Anda di halaman 1dari 4

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa II 2006

VISI

Budi Bahasa Intisari Jatidiri Bangsa Malaysia

MISI

Melahirkan Masyarakat Malaysia Yang Berbudi Bahasa

OBJEKTIF

Menanam, Menghayati dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni

TEMA

Bagi tahun 2006, nilai murni yang dipilih sebagai tema ialah Kesopanan. Ia selaras dengan prinsip kelima
Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan diterjemahkan ke dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan,
pembelajaran, kemasyarakatan dan perkhidmatan.

Aktiviti-aktiviti Selari Dengan Tema

1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)

Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari
Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)

Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz,
nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)

Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)

Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya
mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5. Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa


Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai','Tandas Bersih','Kampung
Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa','Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan
'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup
yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi
khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan
kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Ada yang menjawab telefon dengan kasar dan acuh tak acuh (atau langsung tidak terjawab), surat-
menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong-royong dan kecenderungan menolong
orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak
tertentu yang dahulunya dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan
betapa pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan Rukunegara
tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia yang dicita-cita harus terus berbekal
amalan-amalan murni.

PETlKAN DARIPADA UCAPAN YAB PERDANA MENTERI

Sempena Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan

"Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini
mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran.. .tetapi juga dari segi nilai moral
yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan"

"Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni"

 
Tingkap Papan Kayu persegi,
Sampan Sakat di Pulau Angsa
Indah Tampan Kerana Budi
Tinggi Bahasa Kerana Bangsa.

Anda mungkin juga menyukai