Anda di halaman 1dari 1

Berkelah di pantai

P. cuti sekolah - berkelah - meloncat - bangun awal - menyediakan - bertolak

1. Berbual-bual - terbahak-bahak - ternampak - suasana


2. membentang - mengeluarkan - menghidangkan - menukar - bermandi-manda - membina -
bersandar - membaca
3. naik ke darat - (menikmati juadah / menjamu selera / menikmati makanan /menikmati
hidangan) - bersiar-siar - mengambil angin - mengutip - mengambil gambar

P. mengemaskan - membersihkan - gembira - mengeratkan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga (pergi berkelah di pantai
Port Dickson). Saya dan kakak meloncat kegembiraan. (乐得手舞足蹈)
Kami bangun awal membantu ibu untuk menyediakan makanan dan barang-barang yang perlu
dibawa. Kami bertolak ke sana dengan menaiki kereta kesayangan bapa.

Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual sambil ketawa terbahak-bahak (开怀大笑).


Setibanya di destinasi, kami ternampak (ramai orang berkunjung ke sana seperti ikan dalam
belat. Suasana di sana sungguh riuh-rendah) .

Ayah membentang tikar (di bawah sepohon pokok yang rendang) lalu mengeluarkan barang-
barang dan makanan dari but kereta.
Ibu pula menghidangkan pelbagai makanan yang enak di atas tikar.
Tanpa berlengah/tanpa membuang masa, saya dan kakak menukar pakaian renang lalu
(bermandi-manda di laut manakala adik pula membina istana pasir yang besar dan cantik di
tepi laut). Ayah pula bersandar di bawah pokok sambil membaca surat khabar untuk
mengetahui berita terkini.

Apabila berasa kelaparan, saya dan kakak pun naik ke darat untuk mengisi perut (充饥、填饱肚
子).Kami menikmati hidangan yang enak dengan berseleranya.
Selepas puas makan, kami bersiar-siar sambil mengambil angin di tepi pantai.
Saya dan kakak juga mengutip kulit siput untuk dijadikan hiasan.
Ayah mengambil gambar dengan telefon pintarnya untuk dijadikan kenangan manis.

Pada waktu senja, kami mengemaskan barang-barang dan membersihkan tempat perkelahan
untuk menjaga kebersihan pantai.
Kami berasa sungguh gembira bagai itik mendapat air kerana dapat berkelah bersama untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Anda mungkin juga menyukai