Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Permasalahan disiplin pekerja semakin berleluasa di setiap sektor


pekerjaan . Tidak kira lah di mana-mana sektor sama ada di sektor awam
ataupun swasta . Permasalahan disiplin pekerja ini harus dipandang serius .
Kebelakangan ini , disiplin pekerja di pejabat semakin merosot dan
menyebabkan prestasi pekerja semakin menurun . Prestasi pekerja amat
penting bagi memberi perkhidmatan cemerlang kepada setiap pelanggan dan
beramanah menguruskan kewangan serta bersikap matang ketika bergaul
dengan rakan sekerja . Isu disiplin mengundang kebimbangan di hati
pelanggan untuk berurusan dan mereka mungkin memilih tempat lain yang
berhampiran untuk berurusan pada masa akan datang , ini boleh menjatuhkan
imej pejabat dan juga nama sesebuah organisasi .

Imej sesebuah organisasi berhubung kait dengan prestasi pekerja yang


terdapat di dalamnya , sekiranya prestasi pekerja meningkat maka menjulang
naiklah imej organisasi tersebut begitu juga sebaliknya . Kadar prestasi setiap
pekerja dapatlah diukur melalui tahap disiplin yang dipamerkan atau dilakukan
oleh setiap pekerja ketika waktu-waktu bekerja secara khususnya .

Tahap disiplin pekerja yang semakin merosot umpama api dalam sekam ,
andainya ianya boleh meruntuhkan sesebuah organisasi . Disiplin pekerja
menunjukkan tanda-tanda kemerosotan apabila waktu-waktu masuk dan
keluar pejabat yang tidak dipatuhi, timbul masalah pertengkaran sesama
pekerja, pecah amanah dan bersikap dingin terhadap pelanggan yang
berurusan serta lain-lainnya.

Permasalahan disiplin pekerja yang sering diperkatakan ialah seperti hadir


ke tempat kerja lambat, tidur semasa bekerja, kurang sopan di antara pegawai
atasan dan pekerja lain, tidak hadir tanpa sebab, bertengkar sesama pekerja,
gangguan seksual, tidak menyiapkan kerja dengan sepatutnya dan
sebagainya. Perkara ini harus dicegah melalui beberapa kaedah.

1
5 ISU DISIPLIN PEKERA

 GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PEKERJA WANITA

Gangguan seksual merupakan satu perkara yang harus dipandang serius


memandangkan terlalu banyak kes seperti ini yang berlaku ke atas pekerja
wanita. Disebabkan itu, pekerja wanita terlalu takut untuk bekerja di sektor
pejabat dan lebih gemar bekerja di atas talian. Di samping itu, gangguan
seksual di tempat kerja boleh memberikan impak dan kesan negatif ke atas
pekerja wanita. Bukan sahaja ke atas mangsa, tetapi nama dan reputasi
sesebuah organisasi akan buruk. Gangguan seksual ini juga mampu
mempengaruhi mental mangsa seperti berasa terancam, terganggu, trauma
dan tekanan. Antara faktor-faktor gangguan seksual ini berlaku kerana
sesetengah pekerja lelaki menganggap pekerja wanita ini adalah tempat untuk
mereka memuaskan nafsu. Tambahan pula, sesetengah pekerja lelaki tidak
memandang serius ke atas isu disiplin ini dan menjadikan ia satu perbuatan
yang seronok bagi mereka dan juga segelintir pekerja lelaki kurang
bertanggungjawab ke atas suatu masalah yang ditimbulkan.

