tetapi

Gambar soalan 18

18. Kita tidak digalakkan memandu ___________ bercakap melalui telefon.


A. lalu B. sambil C. atau

Gambar soalan 19

19. Tarian naga bukan sahaja terkenal di Negara kita ____________ di


luar negara.
A. dan B. tetapi C. malahan

Gambar soalan 20

20. Adik Kalang menangis__________ dia lapar.


A. dan B. lalu C. kerana

Caroline Siu/Bahasa Melayu K 1/Tahun 3/Oktober /Muka surat 4


Pilih kata ganti nama diri yang betul bagi soalan 21 hingga 25.

Gambar soalan 21

21. Lily dan Ani hendak pergi bercuti. __________sedang mengemas


pakaian.
A. Saya B. Mereka C. Dia

Gambar soalan 22

22. “Ibu, _________ mahu membeli buku cerita ini,” kata Nora kepada
ibunya.
A. saya B. beliau C. kami

Gambar soalan 23

23. Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Kheng dilahirkan di Ipoh,


Perak.__________ seorang pelakon yang tinggal di Hong Kong.
A. Dia B. Beliau C. Saya

Gambar soalan 24

24. “________ murid tahun tiga ,” kata Kim Long dan Kalang.
A. Beliau B. Dia C. Kami

Gambar soalan 25

25. Encik Abu seorang penternak lembu. _______ rajin bekerja setiap hari.
A. Dia B. Kami C. Saya
Caroline Siu/Bahasa Melayu K 1/Tahun 3/Oktober /Muka surat 5
Pilih kata ganti nama tunjuk yang betul bagi soalan 26 hingga 29.

Gambar soalan 26

26.“_________lah adik saya ,” beritahu Kim Ling kepada William.


A. Ini B. Itu C. Sini

Gambar soalan 27

27. “___________ rumah saya,” kata Samy.


A. Ini B. Itu C. Sana

Gambar soalan 28

28. Baju ini dijemur di ___________ .


A. itu B. sini C. sana

Gambar soalan 29

29. Buku itu ada di ___________ .


A. sana B. sini C. ini

Pilih kata sendi nama yang betul bagi soalan 30 hingga 33.
30. Wendy bercita-cita untuk mewakili sekolah dalam sukan bola
tampar_________tahun ini.
A. di B. pada C. dari
31. Ibu Amirah menyiram pokok bunga_________ halaman rumah.
A. di B. pada C. dari

32. Hari sukan bermula _________ pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.
A. hingga B. pada C. dari

33. Siaran langsung perlawanan bola keranjang itu akan berlanjutan


_________ pukul 9.00 malam.
A. di B. pada C. hingga

Pilih ayat tunggal yang betul bagi soalan 34 dan 35.

34. A. Salim kawan baik saya.

B. Haiwan kesayangan Alice ialah kucing dan arnab.

C. Ira ke rumah Niza untuk menghantar kuih.

35. A. Kakinya luka kerana terpijak paku.

B. Suasana di kampung itu sungguh tenang.

C. Sani ke bandar untuk membeli hadiah.

Pilih ayat majmuk yang betul bagi soalan 36 dan 37.

36. A. Abu memancing ikan di sungai.

B. Kereta bapa berwarna merah.

C. Aiman minum jus oren kerana berasa haus.

37. A. Dia bijak tetapi malas.

B. Adik sudah tidur.

C. Saya akan hadir jika hari tidak hujan.

Caroline Siu/Bahasa Melayu K 1/Tahun 3/Oktober /Muka surat 7


Pilih nama tarian tradisional yang betul berdasarkan gambar bagi
soalan 38 hingga 40.

Gambar soalan 38

38. ______________ merupakan tarian tradisional yang terkenal bagi


kaum Kadazan.
A. Tarian kipas B. Tarian sumazau C.Tarian kuda kepang

Gambar soalan 39

39. ______________ biasanya dimainkan oleh kaum Melayu lelaki.


A. Tarian kipas B. Tarian sumazau C.Tarian kuda kepang

Gambar soalan 40

40. ______________ ialah tarian tradisional kaum Cina.


A. Tarian kipas B. Tarian sumazau C. Tarian kuda kepang

Anda mungkin juga menyukai