Anda di halaman 1dari 15

1.

Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan


intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas kerana hanya
menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap
orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan. Definisi
kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan
manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. “An
intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting”.(Gardner 1983).

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya


merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan
kecerdasan spiritual (SQ). Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua
prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang
dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori
ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi dan kecerdasan boleh
dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana
pembelajaran dan lain-lain. Teori ini lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan
psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya
teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan
dimasukkan ke dalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner
menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan
latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti
yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk
merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan
kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner.

2. Pelopor

Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan
di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi
perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti
di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui
hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya
dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan
seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun
1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan
apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa
pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian
kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk
berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui
sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama
Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar
kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan
memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia
memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik
permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari
pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan
manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan
perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang
melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita
dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita
tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan
keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras


kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna.
Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa
manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk
membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya
menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How
Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau
membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan
pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan
melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di
Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan
pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap
kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget
sebagai “too narrow a notion of how the human mind works.” Beliau tidak mempercayai
kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner
memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap
satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian


kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan,
Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang
dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja
bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian
para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri,
namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang
normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini,
tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-
bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di
Sekolah Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di
Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik
psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan
pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Mind’s New Science,
To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading
Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah


atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau
menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan
dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita
hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan
oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta
produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian


masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah.
Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten
dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun,
Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan
manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan
bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997,
Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner,
setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999,
Gardner menambahkan “Existential Intelligence” yang berkaitan dengan keadaan
kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima “Spiritual Intelligence” sebagai
kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya


kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial
yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan
kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga
membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat
jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain
yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach
& Snow, Guilford dan Sternberg.

3. Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

Logikal Matematik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor.
Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka
yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik,
catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang
lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai
keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan
dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat
kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum. Individu yang mempunyai kecerdasan
logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang
berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang
dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap
pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
Spatial / Visual Ruang

Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk


menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan
kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri
ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada
tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan
menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan
dalam aspek imaginatif dan kreatif. Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu
sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat
kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan
tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa
yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami
gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang.
Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna,
membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu yang
mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk
pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

Linguistik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata
bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir
untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan
membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat
mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik
mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi
lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan
keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri
kebanyakan individu. Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar
cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan
pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu yang mahir
dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair,
penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di
luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

Kinestetik

Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti


untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk
mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat
tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka
menjadi seperti refleks. Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-
kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun
dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-
aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat
persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-
perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal,
dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai
kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan
sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit,
juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan
askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan
menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini.
Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan


meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif
kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal
daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara
manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan
set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik
muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik. Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan
boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan
nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma,
ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang
mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada
berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya
yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai


petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara
pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang
itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat
berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan
interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Selain
itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah
laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan
seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya.
Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui
pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah
pergaulan. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor,
jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif


dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal
yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan
intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri
mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta
mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Secara
keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasanintrapersonal yang tinggi biasanya
kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga
sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini
akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan
renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya
individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Di samping itu,
mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung,
memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik.
Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada
saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

Naturalis

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran


semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya
merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora,
fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai
tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka
merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara
kehidupan flora dan fauna. Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula
jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan
yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya
mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun. Pelajar yang
mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang
bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang
mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

Spiritual / Eksistensialisme

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia
mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan
ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. Individu ini mampu
menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada
nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan
kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri
tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses PdP

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik
anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat tiga peringkat dalam
melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara
peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran


dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-
pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar
dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu
melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan
sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu
bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar
mempunyai kebolehan yang berbeza.

Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan
pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid.
Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang
belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai


dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana
teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan
rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-
matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan
atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah
saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau
penyusun grafik?.

Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-


bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah
saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’?. Di
samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh
melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi
kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada
pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah
saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar
ke alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi
persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan
maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung
kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa
murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar,
supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan
menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini,
murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid
dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya.
Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan
masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan
penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea
melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan
intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan
diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan
contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil


daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu
perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang
baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi
Bloom.

5. Kelebihan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai.

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini
dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan
pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak
terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada
mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada


manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara
kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu
dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini
bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti
potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan
lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya
tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat
mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri
mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat
dilahirkan.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai ini dapat membantu guru

Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran,
penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini. Dengan adanya kecerdasan
pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik
malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu,
kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga
mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan
beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan


teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam
mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak
menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru
mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi
kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka
sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri
diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu
disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri
mereka.

Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini
kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan
apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka
pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain
yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI
perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-
matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan
pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka
dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan
diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk
memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada
pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti
kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh
memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata
lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal
insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan
pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.

Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua


kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan
sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi
penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang
diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang
untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai
kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih
baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan


memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri
mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua
pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai
nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama
berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan


kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori
kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa
yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk
melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka
kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem
pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat
penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka
sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk
mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka
perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk
belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan
bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan
bukannya sebagai satu bebanan. Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara
untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-
mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang
pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh
Howard Gardner ini.

Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu
menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika
dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak
akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa
Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai
pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua
jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya
Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI
adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan
kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat
adil kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat
dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang
mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-
matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai
peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan
ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak
mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6. Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai.

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu
mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru
perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada
kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini
dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti
linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa
bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta
mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu
aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan
perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih.


Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan
pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat
digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu
proses pembelajaran.

Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu,
merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan
sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah
pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi
menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa
menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power
point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat
berkembang.
Bibliografi

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember 2, 2011 daripadahttp://www.staripoh.com/muat_turun.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember 2, 2011 daripadahttp://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-
KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN

Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight


Training and Publishing.

En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011 daripada
http://www.staripoh.com/muat_turun/
Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf.

Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zainol. 2011. Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.

Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011


daripadahttp://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485

R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States of
America: Corwin A Sage Company.

Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain.
2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di
sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan
Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011


daripadahttp://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teo
ri_kecerdasan_pelbagai.pdf

Anda mungkin juga menyukai