2
 TIDUR DI TEMPAT KERJA

Tidur di tempat kerja adalah satu masalah disiplin yang sering


dilakukan oleh pekerja. Pekerja tidak seharusnya bekerja dan berjaga di
lewat malam kerana ia mendatangkan masalah disiplin seperti tertidur
semasa bekerja. Perkara ini haruslah di pantau supaya pekerja tidak
tertidur semasa bekerja. Ini kerana kita di Malaysia, amalam tertidur di
tempat kerja adalah satu masalah disiplin. Tidak seperti di Jepun, pekerja
mereka diberikan tidur sebentar bagi mengurangkan mengantuk pekerja
mereka. Disebabkan masalah disiplin ini, pekerja akan menyiapkan
kerjanya dengan lambat kerana telah membazirkan waktu semasa tertidur
dan disebabkan itu, kerja yang disiapkan tidak memuaskan kerana akan
timbul dari segi aspek salah ejaan, format terbalik, tersalah memasukkan
data dan sebagainya. Jadi perkara ini harus dipertimbangberatkan bagi
mengelakkan hasil kerja yang kurang memuaskan dan mengakibatkan
kemarahan pengurus atau ketua di dalam pejabat. Selain ini, masalah
disiplin ini mengakibatkan pembuangan kerja bagi segelintir syarikat. Ini
berikutan tidak semua pengurus syarikat memberikan peluang atau
memperbetulkan pekerja mereka. Di sebabkan itu, masyarakat akan
menganggur sementara mencari kerja yang baru kerana telah dibuang
kerja. Salah satu faktor masalah ini terjadi adalah disebabkan kurangnya
tidur seorang pekerja dan terlalu penat bekerja. Ada juga pekerja yang
sukar untuk tidur malam dan mengakibatkan mengantuk di waktu siang.

3
 HADIR LEWAT KE TEMPAT KERJA
Hadir lewat ke tempat kerja satu perkara yang di pandang serius
kerana kelewatan ke tempat kerja akan menyebabkan pemotongan gaji
dan mengakibatkan kemarahan pengurus. Bukan itu sahaja, kelewatan
ketempat kerja akan dicatatkan ke dalam rekod seorang pekerja yang
mengakibatkan markah pekerja tersebut kurang memuaskan dan
menyebabkan sukar untuk dinaikkan pangkat. Oleh sebabkan itu, seorang
pekerja yang bersungguh-sungguh dan berkeperibadian mulia
memandang serius perkara ini. Seorang pekerja harus menyusun masa
dan jadual bekerja supaya tidak terlewat untuk sampai ke tempat kerja.
Janganlah disebabkan masalah peribadi dijadikan alasan mengapa
terlewat ke tempat kerja. Sesetengah pekerja kerap memberikan alasan
yang sama dan menimbulkan ketidakpuashatian ketua atau pengurus. Ini
merisaukan lagi jika masalah ini menyebabkan seorang pekerja yang
pangkatnya tinggi diturunkan pangkat serta ditolak gaji pada bulan
tersebut. Disebabkan itu, sesetengah pekerja akan berasa marah dan
dendam terhadap pengurus. Sesetengah syarikat akan mencarikan
penyelesaian masalah pekerja mereka dengan memberikan nasihat, surat
amaran, motivasi atau latihan dalam menguruskan masa dengan tepat.
Namun, sesetengah syarikat yang tidak berhati perut mereka akan terus
memecat pekerja tersebut. Faktor perkara ini terjadi adalah berpunca di
atas diri sendiri yang bangun lewat, tidak bijak menguruskan masa dan
berlengah-lengahkan masa.

4
 PENAMPILAN YANG SELEKEH
Penampilan yang selekeh amatlah dipandang remeh oleh pekerja di
setiap sektor kerana menganggap penampilan seorang pekerja adalah
perkara biasa lebih-lebih lagi bagi seorang pekerja yang kurang pandai
bergaya. Penampilan haruslah sentiasa segak dan kemas bagi menaikkan
reputasi syarikat. Selain itu, penampilan pekerja dinilai oleh pengurus
dalam rekod sepanjang seorang pekerja itu bekerja. Penampilan yang
bagus melambangkan sifat dan sikap seorang pekerja itu sama ada tegas,
cekap dan rajin. Jika seorang pekerja itu berpakaian tidak kemas dan
kurang menarik mata, sesetengah pelanggan atau orang luar
memandangnya sebagai tidak rajin dan kurang berpotensi di dalam
pejabat. Penampilan juga dapat menarik pelanggan untuk berurusan
dengan syarikat kita dan di atas hasil itu, kita dapat menaikkan nama
syarikat dan juga pangkat kita di dalam sektor tersebut. Di samping itu,
penampilan yang kemas membuatkan pelanggan atau orang luar
memandang anda sebagai orang yang berprofesional dan juga orang
atasan. Namun, pekerja tidak memandang dan memikirkan perkara
tersebut kerana bagi mereka penampilan tidak penting. Begitu juga faktor
lain, pekerja kurang bijak bergaya dan lebih suka berpenampilan ringkas.

