Anda di halaman 1dari 27

KONSEP MAIN.

Secara amnya, main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta
menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Bermain juga adalah satu aktiviti di
mamna matlamatnya adalah penglibatan dalam proses berbanding pencapain hasil
pembelajaran yang telah ditetepkan.
Merujuk kepada main dalam kalangan kanak-kanak, Kamus Webster mentakrifkannya
sebagai:
Pergerakan yang laju dan berubah-berubah (cth: berpura-pura menjadi motor,
kapal terbang)
Main peranan satu watak ( cth : sebagai polis yang sedang menangkap pencuri,
seorang doktor yang sedang merawat pesakit )
Rekacipta sesuatu (cth : main blok)
Senaman atau aktiviti rekreasi ( cth : main susun tin)
Keseronokan atau gurauan ( cth : main sorok-sorok)

KEPENTINGAN ALAM BELAJAR (KEPENTINGAN BERMAIN)


Permainan tradisional adalah satu permainan yang dimainkan pada masa dahalu lagi
seta masih terdapat pada hari ini. Kepentingan bermain permainan tradisional adalah
meningkatkan kemahiran bahasa serta kemahiran berfikir. Contohnya, apabila kanakkanak tersebut bermain permainan menyusun tin kanak-kanak perlulah menggunakan
bahasa untuk memanggil kawan sekumpulan mereka untuk memberikan bola supaya
dapat mematikan giliran terhadap pihak lawan. Kemahiran berfikir dapat diterapkan
apabila kanak-kanak tersebut perlulah berfikir strategi bagaimana untuk mematikan
giliran pihak lawan adakah dengan mengepung mereka ataupun sebagainya. Melalui
permainan tradisional ini kemahiran berfikir dapat dipertingkatkan dengan sering kali
berfikir strategi untuk mendapatkan kembali giliran dari phak lawan.
Kecekapan sosial juga adalah kepentingan bermain permainan tradisional. Kecekapan
sosial merupakan kepentingan yang terpenting sekali. Permainan tradisional
memerlukan lebih dari satu orang untuk menjayakannya. Apabila melebihi satu orang,
maka kecekapa sosial diperlukan bagi membolehkan kumpulan tersebut mendapat
kemenangan. Contohnya permaianan tradisional sepak raga perlulah kecekapan sosial
antara kumpulan bagi membolehkan individu passing bola tersebut kepada individu
yang lain.

2.0
TEORI-TEORI
PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN.

Merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan


daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran.

Pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar.

Pendidik dapat menghubung kait prinsip dan hukum pembelajaran dengan


kaedah dan lebih teknik yang akan digunakan.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS.


Behavioris adalah lebih memfokuskan terhadap tingkah laku ataupun tabiat seseorang.
Implikasi terhadap teori pembelajaran ini adalah adanya pengukuhan, dendaan dan
pelupusan. Pengukuhan terbahagi kepada dua iaitu pengukuhan positif dan negatif.
Pengukuhan positif ialah memberi sesuatu ganjaran selepas perlakuan sesuatu
ditunjuk. Dalam bilik darjah, pengukuhan ini adalah dianggap sebagai suatu motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). Contoh-contoh pegukuhan positif
yang boleh guru berikan adalah seperti pujian, senyuman, tepukan, hadiah selepas
pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan serta menyiapkan tugasan. Pegukuhan
positif yang diberikan oleh guru dapat membantu elajar menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi. Pengukuhan yang diberi perlulah sistematik serta jelas. Hanya tingkah
laku yang spesifiik sahaja yang perlu diberi pengukuhan seperti contohnya Ahmad
menjawab soalan yang diberikan oleh guru Matematik mengenai 7x4 dan Ahmad dapat
menjawabnya, guru Matematik tersebut memberi pujian. Hal ini adalah tingkah laku
yang spesifik.

CONTOH PENGUKUHAN POSITIF.

