Anda di halaman 1dari 3

SJKC CHUNG CHENG

KERTAS KERJA
PROGRAM PUPIL’S IDOL
TAHUN 2021

TARIKH MULA :
18 FEBRUARI 2021
MASA :

10.20 PAGI – 12.50 TENGAH HARI

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SJK (C) CHUNG CHENG
SJK(C) CHUNG CHENG
KERTAS KERJA PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM PUPIL’S IDOL
TAHUN 2021
 
1. Tujuan

1.1 Mencungkil bakat terpendam murid-murid SJK(C) Chung Cheng secara


menyeluruh.
1.2 Memupuk sikap insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan
aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

1. LATAR BELAKANG

Panitia Pendidikan Moral SJK(C) Chung Cheng akan mengadakan Program


Pupil’s Idol bagi mengisi takwim Tahun 2021. Program ini melibatkan semua
darjah iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan
memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin
untuk memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan dalam kalangan tenaga
pengajar SJK(C) Chung Cheng.

2. OBJEKTIF

2.1 Menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai


warganegara maju dan masyarakat berilmu.
2.2 Membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan.
2.3 Melahirkan insan yang berakhlak mulia.

3. TEMPAT DAN MASA PELAKSANAAN

Program ini dilaksanakan sepanjang tahun di sekolah SJKC Chung Cheng.


 

4. SASARAN PESERTA 

Murid-murid Tahun 1 hingga 6

5. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

Setiap akhir bulan, GPK HEM meminta guru mata pelajaran yang berkenaan
untuk mencadang satu nama yang berpotensi menjadi teladan murid yang lain.
Hadiah akan diberi kepada pupil’ idol sebagai ganjaran.

 
6. JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat : En Ho Joo Yap (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Pek Anna
Setiausaha : Cik Chua Pey Lih
Ahli Jawatankuasa : En Lim Huat Jun
Puan Lim Sin Hui
En Tan Wee Han
Cik Tan Li Rong
Puan Chong Sin Yee
Cik Pek Chew Sze
Cik Tang Hui Foon

7. IMPLIKASI KEWANGAN  

Perkara Anggaran
Perbelanjaan
1. Hadiah RM60
2. Perkara Lain (mengikut keperluan semasa) RM20
JUMLAH RM80

8. PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini dapat berjalan dengan
jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha
yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Panitia Pendidikan Moral
yang lebih cemerlang dan gemilang.

9. ULASAN PENTADBIR (JIKA ADA)


________________________________________________________________
________________________________________________________________
Permohanan Diluluskan / Tidak Diluluskan

Disediakan oleh Disahkan oleh,

——————— ———————
( Pek Anna ) ( Ho Joo Yap )
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Besar
Tarikh: 20 Jan 2021

Anda mungkin juga menyukai