Anda di halaman 1dari 26

JENIS JENIS KARANGAN

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.


Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah,


perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi,
wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.

Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:


1.Karangan Jenis Ucapan

 Ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau


mengingati hari tertentu.
 Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya
dengan ucapan penutup.
 Nyatakan tujuan ucapan.
 Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau
penghargaan.
 Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik
perhatian para hadirin.
 Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis
yang sebenar.
 Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk
menyedapkan ucapan sama
 Ada pada permulaan atau penutupnya.
 Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
 A] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
 B] kata penegasan contoh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya
( jika tiada tolak 1 markah )

2.Karangan Jenis Syarahan.


 Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.
 Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang
dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga
salam kepada pihak -pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis
berkenaan.
 Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan
serta menyakinkan.
 Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang
diberi.jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah
berkenaan bukannya dijadikan persoalan.
 Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan
seumpama ’tuan-tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-
puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan
ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
 Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu, kata-kata hikmat,
kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih
menarik
 Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih
- Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
 A] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
 B] kata penegasan contoh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya
( jika tiada tolak 1 markah )

2. Surat kiriman rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :


a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan
penggunaan tanda baca
seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan
daripada guru. )
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang
mesti kamu ikuti. Ini
memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang.
Ia juga memudahkan
anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya

3.Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )


Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat
handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti
antaranya ;
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.
 Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan
keadaan kesihatan penulis.
 Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab
pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
 Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda ,
ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
 Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
 Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk
berutus surat lagi.
4. Rencana

Karangan Jenis Fakta / Rencana


 Ditulis dalam bentuk format biasa
 Karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
 Jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
 Fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”tuliskan
apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan
sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.
 Pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang
tajuk.
 Senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut
kepentingannya.
 Setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
 Pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
 Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
 Setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan
menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan
kesannya.
 Masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
 Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
 Gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret

5. Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara


· terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya
khabar danperbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada
orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
· seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang
utama
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu
panjang.
Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara.
Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan
hasil temu ramah tersebut.
Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :
 Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
 Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang
dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”encik…, ”tuan…, ataupun
”makcik…
 Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk
bahan temuramah /dialog.
 Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti
’tak“ , ’dah“
 Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit.
 Dalam dialog itu, kedua dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau
pandangan.
 Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
 Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau
”tidak….
 Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
 Kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
 Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -
hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
 Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
 Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
 Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang
ditemuramah.

6.Karangan jenis Catatan Diari


 Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa
penting yang berlaku kepada seseorang.
 Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini
berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah :
 Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta
menyediakan catatan mengenai lawatan itu.
 Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa
beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.
 Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat
 Tulis catatan mengikut urutan peristiwa
 Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami

7.Karangan Jenis Laporan.


 Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang
didengar atau dilihat.
 Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
 Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah
menggunakan butir -butir yang munasabah atau lojik.
 Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
 Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah
penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti
berjawatan setiausaha.
 Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta
kesan lawatan terhadap pembelajaran.
 Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
 ·Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
8.Karangan jenis berita
1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? Dan
Bagaimana?
3.Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi
maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah
staupun kemalangan perlu letakkan waktu“
1.Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum
diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti…
2.Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh,
daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan
tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan
masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang
berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian -huraian yang lebih ’panjang-
lebar“.
7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
9.Karangan Jenis Perbahasan
1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat
tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang
bertentangan iaitu :
· pihak pencadang
· pihak pembangkang
3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak
dihujahkan.
4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda
5. Pastikan kamu telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada
mulanya dicatatkan secara ringkas.
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu


perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat,
penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

1.Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal

 Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang


telah disediakan.
 Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan
lebih jelas
 Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang
berlaku, apa yang dikerjakan,dan suasana.
 Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan
sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
 Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk
karangan.

Karangan Bergambar Bersiri

 Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.


 Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak
ditulis.
 Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .
 Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -
peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan
atau susunan.
 Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.

2.Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai
sesuatu benda secara
terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar
milik
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk

3.Karangan Jenis Biografi


Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke
akhir antaranya :
· tokoh-tokoh sejarah
· pemimpin tanahair
· tokoh sukan
· dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan,
sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke
akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh
menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

4.Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi


memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau
perbualan.

