Anda di halaman 1dari 13

PANDUAN PENULISAN UPSR BAHAGIAN B (MENULIS KARANGAN)

BERFORMAT & TIDAK BERFORMAT

SK KAMPUNG BALAN, DALAT


DISEDIAKAN OLEH: CIKGU ROZIAH NASAR 5/11/2012

JENIS-JENIS KARANGAN 1.1 Karangan terbahagi kepada dua jenis iaitu: 8.1.1 8.1.2 Berformat Tidak Berformat KARANGAN BERFORMAT Surat Kiriman Rasmi Surat Kiriman Tidak Rasmi Ucapan Syarahan Perbahasan Berita Laporan Catatan Dialog / Perbualan Wawancara KARANGAN TIDAK BERFORMAT Fakta Perbincangan Autobiografi Biografi Cerita Peribahasa Keperihalan Melengkapkan cerita

PANDUAN KEPADA CALON 2. Calon dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja daripada 3 soalan yang dikemukakan. 3. Teliti ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Kumpulkan maklmat dari segi pengalaman dan pengetahuan sebelum membuat pilihan. 4. Pilih tajuk karangan yang benar-benar dapat kamu kuasai. Dengan cara ini, anda dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat. 5. Kemudian carilah isi-isi penting. 6. Isi karangan mestilah tepat dan sesuai dengan kehendak soalan. 7. Anda dinasihatkan menyediakan rangka karangan supaya fakta-fakta yang sama tidak berulang-ulang. 8. Rangka karangan perlu mempunyai: 8.1.1 8.1.2 8.1.3 Pendahuluan (satu perenggan) Isi (beberapa perenggan) Penutup (satu perenggan)

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 2

9. Pendahuluan karangan yang hendak ditulis itu mestilah berkaitan dengan tajuk. 10. Bahagian isi karangan mempunyai beberapa perenggan. Setiap satu isi sebaik-baiknya ditulis dalam satu perenggan. 11. Isi-isi karangan perlu diberi huraian dan disertakan contoh-contohnya sekali. 12. Setiap isi karangan perlulah berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang berikutnya. 13. Penggunaan penanda wacana seperti selain itu di samping itu, tambahan pula dan sebagainya adalah digalakkan. 14. Pastikan bahawa karangan kamu berisi penutup, iaitu rumusan atau kesimpulan tentang tajuk untuk menegaskan pendirian kamu tentang sesuatu tajuk. 15. Jangan sekali memasukkan isi-isi baru pada bahagian ini. 16. Setelah selesai menulis karangan, kamu perlu menyemak karangan tersebut. 17. Semak jika ada isi penting yang tertinggal, contoh yang kurang tepat, kesalahan dari segi tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya. 18. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, baikilah tulisan kata-kata tersebut. 19. Penggunaan peribahasa dan ungkapan dalam karangan adalah digalakkan supaya gaya bahasa dalam karangan kamu lebih menarik. 20. Pastikan tulisan kamu sentiasa kemas kerana tulisan seperti cakar ayam boleh menyebabkan karangan kamu berkurangan markahnya. 21. Elakkan daripada membina ayat yang berjela-jela panjangnya dan tergantung maknanya. Sebaliknya, binalah ayat yang padat, ringkas, dan menarik.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 3

KARANGAN JENIS LAPORAN

1. Karangan jenis laporan ialah karangan berformat. 2. Karangan inimemerlukan calon melaporkan atau menerangkan maklumat atau perkara seperti kegiatan sukan, perasmian, lawatan, aktiviti persatuan dan bencana alam. 3. Format laporan: 3.1 Tajuk laporan ditulis sama ada kesemuanya menggunakan huruf besar atau setiap pangkal huruf ditulis huruf dengan huruf besar dan digariskan. 3.2 Contoh: Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah atau LAPORAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 3.2 Isi-isi laporan. 3.3 Pengakuan pelapor atau penyedia laporan perlu ditulis. Tatikh ditulis setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan, nama penuh pelapor ditulis dengan huruf besar dalam kurungan dan diikuti dengan jawatan pelapor.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 4

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

1. Karangan jenis surat kiriman rasmi merupakan karangan berformat yang ditulis bertujuan untuk membuat aduan, permohonan, rayuan, undangan. Pesanan dan sebagainya. 2. Surat ini ditulis secara rasmi kepada orang perseorangan, pertubuhan, jabatan, majikan dan sekolah. 3. Penggunaan bahasa dalam surat kiriman rasmi mestilah ringkas, tepat dan padat. 4. Format surat kiriman rasmi: 4.1 4.2 4.3 Nama dan alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat. Garisan panjang melintang dibuat di bawah alamat pengirim. Nama, jawatan dan alamat penerima ditulis selepas garisan di sebelah kiri surat dan baris akhir alamat penerima digaris. 4.4 Tarikh ditulis di sebelah kanan surat sejajar dengan baris terakhir alamat penerima dan diakhiri dengan tanda noktah. Nama bulan ditulis dalam huruf besar. 4.5 4.6 Menulis panggilan hormat atau panggilan rasmi seperi Tuan. Perkara surat ditulis dengan huruf besar pada setiap awal perkataan, tanpa tanda noktah pada akhir perkara surat. 4.7 Isi surat dimulakan dari tepi dan perenggan yang berikutnua dimulakan dengan menulis nombor 2, 3 dan seterusnya. 4.8 4.9 Perenggan penutup diakhiri dengan ucapan terima kasih. Pengakuan pengirim seperi Yang benar, Yang menurut perintah, dan lain-lain yang sesuai perlu ditulis di sebelah kiri surat dan diletakkan tanda koma (,). 4.10 Tandatangan ditulis di sudut sebelah kiri surat. Tuliskan nama penuh dengan huruf besar di dalam kurungan. Sertakan nama jawatan jika mewakili persatuan, kelab, pertubuhan dan sebagainya.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 5

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1. Karangan jenis ini merupakan karangan berformat. 2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan ditulis kepada rakan, ahli keluarga, dan saudara-mara untuk bertanyakan khabar, mengundang, mengucapkan tahniah atau takziah dan sebagainya. 3. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Berikut ialah senarai kata ganti diri: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 ayah/bapa saudara ibu/ibu saudara anak abang/kakak adik datuk/nenek cucu ayahanda ibunda/bonda anakanda kakanda adinda nenda cucunda

4. Format surat kiriman tidak rasmi: 4.1 4.2. Alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kanan. Tarikh surat ditulis di bawah alamt dengan meletakkan tanda noktah di hujungnya. 4.3 4.4 Pembuka kata dimulakan di sebelah kiri surat. Kata ganti diri penerima seperi saudara, saudari, atau sahabatku di sebelah kiri surat. 4.5 4.6 Perenggan isi dimulakan dengan sebelah dalam sedikit. Selepas penutup surat, tulislah Yang benar atau Yang ikhlas di sebelah kanan surat dan diikuti tanda koma selepas itu. 4.7 Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.

5. Gunakan bahasa yang mudah, baku, dan tepat dalam karangan surat kiriman tidak rasmi ini. Selain itu, calon boleh juga menggunakan ungkapan, kiasan, atau peribahasa agar isi surat menjadi lebih menarik.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 6

KARANGAN JENIS BERITA

1. Karangan jenis berita merupakan karangan berformat. 2. Karangan jenis ini mengisahkan suatu peristiwa, kejadian atau program dan aktiviti yang baru berlaku. 3. Berita memberikan maklumat lengkap tentang sesuatu peristiwa yang disampaikan dengan tujuan memberitahu pembaca umum tentang peristiwa tersebut. 4. Penulisan berita mesti menjawab persoalan apa, di mana, bila, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana. 5. Maklumat dalam karangan berita hendaklah berdasarkan fakta yang tepat, jelas dan lojik. 6. Format berita dimulai dengan menulis nama tempat (biasanya daerah), diikuti dengan tarikh dan tanda sempang (-) sebelum mula menulis berita. Contoh: SIBU, 30 Jun Suatu kebakaran telah berlaku...

7. Bahasa yang digunakan dalam karangan berita hendaklah baku, padat, dan ringkas. Sedutan kata-kata, pandangan atau pendapat orang yang tertentu boleh disertakan untuk memantapkan karangan. Contoh: Aktiviti seumpama ini dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan penduduk kampung ini, kata Pegawai Daerah ketika majlis penutup program gotong-royong yang diadakan.

8. Maklumat atau isi berita perlu disusun mengikut keutamaan, iaitu isi yang paling penting didahulukan diikuti dengan isi yang kurang penting. 9. Calon perlu berhati-hati ketika menulis karangan berita supaya tidak terikut-ikut dengan gaya penulisan cerita.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 7

KARANGAN JENIS SYARAHAN / UCAPAN

1. Karangan jenis syarahan dan ucapan merupakan karangan berformat. 2. Ucapan: 2.1 calon hendaklah menulis karangan seolah-olah calon hendak berucap di khalayak ramai. Oleh itu, calon menyediakan teks berdasarkan tajuk yang dikemukakan. Teks ini mestilah mengandungi kata alu-aluan, penerangan tajuk, huraian isi dan penutup. 2.2 Terdapat beberapa jenis ucapan iaitu ucapan tahniah, takziah, perpisahan dan perasmian. Isi yang dikemukakan hendaklah berdasarkan ucapan dan menepati kehendak soalan. 3. Syarahan: 3.1 calon perlu memberikan penerangan atau mengupas tajuk dengan memberikan huraian dan contoh-contoh secara jelas, lojik dan berkesan. Terdapat dua jenis syarahan iaitu syarahan berbentuk pertandingan dan syarahan bukan pertandingan. Bagi syarahan berbentuk pertandingan, calon perlu menujukan ucapan kepada barisan panel hakim. 4. Bagi memantapkan gaya bahasa dalam syarahan dan ucapan, calon boleh menggunakan peribahasa, bahasa kiasan, bidalan, atau perumpamaan yang sesuai. 5. Format syarahan / ucapan: 5.1 kata-kata aluan yang dimulakan dengan ucapan selamat sejahtera kepada pengerusi majlis dan diikuti oleh hadirin yang lain mengikut keutamaan. 5.2 5.3 5.4 Huraian isi-isi berserta contoh. Dalam penutup, calon perlu menegaskan tajuk dan mengucapkan terima kasih. Kata penegasan seperti Hadirin sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan, Rakan sekalian perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali. 6. Perlu diingatkan bahawa calon perlu banyak menguasai maklumat tentang isi-isi syarahan atau ucapan melalui latihan, pembacaan, dan perbincangan supaya teks calon mantap dengan gaya persembahan yang menarik.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 8

KARANGAN JENIS PERBAHASAN

1. Karangan perbahasan terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat. 2. Karangan berformat memerlukan calon membahaskan tajuk sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk. Untuk mengetahui calon berada di pihak pencadang atau pembangkang, calon perlu membaca soalan dengan teliti. Kemudian, gariskan kehendak soalan. 3. Sekiranya menjadi pencadang , calon perlu menyokong atau bersetuju dengan tajuk perbahasan. Jika menjadi pembangkang pula, calon perlu membangkang atau tidak bersetuju dengan tajuk. 4. Hujah-hujah yang disampaikan mestilah menepati kehendak tajuk, tepat, lojik serta dikukuhkan dengan contoh-contoh yang sesuai. 5. Sekiranya karangan perbahasan jenis tidak berformat,calon tidak perlu menulis kata alu-aluan. Contohnya: Kemajuan sains dan teknologi banyak membantu kita hidup dengan selesa. Bahaskan pernyataan ini. 6. Format perbahasan: 6.1 kata alu-aluan pengenalan dan pendirian sama ada menyokong atau membangkang tajuk. 6.2 Kata penegas contoh, Hadirin sekalian. 6.3 Kata penutup penegasan sekali lagi sama ada menyokong atau membangkang tajuk. 7. Olahan kata-kata dan bahasa yang mantap dalam perbahasan menjadi faktor penting dalam penilaian kemampuan calon. Calon boleh menggunakan peribahasa, bahasa kiasan, bidalan, perumpamaan dan sebagainya.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 9

KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN/TEMU RAMAH/WAWANCARA

1. Karangan ini merupakan karangan jenis berformat. 2. Karangan jenis ini merupakan catatan perbualan antara dua orang atau lebih tentang sesuatu perkara. 3. Dialog digunakan untuk urusan tidak rasmi seperti bertanyakan khabar atau perbualan menerusi telefon. Wawancara pula bersifat rasmi, iaitu perbualan antara dua pihak yang bertanya dan pihak yang menjawab. Biasanya pihak yang bertanya merupakan pihak yang mahir atau pakar dalam sesuatu bidang atau pencapaian. 4. Sebelum memulakan dialog, calon boleh menyertakan keterangan tentang orang yang akan diajak berbual atau diwawancara. 5. Format: 5.1 Nama watak ditulis sebelah kiri. Selepas setiap nama watak harus dibubuh tanda titik bertindih ( : ). 5.2 Kata bual hendaklah ditulis selepas tanda tersebut. Calon perlu menggunakan kata sapaan atau kata pembuka bicara yang sesuai untuk memulakan perbualan dan diakhiri kata bual yang menunjukkan perpisahan dan tamat perbualan. 6. Sebelum menulis, calon perlu menentukan perkara yang hendak dibualkan terlebih dahulu. Ayat-ayat yang digunakan mestilah ringkas, jelas dan padat. 7. Karangan jenis ini perlu ada pendahuluan, isi-isi dan penutup. Hanya pengolahan yang berbeza daripada karangan biasa. 8. Calon perlu mengembangkan isi dengan gaya bahasa yang sesuai melalui huraian isi antara dua hingga tiga ayat. 9. Gunakan kata ganti yang sesuai berdasarkan watak-watak yang digunakan. 10. Kata singkatan seperti dah, tak, nak, kan boleh digunakan dalam perbualan biasa tetapi tidak digalakkan digunakan dalam perbualan berbentuk wawancara atau temu ramah.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 10

KARANGAN JENIS FAKTA

1. Karangan jenis tidak berformat. 2. Untuk menulis karangan ini, calon perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat serta mampu mempersembahkan isi karangan secara lojik dan tidak menyalahi fakta sebenar. Contoh-contoh yang diberikan hendaklah tepat dan betul. 3. Gunakan ayat yang ringkas, jelas dan padat. 4. Jangan menulis dalam bentuk cerita, memasukkan nama watak atau apa-apa sahaja yang menjurus kepada konsep fakta yang salah. 5. Setiap perenggan hendaklah dihuraikan dengan isi yang berlainan. Nyatakan juga contoh-contoh yang bersesuaian. Cara menulis adalah seperi karangan biasa, iaitu ada pendahuluan (menerangkan tajuk), empat isi (isi penting dan huraian) dan penutup (kesimpulan atau rumusan.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 11

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI / BIOGRAFI

1. Karangan autobiografi bermaksud penulisan tentang riwayat hidup penulis sendiri manakala biografi menceritakan seseorang tokoh. 2. Karangan autobiografi mengandaikan penulis sebagai benda yang hendak diceritakan seperti sebuah basikal, kereta, sepasang kasut, seekor burung, sepohon durian atau sekuntum bunga. 3. Biasanya kata ganti diri aku atau saya digunakan sebagai ganti nama diri penulis. 4. Nilai-nilai murni biasanya digambarkan dalam penceritaan karangan autobiografi. 5. Gaya bahasa yang menarik seperti ungkapan, peribahasa dan petikan dialog boleh dimasukkan. Cerita yang ditulis hendaklah lojik dan sesuai dengan benda yang dikisahkan. 6. Bagi karangan biografi pula, calon perlu mengetahui maklumat yang tepat tentang seseorang tokoh yang akan ditulis kisah hidupnya. Calon perlu mengetahui nama, tempat lahir, latar belakang, sejarah hidup, jawatan, pengalaman yang dilalui dan sebagainya.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 12

KARANGAN JENIS CERITA / MELENGKAPKAN CERITA

1. Karangan jenis ini tidak berformat. 2. Karangan jenis cerita berpandukan tajuk tetapi kandungan cerita bebas berdasarkan imaginasi, rekaan, pembacaan, tontonan, pendengaran atau penglihatan. 3. Setiap cerita perlu mempunyai gambaran yang jelas seperti awalan cerita, perkembangan dan akhiran cerita serta diolah dengan gaya bahasa yang menarik dan mempunyai unsurunsur saspens. 4. Pelbagai cara menulis karangan jenis ini sama ada menggunakan teknik imbas kembali atau penceritaan. 5. Kata-kata berbentuk dialog, kiasan, bidalan, pepatah dan peribahasa boleh digunakan. 6. Begitu juga dengan karangan melengkapkan cerita. Karangan mestilah berpandukan perenggan permulaan dan perenggan akhiran. 7. Ada ketikanya, jalan cerita perlu lojik, terutama bagi karangan yang memerlukan tindakan. Tindakan yang hendak diambil mestilah sesuai dengan kemampuan calon. 8. Karangan jenis mimpi boleh direka dengan cerita yang tidak lojik., bagaimanapun karangan jenis pengalaman atau gambaran mesti lojik.

RoziahNasarSKKampungBalanDalat

Page 13

Anda mungkin juga menyukai