Tingkah laku

Kesan/ Akibat

Tingkah laku masa


hadapan

1) Pelajar kemukakan

Guru memuji pelajar

soalan dengan baik.

Pelajar kemukakan banyak


soalan yang lebih baik.

Cth : Bagus soalan yang


Cth : Cikgu semut itu

kamu kemukakan?

binatang ke?
2) Pelajar dapat
menjawab soalan

Cth : Cikgu pokok benda


hidup ke?

Guru memberi hadiah

Murid-murid lain semangat

kepada pelajar.

untuk menjawab soalan

dengan betul.

dengan betul.
Cth : Guru memberikan

Cth : Siti dapat

gula-gula kepada pelajar.

Cth : Murid-murid lebih

nyatakan jawapan

semangat mengangkat

mengenai rukun

tangan untuk menjawab

negara ke-5 dengan

soalan.

betul

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian pengukuhan positif yang memberi kesan ialah :
a) Memuji secara ikhlas
b) Memuji dengan cepat

c) Memuji tanpa pilih kasih

Pengukuhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa mengugut anaknya dangan akan melarang anaknya menonton televisyen
jika tidak mengulangkaji pelajaran. Oleh kerana takut dengan ugutan bapanya, anak
tersebut mengulangkaji pelajaran . Tindakan anak (mengulagkaji pelajaran) dapat
mengelakkan daripada rangsangan yang tidak diingini iaitu ugutan ayahnya (tidak
membenarkannya menonton televisyen).
CONTOH PENGUKUHAN NEGATIF.
Tingkah laku

Kesan/Akibat

Tingkah laku masa

Guru menegur pelajar.

hadapan
Pelajar akan menyiapkan

menyiapkan tugasan

Cth : Guru matematik

tugasan seterusnya tepat

yang diberikan tepat

menegur pelajar supaya

pada waktunya.

pada masanya.

menyiapkan tugasan

Cth : Faisal berusaha untuk

Cth: Faisal tidak

supaya tidak ditambah lagi

menyiapkan tugasan yanf

menyiapkan tugasan

soalan kepada Faisal.

diberikan tepat pada

1) Pelajar tidak

yang diberikan oleh


guru Matematik.
2) Pelajar tidak dapat

waktunya,
Guru menyuruh pelajar

Pelajar akan berusaha

menjawab soalan

pergi ke hadapan kelas.

menjawab soalan tersebut

yang diberikan oleh

Cth : Guru memanggil

sehingga betul.

guru di dalam kelas.

Syasya ke hadapan kelas

Cth : Syasya akan

Cth : Syasya tidak

dan mengadap pelajar

berusaha menjawab soalan

dapat menjawab

tersebut dengan kaedah

soalan tenggelan

cuba jaya.

timbul yang
dikemukan oleh guru
Sains.

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkahlaku yang tidak diingini. Dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
CONTOH DENDAAN
Tingkah laku

Kesan/Akibat

Tingkah laku masa


hadapan

1) Pelajar membuat
bising dalam kelas
Cth : Ahmad
membuat bising
dalam kelas
sehingga
menganggu
ketenteraman
pelajar lain.
2)
Dendaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu dendaan persembahaan dan
dendaan penyingkiran.
Dendaan pensembahan

Dendaaan penyingkiran

Dendaan persembahan (presentation

Dendaan penyingkiran (removal

punishment) berlaku apabila sesuatu

punishment) berkaitan dengan

rangsangan menyebabkan berlakunya

penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu

perubahan dalam tingkah laku pelajar

bapa atau guru-guru tidak memberi

tersebut. Dendaan ini tidak melibatkan

kemudahan apabila seseorang pelajar

fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar.

tidak berkelakuan betul. Contoh

Contohnya larian padang, sistem dimerit,

mengenakan dendaan penyingkiran tidak

guru memberi kerja tambahan.

membenarkan mereka menonton


televisyen dalam tempoh seminggu, sebab
mereka tidak membuat kerja rumah
Sejarah,

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberikan pengukuhan akan lupus dengan
sendirinya.

