Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

MIRI

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI


JALAN PERMY JAYA UTAMA,
BANDAR BARU PERMY JAYA
98000 MIRI, SARAWAK

KURSUS PEMBANTU PENYEDIA PASTRY

TAHAP SATU

MODUL 02 - SAFETY

DUTI 01.00 – PERFORM SAFETY SANITATION FUNCTION

TUGASAN
01.05 COMPLY WITH SAFETY RULES
1.6 APPLY FIRST AID ACTIVITIES
01.07 REACT TO FIRE EMERGENCY SITUATION
01.08 REPORT IRREGULARITIES AND INCIDENCE

OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAI 1. JELASKAN PERUNTUKAN PERUNDANGAN
KEHENDAK PERATURAN
2. TERANGKAN PUNCA DAN KEJADIAN KEBAKARAN
3. NYATAKAN PERLAKSANAAN DALAM PENGURUSAN
MENCEGAH KEBAKARAN

TAJUK SAFETY

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


Pendedahan kepada keperluan dalam kerja-kerja pengurusan
bengkel dan tempat kerja dengan berkesan dan teratur dari
bahaya kebakaran.

1
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

PENERANGAN
Kemalangan di bilik dapur biasanya terjadi disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh
pekerja sendiri dan bukanlah hanya disebabkan oleh keadaan bangunan atau alat-alat yang kurang
selamat. Kemalangan boleh berlaku sewaktu mengisar, mengadun, memotong dan membuat
pelbagai kerja yang menggunakan mesin, terkena elektrik, terjatuh dan sebagainya.

Kemalangan seperti luka, terbakar, jatuh dan lain-lain tidak boleh dielakkan daripada terjadi
walaupun tempat penyediaan makanan itu keadaannya baik sekalipun. Oleh kerana itu, semua
pekerja perlu mengetahui amalan pertolongan cemas.

Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang senang dicapai. Peti ini hendaklah
dilengkapi dengan alat-alat serta ubat-ubat yang diperlukan dan perlu dijaga dengan rapi. Ketua
tukang masak atau pekerja yang ditugaskan perlu memeriksa peti dari masa ke semasa. Semua
pekerja perlu mengetahui tempat peti pertolongan cemas itu diletakkan. Berhampiran dengan peti
itu hendaklah disediakan senarai nombor telefon doktor, hospital tempatan dan perkhidmatan
ambulan.

Di dalam peti pertolongan cemas mestilah dilengkapi dengan alat-alat dan ubat-ubat seperti
berikut untuk merawat sebarang kemalangan yang mungkin berlaku ditempat penyediaan
makanan.

Alat / ubat kegunaan


- Untuk merawat bahagian luka daripada menjadi bengkok dan
Kain pembalut yang
juga untuk membantu memulihkan sendi-sendi yang terseliuh.
berbagai saiz
- Untuk membalut luka.

- Digunakan sebagai penebat pada luka iaitu ia ditekap untuk


menyerap darah pada luka.
Kapas
- Digunakan untuk membersih luka-luka dan digunakan untuk
menyapu ubat pada luka.

Kain takap yang - Kain tekap yang telah disterilkan boleh digunakan untuk merawat
berbagai saiz luka.

Kain pembalut - Untuk menahan darah yang keluar


segitiga - Digunakan sebagai anduh untuk menentapkan rawatan luka.

2
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

Gunting keluli berkilat - Untuk menggunting kain pembalut, plaster dan sebagainya.
Pin penyelamat - Digunakan untuk menyemat kain pembalut
- Digunakan untuk merawat luka yang kecil.
Plaster
- Sebagai pengganti kain pembalut dan untuk menutup luka.
Larutan entiseptik
- Untuk membersihkan luka
seperti dettol dan
- Sebagai pembasmi kuman
lesterin
- Untuk Rawatan sementara sebelum berjumpa doctor
Ubat gosok untuk
- Untuk melegakan sakit
melepuh, gigitan,
- Untuk menyejukkan tempat yang berkenaan
terseliuh, kekejangan
- Untuk mengendurkan otot yang tegang
urat dan sebagainya.
- Untuk mengurangkan sakit-sakit otot.
Losen pencuci mata - Untuk membersihkan mata
contoh ; eyemo - Untuk melegakan mata
Larutan iodin - Untuk merwat luka-luka kecil
Ubat pil contoh; Dusil, - Untuk melegakan sakit-sakit otot, urat dan sebagainya
Panadol dan - Untuk melegakan sakit kepala
sebagainya - Untuk melegakan demam.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN DI BILIK


DAPUR DAN CARA RAWATAN.

