Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Kamu dan keluarga telah berkelah di air terjun.

Ceritakan
pengalaman kamu semasa berkelah di air terjun.

____________________________________________________

Alangkah gembiranya hati saya apabila ayah memberitahu bahawa 说


beliau hendak membawa kami sekeluarga berkelah di air terjun.
Cadangan ini bagai tikus jatuh ke beras. Saya dan adik melonjak
kegirangan kerana inilah julung kali kami berkelah di air terjun.

Pada hari itu, kami sekeluarga bangun awal sejak terang tanah
lagi . Selepas bersarapan, saya dan adik membantu ibu mengemas
barang-barang seperti tikar, pelampung, baju renang, makanan dan
lain-lain lalu memasukkan ke dalam kereta ayah. Ayah dan abang
berganding bahu memeriksa enjin kereta supaya berfungsi dengan baik.
Selepas itu, kami menaiki kereta ayah menuju ke destinasi.

Udara di air terjun sungguh nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi


bahasa dan pepohon yang menghijau berliang-liuk seolah-olah
menyambut kedatangan kami. Terdapat beberapa ekor unggas
berkicauan dari dahan ke dahan. Kami terpesona dengan keindahan
alam semula jadi . Apabila tiba di destinasi, kami membentangkan tikar
di bawah pokok yang rendang. Kemudian, kami bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk meletakkan barang-barang yang dibawa di atas
tikar.

Saya dan abang segera menyalin baju renang kerana tidak sabar
untuk bermandi-manda di dalam air terjun yang jernih sekali. Adik lelaki
dan adik perempuan yang tidak pandai berenang itu bermain bola di
tebing.Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa
yang berlaku di pelosok dunia . Ibu pula menyediakan makanan yang
enak sambil memerhati kami supaya keselamatan kami terjamin.
Selepas puas berenang, saya dan abang berasa lapar lalu naik ke
tebing air terjun untuk menikmati makanan/menjamu selera
bersama-sama dengan keluarga. Ibu telah menghidangkan makanan
yang enak di atas tikar seperti mi goreng, nasi lemak, ayam goreng,
agar-agar dan sebagainya. Kami makan dengan gelojoh untuk mengalas
perut yang berkeroncong.Ibu dan ayah ketawa terbahak-bahak ketika
melihat telatah kami.Setelah selesai makan, kami bersantai-santai sambil
menikmati panorama yang indah nian di sekitar air terjun. Bapa
mengambil kesempatan merakam gambar detik-detik manis kami
sekeluarga di situ sebagai kenang-kenangan.

Sang Suria mulai terbenam, kami membersihkan tapak perkelahan


untuk menjaga kebersihan alam sekitar sebelum pulang ke rumah. Saya
bersyukur kerana berpeluang berkelah bersama dengan keluarga.
Perkelahan ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya
lupakan.

Anda mungkin juga menyukai