Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Profesion yang saya pilih ialah menjadi pegawai pertanian yang berjawatan
sebagai penolong pegawai pertanian. Hal ini kerana saya memilih untuk menjadi
penolong pegawai pertanian kerana saya berminat dan melanjutkan pelajaran di bidang
pertanian. Selain itu, saya juga dilahirkan dalam kalangan orang-orang yang meminati
dalam bidang pertanian dan menanam juga adalah salah satu sumber makanan dalam
keluarga kami. Contohnya, nenek saya seorang petani yang menanam pelbagai jenis
sayur. Sebagai contoh yang lain, ayah saya juga bekerja dibawah Lembaga Pertubuhan
Peladang. Hal ini juga membuatkan saya lebih menyukai pekerjaan tersebut.
5 TUGAS PROFESION

1. Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas pemngembangan


Pegawai perlu bertanggungjawab untuk menjalankan tugas pengembangan
termasuk kerja-kerja menilai, merancang, melaksana dan mengesan program-
program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok.
2. Bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti
Pegawai itu jugak perlu bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti
penerangan berhubung polisi projek.
3. Menghadiri ceramah
Pegawai perlu menghadiri ceramah tentang pertanian.
4. Mengahdiri dialog/ kursus
Pegawai perlu menghadiri dialog/ kursus latihan untuk meluaskan lagi ilmu
pengetahuan dalam bidang pertanian.
5. Memberi taklimat
Pegawai perlu memberi taklimat kepada pekerjanya supaya mencapai apa yang
diingini.
10 ciri etikA kerja

1. Hormat
Pegawai perlulah sentiasa menghormati setiap golongan pekerja dan hak orang lain
dan sentiasa menjaga tingkah laku dihadapan pihak atasan mahupun pihak bawahan
dengan menghormati hak orang lain, menangani sebaiknya kepelbagaian budaya dan
kaum serta tidak sama sekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk gangguan
(harrasment) atau jenayah dan sebagainya yang boleh mencemarkan nama baik diri
dan organisasi.

2. Kerjasama
Kerjasama dengan semua pihak, mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, berkebolehan
menangani kritikan dan aduan yang baik, berkebolehan menyelesaikan masalah dan
juga mencuba memastikan kerja dilakukan tanpa bertangguh untuk memudahkan kerja
orang lain dan dapat mengekalkan hubung baik dengan rakan sekerja.

3. Komunikasi
Komunikasi dengan rakan sekerja amat penting untuk memudahkan rakan sekerja
memahami apa yang ingin disampaikan. Hal ini juga dapat membuatkan pekerja mudah
untuk berurusan dengan orang atasan mahupun orang bawahan.

4. Penampilan diri
Seorang pekerja perlulah menjaga imej dirinya dan juga kebersihan diri dengan
berpakaian bersih, mengamalkan kebersihan dan beretika untuk memastikan dirinya
sentiasa sihat supaya dapat hadir ke tempat kerja tepat waktu.

5. Kehadiran
Pekerja hendaklah datang atau balik ke tempat kerja tepat pada masanya dan bersedia
untuk datang ke tempat kerja. Jika terdapat kecemasan yang tidak dapat dielakkan
pekerja tersebut haruslah memberikan maklumat kepada phak atasan untuk
pengerusan seterusnya.
6. Produktiviti
Pekerja yang mematuhi amalan keselamatan, menjaga bahan dan sumber,
mengekalkan persekitaran kerja yang kemas dan bersih, mematuhi arahan dan
prosedur dalam segala pengurusan pejabat dilakukan.

7. Kemahiran organisasi
Pekerja mestilah mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa,
memilih keutamaan da pengerusan stres agar dapat menangani masalah dengan baik.

8. Keperibadian
Pekerja perlulah menunjukkan kesetiaan, kejujuran, amanah, kebolehpercayaan, boleh
diharap, berinisiatif, berdisiplin dan bertanggungjawab agar menjadi cotoh kepada
rakan sekerja dan orang-orang bawahan.

9. Kerja berpasukan
Pegawai yang baik merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan. Hal ini
kerana penolong pegawai memerlukan pertolongan dari orang-orang bawahan dan
rakan sekerja untuk memastikan organisasi berjalan dengan lebih lancar.