5
 PERGADUHAN DI TEMPAT KERJA
Pergaduhan di tempat kerja harus di elakkan kerana masalah ini
menimbulkan masalah lain seperti kes pembunuhan, dendam atau
kecederaan terhadap pekerja lain. Pergaduhan yang berlaku
menimbulkan kerisauan oleh pekerja lain kerana terasa seperti diri
mereka terancam. Oleh itu, pengurus atau ketua sektor harus
mengelakkan perkara ini berlaku dengan memantau pekerja mereka.
Tambahan pula, konflik sering timbul di antara pekerja. Itu adalah
lumrah dalam suasana bekerja. Konflik bukan sahaja berlaku berlaku
di antara pekerja namun ada juga yang berlaku dengan pekerja dan
pengurus atau majikan. Bukan itu sahaja, ia juga akan berlaku di
antara jabatan dan jabatan di dalam syarikat kerana berasa tidak puas
hati. Faktor terjadinya pergaduhan sesama rakan kerja ia berpunca
dari rakan yang rapat atau tidak rapat yang berasa tidak puas hati
masing-masing. Apabila seorang pekerja tersebut tidak puas hati,
pergaduhan juga akan berlaku. Selain itu, ia berlaku apabila
seseorang pekerja itu menjadi batu api atau penghancur hubungan
rakan sekerja hanya disebabkan berasa iri hati di atas persahabatan.
Bukan itu sahaja, ia juga berpunca di atas perselisihan faham di antara
pekerja yang menyebabkan mereka bergaduh. Amalan ini akan
menghancurkan silaturrahim antara pekerja dan juga hubungan baik
yang terjalin akan musnah.

6
MENGHUBUNGKAITKAN 5 ISU DISIPLIN PEKERJA DENGAN
TEORI ETIKA

 TEORI KEWAJIBAN

Seperti yang kita tahu, teori kewajiban menekankan dari segi aspek
tanggungjawab, adil, jujur, simpati dan sebagainya. Teori kewajiban ini lebih
kepada tanggungjawab seseorang individu terhadap sesuatu kerja yang
dilakukan. Disiplin pekerja yang dapat dikaitkan dengan teori kewajiban ini
adalah masalah hadir lewat ke tempat kerja. Dalam sesebuah organisasi,
mustahil tidak ada segelintir pekerja yang hadir lewat ke tempat kerja.
Pelbagai alasan yang dilontarkan oleh pekerja kerana hadir lewat. Di antara
alasan yang paling kerap diberikan adalah menghantar anak ke sekolah,
kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Seperti kita tahu, hampir kesemua
pekerja telah pun berkahwin dan mempunyai anak. Sebagai seorang suri
rumah atau ketua keluarga, mereka mementingkan keluarga mereka daripada
pekerjaan kerana ia adalah satu tanggungjawab mereka. Tidak kira lah
menjadi seorang ayah atau seorang ibu dan suri rumah, masing-masing
mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka akan menghantar anak
mereka ke sekolah dan menyiapkan sarapan pada setiap hari kerana ia
adalah tanggungjawab yang terlebih dahulu perlu dilaksanakan. Ia dapat
dikaitkan kerana sesetengah individu yang bekerja akan melaksanakan
tanggungjawab yang lebih besar terlebih dahulu.

7
 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Seperti yang dipelajari, teori ini menyatakan keperibadian mulia dianggap


sebagai satu keperluan yang mendorong seseorang melaksanakan aktiviti
yang rasional secara berkesan. Di tempat kerja, penampilan diri itu perlulah di
pandang serius kerana ia melambangkan sikap dan keperibadian seseorang
itu. Bukan itu sahaja, kemahiran dalam berkomunikasi juga amat penting.
Penampilan yang kemas dapat menarik pelbagai pelanggan dan akan
menaikkan nama syarikat. Apabila kita menyumbangkan jasa terhadap
syarikat dengan menaikkan nama syarikat, sudah pasti seseorang itu akan
dipuji kerana sikap dan penampilannya membuahkan hasil. Di samping itu,
individu tersebut akan dipuji di atas keperibadian mulianya dengan sikap baik
dan sikap moralnya. Teori ini menitikberatkan perbuatan dan perlakuan
seseorang individu tersebut.

 TEORI HAK ASASI

Teori hak asasi ini menjelaskan tentang tindakan yang melanggar hak-hak
seseorang dianggap tindakan tidak bermoral. Ini boleh juga dikaitkan dengan
tidur di tempat kerja. Sesetengah pekerja lain yang melihat masalah disiplin ini
akan menganggap jika menegur sikap seseorang itu, ia akan menimbulkan
kemarahan individu tersebut. Jadi, sesetengah pekerja lebih suka membiarkan
masalah tersebut berlarutan kerana ingin menjaga hak seseorang itu. Selain
itu, ia dapat dikaitkan juga dengan gangguan seksual ke atas wanita. Ini
berikutan, ada pekerja yang melihat perbuatan itu hanya membiarkan kerana
tidak mahu dan tidak tahu untuk menegur. Lebih-lebih lagi jika perbuatan itu
dilakukan oleh pihak atasan. Disebabkan rasa hormatnya, ia terpaksa
membiarkan sahaja kerana tidak mahu menggangu hak majikannya ke atas
pekerja lain. Namun, perkara tersebut adalah salah kerana tidak semua hak
jatuh ditangan individu tersebut. Oleh sebab itu, teori ini ditolak kerana tidak
boleh diguna pakai. Namun, ada sahaja yang menggunakannya kerana
menghormati hak masing-masing. Boleh dikaitkan juga jika seseorang itu tidak
menegur kelakuan seseorang itu, pergaduhan atau konflik dapat dielakkan.

8
LANGKAH PENYELESAIAN 5 ISU DISIPLIN PEKERJA

 TIDUR SEMASA BEKERJA

Cara mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan berjaga di


waktu malam dan tidur awal di setiap malam. Tugasan juga harus disiapkan
awal sebelum tiba lewat malam. Sebagai seorang pekerja, rehat perlulah
diperbanyakkan bagi mengumpul semula tenaga yang terbuang sepanjang
hari. Pekerja juga harus mengatur masa dan jadual bekerja dengan baik dan
tidak mengganggu waktu rehat selepas bekerja. Selain itu, pekerja juga harus
mencari makanan atau vitamin yang dapat memperbaiki tenaga sepanjang
hari.

 HADIR LEWAT KE TEMPAT KERJA

Hadir lewat sudah menjadi satu masalah yang sering menjadi


kebingungan pengurus atau majikan. Salah satu cara untuk menyelesaikan
masalah ini adalah dengan membahagikan masa yang sepatutnya di antara
waktu bekerja dan waktu peribadi. Salah satu punca hadir lewat adalah kerana
terlewat bangun. Pekerja haruslah tidur awal sebelum larut malam bagi
mengelakkan terlajak tidur. Selain itu, pekerja haruslah mengenalpasti masa
yang sesuai atau awal yang dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Majikan
juga perlu memainkan peranan dengan memberikan nasihat atau motivasi
kepada pekerja yang hadir lewat ke tempat kerja berikutan kelewatan yang
terlalu kerap yang menjadi markah seseorang itu semakin merosot.

 PERGADUHAN DI TEMPAT KERJA

Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menjaga pertuturan dan sikap
di antara pekerja lain. Selain itu, pekerja perlulah mendengar kedua-dua belah
pihak dengan sabar dan tidak terburu-buru mengikut kehendak hati. Selain itu
juga, salah seorang perlulah bertolak ansur dan mempertimbangkan

9
cadangan pekerja yang lain. Di samping itu, pekerja perlulah memikirkan
akibat yang akan berlaku jika mencetuskan pergaduhan di tempat kerja.
Sebagai pekerja, kita perlulah menanamkan sikap yang baik sepanjang
bekerja.

 GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS WANITA

Masalah ini yang paling merisaukan yang mengakibatkan pengurangan


pekerja wanita di sektor pejabat. Seorang pekerja yang bertanggungjawab,
perlulah memikirkan akibat jika melakukan perbuatan yang tidak senonoh ke
atas mana pekerja wanita. Sikap ini juga bercanggah dengan agama Islam
dan mendatangkan dosa. Individu yang terlihat masalah ini berlaku perlulah
bersikap berani dan tegas dengan menegur kelakuan pekerja tersebut yang
cuba melakukan perkara yang tidak sopan. Sebagai seorang pekerja yang
kuat imannya, sudah menjadi tanggungjawab seorang individu itu dalam
menegur perkara yang tidak bermoral bagi mencegah kemaksiatan. Selain itu,
pekerja boleh membuat laporan ke pihak atasan jika mempunya bukti atau
membawa mangsa berjumpa dengan pihak atasan. Majikan juga boleh
membuat motivasi berkaitan pencegahan kemaksiatan dan salah laku disiplin
pekerja ke atas semua pekerja.

 PENAMPILAN YANG KURANG KEMAS

Penampilan yang kemas akan membuahkan hasil yang lumayan ke atas


syarikat. Di awal pemilihan seseorang pekerja, penampilan di pandang serius
sebelum memillih seseorang itu memasuki alam pekerjaan. Namun, yang
mengecewakan, tidak semua pekerja bijak dalam bergaya kerana sudah
terbiasa dengan penampilan yang ringkas. Masalah ini dapat di atasi dengan
memberikan nasihat dan motivasi sebab perlu menjaga penampilan diri.
Selain itu, pekerja lain juga perlulah bekerjasama dalam mendorong
seseorang itu mengubah cara pemakaiannya bagi menaikkan reputasi
syarikat.

10
KESIMPULAN

Seperti yang telah dipelajari dan dikaji, masalah disiplin terlalu banyak
berlaku walaupun kita tidak sedar. Dalam kita melakukan pekerjaan seharian,
mustahil jika kita tidak melakukan masalah disiplin. Adakalanya ia berlaku
tanpa kita sedar kerana menganggap ia adalah perkara biasa. Kelakuan
bermasalah tidak berlaku secara meluas dalam kebanyakkan organisasi. Ini
telah ditunjukkan juga oleh dapatan kajian ini di mana masalah yang berkaitan
dengan prestasi kerja dan sikap iaitu masalah yang secara relatifnya boleh
dianggap kurang serius hanya kadang-kadang sahaja diperhatikan dengan
nilai minimum kurang daripada nilai purata 3.0. Bagi masalah lain yang
dikategorikan sebagai salahlaku serius dan disiplin diri secara relatifnya
masalah yang dianggap lebih berat, tahap pemerhatiannya hanyalah pada
kadar jarang kelihatan dengan nilai minimum di antara 1.9 dan 2.3 berbanding
purata skor 3.0. Namun begitu, seperti yang dihuraikan oleh Anderson (1976)
dan O’Reilly & Weitz (1980), mereka yang bermasalah juga memberikan
banyak masalah kepada pengurus dan jika tidak ditangani dengan baik dan
bersesuaian, bukan sahaja boleh memburukkan lagi masalah mereka tetapi
juga berupaya menjejaskan prestasi dan motivasi pekerja lain.

Secara amnya, setiap masalah disiplin pekerja harus dipandang serius


kerana sikap dan cara pekerja itu bekerja melambangkan bagaimana majikan
atau pengurus mengawal pekerja mereka. Masalah disiplin dapat dicegah
dengan pelbagai cara namun ada segelintir majikan yang tidak mahu
mengambil berat dan hanya membiarkan kerana tidak mahu menambahkan
masalah dan tanggungjawabnya. Tambahan pula, tidaklah kesemua majikan
perlu memantau pekerjanya yang ramai. Dalam sesebuah organisasi,
pekerjanya bukanlah sedikit. Oleh sebab itu pekerja lain juga perlu
memberikan kerjasama dalam melaporkan masalah disiplin yang berlaku di
sekeliling agar masalah disiplin pekerja dapat dikesan dan dikurangkan.

11
RUJUKAN

1. https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/

2. https://www.majalahniaga.com/6-cara-majikan-bantu-leraikan-konflik-deng
an-pekerja.html

3. https://mihrm.com/pengurusan-prestasi-pekerja-disiplin-di-tempat-kerja/

4. https://www.alfarabishariff.com/4-cara-mengatasi-pekerja-yang-bermasala
h/

5. https://www.coursehero.com/file/p3jacutt/20-ISU-ISU-DISIPLIN-PEKERJA
-Isu-disiplin-1-Gambar-isu-disiplin-1-Penerangan/

12

Anda mungkin juga menyukai