A. TERJATUH DAN BERLANGGAR SEMASA KERJA.


 Awasi dimana anda berada terutamanya sekali apabila di penjuru-penjuru yang berbidai
atau semasa membawa hidangan di dalam dulang. Anda perlu berjalan bukannya
berlari.
 Pakailah kasut yang bertumit rendah dan keadaannya sempurna. Dilarang memakai
kasut yang terbuka di hadapan atau jenis kasut yang lembut. Tali kasut perlu diikat
dengan sempurna.
 Penjagaan lantai amatlah penting. Sekiranya lantai basah atau berminyak atau ada
benda yang tumpah, perlulah dibersihkan dengan serta- merta.
 Gunakan tangga atau bangku khas untuk mengambil barang-barang yang disimpan
ditempat tinggi. Jangan menggunakan kotak kosong, kotak papan nipis atau sebarang
jenis kerusi.

3
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

 Dulang hendaklah disusun dalam kadar yang cukup sahaja dan tidak berlebihan
 Gunakan lampu yang terang diruang jalan dan didalam bilik stor. Jangan bertugas
dalam gelap.
 Gunakan warna yang cerah seperti kombinasi warna kuning dan hitam apabila
menampal notis.
 Susun barang-barang dengan kemas dan jangan terlalu tinggi di dalam bilik stor supaya
barang-barang tersebut tidak jatuh. Benda-benda yang berat perlu disusun disebelah
bawah rak. Tong-tong pecah, wayar yang terkeluar dan selumbar kayu perlu diberi
perhatian. Tong-tong atau kotak kosong hendaklah dibuang dengan segara..

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kemalangan


 Jangan biarkan pesakit bergerak sebaik sahaja kemalangan berlaku.
 Perhatikan tanda-tanda atau gejala-gejala atau diagnosa yang ditunjukkan oleh pesakit
itu.
 Utamakan memberi rawatan tentang sesak nafas, berdarah, luka-luka dan kejutan atau
renjatan

B. LUKA DAN CALAR BALAR.


Kemalangan yang disebabkan oleh benda-benda tajam seperti gunting, pisau, penyepit dan
sebagainya.

Langkah-langkah mencegah luka dan calar.


 Tidak digalakkan membuka tin dengan pisau atau lain-lain alat tajam melainkan dengan
menggunakan pembuka tin.
 Berhati-hati apabila memotong bahan makanan dengan pisau kerana ia mudah
tergelincir. Contohnya memotong daging beku, hati dan sebagainya. Sediakan tempat
yang khas dan selamat untuk menyimpan pisau dan alat-alat dapur.
 Tangan hendaklah kering semasa menggunakan pisau supaya tidak licin. Apabila
membawa pisau, hujung mestilah menghala ke bawah. Pisau perlu dibersihkan dan
ditajamkan selalu. Janganlah sesekali cuba menangkap pisau yang jatuh. Apabila
menghulurkan pisau, pegang dibahagian mata pisau yang tumpul (belakang pisau) dan
hulurkan bahagian bahagian hulu pisau itu. Sentiasa memotong di atas papan
pemotong.

4
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

 Pinggan mangkuk atau botol yang pecah perlu dikemaskan dengan berhati-hati dan
perlu dibuang dengan serta merta. Dilarang memungut kaca dengan menggunakan
tangan.

Rawatan.
 Pegang bahagian luka dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan kesakitan.
 Basuh bahagian yang luka itu terlebih dahulu dengan larutan lemah anti-septik
sekiranya luka itu kotor dan lalukan air perlahan-lahan disekeliling luka untuk
memberhentikan pengaliran darah.
 Letakkan kain kapas yang telah disterilkan pada luka itu dan ikatkan dengan rapat dan
kuat sedikit untuk menghentikan pangaliran darah diluka itu. Balut luka itu dengan kain
pembalut.
 Sekiranya darah masih mengalir, tambahkan kain kapas pada luka itu. Dan sekiranya
darah terus juga mengalir, dapatkan bantuan rawatan perubatan daripada doktor
dengan segera.

