Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja dan

kesannya.

Perkembangan semasa dan pelbagai isu yang sering dipaparkan dalam media massa
belakangan ini jelas telah banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan
masyarakat. Berita tentang golongan remaja bertindak liar di luar batas-batas
kesopanan dan kesusilaan cukup mengejutkan masyarakat. Kesibukan ibu bapa
mencari rezeki kehidupan dan memburu kebendaan saban hari menyebabkan mereka
terlepas pandang akankepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak. Kekurangan
didikan moral danagama merupakan antara punca berlakunya kepincangan akhlak
remaja pada hari ini.

Oleh itu, penerapan salah satu nilai murni kehidupan yakni nilai budi bahasa dianggap
amat penting dalam usaha melahirkan modal insan yang sempurna akhlaknya
danmempunyai kekuatan jati diri. Amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa dan
guru-guru berganding bahu membentuk peribadi anak-anak remaja yang
bolehdiibaratkan seperti sehelai kain putih. Golongan ini mudah menerima dan
seterusnya mengamalkan nilai-nilai budi bahasa yang terpuji. Generasi remaja perlu
digalakkan komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan.
Amalanberkomunikasi secara berhemah ini berjaya menghasilkan penghayatan maksud
secara berkesan dan berterusan. Malahan, budi bahasa dalam institusi pembelajaran
daninstitusi perkhidmatan juga perlu dititikberatkan.

Penerapan budi bahasa dalam pelbagai institusi ini sangat penting dalam semua situasi.
Dalam kehidupan masyarakat majmuk, golongan remaja perlu sentiasa menggunakan
tutur kata yang sopan dan pekerti yang mulia. Mereka akan dilihat sebagai golongan
yang berhemah dan menjafi idola kepada golongan yang lain. Remaja juga haruslah
sentiasa mengutamakan nilai-nilai bekerjasama. Aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan
seperti Program Latihan Khidmat Negara mampu memantapkan nilai bekerjasama
sesama remaja. Sebagai warga ilmu, mereka perlu berdisiplin dan mentaati peraturan
sekolah.

Disiplin yang tinggi sebenarnya menjadi wadah untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang akedemiknya. Remaja pelajar perlu menghargai perbezaan agama dan idea
rakansebaya. Penerapan amalan ini akan menjamin hubungan yang baik sesama rakan
sebaya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai generasi pelapis, remaja perlu
didedshkan nilai-nilai kepimpinan yang baik kerana diharap menjadi pemimpin
yangcemerlang pada masa akan datang. Tuntasnya, pemupukan nilai berbudi bahasa
menjadi tanggungjawab semua warganegara yang cinta akan pengekalan budaya positif.
Amalan saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agam diharap menjafi benteng
penghayatan nilai-nilai murni ini untuk mencapai wawasan 2020.

Rumusan - Langkah memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja


dan kesannya.

Published by Salina Sulzaily

http://www.scribd.com/doc/48029853/Rumusan-Langkah-memupuk-amalan-berbudi-
bahasa-dalam-kalangan-remaja-dan-kesannya

Anda mungkin juga menyukai