5.Karangan Jenis Melengkapkan Cerita


 Karangan tidak berformat
 Berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita
yang diberi
 Berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
 Elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
 Memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas
tentang sesuatu cerita itu.
 Setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-
menolog, kasih sayang atau
 Apa saja yang boleh membawa pengajaran.
 Walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

6. Karangan Jenis Perbincangan


 Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu
dan persoalan.
 Setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi tajuk )
 Perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi
pendapat menjurus ke arah tajuk
 Tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
 Setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )
 Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang
benar dan logik )
 Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa
penegasan terhadap tajuk ).

7. Karangan Jenis Peribahasa


 Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan
bidalan.
 Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud
peribahasa itu sejelas -jelasnya.
 Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai
pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-
nilai murni.
 Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu
perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan
kepentingannya di dalam masyarakat.
PENILAIAN KELEMAHAN DAN KEKUATAN KEMAHIRAN MENGARANG MURID
SERTA ANALISIS KESALAHAN BAHASA
Karangan 1
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita-baik
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat beberapa kesalahan bahasa
Ejaan Baik teteapi terdapat sedikit kesalahan
Pemerengganan Baik
Tanda Baca Baik
Struktur ayat Baik tetapi terdapat sedikit kesalahan
Tulisan Kurang memuaskan
Nama Murid Syera Hareza

Kekuatan
Berdasarkan karangan 1 yang dikarang oleh murid bernama Syera Hareza, apa
yang telah saya lihat dan semak karangannya agak memuaskan dan mengikut
format karangan berita berdasarkan arahan soalan. Malah susunan perenggan yang
telah dikarang oleh murid baik. Bagi pendahuluan dan penutup karangan, isi dan
huraiannya baik dan memuaskan.
Kelemahan

Kekurangan yang saya dapati daripada karangan murid ini ialah yang pertama
sekali dari segi tulisan. Murid masih belum menguasai cara menulis dengan betul
namun aspek ini tidak mengganggu markah murid. Kesalahan tatabahasa menjadi
menyumbang kepada pengurangan markah murid iaitu penggunaan kosa kata yang
tidak sesuai.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Penggunaan istilah yang KOTA KINABALU-18 Ogos, Karnival Gaya Hidup
tidak sesuai Sihat yang diadakan ditempat tinggal kamu

Akhir Penutupan, Orang ramai berpuas hati......


2 Penggunaan huruf besar Akhir penutupan,Orang ramai berpuas hati
yang salah dan ditempat dengan karnival
yang kurang sesuai.
3 Penggunaan kata hubung Tujuan utama karnival ini diadakan kerana untuk
yang tidak sesuai mengamalkan gaya hidup sihat.
4 Penggunaan kosa kata Senam robik
dengan cara yang slaah

Karangan 2
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat sedikit kesalahan tatabahasa
Ejaan Tiada kesalahan ejaan
Pemerengganan Baik
Tanda Baca Baik
Struktur ayat Baik tetapi terdapat sedikti kesalahan
Tulisan Kurang memuaskan
Nama Murid Zemynta

Kekuatan
Berdasarkan karangan yang telah dikarang oleh murid ini, apa yang boleh saya
katakan, pengolahan karangannya sangat baik dan penggunaan format juga betul.
Selain itu susunan perenggan sangat memuaskan. Begitu juga dengan pendahuluan
dan penutup karangan,di olah dengan baik.

Kelemahan
Kelemahan karangan ini pula ialah kebanyakannya terdiri daripada kesalahan
tatabahasa. Selain itu murid menggunakan kosa kata yang tidak sesuai berdasarkan
ayat yang dibina dalam karangan. Selain itu laras bahasa yang digunakan juga tidak
sesuai mengikut jenis karangan.
Bil Aspek kesalahan
1 Penggunaan istilah yang Karnival Gaya Hidup Sihat diadakan di tempat
tidak sesuai tinggal saya.
Tiba masanya, acara penutupan karnival ini.
2 Penggunaan huruf besar Orang ramai berPuas hati dengan karnival.
yang salah dan ditempat
yang kurang sesuai.
3 Penggunaan kata hubung Karnival Gaya Hidup Sihat ini sangat bagus
yang tidak sesuai kerana ia dapat membantu
4 Ayat tidak bermakna kerana KUALA LUMPUR, 6 Ogos-Karnival Gaya Hidup
kekurangan istilah yang Sihat........diadakan
sesuai = telah

Karangan 3
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita-baik
Isi Diolah dengan baik
Tatabahasa Bagus tetapi terdapat sedikit kesalahan
Ejaan Bagus tetapi terdapat kesalahan ejaan yang
tidak lengkap-kurang imbuhan
Pemerengganan Terdapat kesalahan pemerengganan
Tanda Baca Baik
Struktur ayat Baik
Tulisan Memuaskan dan mudah dibaca.
Nama Murid Steffi Olga Aidi

Kekuatan
Karangan yang dhasilkan oleh Steffi Olga Aidi agak memuaskan. Pengolahan
karangan dilakukan dengan baik. Pendahuluan dan penutup karangan dikarang
dengan baik dan tulisan senang dibaca.

Kelemahan
Kekurangan yang saya semak daripada karangan ini ialah penggunaan ayat
yang tidak sesuai mengikut laras bahasa dan latar masa jenis karangan ini. Selain itu
karangan ini terdapat kesalahan imbuhan yang menjdikan ayat dalam karangan
tersebut tidak betul. Kesalahan lain yang dilakukan oleh murid juga ialah
pemerengganan murid. Murid tidak membuat perenggan untuk pemisah ayat yang
seterusnya.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Penggunaan istilah yang Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan di
tidak sesuai tempat tinggal saya.
Tiba masanya, acara penutupan karnival ini.
2 Penggunaan huruf kecil Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan
yang salah
3 Penggunaan imbuhan diadakan untuk mengamal gaya hidup sihat.
diadakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
4 Pemerengganan Pemeriksaan kesihatan juga ada dijalankan
secara percuma
Pemeriksaan kesihatan juga ada
dijalankan secara percuma.

KARANGAN 4
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita- baik
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat kesalahan tatabahasa
Ejaan Terdapat penggunaan huruf besar ditempat
salah
Pemerengganan Baik
Tanda Baca Memuaskan
Struktur ayat Terdapat kesalahan
Tulisan Baik
Nama Murid Boniface Benedict

Kekuatan
Format karangan murid baik dan mengikut kehendak soalan. Dari segi tulisan
pula , amat memuaskan dan mudah dibaca. Pengolahan isi agak baik walaupun
terdapat sedikit kesalahan tatabahasa. Begitu juga dengan pendahuluan dan
penutup yang dikarang oleh murid, agak baik walaupun terdapat sedikit kesalahan.

Kelemahan
Murid masih belum menguasai laras bahasa karangan berita kerana penggunaan
ayat yang tidak sesuai berdasarkan konteks tempat. Selain itu murid melakukan
kesalahan menggunakan huruf besar ditempat yang tidak sesuai. Kesalahan lain
juga dilakukan dengan tidak meletakkan penanda wacana berdasarkan konteks ayat.
Begitu juga dengan kesalahan menggunakan perkataan yang tidak sesuai sehingga
menimbulkan tanda tanya. Murid juga tidak meletakkan kata hubung yang sesuai
dalam karangan mereka.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Penggunaan istilah yang Karnival Gaya hidup Sihat diadakan di tempat
tidak sesuai tinggal saya.
Selepas mendengar ceramah, mereka pun
beredar.
2 Penggunaan huruf besarl Aktiviti yang diadakan iaitu Senamrobik,
yang salah mengamalkan makanan yang seimbang
3 Penggunaan kata hubung Aktiviti yang diadakan iaitu senamrobik,
mengamalkan...
4 Penanda wacana ...penduduk yang tinggal ditempat itu. Kami
mendengar ceramah daripada mereka.
...penduduk yang tinggal ditempat itu. Selepas
itu kami mendengar ceramah daripada mereka.

