Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ YAYASAN NEGERI SEMBILAN

GENTAM, 72000 KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN

NO. TEL : 06-4811 225

K-14030 KOLEJ YAYASAN NEGERI


KOD DAN NAMA PUSAT BERTAULIAH SEMBILAN

PENILAIAN PENGETAHUAN (OBJEKTIF)

KOD UNIT CORE ABILITY Z-009-3:2015 CA 01

NAMA UNIT ABILITY KEMAHIRAN KEBOLEHAN TERAS

NAMA CALON

NO KAD PENGENALAN

MASA

TARIKH

MARKAH

Arahan kepada calon :


1. Tulis nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang diosediakan.
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan.
3. Calon hendaklah menjawab semua soalan.
4. Calon dilarang membawa nota atau sebarang bahan rujukan kecuali yang
dibenarkan.
5. Dilarang meniru semasa penilaian.
6. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan.

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI ..8.. MUKA SURAT BERCETAK


1. Pilih pernyataan yang salah bagi mewujudkan suasana komunikasi yang
berkesan.

A. Pilih masa yang sesuai.

B. Gunakan bahasa isyarat.

C. Wujudkan suasana selesa untuk menggalakkan berkomunikasi terbuka.

D. Elakkan memulakan perbincangan tentang topik berat pada lewat petang.

2. Pilih perkara yang bukan merupakan cara berkomunikasi secara oral yang
betul.

A. Emel

B. Mesyuarat

C. Pembentangan

D. Panggilan telefon

3. Yang manakah diantara berikut bukan pernyataan berikut adalah benar


tentang

kepentingan saluran komunikasi formal?

A. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi maklumat.

B. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi mesej peribadi

C. Komunikasi melalui saluran formal terhad kepada mesej organisasi.

D. Peraturan, prosedur atau standard tertentu perlu diikuti dalam


menggunakan

saluran komunikasi formal.


4. Apakah bentuk komunikasi yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat

semasa bermesyuarat?

A. Berbahas

B. Berpidato

C. Menerangkan

D. Mendemonstrasikan

5. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah komunikasi lateral atau horizontal?

A. Dilakukan antara staf dari tahap yang sama.

B. Dilakukan dengan pembekal atau pelanggan.

C. Dilakukan antara pengurus dengan kakitangan.

D. Dilakukan untuk meningkatkan usaha koordinasi.

6. Apakah tugas utama pegawai perhubungan?

A. Menentukan polisi.

B. Menerangkan prosedur.

C. Membuat laporan prestasi.

D. Menjadi pengantara antara dua pihak.

7. Pilih kenyataan yang bukan merupakan kaedah kemahiran perhubungan yang


baik.

A. Kebolehan bekerja dalam pasukan

B. Kemampuan berkomunikasi dengan baik.


C. Kebolehan bekerjasama dengan orang lain.

D. Kemampuan menggunakan perkataan yang susah.

8. Apakah teknik untuk menjadi seorang komunikator yang baik?

A. Menggumam apabila bercakap.

B. Menggunakan bahasa berbunga.

C. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.

D. Menggunakan suara yang lantang pada setiap masa.

9. Apakah perkara yang boleh berlaku sekiranya komunikasi yang dilakukan


tidak

berkesan?

A. Pengurus berpuas hati.

B. Maklumat akan sampai kepada penerima.

C. Arahan pengurus mungkin tidak dilaksanakan.

D. Kakitangan akan mengikut cakap ketua mereka.

10. Apakah yang perlu dilakukan dengan sekiranya mempunyai teknik komunikasi
yang baik?

A. Rahsiakan daripada orang lain.

B. Umumkan kepada orang ramai.

C. Simpan untuk kegunaan sendiri.

D. Kongsi dengan ahli pasukan lain.


11. Pilih ciri-ciri asas bagi seorang perunding yang baik.

I. Pendengar yang baik.

II. Komunikator yang baik.

III. Boleh membuat keputusan.

IV. Gemar memberi pendapat.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

12. Apakah perkara yang melibatkan teknik perundingan asas?

I. Melakukan perbincangan berperingkat.

II. Mengenal pasti keperluan dan kemahuan pihak.

III. Mengenal pasti perkara yang perlu dikompromikan.

IV. Menilai keperluan dan kehendak serta matlamat sebenarnya.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV


13. Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan rundingan.

A. Urus niaga yang adil dan menguntungkan.

B. Rundingan diadakan bagi mencapai persetujuan.

C. Proses tawar-menawar bagi menyelesaikan perbezaan.

D. Rundingan ialah proses tawar-menawar antara dua pihak.

14. Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan kepentingan perundingan.

A. Bagi mengelakkan konflik.

B. Untuk mencapai keputusan.

C. Bagi membentangkan hujah-hujah.

D. Bagi menyelesaikan isu-isu yang berlarutan.

15. Apakah jenis rundingan sekiranya sesebuah negara menandatangani


perjanjian tetapi tiada niat untuk melaksanakannya?

A. Rundingan kalah-kalah.

B. Rundingan berniat jahat.

C. Rundingan menang-kalah.

D. Rundingan menang-menang.

16. Apakah jenis rundingan untuk menubuhkan perkongsian perniagaan?

A. Rundingan niat jahat.

B. Rundingan kalah-kalah.
C. Rundingan menang-kalah.

D. Rundingan menang-menang.

17. Apakah jenis rundingan sekiranya berkaitan gaji pekerja.

A. Rundingan niat jahat.

B. Rundingan kalah-kalah.

C. Rundingan menang-kalah.

D. Rundingan menang-menang.

18. Apakah perkara yang perlu dipastikan apabila membuat sebarang


rundingan?

A. Membiarkan perbincangan menjadi hangat.

B. Bersetuju dengan semua syarat pihak lawan.

C. Memulakan perbincangan dengan tawaran akhir.

D. Mengenali punca, implikasi, dan beberapa kemungkinan penyelesaian.

19. Apakah yang patut dilakukan jika anda mengesyaki bahawa pihak lain sedang

berunding dengan niat jahat,?

A. Bersaing secara sihat untuk memujuk.

B. Beri kerjasama untuk menarik minatnya.

C. Mengelak daripada meneruskan rundingan.

D. Fikirkan tentang syarat-syarat dan dendaan dalam perjanjian.


20. Apakah hasil rundingan yang mungkin?

I. Kedua-dua pihak kalah

II. Kedua-dua pihak menang.

III. Rundingan menemui jalan buntu

IV. Satu pihak menang, dan satu pihak kalah.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai