Anda di halaman 1dari 2

1.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan
semasa bercuti di kampung . Saya bercuti di kampung nenek yang terletak di Pontian pada
cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk
membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan.
Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah seperti durian, rambutan, pisang,
manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik
rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di
belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang.
Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-
pauk yang enak untuk kami. Semasa kami hendak bertolak pulang ke Johor Bahru,nenek
memberi kami banyak buah rambutan dan durian untuk dibawa bersama. Saya memang
berasa seronok bercuti di kampung nenek . Bagaimana pula dengan Saudar?
Saya berharap saudari dapat menceritakan pula tentang aktiviti-aktiviti yang saudari laukan
pada cuti sekolah yang lalu.
Setakat ini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.
Sekian terima kasih.
Sahabatmu,
Gan Li
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di
kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang masing-masing
untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam kereta. Kakak saya mengemas
rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah solat
Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan terlalu gembira, saya
langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk bersarapan pagi.
Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal
tidak setanding dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak,
saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.

Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka bertolak
awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang. Kemudian, kami
meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.
Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka
menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek.
Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah semua selesai,
kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak
membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku
kami sambil tergelak kecil.

Pada petang itu, datuk telah membawa kemi ke dusun buahnya yang tidak jauh dari
rumah. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan
banyak lagi di dusun datuk . Saya dan kakak memakan buah rambuatan yang dikait oleh
datuk. Kami mambawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah.

Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya berasa
sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas menggunakan
ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah.
Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira dapat bercuti di kampung.

2.Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu
mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini
mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak
mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah
payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak
yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka.
Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer
mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh
mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di
samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.
Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat
membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada
kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh
daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka
dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara
pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu.
Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak
muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat
membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual
sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan
video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti ‘Skype’. Dengan adanya
kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.

Anda mungkin juga menyukai