10. Sikap
Penolong pegawai perlulah mempamerkan sikap yang positif tampi dengan
berkeyakinan maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi positif.
5 kebaikan mematuhi profesion

1. Pekerja dapat mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain.

Seorang pekerja perlu sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja, proses kerja,
produk dan perkhidmatan ketika menjalankan tugas secara berterusan sama ada
bekerja dengan organisasi atau membina kerjaya sendiri. Mereka perlu bertindak
secara profesional, bersedia untuk bekerja kuat dan boleh dipercayai apabila diberi
tanggungjawab. Bagi memastikan kecemerlangan dalam kerjaya, setiap individu perlu
membuktikan mereka mampu menjalankan tugas, mengelola, menguruskan kerja
dengan baik dan berani mengambil risiko dalam kerjaya yang dipilih. Di samping itu,
mereka perlu menggembleng sumber tenaga manusia, kewangan dan sumber lain
untuk memastikan tugas yang dilaksanakan mendatangkan hasil dan kesejahteraan
kepada manusia sejagat berlandaskan syariat Islam. Segala pengetahuan,
pengalaman, kemahiran dan kepakaran digunakan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak manusia sejagat. Selain itu, sikap toleransi dan amalan bermaafan perlu
dijadikan sebagai budaya kerja. Situasi sebegitu akan merapatkan lagi hubungan
pekerja dan majikan serta mewujudkan suasana harmoni dalam kecemerlangan
kerjaya. Seterusnya, perlu timbul perasaan takut dan merasakan diri mereka sentiasa
diperhatikan Allah SWT. Ia sekali gus dapat mengawal setiap gerak hati, tutur kata dan
tindak-tanduk yang tidak menyalahi perintah Allah. Niatkan setiap yang dilakukan untuk
memberi kebaikan dan manfaat kepada umat manusia. Maka, keberkatan dan
keredaan Allah akan kita peroleh.
2. Pekerja dapat mengelakkan memberi contoh negatif kepada pekerja bawahan.

Di dalam Islam, bekerja adalah suatu amanah yang menuntut kekuatan mental, fizikal
dan rohani seseorang. Bekerja di dalam Islam juga adalah perkara yang berkait rapat
dengan etika dan moral untuk menghasilkan kerja berkualiti kerana di situlah kerja akan
dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Jika kita melihat definisi kualiti itu sendiri
menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ia ditakrifkan sebagai
darjah kecermerlangan yang pada kebiasaannya adalah tinggi atau bermutu. Kualiti
kerja sememangnya amat dititik beratkan di dalam sesebuah pengurusan organisasi
kerana tanpanya akan pincanglah fungsi, kemandirian dan kelangsungan organisasi itu.
Justeru, mempunyai kakitangan berkualiti di semua peringkat pentadbiran dalam setiap
jabatan adalah satu dambaan kerana kakitangan yang berkualiti merupakan satu
terjemahan kepada kejayaan organisasi berkenaan menghasilkan sumber manusia
kelas pertama yang seterusnya menjadi aset berharga untuk kecemerlangan organisasi
dalam jangka masa panjang.
3. Disanjung dan dihormati oleh rakan sekerja dan majikan.

Pekerja perlu sentiasa ingat bahawa apabila berada di tempat kerja, Kita dikelilingi oleh
orang-orang dari pelbagai latar belakang keluarga, budaya, adat resam dan agama.
Adalah amat penting untuk sentiasa menjaga setiap perkataan yang ingin diucapkan.
Elakkan menggunakan bahasa yang kesat, kasar, dan sensitif yang boleh menyinggung
perasaan orang di sekeliling. Segelintir daripada kita yang sering meminjam atau
menggunakan pen rakan sekerja tanpa memulangkannya kembali. Walaupun ia
kelihatan kecil, tetapi ingatlah bahawa sesiapa sahaja akan marah sekiranya ada yang
meminjam atau mengambil barang mereka tanpa kebenaran, kemudian tidak
mengembalikan ke tempat asal atau menghilangkan barang mereka tersebut. Jadi
ingatlah, jangan sekali-kali meminjam sesuatu tanpa bertanya, dan pastikan kita
mengembalikannya secepat mungkin. Hal ini amat penting ketika mesyuarat. Apabila bos
anda memasuki bilik mesyuarat, jangan sesekali membiarkan tumpuan anda berada
pada telefon anda. Anda seharusnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan tanda
hormat kepadanya dengan berdiri untuk menyambutnya. Mengintip rakan sekerja adalah
perbuatan yang tidak beretika. Perlu sentiasa meminta izin daripada rakan sekerja
sebelum menghampiri kawasan mejanya. Yang paling penting ialah, elakkan sesekali
menyentuh harta atau barang peribadi mereka, sama ada surat, e-mel, atau apa-apa
dokumen dan kertas di atas meja. Jika dokumen yang ada di pejabat tidak diserahkan
kepada kita dan tidak mempunyai nama kita, jangan sesekali membaca, menyentuh, atau
memberikannya kepada orang lain.
4. Tidak menerima suapan (rasuah)

Kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah dan jika disabitkan,
seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjara dan didenda. Ada
juga pandangan segelintir masyarakat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah. Seksyen 17 (b)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) menetapkan
perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan
menerima rasuah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan kesalahan
Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun dan didenda
tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang
lebih tinggi. Pemberi rasuah perlu ingat bahawa perbuatan memberi ini amat berbahaya
serta serius kerana penerima boleh menyimpan ‘keterangan’ untuk digunakan pada
masa hadapan dan sebaliknya si penerima jika sekiranya berasa terancam juga akan
menggunakan maklumat yang sedia ada untuk membuat laporan kepada SPRM serta
merta. Apabila sesuatu membabitkan wang ringgit ‘kawan’ yang pernah tidur sebantal
pun tidak dipedulikan. SPRM sudah banyak melancarkan kempen melapor serta
membanteras rasuah melalui media massa dan turut memberi tumpuan kepada
pemberi sogokan berbanding penerima yang kebanyakannya membabitkan penjawat
awam. Jika sesiapa gagal melaporkan permintaan rasuah, jika sabit kesalahan boleh
dipenjara dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua dua sekali.
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM
sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat
adalah dilindungi serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa
juga keadaan.
5. Mengelakkan kemalangan berlaku dalam kalangan pekerja.

Menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas kemalangan dan penyakit adalah
penting. Ia akan menyumbang kepada peningkatan tahap persekitaran kerja yang
menjadi satu daripada komponen penting kepada kualiti hidup pekerjaan dan
produktiviti organisasi. Kedua-dua kesan positif ini seterusnya akan menyumbang
secara langsung kepada peningkatan kualiti hidup rakyat dan daya saing negara sejajar
dengan matlamat dasar dan pelan transformasi negara. Bagi merealisasikan hasrat ini,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebuah jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia dipertanggungjawab bagi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja di negara ini terjamin. Bagi merealisasikan hasrat ini,
jabatan turut bekerjasama dalam mencapai agenda Decent Work, Kementerian Sumber
Manusia dengan mengurus dan mentadbir satu daripada enam teras strategik
Kementerian Sumber Manusia iaitu Pelaksanaan Amalan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan yang Dinamik. Ini terangkul dan melalui penyusunan strategi Pelan Induk
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 (OSH MP 2020) yang dilancarkan
pada Hari Pekerja 2016.
Refleksi

Dalam kehidupan kita di dunia ini, sudah pasti menyebabkan kita akan bekerja
dan berkomunikasi sesama manusia. Oleh itu, bagi mengekalkan komunikasi dan
perhubungan yang baik maka semua manusia perlu berpegang kepada cara hidup
beretika. Etika merupakan prinsip moral atau akhlak yang mesti menjadi pegangan setiap
individu. Etika yang baik akan membina seorang individu mulia dan berintegriti
mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana sahaja dia berada
kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak-
tanduknya. Perkara ini seterusnya akan membawa kejayaan kepada dirinya sendiri
seterusnya kejayaan kepada masyarakat dan negara. Selain etika yang membentuk
peribadi seseorang individu, bagi sesebuah organisasi, ia memerlukan setiap anggota
dalam organisasi tersebut mempunyai etika professional. Ia merujuk kepada nilai dan
etika yang diperlukan dalam bidang professional. Pegangan kepada etika inilah yang
akan memastikan seseorang menjalankan tugas yang telah diamanahkan mengikut
peraturan yang digariskan bagi menjayakan kelangsungan organisasi tersebut. Pekerja
yang mempunyai etika kerja yang baik pastinya akan memberi keuntungan kepada
semua. Namun begitu etika tidak datang begitu sahaja Ia bukan satu perkara yang
dianugerahkan kepada seseorang sejak ia lahir. Tetapi etika perlu dipuuk melalui didikan
samaada formal atau tidak. Etika juga akan berubah bergantung kepada beberapa faktor.
Antara factor yang mempengaruhi etika yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah
faktor ahli keluarga dan rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral
serta faktor keadaan atau situasi.
Lampiran

1. Menghadiri ceramah

Rajah 1: Gambar menunjukkan pegawai menghadiri ceramah berkaitan aktiviti yang


ingin dijalankan.

2. Bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Rajah 2: gambar diatas menunjukkan pegawai sedang merancang aktiviti yang berkaitan.
3. Menghadiri ceramah

Rajah 3: Gambar diatas menunjukkan pekerja menghadiri ceramah yang berkaitan


pertanian.

4. Menghadiri dialog/ kursus

Rajah 4: Gambar diatas menunjukkan seorang pekerja menghadiri dialog/ kursus yang
diadakan.
5. Memberi taklimat

Rajah 5: Gambar diatas menunjukkan pekerja sedang memberi taklimat tentang kursus
yang ingin dijalankan.
Rujukan
1.Internet:

https://images.app.goo.gl/CgAAZkFLqn8TEpYN6

https://images.app.goo.gl/awbSKgY7BR6zK7nH9

2.Buku:

Mohd Janib Johari (2019). Etika Proffesional. Skudai : Penerbit UTM

Hamzah Abdul Rahman, Chen Wang, Norsiah Mohamad & Mahdokht Ebrahimi.
(2016) Professional Ethics in the Construction Industry. Kuala Lumpur: UM Press

3. Modul:

Modul etika profesionalisme (MPU 2232)

Anda mungkin juga menyukai