CONTOH PELUPUSAN.
KISAH ALI DI DALAM KELAS.

Pada hari pertama persekolahan, Ali seorang murid tahun 1 menjerit dan
mengganggu rakan-rakan lain pada waktu Pendidikan Seni.

Pada keesokan harinya, Ali masih berkelakuan buruk dalam kelas pada waktu
yang sama dan pada guru yang sama. Guru tersebut memarahi Ali dengan
mencubit serta memarahi Ali.

Pada hari ketiga, Ali berkelakuan sangat baik di dalam kelas pada waktu
Pendidikan Seni; tidak menjerit, menganggu kanak-kanak lain serta membuat
alat-alat tulisnya serta berkelakuan sopan terhadap rakan-rakannya. Namun guru
Pendidikan Seni langsung tidak ambil peduli dengan perubahan Ali tersebut,
tidak memuji dan tidak memberi pengukuhan positif.

Pada hari keempat, Ali menjerit semula serta mengulangi perbuatan yang tidak
baik yang dilakukan dalam kelas pada waktu Pendidikan Seni.

Guru yang langsung tidak memberi pengukuhan yang positif terhadap perubahan
tingkah laku akan menyebabkan berlakunya perlupusan terhadap tingkah laku yang
baik.

SHAPING
Shaping adalah membentuk sesuatu tingkah laku pada diri seseorang. Shaping ini
adalah tanggungjawab guru untuk membentuk pelajar-pelajarnya membentuk sikap yan
baik.
CONTOH SHAPING

Pada suatu hari dalam kelas Sains, guru menyuruh pelajar-pelajarnya


memnjalankan esperimen dalam makmal Sains mengenai penyerapan.

Sementara itu, bahan-bahan penyerapan yang disediakan ada;ah terhad. Ruslan


seorang pelajar telah berebut-rebut dengan rakannya, Aminah untuk mengambil
bahan span untuk menjalanka esperimen.

Ruslan melihat ke arah guru dan guru hanya tersenyum sahaja tanpa berkata
apa-apa. Sekali lagi, Ruslan berebut bahan-bahan esperimen dengan Aminah
dan dia melihat guru Sainsnya sekali lagi dan guru Sains tersebut masih
memberikan senyuman tanpa berkata apa-apa.

Pada kali ketiga, Ruslan lebih kerap berebut bahan esperimen dengan rakanrakannya yang lain. Walaubagaimanapun perebutan berlaku dengan
mengakibatkan Ruslan terjatuh.

Daripada perkara yang berlaku di atas, guru perlulah lebih peka terhadap murid-murid
mereka. Perbuatan yang tidak baik perlulah ditegur dengan mengatakan tidak baik
berperlakuan begitu. Hal ini akan menyebabkan murid-murid tidak lagi mengulangi
perbuatan yang tidak baik itu.

TEORI PEMBELAJARAN BANDURA


Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 36 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanakkanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih
agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti
keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori
pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan
iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada
teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :


Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru
sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti


Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas
tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula

perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan


sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model
sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan
persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya
mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif
yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku


melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran
atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui
ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat
kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan
penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan
datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan
mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang
mendapat saman kerana memandu dengan laju.
Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku
model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa
pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang
hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila
dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain
piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti
model yang disanjung.

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA


DI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik.


Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif
supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru
hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. Contohnya guru perlulah berpakaian
kemas dan menarik semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.

Modifikasi tingkah laku.


Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak
meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku
murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah
menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan tidak langsung.


Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada
model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih
dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.


Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang
menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar
boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat

dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.


Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main
peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan
dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan sebaya sebagai model.


Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk
menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

2.1
PENDEKATAN UNTUK
DI APLIKASIKAN
DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENDEKATAN INDUKTIF
Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat
generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk
membuat generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air
mempunyai insang untuk bernafas.