C. KEMALANGAN ALAT-ALAT YANG MENGGUNAKAN GAS.


 Apabila menggunakan alat-alat bergas hendaklah mengikut peraturan yang dinyatakan
oleh pihak pengeluar dan segala peraturannya hendaklah ditampal di tempat yang
senang dilihat.
 Pastikan lampu ketuhar berada dalam keadaan baik kerana lampu itu boleh
menyebabkan letupan.
 Periksa hos saluran gas dari semasa ke semasa. Plat panas perlu dibersihkan selalu
supaya tidak berhabuk. Kecemasan seperti ini berlaku disebabkan oleh kecuaian
pekerja. Misalnya membiarkan api menyala atau membiarkan sahaja dapur atau hos
saluran gas yang rosak.
 Apabila berbau gas atau kebocoran gas, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil
perhatian :
i. Padamkan api dan tutup semua suis peralatan elektrik. Semburkan di tempat yang
berasap.
ii. Buka tingkap dan pintu supaya gas dapat keluar.
iii. Tutup alat kawalan dikepala tong gas supaya gas tidak berterusan keluar.
iv. Minta pertolongan dari pusat perkhidmatan gas yang berhampiran.
v. Tinggalkan tempat kecemasan dengan segera.

5
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

 Jangan dibiarkan membuka pemutar terlebih dahulu sebelum memasang api kerana
dikhuatiri berlaku letupan dan ini membahayakan diri. Selalu periksa pemutar dapur
agar berada dalam keadaan tertutup.

D. MELECUR DAN MELEPUH.


Penyakit ini disebabkan oleh :
 Melepuh disebabkan oleh haba kering seperti terkena api dan alat-alat panas yang
disebabkan oleh haba api atau cahaya matahari.
 Melecur pula disebabkan oleh haba lembab seperti air panas, wap minyak panas atau
tar panas.
 Terkena alat-alat yang arusnya sedang mengalir.
 Terkena asid.
 Terkena alkali
 Terkena getah buah-buahan.

Rawatan
 Apabila mengalami melepuh atau melecur dibahagian jari, tangan atau lengan, celupkan
bahagian berkenaan ke dalam air sejuk tetapi janganlah terlalu sejuk untuk
mengelakkan kejutan.
 Sekiranya pakaian juga terlibat sama, hendaklah dikoyakkan bahagian yang terlibat
atau dibuang terus dari badan.
 Sekiranya rawatan dapat dilakukan dengan secepat mungkin, bahagian yang melepuh
tidak mungkin menggelembung. Dan sekiranya menggelembung, jangan cuba
memecahkannya.
 Apabila bahagian melecur itu terasa sangat sakit, tuangkan dengan air sejuk untuk
mengurangkan kehangatan.
 Bubuhkan ubat yang sesuai pada kulit yang melepuh atau melecur yang ringan.
 Balutkan bahagian yang melepuh itu dengan pembalut kain kapas yang telah disterilkan
dan dikeringkan.
 Jangan digerak-gerakkan bahagian yang melepuh atau melecur.
 Kecederaan yang parah seperti terkena minyak panas, besi panas atau alat elektrik
perlulah diberikan rawatan perubatan segera.

6
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

Langkah-langkah untuk mencegah melecur dan melepuh


 Jangan mengangkat secara bersendirian apabila makanan panas atau cecair panas
berada di dalam bekas yang besar dan penuh.
 Dilarang membiarkan pemegang periuk menghala ke tempat pekerja lalu-lalang supaya
tidak terlanggar. Pemegang periuk yang rosak perlu dibaiki.
 Kain pembuka ketuhar atau kain pemegang hendaklah kering semasa digunakan.
Berhati-hati membuka tudung periuk supaya wap panas tidak terkena tangan atau
muka. Untuk keselamatan, gunakan alat yang sesuai apabila mengeluarkan makanan
dari ketuhar. Alat-alat ini mesti sentiasa disediakan berhampiran dengan ketuhar supaya
pekerja tidak menggunakan tangan sahaja apabila hendak cepat.

