Anda di halaman 1dari 8

STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN

RAMBUTSEMESTER 4, SESI

2021/2022

NAMA MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN BUKHARI

PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA

NO. MATRIK 206045


PENSYARAH PUAN ANIS BINTI ZAKARIA

PEMBANTU PENGAJAR CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ

KUMPULAN 3
STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2021/2022

AMALI 5

(Solekan Futuristik)

NAMA: MUHAMMAD IKHMAL HAKIM

BIN BUKHARI

NO. MATRIK: 206045

KUMPULAN AMALI: 3

PEMBANTU PENGAJAR:

CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ


AMALI 5
Tarikh: 21 April 2022

Masa: 08.00 am – 11.00 am

1.0 Tajuk

Solekan futuristik

2.0 Objektif Utama

a) Mengetahui maksud solekan futuristik

b) Menyenaraikan jenis-jenis solekan futuristik

c) Memahami ciri-ciri setiap jenis solekan futuristik

d) Mempelajari penggunaan warna bagi setiap jenis alatan solekan

e) Mempelajari langkah-langkah yang betul untuk melakukan solekan futuristik

f) Memastikan keselamatan semasa melakukan amali solekan futuristik

3.0 Maklumat Penting

Solekan futuristik merupakan solekan masa hadapan yang

menggunakan pelbagai teknik dan warna yang berbeza untuk mendapatkan

kesan yang luar biasa, unik, dan kreatif. Solekan futuristik adalah merupakan

solekan pada masa hadapan dimana dalam penggunaan eyeshadow, blusher

dan lipstik digunakan dengan cara yang berbeza dan mempunyai kelainan.

Solekan ini perlukan keberanian yang tinggi untuk menggunakan warna-warna

yang terang dan menarik.


4.0 Jenis-Jenis

Jenis Ciri-Ciri

Holographic  Elemen 3D hologram

 Foundation – warna neon/cerah

 Bibir – Warna silver atau hitam

 Eyeshadow – warna terang

Sci-Fiction  Elemen watak makhluk asing (alien)

 Warna terang (ungu, biru, kuning):

- Eyeshadow

- Shading

- Bibir

 Aksesori – berlian

Avant Garde  Elemen dramatik, artistik, dan selalunya berlebihan

 Gaya yang ‘out of the box’ – keluar dari gaya

penampilan yang biasa-biasa untuk lebih kreatif

 Melibatkan cara dan warna solekan

 Aplikasi aksesori menambah nilai kreativiti

5.0 Penggunaan Warna

a) Penggunaan warna untuk kulit wajah yang tidak bergantung pada warna

kulit.

b) Warna lipstick yang pelbagai tanpa terikat dengan satu warna sahaja.

c) Eyeshadow yang berwarna terang dan dicampur dengan warna yang

pelbagai seperti oren, hitam, ungu, dan hijau.


d) Teknik smokey eyes selalunya digunakan bagi menampakkan mata lebih

galak dan besar.

e) Menggunakan minimalism dan corak pada solekan bagi menyerlahkan lagi

gaya futuristik.

f) Menggunakan kontur muka yang pelbagai warna

g) Menggunakan aksesori tambahan seperti contact lens, manik, dan sticker

untuk kelihatan menarik.

6.0 Alatan dan Bahan

Face Paint Brush Paint Eyebrow Pencil

Eyeliner Lipstik Mascara

7.0 Langkah Kerja

a) Kawasan kerja dipastikan selamat daripada sebarang kemalangan.

b) Bahan dan alatan disiapkan dan disediakan di atas meja.

c) Muka dipastikan bersih dan dipakaikan bahan penjagaan kulit terlebih

dahulu.
d) Muka di ‘prep’ kan dengan skincare iaitu mengikut step toner kemudian

moisturiser dan sunscreen.

e) Kemudian menyapu primer ke seluruh muka.

f) Lukiskan rangka lakaran yang berunsurkan minimalism di atas muka.

g) Warnakan kotak corak yang telah dirangkakan dengan menggunakan

warna yang cerah seperti kuning, merah, biru, dan hijau.

h) Lukiskan kening secara tebal supaya menonjol.

i) Lukiskan garisan-garisan seperti komik di atas muka.

j) Pakai lipstick di bibir supaya kelihatan menonjol.

k) Proses solekan futuristik selesai.

8.0 Refleksi

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan amali

yang diberikan ini dengan jayanya. Pada amali kali ini, saya dapat mengetahui

teknik untuk melakukan solekan futuristic seperti yang diaplikasikan di dalam

filem-filem Barat. Solekan futuristik ini perlu banyak berimaginasi tinggi untuk

mendapatkan hasil yang menarik, artistik, fantastik, dan bombastik.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Anis dan Miss Dee

kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa kelas virtual berlangsung.

Selain daripada tunjuk ajar mereka, saya juga memperolehi maklumat daripada

laman web, youTube, dan slide yang diberikan oleh Puan Anis. Segala

perkongsian dapat difahami dengan jelas dan boleh diaplikasikan semasa

kelas amali berlangsung. Mereka memberikan tugasan kepada kami untuk

melakukan solekan futuristik secara individu.


9.0 Perbincangan

Solekan futuristik menggunakan warna yang gelap dibahagian mata

untuk menampakkan kesan lebam dan menggunakan lipstik kuning supaya

kelihatan kontra. Penggunaan warna eyeshadow yang agak terang iaitu biru

dan kuning supaya kelihatan kontra. Lipstik pink terang digunakan supaya

muka kelihatan ceria. Selain itu, solekan ini menggunakan faoundation yang

agak putih dan eyeshadow warna ungu dibahagian muka dengan melakarkan

corak abstrak. Menggunakan gabungan eyeshadow ungu dan kuning supaya

mata kelihatan seksi dan menarik. Blusher tidak terlalu terang dan penggunaan

lipstik merah supaya kelihatan menggoda.

10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pada akhir sesi amali kali ini pelajar dapat mengetahui

maksud solekan futuristik iaitu solekan yang menggunakan pelbagai teknik dan

warna yang berbeza untuk mendapatkan kesan yang luar biasa, unik, dan

kreatif. Selain itu, pelajar menyenaraikan jenis-jenis solekan futuristik dan

memahami ciri-ciri setiap jenis solekan futuristik. Seterusnya, pelajar

mempelajari penggunaan warna bagi setiap jenis alatan solekan bagi solekan

futuristik serta mempelajari langkah-langkah yang betul untuk melakukan

solekan futuristik. Akhir sekali, pelajar dapat memastikan keselamatan semasa

melakukan amali solekan futuristik. Objektif amali pada kali ini tercapai.
11.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai