Anda di halaman 1dari 11

STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN

RAMBUTSEMESTER 4, SESI

2021/2022

NAMA MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN BUKHARI

PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA

NO. MATRIK 206045


PENSYARAH PUAN ANIS BINTI ZAKARIA

PEMBANTU PENGAJAR CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ

KUMPULAN 3
STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2021/2022

AMALI 6

(Solekan Pengantin)

NAMA: MUHAMMAD IKHMAL HAKIM

BIN BUKHARI

NO. MATRIK: 206045

KUMPULAN AMALI: 3

PEMBANTU PENGAJAR:

CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ


AMALI 7
Tarikh: 28 April 2022

Masa: 08.00 am – 11.00 am

1.0 Tajuk

Solekan pengantin

2.0 Objektif Utama

a) Mengetahui bentuk wajah pelanggan mengikut kesesuaian

b) Mempelajari cara untuk memilih dan memadankan warna dengan betul

c) Menyenaraikan jenis-jenis solekan

d) Menyenaraikan alatan dan bahan yang digunakan semasa melakukan

solekan pengantin

e) Mempelajari langkah-langkah yang betul untuk melakukan solekan

pengantin.

f) Memastikan keselamatan semasa melakukan amali solekan pengantin

3.0 Maklumat Penting

Seperti yang kita tahu, sebagai seorang manusia kita dianugerahkan

dengan bentuk wajah yang berbeza-beza. Pemilihan solekan berdasarkan

bentuk wajah adalah amat penting bagi menimbulkan wajah kelihatan sesuai

dan menawan dengan solekan yang dipilih. Pemilihan seperti bentuk kening,

bentuk contour dan bentuk pembayangan mata adalah peranan penting untuk

menaikan seri pada wajah. Wajah yang tidak sesuai dengan bentuk-bentuk

makeup tertentu adalah akan merosakkan bentuk dan kecantikkan untuk

keterampilan. Pemilihan bentuk kening bersesuaian dengan wajah adalah


dapat menimbulkan kesan yang baik pada makeup. Pemilihan bentuk contour

pada wajah jugak perlulah menjadikan wajah tampak lebih halus dan

bersesuaian dengan wajah tersendiri.

4.0 Jenis-Jenis Solekan

Harmonis Triadic

Warna yang digabungkan Gabungan warna yang tidak sama

berdasarkan warna yang baik dan mempunyai ciri -ciri yang

sebagai contoh merah jambu dan berwarna warni dan sesuai untuk

oren. Gabungan ini akan menjadikan majlis tertentu sahaja.

solekan nampak lebih natural dan

mempunyai variasi campuran warna

yang baik.

Monochromatic Analogous

Gabungan warna yang mempunyai Gabungan warna yang lebih dari dua

warna yang terhad untuk atau 3 warna yang ada pada roda

dipergayakan dan menjadikan warna warna bagi menimbulkan kesan yang

pemilihan lebih unik dan nampak menarik pada bahagian wajah.

sempurna. Gaya ini sering

dipergayakan di era 90an.


5.0 Alatan dan Bahan

Berus Makeup Foundation Eyeshadow

Blusher Contour Beauty Blender

Highlighter Concealer Eyebrow pencil

Loose Powder Setting Spray Lipstick

Mascara Eyeliner Lip Gloss


6.0 Langkah Kerja

a) Kawasan kerja dipastikan selamat daripada sebarang kemalangan.

b) Bahan dan peralatan disiapkan di atas meja.

c) Muka dipastikan bersih dan dipakaikan bahan penjagaan kulit terlebih

dahulu.

d) Bentuk muka dialanalisis sama ada berbentuk bulat, oval, segi empat tepat,

segi empat sama, hati atau diamond.

e) Muka di ‘prep’ kan dengan skincare iaitu mengikut step toner kemudian

moisturiser dan sunscreen.

f) Kemudian menyapu primer ke seluruh muka.

g) Kawasan bermasalah seperti jerawat, cela dan lingkaran hitam dikenal pasti

untuk diletakkan ‘colour corrector’.

h) Foundation di sapu keseluruh muka dengan sekata. ‘Concealer’ disapu

pada bahagian seperti bawah mata, dahi, tepi hidung dan tepi bibir.