E. ALAT-ALAT MESIN.
 Segala peraturan kegunaan dan amaran keselamatan yang diberikan oleh pengeluar
perlu dipamerkan di tempat yang mudah dilihat berdekatan dengan alat mesin itu dan
perlu di diikuti.
 Gunakan sudu jenis kayu atau plastik untuk menolak daging di dalam pengisar
kerana sudu yang diperbuat daripada logam akan merosakkan mesin pengisar itu.
Walau dalam keadaan apa pun, jangan sekali-kali menggunakan dan memasukkan
tangan atau jari ke dalam pengisar untuk menolak daging kerana ini sangat berbahaya.
 Dilarang menggunakan apa jua jenis alat untuk mengacau bahan makanan di
dalam mangkuk adunan semasa mesin pengadun masih berputar.

F. TERKEHEL DAN TERSELIUH


Antara perkara yang menyebabkan terkehel dan terseliuh ialah :
 Terjatuh ditempat-tempat yang licin, memakai kasut tinggi, berlanggar dan sebagainya.

Tanda-tanda terkehel dan terseliuh


 Pesakit mengalami kesakitan dibahagian yang terseliuh
 Biasanya terseliuh akan menjadi bongkak dan kadang-kadang menjadi lebam.
 Tulang sendi tidak berada ditempatnya
 Bahagian badan yang terseliuh tidak dapat berfungsi dengan betul. Sekiranya terseliuh
dibahagian kaki si pesakit tidak boleh berjalan. Jika terseliuh di bahagian tangan atau
siku, si pesakit tidak boleh menggerakkan tangannya.

Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.


7
Langkah-langkah untuk mencegah terkehel dan terseliuh
 Dilarang mengangkat benda benda-benda berat di atas kepala atau lebih
daripada kepala. Cara seelok-eloknya dengan menggunakam kereta sorong.
Jikalau terpaksa, perlulah barang-barang tersebut diletakkan di atas bahu.
 Amalkam cara yang betul apabila mengangkat benda berat, iaitu dengan
disokong oleh kaki dan bukannya dengan tulang belakang. Jangan terus
membongkok dan melenturkan badan, tetapi turunkan badan atau melutut dan
angkat barang tersebut.
 Aturkan alat-alat yang berat dengan teratur supaya tidak oerlu dialih-alihkan
selalu.

Rawatan
 Jangan biarkan pesakit itu bergerak sebelum memastikan tiada keretakkan
tulang atau patah dibadannya.
 Kecederaan pada pesakit boleh dikesan dengan pergerakkan yang luar biasa
pada anggotanya dan ini boleh diketahui dengan meraba tubuh pesakit
perlahan-perlahan.
 Kecederaan dikepala perlu diberi rawatan yang teliti.
 Lazimnya pesakit seperti ini hendaklah dibawa ke hospital dengan segera
terutama sekali apabila terdapat tanda pening-pening atau pesakit tidak
sedarkan diri.

G. RENJATAN
Terdapat 3 jenis renjatan iaitu :-
1. Renjatan primer berlaku dengan spontan dan biasanya pesakit cepat sembuh
2. Renjatan sekunder berlaku disebabkan oleh :
a. Keluar darah dengan banyak
b. Terjatuh dengan teruk
c. Terbakar
d. Terhantuk dengan kepala di kepala
e. Perasaan terganggu

Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.


8
3. Renjatan elektrik berlaku disebabkan oleh:
a. Terkena renjatan elektrik daripada alat-alat elektrik yang rosak
b. Disambar petir
c. Terkena landasan arus yand sedang mengalir
d. Terkena kabel elektrik

Tanda - tanda renjatan


a. Kesejukan
b. Kulit berasa sejuk
c. Pucat
d. Berasa hendak pitam
e. Denyutan nadi yang lemah

Langkah-langkah untuk mencegah renjatan


 Apabila menggunakan laatan elektrik, segala peraturan kegunaan dan amaran
keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar hendaklah ditampal ditempat
yang senang dilihat berhampiran dengan lat-alat tersebut dan hendaklah diikuti.
 Semua mesin elektrik yang bermotor perlu dibumikan. Dilarang menggunakan plug
2 pin serampang dan sungguh berbahaya sekiranya tempat itu basah.
 Pastikan semua plug dinding adalah jenis yang dibumikan dan yang tidak
mempunyai beban yang lebih, kerana ini akan menyebabkan kebakaran.
 Elakkan wayar elektrik berselirat diatas lantai atau menyentuh alat elektrik lain untuk
mengelakkan kemalangan.
 Suis elektrik perlu diletakkan ditempat yang senang untuk pengguna mencapainya.
 Padamkan suis alat-alat elektrik sebaik saja selepas digunakan atau apabila berlaku
gangguan elektrik. Cabut plag alat-alat tersebut sebelum membuat pemeriksaan.
 Sebelum membersihkan alat elektrik, terlebih dahulu hendaklah mencabut plagnya.
 Pastikan tangan anda dan lantai tempat bekerja kering serta bekerja jauh dari paip
air sebelum memegang alat-alat elektrik.
 Sebelum menggunakanya, periksa plag dan soket, jika didapati rosak perlulah
diperbaiaki atau dilaporkan kepada pihak yang berkenaan.

9
Rawatan
Renjatan primer dan renjatan sekunder
 Sekiranya tanda-tanda renjatan ini terdapat pada pesakit, pakaiannya perlulah
dilonggarkan dan hendaklah memastikan udara segar berada disekelilingnya.
 Baringkan pesakit dan tenangkannya.
 Jauhkan daripada berkerumun disekeliling pesakit.
 Selimutkan pesakit itu untuk memanaskan badannya tetapi jangan terlalu panas.
 Jika perlu pesakit hendaklah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan
perubatan.

Renjatan elektrik.
 Tutupkan suis dengan segra dan cabut plag
 Dengan menggunakan bahan penebat, lepaskan orang berkenaan dari tempat
renjatan elektrik.
 Pulihkan pernafasan pesakit dan tenangkan
 Beri pertolongan rawatan renjatan elektrik
 Walaupun keadaan pesakit telah pulih dapatkan pertolongan perubatan.

HIDUNG BERDARAH.
Hidung berdarah berlaku disebabkan oleh pendarahan didalam hidung
 Dudukkan atau baringkan pesakit dengan mendongakkan sedkit kepalanya ke
belakang ditempat yang banyak udara bersih.
 Longgarkan pakaian pesakit dan mulakan langkah-langkah rawatan
 Suruh pesakit menarik nafas melalui mulut dan letakkan ketulan airbatu yang
dibungkus dengan tuala atau kain bersih didahinya.
 Picit hidung dibawah bahagian yang keras dengan perlahan-lahan. Jangan biarkan
pesakit menghembus nafas.
 Jangan sumbat hidung pesakit
 Biarkan pesakit berehat untuk semenatara waktu sehingga pendarahan itu berhenti
 Sekiranya tidak reda, perlulah dihantar pesakit ke hospital untuk mendapatkan
rawatan lanjut.

10
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

KEBAKARAN.

Pada dasarnya kebakaran merupakan kejadian yang mampu berlaku di tempat kerja
apabila melibatkan seperti satu proses yang berjalan sebagai contoh kerja-kerja kimpalan,
semburan cat dan pencanaian. Selain itu ruang terkurung di mana terdapat bahan kimia mudah
terbakar atau kandungan oksigen 23.5. Pada tahap normal oksigen yang diperlukan oleh manusia
sebanyak 5% dari kadar 20% hingga 23% jika terkurang dari kadar maka akan berlaku sesak nafas
manakala jika berlebihan mangsa akan berada dalam keadaan khayal.

Kejadian kebakaran akan berlaku selalunya melibatkan peralatan, bahan mentah atau
proses yang dijalankan. Di antara penyebab kebakaran yang boleh diambil perhatian seperti:-

1. Litar pintas
2. Kegagalan peralatan (contoh injap, peranti kebakaran)
3. Luahan/ limpahan cecair atau gas mudah terbakar
4. Pemanasan berlebihan
5. Pembakaran sengaja (factor manusia)

Okigen Haba

Bahan api

Dalam rajah segitiga ini gabungan dari ketiga-tiga elemen ini barulah kejadian kebakaran akan
berlaku

1. Elemen oksigen
Kebakaran memerlukan oksigen untuk penyebab bermulanya kebakaran dan terjadi secara
berterusan. Sumber utema oksigen adalah dari udara yang memerlukan campuran gas nitrogen
(78%) dan oksigen (21%) manakala 1% adalh gas-gas lain seperti karbon dioksida dan argon.
Selain udara ada juga pelbagai bahan kimia yang boleh menjadi sumber oksigen untuk membantu
pembakaran. Bahan ini dipanggil agen pengoksidaan sebagai contoh hydrogen peroksida.

Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.


11
2. Elemen haba
Kebiasaannya dikenali sebagai punca pencucuhan yang merupakan tenaga yang boleh dikenakan
k etas campuran oksigen dan bahan api untuk memulakan kebakaran.

3. Elemen bahan api


Bahan api merangkumi bahan organic yang terdiri dari molekul karbon seperti petrol, kertas, kayu
dan bahan bukan organic seperti hydrogen, sulfur, fosforus. Bahan ini dikategorikan mempunyai
pelbagai tahap pencucuhan.

Proses kebakaran yang akan terjadi apabila kebakaran yang telah terjadi akan
mengeluarkan tenaga yang membekalkan satu punca tenaga yang berterusan untuk membolehkan
ianya terus terbakar serta mengeluarkan haba.

Wap atau gas tebakar oleh bunga api atau nyalaan kecil manakala pepejal atau cecair pula
memerlukan haba dan oksigen (2-5%) yang lebih. Untuk mencapai pencucuhan kendiri yang
menyebabkan kebakaran, bahan api memerlukan satu nyalaan kecil.

Manakala api akan merebak melalui pembakaran langsung (pembakaran secara terus).
Pembakaran secara pindahan haba secara aliran, olakan, sinaran dan akhir sekali secara
pergerakan bahan api dari bahan-bahan cecair terbakar dan wap mudah terbakar yang terluah
daripada pepejal yang dipanaskan oleh kebakaran yang mana keadaan ini juga digelarkan dengan
pengilatan lebih.

Sifat-sifat bahan api mempengaruhi kabakaran yang mana ditafsirkan sebagai had
kebolehbakaran yang mana gas dan wap mudah terbakar akan terbakar di dalam udara dalam julat
membolehkan ianya terbakar. Had ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-

1. Had kebolehbakaran bawah (LFL)


Had kepekatan separuh yang diperlukan untuk tindakbalas stoikiometri. Ini bermaksud
campuran terlalu cair untuk terbakar jika kepekatannya di bawah had kebolehbakaran (LFL)

2. Had kebolehbakaran siling (UFL)


Kepekatan dua kali ganda yang diperlukan untuk tindakbalas stoikiometri. Ini bermaksud campuran
terlalu pekat untuk terbakar jika kepekatannya di atas had kebolehbakaran siling.

12
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

Faktor yang mempengaruhi tahap UFL & LFL ini bergantung kepada:-

1. Keadaan persekitaran serta pengalih udaraan


2. Suhu sama ada tinggi atau rendah
3. Tekanan atmosfera
4. Arah rembatan api (bermaksud arah pergerakan api)

PENGELASAN KEBAKARAN (KOD NFPA 10 : 1984)


ALAT/ MEDIA PEMADAMAN
KELAS JENIS KEBAKARAN
YANG SESUAI
A Kayu, kain, kertas, getah dan plastic Jenis air
Jenis debu kering
B Cecair boleh terbakar, minyak, gris, cat dan Jenis buih
gas Debu kering
Karbon dioksida
Jenis air
C Alat elektrik yang terpasang bekalan Jenis debu kering
elektriknya Jenis karbon dioksida
D Logam Asbestos graphite
Soda ash
Pasir kering
Jenis debu kering

PENGELASAN KEBAKARAN (Kod BS EN 2 : 1992)

KELAS JENIS KEBAKARAN


A Pepejal yang berbentuk bara
B Cecair atau pepejal yang menjadi cecair
C Gas/ wap
D Logam

13
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

RANCANGAN KESELAMATAN

KAWALAN PENGURUSAN KAWALAN KEJURUTERAAN


Program latihan dan latihan sewaktu Peralatan yang baik
bekerja
Arahan dan tatacara yang bertulis Susun atur yang lebih baik untuk
mengurangkan bahaya terhadap pekerja
Label pada alat Penempatan injap, suis dan instrument
yang lebih baik
Menyesuaikan kebolehan pekerja dengan Reka bentuk alat supaya lebih mesra
pekerjanya pengguna
Pengajaran dalam kelas Kaedah pengendalian yang lebih baik
Ganjaran dan hukuman Kaedah kawalan computer
Kaedah promosi tata amalan selamat Kaedah kempen praktikal penggunaan
Pemeriksaan Analisa dan talian
Penyemakkan Perhitungan parameter di talian

Langkah-langkah untuk mencegah kebakaran


Kayu, kertas, fabric atau bahan-bahan yang serupa.
 Puntung rokok hendaklah dimatikan dan dimasukkan ke dalam bekas abu begitu
juga pengores rokok dan janganlah dibuang sesuka hati.
 Jangan meletakkan rokok yang berapi di atas bahan – bahan yang diperbuat
daripada kayu, kertas dan bahan lain yang mudah terbakar.
 Sampah-sampah buangan daripada bahan yang tersebut hendaklah
dimusnahkan di satu yempat yang agak selamat dan jauh daripada bangunan
dan rumah.
 Kebakaran boleh diatasi dengan menggunakan alat pemadam api yang
disediakan di bangunan tempat kerja, pasir dan sebagainya.
Bahan mudah terbakar seperti petrol, gris dan lemak.
 Kawasan dapur perlu dibersihkan selalu kerana dapur selalu mempunyai banyak
gris dan berminyak.
 Berhati-hati semasa memasak menggunakan minyak kerana gris merupakan
bahan yang mudah terbakar. Gris yang tedapat pada alat menggoreng pada
sistem peredaran udara, pada dinding dan pada perkakas-perkakas lain, boleh
meninggikan kemungkinan berlakunya kebakaran

14
 Pastikan, supaya lemak atau minyak masak dipanaskan pada suhu yang sesuai,
kerana apabila terlampau panas, ia akan berasap dan terus menyala dititik
nyalaan (flash point) yang menyebabkan kebakaran.
 Setiap pekerja perlu mengikuti program latihan pencegahan kebakaran seperti
penggunaan gebar, pasir, bahan kimia dan buih pemadam seperti chemical and
foam extinguisher atau foam, carbon dioxides multipurpose dry chemical atau
ordinary dry chemical.
 Sebarang kebocoran minyak atau lain-lain cecair yang mudah terbakar
hendaklah diperiksa dan diambil tindakan dengan serta merta.

Alat-alat elektrik yang terpasang.


 Kecacatan pada wayar dan alat elektrik boleh menyebabkan kebakaran.
Pastikan wayar berada keadaan yang selamat dan betul.
 Salah satu sebab berlakunya kebakaran, adalah disebabkan oleh kedudukan
alat-alat tersebut tidak betul dan tersalah guna. Setiap pengguna
perlumemsatikan peraturan penggunaan lat-alat difahami dengan betul sebelum
menggunakannya.
 Alat-alat yang hendak digunakan, perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu
ataupun diawasi ole b penyelia.
 Alat-alat perlu ditempatkan ditempat yangselesa kerana keadaan yang sempit
boleh meninggikan suhu alat-alat tersebut dan merosakkan motor.
 Dibahagian dapur amat penting dibekalkan dengan lat pencegahan kebakaran.
Ini ialah untuk kemudahan, sekiranya berlaku keadaan terdesak semasa
kebakaran.
 Pekerja perlu dilatih bagaimana untuk mencefah kebakaran. Tugas ini biasanya
dikelolakan oleh organisasi yang pakar dalam bidang ini.
 Amalkan peraturan dan cara yang telah dilatih apabila mencegah kebakaran.
Pelbagai langkah yang boleh di ambil dalam memastikan suasana dan persekitaran yang
meminimakan risiko semasa bekerja dari hazard yang berada di tempat kerja jika tidak di perbaiki
seperti:
1. Peralatan tidak disimpan dengan betul
2. Jentera tidak disusun mengikut penyusunan proses yang sesuai
3. Kawasan kerja yang malap, kekurangan cahaya darilampu yang dibekalkan
4. Tempat pembuangan sisa operasi tiada kendalian selamat
5. Ruang kerja yang sempit

15
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

Hasil dari hazard ini akan memudahkan serta mendedahkan pekerja kepada kesan mungkin yang
akan terjadi seperti:

1. Terjatuh akibat terpijak baha atau peralatan


2. Terlanggar jentera dilaluan kerja
3. Kejadian kebakaran

Selain dari itu kejadian dari penyakit kesan kerja juga akan terjadi sebagaimana
pendedahan pekerja kepada habuk, asbestos dan bahan kimia lain yang bakal mengundang
penyakit jika pendedahan yang lama atau jangka masa yang panjang seperti kesan batuk, sakit di
bahagian dada dan sebagainya.