KARANGAN 5
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita -baik
Isi Baik
Tatabahasa Terdapat kesalahan ejaan
Ejaan Terdapat kesalahan penggunaan hruf
Pemerengganan Tidak memuaskan
Tanda Baca Terdapat kesalahan tanda baca
Struktur ayat Baik
Tulisan Memuaskan
Nama Murid Oswald Razine

Kekuatan
Karangan yang dihasilkan oleh Oswald jika dinilai dari aspek tulisan agak
memuaskan. Begitu juga dengan huraian karangan agak baik tetapi karangan begitu
pendek
Kelemahan
Karangan yang dihasilkan oleh murid ini telah terkeluar tajuk kerana tidak
membaca kehendak soalan. Karangan masih dalam format berita namun isi yang
disampaikan tidak mengikut kehendak soalan. Malah murid ini sering melakukan
kesalahan penggunaan huruf besar ditempat yang salah. Kesalahan lain ialah murid
ini tidak meletakkan kata arah di tempat yang sepatutnya. Begitu juga dengan aspek
pemerengganan, murid ini tidak membentuk perenggan baru ditempat yang
sepatutnya. Begitu juga dengan fakta isinya, terdapat fakta yang tidak logik
berdasarkan situasi sebenar. Malah karangan ini tidak mempunyai penututp bagi
mengakhiri karangan tersebut
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Penggunaan huruf besar Banjir kilat telah membanjiri Selangor,banjir kilat
ditempat yang salah itu disebabkan penebangan pokok...
Banjir kilat telah membanjiri Selangor. Banjir kilat
itu disebabkan penebangan pokok...

Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,


Pihak bomba dan penyelamat telah datang...
Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,
pihak bomba dan penyelamat telah datang...
2 Penggunaan tandan baca Banjir kilat telah membanjiri Selangor,banjir kilat
tidak betul itu disebabkan penebangan pokok...
Banjir kilat telah membanjiri Selangor. Banjir kilat
itu disebabkan penebangan pokok...
Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,
Pihak bomba dan penyelamat telah datang...
Ramai penduduk yang telah berpindah rumah
dan pihak bomba dan penyelamat telah datang...
3 Penggunaan kata arah ...telah datang tempat itu
....telah datang ke tempat itu.
4 Pemerengganan Ramai orang yang tekorban akibat banjir kilat
tersebut
Ramai orang yang terkorban akibat banjir
kilat tersebut.

KARANGAN 6
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat kesalahan
Ejaan Terdapat kesalahan
Pemerengganan Terdapat kesalahan
Tanda Baca Terdapat kesalahan
Struktur ayat Memuaskan
Tulisan Memuaskan
Nama Murid Kelvin Dausip

Kekuatan
Setelah disemak dan diperiksa, karangan yang dihasilkan oleh Kelvin baik dari
segi idea dan ceritanya. Begitu juga dengan format pendahuluan karangannya,
memuaskan dan tulisannya dapat dibaca walaupun terdapat kesalahan ejaan.
Kelemahan
Terdapat banyak kelemahan karangan ini setelah saya semak. Pertama sekali, dari
segi isi dan penyampaian mengikut kehendak soalan sama sekali terkeluar tajuk
walaupun formatnya mengikut soalan. Malah dari segi pemerengganan tidak
menunjukkan sebarang pemisah antara idea. Karangan dikarang sehingga
penghujung tanpa sebarang perenggan. Begitu juga dengan penggunaan huruf dan
tanda baca, murid masih lemah dalam penggunaan huruf dan tanda baca.
Kesalahan murid juga merangkumi kata hubung dan hubungan antara idea tidak
disampaikan dengan jelas.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Pemerengganan Selepas itu, kami jalan pulang ke rumah..
Selepas itu, kami berjalan pulang ke rumah..
2 Penggunaan huruf yang IPOH, 16 mei- saya dan ayah pergi...
salah IPOH, 16 Mei- saya dan ayah pergi

......pergi berjalan –jalan di Supermarket


......pergi berjalan –jalan di supermarket
3 Kesalahan tanda baca. ...kami berjalan pulang ke rumah semasa di
kereta ayah menasihati saya agar.
.....kami berjalan pulang ke rumah. Semasa di
kereta ayah, menasihati saya agar...

