Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

KURSUS : ASAS KEWANGAN PERIBADI (UFP 1113)


TUGASAN : PROJEK BERKUMPULAN

NAMA : NUR MUNIRAH BINTI NASHARUDIN


NO I/C : 031220-05-0264
ANGKA GILIRAN : K421HBKP009
NAMA PENSYARAH : PUAN HAFIZAH BINTI AZMAN
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 MAKLUMAT BAJET DAN PENYATA ALIRAN TUNAI

2.1 JUMLAH PENDAPATAN BULANAN 4


2.2 JUMLAH TABUNGAN DAN DANA KECEMASAN 5
2.3 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN TETAP 6
2.4 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN UBAH-UBAH 7
2.5 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN BUDI BICARA 8

3.0 BAJET DAN PENYATA ALIRAN TUNAI BULANAN PERIBADI 9

4.0 CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN UNTUK MEMILIKI 10


KERETA IDAMAN

5.0 RUMUSAN 11

6.0 RUJUKAN 12

2
1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-
sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak
memperoleh pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia. Kita sedia maklum, setiap individu
inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan mereka. Jika ditanya kepada semua orang di
sekeliling kita, tidak mungkin ada antara mereka yang tidak mahu wang yang banyak. Pasti semuanya
mengimpikan wang berjuta dan pelbagai impian-impian lain yang akan hadir bersama. Dalam
kehidupan dewasa, kita semua melalui pelbagai peringkat, daripada memulakan kerjaya sehingga
bersara, daripada seorang bujang sehingga berkahwin, mempunyai anak dan kadangkala membujang
kembali. Dalam pelbagai fasa kehidupan, kita mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat
kewangan yang berbeza-beza.

Oleh itu, untuk mencapainya seseorang itu perlulah mempunyai suatu sistem perancangan
pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika
pendapatan seseorang diuruskan dengan baik, maka kedudukan kewangan pasti akan berada dalam
keadaan yang stabil. Kebolehan menguruskan kewangan dengan bijak merupakan satu kemahiran
yang penting supaya individu boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat
kewangan yang diingini. Setiap individu perlu mengawal kewangan meskipun tidak mempunyai
masalah kewangan. Cara seseorang menggunakan wang pada hari ini akan memberi kesan terhadap
cara hidupnya pada masa akan datang. Tambahan pula, terdapat kemungkinan kita akan menghadapi
masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan seperti mendapat penyakit, kehilangan sumber
pendapatan dan kecemasan keluarga yang hanya dapat diselesaikan dengan wang.

3
2.0 MAKLUMAT BAJET DAN PENYATA ALIRAN TUNAI

2.1 JUMLAH PENDAPATAN BULANAN

BIL. BUTIRAN BAJET PENYATA


(RM) ALIRAN
TUNAI (RM)

1. Pendapatan bulanan (gaji pokok) 3,401.95 3,401.95

2. Imbuhan tetap perumahan 300.00 300.00

3. Imbuhan tetap khidmat awam 160.00 160.00

4. Bantuan sara hidup 350.00 350.00

5. Kemudahan telefon bimbit 100.00 100.00

JUMLAH PENDAPATAN BULANAN 4,311.95 4,311.95

4
2.2 JUMLAH TABUNGAN DAN DANA KECEMASAN

PENYATA
BIL. BUTIRAN BAJET (RM) ALIRAN
TUNAI (RM)

1. Persediaan membayar cukai (pendapatan dan 500.00 500.00


perbelanjaan yang tidak dijangka

2. Bayar balik hutang (untuk penyelenggaraan 200.00 180.50


kereta atau kos perubatan)

3. Kos penyelenggaraan rumah (jika berlaku 100.00 80.00


kerosakan)

4. Simpanan (untuk matlamat pelaburan 150.00 150.00


kewangan jangka panjang)

JUMLAH TABUNGAN DAN DANA 950.00 910.50


KECEMASAN

5
2.3 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN TETAP

BIL. BUTIRAN BAJET PENYATA


ALIRAN TUNAI
(RM)
(RM)

1. Pinjaman perumahan kerajaan 1,223.70 1,223.70

2. Pinjaman peribadi bank rakyat 340.81 340.81

3. Koperasi UNIKEB 395.00 395.00

JUMLAH PERBELANJAAN 1,959.51 1,959.51


TETAP

6
2.4 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN BERUBAH-UBAH

PENYATA
BIL. BUTIRAN BAJET (RM) ALIRAN
TUNAI (RM)