Oleh yang demikian perlu ada system penjadualan kekemasan dan penyusunan fizikal yang
sempurna seperti melaksanakan jadual kerja secara harian, mingguan, bulanan, tahunan atau
selepas kejadian sebagai tindakan serta merta. Ini bergantung kepada beberapa aspek seperti:-
1. Kepelbagaian aktiviti dalam satu kawasan kerja
2. Proses yang dijalankan menjana habuk, wasap atau sisa bahan buangan kimia
3. Jentera atau kelengkapan yang terdapat di kawasan kerja/ tempat selamat

Dalam mencegah sebarang kemalangan, beberapa factor yang di ambil kira dalam perlaksanaan
sebagai garis panduan mengurangkan risiko terdapat pengguna atau pekerja itu sendiri adalah
seperti berikut:-

Manusia
1. Memberi latihan berkaitan kekemasan tempat kerja
2. Menyeliakan kerja yang dijalankan
3. Menyediakan prosedur kerja yang selamat
4. Memastikan pekerja kompeten dan pengalaman dalam melaksanakan kerja
5. Penyesuaian kerja dengan pekerja
Jentera
1. Susunan jentera yang teratur
2. Ruang yang mencukupi dalam menjalankan operasi kerja
3. Laluan yang mencukupi antara jentera
4. Susunan jentera mengikut kesesuaian turutan proses kerja

Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.


16
Peralatan
1. Menyediakan kelengkapan perlindungan diri
2. Peralatan sesuai dalam pembersihan tumpahan
3. Kemudahan tempat dan peralatan dalam penyimpanan bahan

Persekitaran kerja
1. Menyediakan lantai kerja yang sesuai dan kukuh
2. Memastikan dinding yang bersih dari kotoran
3. Memastikan pengudaraan yang bersih dan mencukupi
4. Menyediakan penyaluran bahan sisa yang sempurna

Bahan
1. Ruang yang sesuai dalam penyimpanan bahan
2. Menyediakan kemudahan pembuangan sisa bahan buangan
3. Penggunaan kuantiti bahagian mengikut keperluan
4. Menyediakan laluan keluar masuk bahan

Beberapa langkah yang boleh diambil dalam meningkatkan kekemasan dan susunan fizikal
dapat di praktikkan secara menyeluruh dalam sesuatu organisasi sesuatu tempat di kawwasan
bengkel tempat kerja.
1. Menyediakan polisi bagi kekemasan dan susunan fizikal
2. Membuat perancangan awal sebelum memulakan operasi
3. Meletakkan tanggungjawab untuk memastikan kekemasan di tempat kerja ke atas semua
ketua bahagian
4. Memasukkan tanggungjawab memastikan kekemasan dalam diskripsi kerja individu
5. Mengadakan latihan berkaitan kecemasan
6. Mengadakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti pembersihan
7. Menggubal peraturan kecemasan
8. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja
9. Menyediakan jadual serta program kebersihan di tempat kerja
10. Menyediakan peralatan (tong) mencukupi untuk membuang sisa pepejal
11. Menandakan garisan di lantai bagi mengasingkan laluan dan penyimpanan bahan

17
Code No. L-110-1/MODUL 02/LE01/IS 01 Information Sheet No.

Jawab Soalan Yang Diberikan Di Bawah.

1. Senaraikan 3 elemen bagi kebakaran.

2. Apakah rawatan bagi melecur dan melepuh

3. Berikan langkah pencegahan bagi mengelakkan tekehal dan terseliuh.

Rujukan :
Buku Teknologi Dan Perkhidmatan Katering
Aishah Hamzah

18

Anda mungkin juga menyukai