4 Kata hubung dan kata arah Tiba- tiba satu kereta melanggar kami saya
terhantuk cermin kereta
Tiba- tiba satu kereta melanggar kami dan saya
terhantuk ke cermin kereta

KARANGAN 7
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita- baik
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat kesalahan
Ejaan Terdapat kesalahan
Pemerengganan Kurang memuaskan
Tanda Baca Memuaskan
Struktur ayat Baik
Tulisan Memuaskan- dapat dibaca
Nama Murid Fedelia

Kekuatan
Berdasarkan karangan yang dihasilkan oleh Fedelia, dari segi penulisan dan
pengolahan idea agak baik. Penyusunan isi juga memuaskan manakala format serta
pendahuluan karangan baik dan dapat difahami.

Kelemahan
Kelemahan yang saya dapati dalam karangan ini yang pertama sekali
penggunaan huruf besar dan huruf kecil menjadi kelemahan murid ini. Selain itu
pemerengganan yang terdapat dalam karangan ini tiada lagsung menjadikan
karangan tiada pemisah idea. Seterusnya susunan perkataan juga terdapat sedikit
masalah waalupun idea yang ingin disampaikan dapat difahami. Begitu juga dengan
penggunaan istilah tertentu kurang sesuai berdasarkan ayat yang dikarang Karangan
yang dihasilkan oleh murid ini juga tiada penutupnya menjadikan karangan ini
tergantung
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Pemerengganan Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan oleh
ketua kampung.
Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan
oleh ketua kampung.
2 Penggunaan huruf besar IPOH, 10 mei- ketua kampung mengadakan
dan huruf kecil karnival gaya hidup sihat.
IPOH, 10 Mei- Ketua kampung mengadakan
Karnival Gaya Hidup Sihat.

......pergi berjalan –jalan di Supermarket


......pergi berjalan –jalan di supermarket
3 Penggunaan istilah yang Setelah pertandingan itu siap mereka berehat
tidak sesuai Setelah pertandingan itu tamat mereka berehat
4 Kesalahan tanda baca Setelah pertandingan itu siap mereka berehat
Setelah pertandingan itu siap , mereka berehat

5 Kesalahan penyusunan ayat Ramai orang kecewa kerana tidak dapat hadiah.
Walaupun ramai orang yang kecewa kerana
tidak mendapat hadiah tapi mereka berpuas
hati.....
Ramai orang kecewa kerana tidak mendapat
hadiah tetapi mereka berpuas hati....

KARANGAN 8
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita
Isi Memuaskan
Tatabahasa Terdapat kesalahan
Ejaan Terdapat kesalahan ejaan
Pemerengganan Terdaapt kesalahan
Tanda Baca Baik
Struktur ayat Terdapat kesalahan
Tulisan Memuaskan
Nama Murid Stanley
Kekuatan
Berdasarkan karangan yang dikarang oleh Stanley, tulisannya agak baik dan
dapat dibaca. Selain itu pendahuluannya juga memuaskan dan mengikut format
karangan berita.

Kelemahan
Dalam karangan ini juga setelah diperiksa, saya dapati banyak kesalahan dalam
karangan ini. Pertama sekali dari aspek pemerengganan. Murid ini tidak membentuk
perenggan pada karangannya. Karangan yang dihasilkan juga tidak menepati
kehendak soalan kerana isis dan idea yang disampaikan keluar daripada tajuk.
Kesalahan lain yang boleh diungkapkan juga ialah istilah yang digunakan. Murid ini
menggunakan istilah yang tidak sesuai berdasarkan ayat yang dikarangnya. Malah
murid ini tidak menggunakan kata ganti diri yang sesuai menggantikan watak dalam
karangannya itu. Terdapat juga kesalahan penggunaan ejaan yang salah dan istilah
bahasa inggeris ke dalam karangan ini.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Pemerengganan Pihak polis mengatakan bahawa tiga orang lelaki
itu bermain ketika banjir kuat melanda.
Pihak polis mengatakan bahawa tiga
orang lelaki itu bermain ketika banjir kuat
melanda.
2 Ejaan perkataan salah Tiga orang lelaki itu tidak sedar bahawa bajir
kuat itu melanda di tempat mereka.
Tiga orang lelaki itu tidak sedar bahawa banjir
kuat itu melanda di tempat mereka.

