Anda di halaman 1dari 1

Karangan Jenis Catatan

Tajuk : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015


9.00 pagi

Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula
membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.
10.00 pagi           

                Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa
dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.
11.00 pagi

                Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar.
Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan dan tikar.
                Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung supaya
tidak lemas.
1.00 petang

                Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan
tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.
2.00 petang

                Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan
yang sama.
4.30 petang

Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati
untuk pulang tetapi puas.

Anda mungkin juga menyukai