1. Makanan 290.00 230.00

2. Bil telefon dan mudah alih 95.00 95.00

3. Petrol 250.00 250.00

4. Servis dan penyelenggaraan 200.00 180.00

5. Parkir dan tol 75.00 75.00

JUMLAH PERBELANJAAN 910.00 830.00


BERUBAH-UBAH

7
2.5 SENARAI DAN NILAI PERBELANJAAN BUDI BICARA

BIL. BUTIRAN BAJET PENYATA


(RM) ALIRAN TUNAI
(RM)

1. Pakaian 100.00 50.00

2. Barangan rumah 150.00 100.00

3. Barangan peribadi 100.00 80.00

4. Hiburan 100.00 35.00

JUMLAH PERBELANJAAN BUDI 450.00 265.00


BICARA

8
3.0 BAJET DAN PENYATA ALIRAN TUNAI BULANAN PERIBADI

Bajet dan Penyata Aliran Tunai Bulanan Peribadi

Aliran
Perkara Bajet Tunai
(RM) Sebenar
(RM)

Gaji 4,311.95 4,311.95


Lain-lain sumber - -
Jumlah Pendapatan Bulanan 4,311.95 4,311.95

Tolak:
Tabungan 150.00 150.00
Dana kecemasan 800.00 760.50

Pendapatan (setelah ditolak tabungan) 3,361.95 3,401.45

Tolak: Perbelanjaan Tetap


Pinjaman perumahan kerajaan 1,223.70 1,223.70
Pinjaman peribadi bank rakyat 340.81 340.81
Koperasi UNIKEB 395.00 395.00

Jumlah Perbelanjaan Tetap 1,959.51 1,959.51

Tolak: Perbelanjaan Berubah-ubah


Makanan 290.00 230.00
Bil telefon dan mudah alih 95.00 95.00
Petrol 250.00 250.00
Servis dan penyelenggaraan 200.00 180.00
Parkir dan tol 75.00 75.00

Jumlah Perbelanjaan Berubah-ubah 910.00 830.00

Tolak: Perbelanjaan Budi Bicara


Pakaian 100.00 50.00
Barangan rumah 150.00 100.00
Barangan peribadi 100.00 80.00
Hiburan 100.00 35.00

Jumlah Perbelanjaan Budi Bicara 450.00 265.00

Lebihan / (Defisit) 42.44 346.94

9
4.0 CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN UNTUK MEMILIKI KERETA IDAMAN

Responden mempunyai matlamat untuk memiliki sebuah kereta idamannya iaitu Honda CR-V
yang berharga RM139 000. Berdasarkan pendapatan beliau iaitu RM4,311.94, saya mencadangkan
beliau untuk membuat pelaburan agar dapat memiliki kereta idamannya dalam masa 10 tahun lagi.
Setelah meneliti beberapa jenis pelaburan, kami mencadangkan beliau untuk melabur di dana unit
amanah kerana beliau baru mula hendak berjinak-jinak dengan pelaburan. Unit amanah ialah wang
daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam
kuantiti besar. Antara manfaat melabur di dana unit amanah ialah dapat mengurangkan risiko yang
bakal dihadapi oleh pelabur. Selain itu, kos kemasukkan yang rendah dan pengurus dana yang
profesional. Oleh itu, jika beliau memperuntukkan 350 sebulan selama 10 tahun, dengan pulangan
faedah sebanyak 15% dikira, maka pulangan yang bakal beliau peroleh adalah sekitar RM98 066.
Beliau akan dapat membiayai 70% daripada harga kereta idaman beliau. Walaupun tidak dapat
membeli secara cash, namun beliau masih boleh membeli secara hutang, tetapi hutang yang perlu
ditanggung adalah RM41000 sahaja iaitu hanya 30% daripada harga kereta. Walau bagaimanapun,
responden boleh membeli dengan cash, jika beliau menambah pelaburan pada masa akan datang
seperti pada 2 atau 3 tahun akan datang. Jumlah simpanan yang di cadangkan adalah RM500 sebulan
berbanding RM350 sekarang. Dengan peningkatan jumlah simpanan maka sudah tentu jumlah
pulangan nanti turut akan bertambah. Jadi, saya berpendapat bahawa pelaburan unit dana amanah
sangat sesuai untuk beliau pilih.

