Anda di halaman 1dari 8

STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN

RAMBUTSEMESTER 4, SESI 2021/2022

NAMA MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN BUKHARI

PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA


NO. MATRIK 206045

PENSYARAH PUAN ANIS BINTI ZAKARIA

PEMBANTU PENGAJAR CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ


KUMPULAN 3
STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2021/2022

AMALI 8

(French Braid dan Dutch Braid)

NAMA: MUHAMMAD IKHMAL HAKIM

BIN BUKHARI

NO. MATRIK: 206045

KUMPULAN AMALI: 3

PEMBANTU PENGAJAR:

CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ


AMALI 8
Tarikh: 26 Mei 2022
Masa: 08.00 am – 11.00 am

1.0 Tajuk

French braid dan Dutch braid

2.0 Objektik Utama

a) Mengetahui sejarah dandanan atau jalinan rambut

b) Membezakan French braid dan Dutch braid

c) Menyenaraikan alatan dan bahan yang digunakan semasa melakukan

French braid dan Dutch braid

d) Mengenal pasti langkah-langkah yang betul untuk melakukan French braid

dan Dutch braid

e) Memastikan keselamatan semasa melakukan amali

3.0 Maklumat Penting

Sejarah dandanan atau jalinan bermula di Afrika dengan orang Himba

di Namibia. Orang-orang ini telah mengepang rambut mereka selama berabad-

abad. Dalam kebanyakan puak Afrika, gaya rambut berjalin merupakan cara

unik untuk mengenal pasti setiap puak. Corak jalinan dan gaya rambut adalah

petunjuk suku, umur, status perkahwinan, kekayaan, kuasa dan agama

seseorang.

Jalinan adalah dan merupakan seni sosial. Oleh kerana masa yang

boleh diambil, orang sering meluangkan masa untuk bersosial. Ia bermula

dengan orang tua-tua menjalin anak-anak mereka, kemudian kanak-kanak


akan menonton dan belajar daripada mereka. Kanak-kanak yang lebih muda

akan mula berlatih antara satu sama lain dan akhirnya mempelajari gaya

tradisional.

Tradisi ikatan ini telah diteruskan secara turun-temurun dan dengan

cepat tersebar ke seluruh dunia. Ia adalah sekitar tahun 1900-an apabila

tocang menjadi paling popular di seluruh dunia. Hampir semua wanita, kanak-

kanak, dan kebanyakan lelaki dalam beberapa cara mempunyai rambut

mereka diikat.

Di zaman Mesir Purba pula, jalinan rambut disediakan untuk royalti

(Ratu Cleopatra). Dandanan rambut sering diaplikasikan dalam upacara

perkahwinan dan pengebumian. Zaman Dewi Yunani berasal dari 79-81

masihi. Ia terdiri daripada aksesori dan jalinan mewah, lengkap dengan bingkai

dawai, jalinan dan ikal berpintal. Gaya ini sangat popular di kalangan wanita

Rom yang kaya raya. Anak perempuan Maharaja Rom Titus, Julia, adalah

pengikut jalinan rambut ini, sering mengenakan updos yang sangat rumit.

4.0 Jenis-Jenis

French Braid Dutch Braid


5.0 Alatan dan Bahan

Kepala patung Sikat ekor Getah rambut

Paddle Brush Hair spray Moisture hair mist

6.0 Langkah Kerja

a) Sediakan alatan yang diperlukan di atas meja.

b) Pastikan kawasan kerja bersih dan selamat daripada sebarang


kemalangan.

c) Rambut patung mestilah disikat dengan rapi supaya mudah untuk


meneruskan dandanan rambut.

d) Mulakan dandanan rambut dari bahagian atas kepala patung sehingga


kebawah.

e) Pastikan mengikut cara dan kaedah yang betul untuk membezakan French
braid dan Dutch braid.
f) Ikat hujung rambut dengan getah rambut.

g) Kemudian spray rambut dengan hair mist dan hair spray untuk
mendapatkan hasil yang kemas dan cantik.

h) Dandanan rambut selesai.

7.0 Refleksi

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan amali

yang diberikan ini dengan jayanya. Pada amali kali ini, saya dapat menyatakan

bahawa jalinan atau dandanan rambut merupakan salah satu seni kecantikan

bagi seseorang wanita terutamanya mereka yang tidak berhijab. Dandanan

rambut juga mempunyai banyak variasi antaranya dandanan French dan

dandanan Dutch.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Anis dan Miss Dee

kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa kelas virtual berlangsung.

Selain daripada tunjuk ajar mereka, saya juga memperolehi maklumat daripada

laman web, youTube, dan slide yang diberikan oleh Puan Anis. Segala

perkongsian dapat difahami dengan jelas dan boleh diaplikasikan semasa

kelas amali berlangsung. Mereka memberikan tugasan kepada kami untuk

melakukan French braid dan Dutch braid secara individu.

8.0 Perbincangan

French braid ialah gaya rambut klasik abadi dan salah satu gaya rambut

tocang paling popular di dunia. Jika kita tahu cara membuat jalinan tiga helai

asas, maka melakukan French braid akan menjadi mudah kerana ia pada
asasnya mengikut prinsip yang sama. Satu-satunya perbezaan ialah pada

setiap langkah, sedikit lagi rambut ditambah pada campuran.

Manakala Dutch braid juga dirujuk sebagai jalinan "dalam ke luar" atau

"French braid terbalik", Dutch braid adalah serupa dengan French braid dalam

semua cara. Dutch braid menghasilkan rupa yang lebih 3D di mana jalinan lebih

menonjol dan seluruh rambut ditolak ke latar belakang.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pada akhir sesi amali pada kali ini, pelajar dapat

mengetahui sejarah sejarah dandanan rambut iaitu bermula di Afrika dengan

orang Himba di Namibia. Selain itu, pelajar juga dapat membezakan French

braid dan Dutch braid iaitu Dutch braid menghasilkan jalinan yang lebih 3D

berbanding French braid. Seterusnya, pelajar dapat menyenaraikan alatan dan

bahan yang digunakan semasa melakukan French braid dan Dutch braid.

Antara alatan yang penting adalah sikat ekor dan getah rambut. Di samping itu,

pelajar juga dapat mengenal pasti langkah-langkah yang betul untuk

melakukan French braid dan Dutch braid dengan betul. Akhir sekali, pelajar

perlu memastikan keselamatan sepanjang melakukan amali ini. Objektif amali

pada kali ini tercapai.


10.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai