Anda di halaman 1dari 20

07DPR16F2084

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Isi Kandungan 1

1.0 Pengenalan Buku 10 Tutorial Tudung 2018 2

2.0 Latar Belakang Penulis 3

3.0 Objektif 4

4.0 Pengenalan Bentuk Wajah 5

5.0 6 Tips Memilih Jenis Kain Tudung 6

6.0 Jenis-Jenis Tudung 7-10

7.0 Tutorial Tudung Bawal 11-14

8.0 Tutorial Selendang 15-18

9.0 Penutup 19

1
1.0 PENGENALAN BUKU 10 TUTORIAL TUDUNG 2018

Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembeli buku
“10 Tutorial Tudung 2018”. Awalnya saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih atas pembelian buku “10 tutorial Tudung 2018”. Dengan itu, buku saya
telah diterbitkan pada 31 Ogos 2018 bulan lalu pada tarikh Hari kemerdekaan
bagi negara Malaysia. Saya menggunakan tagline “Style Is Fashion” kerana
setiap pengayaan pada masa kini adalah fesyen.
Untuk pengetahuan, atas permintaan ramai ini kali kedua saya mengeluarkan
buku bagi tahun ini. Saya mengeluarkan buku ini untuk memenuhi kehendak
pembaca saya dan syukur ke hadrat illahi saya Berjaya mengeluarkan buku
kedua saya. Tujuan saya membuat buku ini adalah untuk memudahkan
perempuan kanak-kanak, remaja, serta dewasa masa kini mengikuti tutorial cara
memakai tudung yang bergaya bagi masa kini. Dengan adanya buku ini,
perempuan kanak-kanak, remaja dan dewasa masa kini tidak perlu
menggunakan internet untuk menonton tutorial memakai tudung tetapi hanya
perlu melihat dari buku ini sahaja.

2
2.0 LATAR BELAKANG PENULIS

Nama diberi Nur Syamimi Binti Hussien@Hussein dan saya berumur 20 tahun.
Saya berasal dari Kampung Buang Sayang, Sipitang, Sabah. Saya kelahiran
Bumiputera Sabah dan saya berbangsa Brunei Sino. Saya sedang menuntut
pelajaran di Politeknik, Kota Kinabalu dan menganbil kos Diploma Pemasaran.
Sekarang Saya berada di tahun 2, semester 4.
Tujuan saya membuat buku ini adalah untuk memudahkan perempuan kanak-
kanak, remaja, serta dewasa masa kini mengikuti tutorial cara memakai tudung
yang bergaya bagi masa kini. Dengan adanya buku ini, perempuan kanak-
kanak, remaja dan dewasa masa kini tidak perlu menggunakan internet untuk
menonton tutorial memakai tudung tetapi hanya perlu melihat dari buku ini
sahaja. Saya menggunakan tagline “Style Is Fashion” kerana setiap pengayaan
pada masa kini adalah fesyen.

3
3.0 OBJEKTIF

i. Untuk mengenalkan fesyen terkini kepada perempuan pada masa kini.


ii. Untuk mempamerkan penampilan cara pemakaian tudung yang lebih
kemas.
iii. Membolehkan perempuan pada masa kini mengetahui jenis-jenis
tudung yang terkenal pada masa kini.

4
4.0 PENGENALAN BENTUK WAJAH

1. Wajah bujur atau oval - Bentuk wajah yang seimbang dengan dahi yang
sedikit luas berbanding pipi dan dagu. Wajah bujur dikatakan bentuk muka
idaman wanita. Contoh personaliti: Neelofa

2. Wajah panjang - Tulang pipi yang tinggi, ukuran tulang pipi ke dagu lebih
panjang berbanding lebar muka serta dagu yang runcing. Contoh personaliti:
Erra Fazira

3. Wajah bersegi - Rahang yang lebar dan menyerlah serta ukuran dahi, tulang
pipi dan rahang hampir sama. Contoh personaliti: Wardina

4. Wajah bujur sirih atau diamond - Dagu yang runcing dan bahagian dahi jelas
lebih lebar berbanding pipi dan dagu. Bentuk wajah diamond juga dikatakan
bertuah kerana sesuai menggayakan hampir semua jenis tudung. Contoh
personaliti: Sari Yanti

5. Wajah bulat - Memiliki tulang pipi yang terlindung dan pipi yang berisi.
Contoh personaliti: Dato' Sri Siti Nurhaliza

Setelah mengenalpasti bentuk muka, kenali pula gaya tudung yang sesuai
dengan wajah. Penggayaan yang sesuai membuatkan anda tampil lebih berseri
dan muda.

5
5.0 TIPS MEMILIH JENIS KAIN TUDUNG

Terdapat beberapa jenis kain/fabrik untuk buat tudung atau selendang :


1. Kapas (Bawal)
Apabila melihat selendang jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula
zaman persekolahan. Selendang jenis ini mudah digayakan kerana daripada
jenis kain kapas dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat
sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi
sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.
2. Sifon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai
selendang daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu
dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan
dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak
mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan.
Selendang jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.
3. Denim
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi,
namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.
4. Lycra
Ada satu ketika, kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah
dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana
kain selendang jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.
5. Satin
Selendang jenis ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah
dan feminin. Jika dililit di kepada, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi,
jadikan selendang jenis ini salah satu koleksi anda.
6. Kait
Lebih mudah jika memilih untuk menggayakan tudung jenis kait kerana tidak
memerlukan penjagaan rapi dan penggayaan lebih ringkas dan bebas. Cuma
perlu disertakan dengan inner neck agar tidak menampakkan rambut ataupun
tengkuk ketika memakainya

6
6.0 JENIS-JENIS TUDUNG

1. Tudung Bawal

Tudung bawal memang terkenal sejak dahulu lagi dan mengalami beberapa
transformasi seiring dengan perubahan fesyen tudung. Dari tudung bawal yang
dahulunya tudung bawal kosong atau tudung bawal plain muncul pelbagai jenis
tudung bawal dengan fesyen terkini seperti tudung bawal yang bercorak, tudung
bawal bersulam, dijahit manik dan yang dipasang awning supaya mudah
dipakai.
Sebelum tercetusnya fenomena itu, tudung bawal merupakan tudung yang
menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang digayakan dalam sebarang
majlis.

7
Kenali Tudung Bawal

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis tudung di pasaran sehinggakan ramai yang
rambang mata untuk memilih tudung mana yang bersesuaian. Ini termasuklah
tudung bawal yang sejak dahulu hingga sekarang sentiasa menjadi pilihan.
Ramai wanita Malaysia kini menggemari tudung bawal. Penggemarnya tidak
kira usia, tua dan muda, di mana-mana dilihat anggun saja memakai tudung
bawal yang mempunyai pelbagai warna. Semak fakta di bawah untuk
mengetahui lebih lanjut tentang tudung bawal.

1. Tudung bawal sentiasa menjadi pilihan kerana ia mampu menarik hati sesiapa
sahaja kerana terpikat dengan keindahan sulaman yang ada pada tudung bawal.
Sulamannya yang halus dan kemas adalah hasil daripada ketelitian dan
kesabaran. Ia hadir dalam pelbagai kombinasi warna menarik dan dalam motif
bunga-bungaan. Sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan.

2. Biasanya tudung bawal ini dibuat daripada kain jenis "voile". Kain jenis
"voile" ini adalah berasal daripada kain kapas yang nipis dan lembut. Ia mudah
diurus dan dijaga. Terdiri dalam beberapa ketegori, antaranya ialah "Japanese
Voile" atau Bawal Jepun, "Korean Voile" atau Bawal Korea dan juga "Siam
Voile" atau Bawal Siam.

3. Antara ketiga-tiga jenis kain bawal itu, kain Bawal Jepun lebih popular
kerana kualitinya. Kainnya dikatakan tidak berbulu walaupun kerap dipakai dan
dicuci. Selain itu, ia mudah dibentuk apabila diletakkan di kepala. Dengan
kualiti kain sebegitu elok, tidak hairanlah jika harga untuk tudung bawal
daripada jenis ini agak mahal berbanding dengan jenis yang lain.

4. Kain Bawal Korea atau Siam juga mempunyai tekstur kain lembut dan nipis.
Ia juga mudah diurus dan dijaga, tetapi mempunyai kelemahan seperti kainnya
mudah berbulu apabila kerap dicuci menjadi ia mudah hilang seri kain dan tidak
cantik lagi. Oleh sebab itu, harganya lebih murah berbanding kain Bawal Jepun
walaupun sulamannya sama-sama cantik.

8
Penjagaan Tudung Bawal

Tahukah kamu kain tudung bawal sangat sensitif, tetapi tahan lasak jika kena
caranya. Teksturnya yang jarang dan nipis membuatkan fabriknya memerlukan
penjagaan supaya ia tahan lama. Cuba ikuti tip-tip ini, mungkin boleh
membantu kamu!

1. Gunakan kerongsang yang mempunyai pin tajam dan kekuncinya yang kukuh
agar tidak mudah jatuh. Pin yang tajam mengelakkan tekstur kain bawal
daripada benangnya tertarik keluar.

2. Jangan sekali-kali mencuci tudung bawal kamu dengan mesin basuh. Lebih-
lebih lagi yang mempunyai batu berlian. Selain sulamannya menjadi tidak
cantik, ia juga boleh menyebabkan batu-batu berlian yang melekat pada kain
tertanggal.

3. Kamu perlu mencucinya hanya menggunakan air yang dicampurkan sedikit


sabun pencuci, rendam sekejap dan bolehlah terus membilasnya. Mudah bukan!

4. Untuk mengeringnya, sidai saja di tempat yang kurang terdedah pada cahaya
matahari.

5. Jika tudung bawal kamu mempunyai labuci, kamu boleh menggosoknya


dengan menggunakan lapik lain atau menggosoknya dari belakang.

6. Akhir sekali, kamu disarankan menggunakan seterika pada suhu yang


sederhana sahaja. Kainnya lembut, jadi ia cepat lendek.

9
2. Tudung selendang

Sepertinya pada tahun 2018 ini, Shawl Keknis merupakan antara Shawl yang
menjadi pilihan bagi kebanyakan pemakaian tudung di kalangan wanita -
wanita. Pemakaian Shawl Keknis kini mula mendapat hati dikalangan wanita
kerana mungkin pemakaiannya yang mudah dan selesa dan tambahan pula ianya
senang untuk dipasang atau disiapkan dalam masa yang sangat singkat.
Saya juga mendapati ramai wanita yang sedang mencari maklumat berkenaan
dengan tudung atau shawl Keknis lebih - lebih lagi menjelang perayaan
Aidilfitri yang akan datang dalam kurang dari 2 minggu lagi.Ini juga secara
tidak langsung menjadikan tudung atau Shawl Keknis andalah antara Carian
yang tertinggi di internet pada musim ini.

10
7.0 TUTORIAL TUDUNG BAWAL

Ikuti step di dalam gambar satu persatu :

 Bawal Khayla Silang

 Bawal Manja Lilit

11
 Bawal Ombak Lilit Tepi

 Bawal Hayla Lilit Atas

 Bawal Mawar Litup

12
 Bawal Nur Labuh

 Bawal Satin Sorok

 Bawal Mika Buaian

13
 Bawal Lilit Shawl

 Bawal Gelombang Tamimi

14
8.0 TUTORIAL SELENDANG

Ikuti step di dalam gambar satu persatu :

 Selendang Pinkish

 Selendang Gelora Litup

15
 Selendang Corak Kitty

 Selendang Plain Aqilah

 Selendang Qudzaiva

16
 Selendang Pitch Perfect

 Selendang Lilit Sisik

 Selendang Lilit Labuh

17
 Selendang Akisha Akil

 Selendang Corak Printed

18
9.0 PENUTUP

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua
penyokong kerana dengan jayanya buku keluaran kedua saya ini yang bertajuk
“10 Tutorial Tudung 2018” telah diterbitkan dan dijual di pasaran. Tentunya
kepada Allah SWT yang sudah mengabulkan keinginan saya untuk menjadi
seorang penulis. Kedua orang tuaku dan juga teman-teman yang sudah banyak
membantu dan menginspirasi dalam menyelesaikan buku ini. Terutama kepada
NurHikmah Binti Abdul Hamid yang telah membantu mengetik buku “10
Tutorial tudung 2018” sampai jarinya kriting sehingga akhirnya buku ini
selesai. Terima kasih kawan, jasamu tak akan terlupakan.
Dan, pastinya banyak sekali orang-orang disekeliling yang selalu mendukung
dengan caranya masing-masing. Untuk mereka semua aku ucapkan terima kasih
banyak. Novel ini aku persembahkan untuk para pembaca yang senang
membaca novel fantasi. Dan tak lupa aku ucapkan pada Mizan yang telah
bersedia menerbitkan novel “10 Tutorial Tudung 2018”. Terima kasih atas
sambutannya.
Akhirnya buku “10 Tutorial Tudung 2018” dapat terbit juga setelah sekian
lamanya menunggu. Penantian yang cukup panjang, dan bahkan saya hampir
lupa jika saya pernah mengirimkan sebuah buku kepada penerbit.

19

Anda mungkin juga menyukai