TAHUN RESPONDEN
1 4200 (4830 + 4200) x 1.15
2 4200 (10384.5 + 4200) x 1.15
3 4200 (16772.17 + 4200) x 1.15
4 4200 (24118.00 + 4200) x 1.15
5 4200 (32565.70 + 4200) x 1.15
6 4200 (42280.55 + 4200) x 1.15
7 4200 (53452.64 + 4200) x 1.15
8 4200 (66300.53 + 4200) x 1.15
9 4200 (81,075.61 + 4200) x 1.15
10 4200 98066.95
JUMLAH PELABURAN 98066.95

10
5.0 RUMUSAN

Secara ringkasnya, terbuktilah bahawa pengurusan bajet dalam belanjawan adalah penting
bagi memperoleh jaminan hidup dan memperoleh kebebasan kewangan iaitu dari segi pengurusan
wang yang melibatkan bayaran hutang bulanan dan sebagainya. Dalam mencapai matlamat tersebut,
pengurusan kewangan yang teratur dan efektif perlulah dibuat agar kewangan bulanan dapat
digunakan dengan baik. Terlebih dahulu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Noraslima binti
Ismail atas kesudian dan kerjasama dalam menjawab soalan maklum balas yang diberikan.

Berdasarkan hasil maklum balas tersebut, bajet dan aliran tunai yang didapati adalah pada
tahap positif. Hal ini kerana, defisit atau baki yang diperoleh daripada pengiraan bajet dan aliran tunai
sebenar menunjukkan kedua-duanya memiliki matlamat serta pengurusan kewangan yang baik. Defisit
pada aliran tunai sebenar yang direkodkan sebanyak RM346.94 menunjukkan penggunaan kewangan
adalah tidak melebihi daripada bajet yang telah ditetapkan. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa
wang bulanan yang diperolehi dapat disimpan dan mencukupi untuk melaksankan pembayaran
mengikut perbelanjaan sekiranya memiliki matlamat serta perancangan yang bijak. Di samping itu,
dalam menjalani kehidupan, sudah pasti semua orang mempunyai kereta idaman dan ingin memilikinya
dengan hasil kewangan sendiri.

Oleh yang demikian, sejak awal lagi, kita dididik supaya bijak dalam menguruskan kewangan
dan sentiasa “mengukur baju di badan sendiri” dalam menetapkan sasaran yang ingin dicapai. Sebagai
contoh, pembelian kereta haruslah mengikut kemampuan diri sendiri iaitu dari segi pelaksananaan
bayaran bulanan kereta dan kos-kos yang terlibat. Hal ini termasuk juga komitmen diri yang perlu
dipenuhi. Namun, tidak salah untuk kita memiliki kereta idaman yang secara amnya tidak memadai
dengan kewangan bulanan, tetapi dengan wujudnya perancangan dan matlamat yang bijak, tidak
hairanlah seseorang itu mampu memiliki kereta idamannya.

Penetapan matlamat kewangan hendaklah dirangka secara spesifik dengan mengkategorikan


kepada jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini membantu diri dalam mencapai matlamat
atau sasaran yang telah ditetapkan dengan lebih mudah. Oleh itu, penyediaan bajet dan aliran tunai
bulanan sewajarnya dilakukan bagi melihat penggunaan kewangan dalam bulan tersebut. Penyediaan
bajet dan aliran tunai ini merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan
kesabaran, disiplin dan fleksibiliti dalam diri. Akhir kata, adalah sangat penting untuk hidup mengikut
kemampuan diri dan mempunyai perancangan serta matlamat bagi memperoleh jaminan hidup dari
segi kewangan.

11
6.0 RUJUKAN

 https://www.wapcar.my/bm/skim-pembiayaan-beli-kenderaan-oleh-bank-rakyat-%E2%80%93-
0-bayaran-pendahuluan-4958
 https://www.honda.com.my/model/crv?gclid=EAIaIQobChMI9K_93fbc8gIVyg0rCh2yZww_EAA
YASAAEgKU8vD_BwE

12

Anda mungkin juga menyukai