i) Kemudian letak loose powder dengan kaedah “baking” iaitu biarkan loose

powder berada di muka terlebih dahulu.

j) Kening disikat dan dilukis mengikut bentuk yang bersesuaian dengan

bentuk muka.

k) Kemudian letak eye primer di muka untuk menyediakan mata sebelum di

letak eyeshadow.

l) Pilih warna base iaitu warna yang agak cerah diikuti warna yang sedikit

gelap untuk bahagian atas pelipat mata dan diblend dengan sekata.

m) Kemudian pilih warna gelap dan diblend di bahagian eyelid iaitu dekat

dengan mata dan diblend ke atas. Pastikan bahagian bawah lebih gelap

dari bahagian socket mata.


n) Kemudian ambil warna yang kedua iaitu tidak terlalu gelap dan diletak

bahagian bawah mata dan di blend sekata.

o) Seterusnya kenakan eyeliner dan maskara.

p) Blend loose powder yang di baking kemudian sapu contour, blusher dan

highlight di kawasan mengikut bentuk muka.

q) Lipliner dikenakan mengikut warna yang sesuai dengan warna lipstik

kemudian lipstik dioles.

r) Siapkan muka dengan setting spray untuk memastikan solekan tahan lama.

s) Proses solekan pengantin selesai.

7.0 Refleksi

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan amali

yang diberikan ini dengan jayanya. Pada amali kali ini, saya dapat menyatakan

bahawa solekan pengantin mempunyai perbezaan dengan solekan harian

biasa. Solekan pengantin perlukan elemen yang menonjol supaya pengantin

kelihatan berseri dan menawan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Anis dan Miss Dee

kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa kelas virtual berlangsung.

Selain daripada tunjuk ajar mereka, saya juga memperolehi maklumat daripada

laman web, youTube, dan slide yang diberikan oleh Puan Anis. Segala

perkongsian dapat difahami dengan jelas dan boleh diaplikasikan semasa

kelas amali berlangsung. Mereka memberikan tugasan kepada kami untuk

melakukan solekan pengantin secara individu.


8.0 Perbincangan

Solekan pengantin merupakan solekan yang sedikit menonjol. Solekan

jenis ini lebihkan solekan mata seperti melukis celak dengan lebih pekat begitu

juga dengan maskara. Ini agar mata nampak lebih galak dan tidak layu. Alatan

tambahan seperti bulu mata palsu dan pembesar mata juga diperlukan bagi

menaikkan lagi rona mata supaya wajah tampak lebih menonjol. Penggunaan

pembayang mata yang berasaskan shimmer dan glitter sangat diperlukan

kerana akan menampakkan mata lebih bersinar dan glamor. Penggunaan

pemerah pipi yang dapat menimbulkan seri wajah dan menjadikan wajah lebih

tampak agresif serta menarik. Penggunaan gincu yang berwarna terang dan

glossy agar bibir nampak cantik dan menawan. Pemilihan gincu yang sedikit

bersinar diwaktu malam akan menimbulkan kesan tertarik pada wajah. Bagi

kulit yang mudah berminyak, tekapkan tisu pada muka bagi membuang minyak

dan kemudian sapu semula dengan bedak padat. Hal ini dapat mengurangkan

minyak muka dan membolehkan pelanggan basuh muka dengan air sejuk bagi

tahan wajah daripada berlakunya cairan terhadap solekan.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pada akhir sesi amali pada kali ini, pelajar dapat

mengetahui bentuk wajah pelanggan dan memilih jenis solekan mengikut

kesesuaian bentuk muka seseorang. Selain itu, pelajar dapat mempelajari cara

untuk memilih dan memadankan warna dengan betul supaya kelihatan

sempurna. Seterusnya, pelajar juga dapat menyenaraikan jenis-jenis solekan

dan menyenaraikan alatan dan bahan yang digunakan semasa melakukan

solekan pengantin. Di samping itu, pelajar dapat mempelajari langkah-langkah


yang betul untuk melakukan solekan pengantin. Akhir sekali, pelajar perlu

memastikan keselamatan semasa melakukan amali solekan pengantin.

Objektif amali pada kali ini tercapai.

10.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai