Anda di halaman 1dari 6

Karangan - Surat Karangan Tidak Rasmi - Tingkatan 1

Selain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk kegunaan


tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang dihantar secara
peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga
dan sebagainya. 

Bagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini adalah


merupakan karangan berformat.

Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:

 Bertanya khabar
 Mengucapkan tahniah
 Mengucapkan takziah
 Memberi jemputan undangan
 Menyampaikan ucapan atau nasihat

Tips Penulisan

Terdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh dijadikan
panduan iaitu:

 Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan


menceritakan keadaan kesihatan penulis.
 Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar
sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan
mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.
 Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang
kasar.
 Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih
dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Penggunaan Kata Ganti Nama

Keunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata ganti nama
beradat.

Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam
penulisan surat ini:

 Ayah- Ayahanda
 Ibu- Ibunda/ bonda
 Datuk/Nenek- Nenda
 Anak- Anakanda
 Abang/Kakak- Kakanda
 Adik- Adinda
 Cucu- Cucunda
 Rakan Lelaki- Saudara
 Rakan Perempuan- Saudari

Format Penulisan

Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti:

1. Alamat Pengirim
Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan
surat.
2. Tarikh

Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan


tanda noktah di hujungnya.
3. Pembuka kata

Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada
perenggan pertama surat.
4. Kata Ganti Nama Penerima

Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi
surat.
5. Isi

Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan


dibahagikan kepada beberapa perenggan.
6. Penutup

Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan


untuk mengakhiri surat tersebut.
7. Tanda Tangan

Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat


sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.

Contoh Surat

Antara contoh-contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang boleh dijadikan


panduan ialah:
ii) Contoh surat 2

Anda mungkin juga menyukai