3 Penggunaan istilah bahasa Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang
inggeris. bermain game dan mereka tidak..

Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang


bermain permainan dan mereka tidak..

4 Kesalahan tanda baca Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang
bermain...
Sebelum banjir kuat itu melanda, mereka sedang
bermain

5 Istilah yang salah Tiga orang lelaki mati kerana banjir lebat.
Tiga orang lelaki telah mati kerana banjir kilat.
KARANGAN 9
Jenis Karangan Berformat
Format Karangan Berita-baik
Isi Terdapat kesalahan
Tatabahasa Terdapat kesalahan
Ejaan Baik
Pemerengganan Baik
Tanda Baca Baik
Struktur ayat Baik
Tulisan Baik
Nama Murid Nur Angelie Agnezara

Kekuatan
Karangan yang telah dihasilkan oleh Nur Angelie sangat memuaskan. Setelah
diperiksa penggunaan ayat,pengolahan ayat serta penyampaian idea memuaskan.
Kesalahan kurang dan penyusunan perenggan juga kemas. Selain itu pendahuluan
dan penutup karangan baik dan keseluruhan karangan mencapai kehendak soalan.
Bagi tulisan pula, sanagat kemas dan senang untuk dibaca,apatah lagi difahami.
Kelemahan
Kelemahan karangan ini agak sedikit sahaja iaitu penggunaan istilah yang tidak
sesuai berdasarkan ayat karangan serta terdaapt sedikit kesalahan tertinggal
perkataan yang sepatutnya diletakkan dalam ayat teertentu dalam karangan.

Bil Aspek kesalahan Perincian


1 Penggunaan istilah yang Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan di
tidak sesuai tempat tinggal saya.
...mendengar sedikit ceramah daripada Pegawai
Kesihatan tentang penjagaan gaya hidup sihat.
...mendengar sedikit ceramah daripada Pegawai
Kesihatan tentang pengamalan gaya hidup
sihat.
Setelah habis mendengar ceramah,karnival ini
pun ditutup dengan..
Setelah selesai mendengar ceramah,karnival ini
pun diakhiri dengan..

KARANGAN 10

Jenis Karangan Berformat


Format Karangan Berita-baik
Isi Terdapat kesalahan
Tatabahasa Terdapat kesalahan
Ejaan Terdapat kesalahan
Pemerengganan Baik
Tanda Baca Terdapat kesalahan
Struktur ayat Memuaskan
Tulisan Kurang memuaskan
Nama Murid Harvielyne Maurice

Kekuatan
Setelah diperiksa dan disemak, karangan yang dikarang oleh Harvielyne agak
memuaskan dari segi penyampaian ideanya. Selain itu cara pemerengganan juga
agak baik dan susunan isi juga memuaskan.

Kelemahan
Kelemahan yang saya dapat temui daripada karangan ini ialah kesalahan ejaan.
Selain itu karangan ini tidak mempunyai pendahuluan yang baik kerana tidak
dinyatakan tempat spesifik karnival ini diadakan. Penanda wacana dalam karangan
ini juga tidak sesuai mengikut ayat yang digunakan. Selain itu penggunaan
perkataan yang tidak sesuai berdasarkan konteks ayat. Begitu juga dengan penutup
karangan ini, ayat terakhir yang digunakan kurang sesuai dan harus digantikan
dengan perkataan lain yang lebih sesuai.Akhir sekali tulisan murid ini agak sukar
dibca kerana leper dan sangat besar.
Bil Aspek kesalahan Perincian
1 Penggunaan huruf besar IPOH,1 JUN- Tujuan utama karnival diadakan..
dan huruf kecil IPOH,1 Jun- Tujuan utama karnival diadakan..
2. Penggunaan penanda Justeru, terdapat juga pemeriksaan kesihatan...
wacana Selain itu, terdapat juga pemeriksaan
kesihatan...

4 Penggunaan perkataan Seterusnya, Encik John mengucapkan sedikit


yang tidak sesuai patah perkataan
Seterusnya, Encik John mengucapkan sepatah
dua kata.

RUMUSAN HASIL DAPATAN KAJIAN


Apa yang dapat saya rumuskan berdasarkan penilaian karangan yang telah
saya laksanakan ialah, pertama sekali, murid tahun lima SK Lok Yuk tempat saya
jalankan penilaian ini belum menguasai sepenuhnya karangan jenis berformat
berita. Majoriti murid kelas tahun lima yang telah saya jalankan ujian karangan tidak
mencapai tahap yang begitu memuaskan. Soalan karangan yang saya berikan
rasanya tidak begitu sukar kerana karangan tersebut telah diberi panduan
pendahuluan, isi dan penutup , tetapi muridnya kebanyakannya tidak dapat
menjawab dengan baik soalan tersebut.
Saya telah memilih secara rawak sepuluh karangan murid tersebut untuk
dianalisis kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid murid. Berbicara mengenai
kesalahan yang terdapat dalam karangan, aspek dalam karangan boleh dinilai
melalui pengolahan isi, susunan ayat dan perkataan, kegramatisan ayat,kesalahan
ejaan, tanda baca dan sebagainya.
Dalam karangan karangan murid yang telah saya periksa dan analisis, aqpa
yang boleh saya katakan, murid murid tahun lima ini belum menguasai sepenuhnya
kosa kosa kata yang sesuai mengikut ayat yang dikarang. Murid kebanyakannya
lebih selesa menggunakan istilah perkataan kampung lalu diserapmasuk kedalam
karangan walhal istilah perkataan tersebut tidak sesuai untuk menggambarkan idea
yang ingin disampaikan.
Selaian daripada itu juga, murid murid tahun lima ini belum menguasai
sepenuhnya laras bahasa yang betul bagi karangan berformat jenis berita. Memang
betul karangan ini seolah olah satu penceritaan tetapi karangan ini lebih bersifat
kepada laporan dan menyatakan sesuatu hal tanpa menceritakan diri kita sendiri
terlibat dalam laporan tersebut. Karangan ini tidak boleh melibatkan diri kita, apatah
lagi menceritakan pengalaman diri melalui karangan jenis ini, hal ini sama sekali
keluar daripada konsep karangan jenis ini
Masalah lain yang terdapat dalam karangan murid ini ialah kesalahan tanda
baca. Kebanyakan murid murid belum menguasai penggunaan koma(,) dalam ayat
yang mereka karang. Murid murid masih tidak tahu dimana hendak diletakkan koma
dalam ayat yang mereka karang. Begitu juga dengan noktah, walaupun hanya
segelintir kecil yang melakukan kesalahan tidak meletakkan noktah di tempat yang
sepatutnya, peranan noktah amat penting untuk memisahkan antara isi dan huraian.
Dapatan yang saya perolehi daripada karangan murid juga ialah, murid majoriti
masih kurang faham akan penggunaan huruf kecil dan huruf besar dalam karangan.
Murid tahun lima ini msih keliru sama ada istilah perkataan tertentu perlu
menggunakan hurf kecil atau besar serta selepas diletakkan koma, murid melakukan
kesalahan dengan menggunakan huruf besar di awal perkataan.
Dapatan lain yang saya perolehi ialah penggunaan kata hubung dan arah.
Berdasarkan karangan yang telah saya kaji, terdapat murid yang masih belum
menguasai penggunaan dan dungsi kata arah dan kata hubung menyebabkan
mereka menggunakan perkataan lain yang tidak sesuai diletakkan dalam karangan
mereka sehingga mencacatkan hubungan antara idea. Dalam hal ini juga murid
keliru sama ada hendak menggunakan perkataan di atau ke kerana mereka belum
tahu fungsi sebenar dan perbezaan antara kedua jenis kata arah ini.
Dapatan yang jelas dan boleh kita lihat sahaja tanpa perlu kaji ialah masalah
pemerengganan karangan oleh murid. Mungkin faktor utama yang mendorong
berlakunya hal ini ialah murid belum enguasai sepenuhnya format karangan jenis
berita ini sehinggakan meeka tidak tahu sama ada hendak membuat perenggan
atau tidak. Kebanyakan murid tidak meletakkan perenggan dan ini meyukarkan saya
untuk membuat pecahan idea yang mana satu pendahuluan, isi dan penutup.

Anda mungkin juga menyukai