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif


o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan

o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari


kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu &
sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik
membawa kepada kesimpulan umum.

CONTOH APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

PENDEKATAN DEDUKTIF

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks


kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan

Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan

Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi
mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah

CONTOH APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Topik : Rantai Makanan
Lankah 1 :
Guru mempersembahkan penyataan yang umun mengenai pembelajaran pada hari itu
dengan memberikan peta minda terhadap topic tersebut.
Langkah 2 :
Guru menerangkan mengenai perkataan yang penting seperti pengeluar dan
pemangsa.
Langkah 3 :
Guru memberikan contoh kepada para pelajar contoh rantai makanan di sawah padi.

Padi

Tikus

Ular

Helang

Lankah 4 :
Para pelajar mengkaji contoh yang lebih spesifik seperti contoh rantai makanan di
dalam kolam
Rumpai

Ikan kecil

Ikan Besar

Pengurusan bilik darjah


Pembelajaran yang kondusif amatlah perlu bagi membolehkan pelajar lebih berminat
serta selesa semasa sesi pembelajaran. Justeru itu guru perluah mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Bagaimana guru tersebut menyediakan
persekitaran yang kondusif adalah dengan membuat jadual bertugas dalam kelas
Kecerian kelas
tersebut. Hal ini dapat memberikan persekitaran yang bersih dalam kelas tersebut.

PEMBELAJARAN YG KONDUSIF

Selain itu, nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dapat diterapkan dalam diri pelajar
supaya menjaga kebersihan kelas tersebut. Contohnya, seorang guru sebelum
memulakan pengajaran perlulah memerhatikan dahulu kebersihan kelas. Jika kelas
didapati kotor guru tersebut perlulah menyuruh pelajar membersihkannya. Kebersihan
kelas mampu memberikan keselesaan kepada pelajar. Jika kelas tidak bersih maka
pelbagai penyakit boleh pelajar hidapi seperti selesema.
Kebersihan kelas
Guru juga perlulah menyediakan ruang membaca bagi membolehkan pelajar
menambahkan ilmu pengetahuan dengan apa yang telah diajar oleh guru. Keceriaan
kelas
kelasPeraturan
juga perlulah
dititk beratkan bagi mewujudkan suasana yang kondusif ini.
Terdapat kajian telah mengesahkan bahawa warna dapat meningkatkan daya ingatan.
Justeru, kecerian kelas tidak diambil mudah. Guru perlulah menghias kelas supaya
kelihatan ceria dan menarik. Contohnya, guru menyuruh pelajar membalut permukaan
meja mereka dengan kertas pembalut yang berwarna-warni. Situasi sebegini adalah
bergantung kepada kreativiti seseorang guru tersebut. Jika guru tersebut mahukan
warna pembalut meja adalah sama maka pelajarnya akan membelikan pembalut meja
yang warnanya ditentukan oleh guru. Semua ini ditentukan oleh guru tersebut bagi
mewujudkan suasanan yang kondusif terhadap pembelajaran. Apabila kelas kelihatan
penuh dengan warna-warni maka pelajar selesa dengan pembelajaran. Pelajar selesa

semasa pembelajaran dapat memudahkan pengajaran guru bagi proses pengajaran


dan pempelajaran (p&p).
Pencahayaan yang mencukupi juga perlu dalam mewujudkan persekitaran yang
kondusif. Pencahayaan yang mencukupi seperti membuka tingkap pada waktu awal
pagi amatlah perlu kerana pencahayaan pada waktu tersebut sesuai dengan
melakukan aktiviti pengajaran. Guru perlulah menyediakan langsir bagi penggunaan
pada waktu tengah hari, Pencahayaan yang terang mampu menganggu fokus pelajar
pada waktu pembelajaran. Pelajar akan berasa silau dan tidak kelihatan jelas dengan
apa yang ditulis di papan hitam. Pencahayaan terus pada waktu tengahari membuatkan
pelajar panas serta berpeluh. Jika seorang pelajar berpeluh, maka bau badan mereka
adalah tidak disenangi oleh pelajar yang lain. Hal ini juga mampu memberikan pelajar
tidak selesa sewaku sesi pembelajaran.
Susun atur meja pelajar dan meja guru perlulah diambil perhatian oleh guru. Sebelum
memulakan sesi pengajarana, guru perlulah memastikan susun atur meja murid adalah
kemas. Jika tidak kemas, guru perlulah membetulkan meja tersebut dengan menyuruh
pelajar membetulkan dengan pemerhatian guru. Hal ini mampu menerapkan nilai
kepada pelajar supaya selalu kelihatan kemas. Bagi mewujudkan persekitaran yang
kondusif juga, guru perlulah mengubah suai susunan meja bagi memberikan lebih
keselesaan kepada murid. Susun atur meja yang sama memberikan suasana yang
sama dan hal ini akan membuatkan pelajar berasa cepat bosan. Contonya daripada
susunan gaya auditorium kepada gaya bersemuka.

Bukan itu sahaja, guru juga perlulah membentuk peraturan bilik darjah uang dibentuk
seeloknya konsisten dengan peraturan sekolah serta mematuhi prinsip-prinsip
pembelajaran. Contohnya, bersopan sepanjang masa seperti menggunaka perkataan
terima kasih, tolong bantu saya, minta maaf, dan sebagainya. Peraturan seperti
menghormati harta benda orang lain juga perlulah dibentuk seperti contoh tidak
menconteng meja dan dinding kelas, tidak merosakkan sudut bacaan.
Keselamatan juga adalah faktor yang penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif. Contohnya guru tersebut perlulah menggunakan aliran
litar elektrik semasa menggunakan alat bantu mengajar seperti laptop dengan
sebaiknya bagi mengelakkan litar pintas. Selain itu juga, guru perlulah menyediakan
bahan bantu mengajar yang tidak membahayakan pelajar seperti contoh menyediakan
bahan bantu mengajar tidak diperbuat daripada kaca. Guru juga perlulah memberikan
penjelasan dengan baik mengenai sesuatu perkara yang di lakukan bagi mengelakkan
kecederaan. Sebagai contoh, penggunaan pisau pada waktu Pendidikan Seni perlulah
dipantau oleh guru serta memberi penegasan kepada sesiapa yang cuai bagi
mengelakkan kecederaan kepada pelajar.
Selain itu, guru juga perlulah membina hubungan yang positif dengan murid. Guru
perlulah mengambil berat mengenai pencapaian murid, kebajikan murid. Sebagai
contoh, dalam kelas guru perlulah memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar.
Guru juga perlulah menjadi pendengar yang aktif walaupun perkara-perkara yang
diperkatakan oleh pelajar adalah hal-hal yang remeh. Guru juga perlulah memberikan
sedikit masa rehat contohnya selama 5 minit sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, guru perlulah
memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai. Pemberian ganjaran juga didapati
boleh meningkatkan sifat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Guru perlulah
memilih pengukuhan yang berkesan. Sebagai contoh, bagi murid A, ganjaran yang
paling berkesan ialah pujian; bagi murid B pula, dia mungkin merupakan penglibatan
dalam aktiviti kegemaran. Guru juga perlulah menggunakan galakan dan pembentukan
tingkahlaku secara berkesan . Misalnya, guru akan bermula memberi pengukuhan
apabila murid memperoleh 50% bagi ujian Matematik pada kali pertama, kemudian bagi
pencapaian 70% pada kali kedua,85% bagi ujian ketiga dan seterusnya.

Bibliografi
http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme
http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:0OxRPgrosywJ:www.islamicworld.net/mkc/secBMhttp://mabjip.blogspot.com/
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjahyang.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:6Mz9gnjMeIJ:www.classnetwork.net/foundations/drabdullah/nota4pf2216AAPP_8Sept.doc+pen
dekatan+induktif&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=my
Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai