Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan 开头:

- cuti sekolah – sekeluarga - Pantai Port Dickson- Negeri

Sembilan-/ -bertolak – menaiki

Isi 内容:
享受风景

- Dalam perjalanan - berbual-bual - menikmati pemandangan-


阴凉
/ tiba - ramai orang - mencari tempat teduh – berkelah
摊开 草席
- turun barang-barang - membentangkan tikar - /menukar -

pakaian renang /-menghidangkan makanan - tikar.

- lapar - menikmati makanan - /-bermain bola - membina istana

pasir
贝壳

- mengutip kulit-kulit siput - mengambil gambar-/ -bersiar-siar

- menikmati pemandangan- /-membersihkan - menjaga

kebersihan

Penutup 结尾:

- pukul – pulang – berasa- /-berharap - lagi pada masa akan

datang
Berkelah di Pantai Port Dickson

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi berkelah
di Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Kami bertolak ke
sana pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.

           Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya


untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati pemandangan
yang indah nian. Kami tiba di destinasi pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat
ramai orang di sana seperti ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun mencari
tempat teduh untuk berkelah.

           Saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang


dibawa. Kemudian, bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang
rendang. Selepas itu, saya dan adik terus menukar pakaian renang lalu
berenang di laut. Ibu pula menghidangkan makanan yang sedap di atas tikar.

          Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati makanan yang


sedap dengan berseleranya. Selepas makan, saya dan adik bermain bola
tampar manakala adik perempuan dan kakak saya pula membina istana pasir
yang besar dan cantik di tepi pantai.

         Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang cantik dan mengambil gambar
dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan. Kami juga
bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah nian.
Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan untuk menjaga
kebersihan pantai.

           Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke rumah. Saya
berasa sangat gembira kerana dapat berkelah di Pantai Port Dickson. Saya
berharap agar bapa membawa kami sekeluarga berkelah di pantai lagi pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai