Anda di halaman 1dari 6

JENIS KARANGAN

BERFORMAT (BERFORMAT TIDAK BERFORMAT


KHUSUS) (BERFORMAT UMUM)

1. Surat rasmi
2. Surat tidak rasmi 1. Keperihalan/ Gambaran
3. Ucapan/ Syarahan/ Ceramah 2. Cereka
4. Berita 3. Fakta
5. Laporan 4. Peribahasa
6. Wawancara/ Dialog 5. Perbincangan/ Pendapat
7. Perbahasan
Langkah Umum Sebelum Menulis Karangan Respons Terbuka (Bahagian B)

1. Baca semua soalan. Pilih satu soalan yang anda rasa paling mudah dan pastikan format
penulisan sama ada berformat khusus atau berformat umum. Elakkan memilih tajuk/
soalan yang susah.
2. Anda hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas tentang soalan yang dipilih iaitu
anda mampu menghuraikan idea utama, idea sampingan dan dapat mengemukakan
contoh-contoh yang sesuai dengan isi. (Sekurang-kurangnya tiga contoh dalam setiap isi.)
3. Anda digalakkan untuk menggunakan unsur bahasa yang bervariasi seperti
mengemukakan peribahasa dalam isi karangan. (Ikut tajuk soalan karangan yang dipilih
kerana ada sesetengah jenis karangan tidak sesuai dimasukkan unsur bahasa indah ini.)
Kaedah Menganalisis Tajuk Soalan Karangan

1. Semasa menganalisis tajuk, pastikan format tajuk tersebut dan patuhi format penulisan
karangan yang betul.
2. Kenalpasti dan gariskan kata kunci dan elemen-elemen penting dalam soalan bertujuan
untuk membantu kelancaran anda menulis karangan. Contohnya:
a) Nyatakan langkah-langkah untuk menangani gejala vandalisme.
b) Perihalkan suasana dan pengalaman anda semasa menyambut suatu perayaan.
c) Jelaskan usaha-usaha untuk menangani kebejatan sosial dalam kalangan remaja.

3. Skop penulisan juga wajar anda ketahui agar anda dapat mengaitkan isi yang relevan
dengan kehendak soalan yang anda ingin huraikan dalam penulisan.

Skop penulisan:
DIRI
KELUARGA
MASYARAKAT
NEGARA
Kaedah Menulis Karangan

1. Sesebuah karangan yang dibina mestilah mempunyai beberapa perenggan ayat yang dihuraikan
dan disokong dengan contoh-contoh yang relevan.
2. Kaedah menghuraikan isi karangan:

Fakta + Huraian + Contoh

a. Fakta : Isi pokok atau isi utama


b. Huraian : Penguraian kepada isi pokok. Biasanya terdapat beberapa huraian dalam
satu perenggan.
c. Contoh : Isi sokongan yang menguatkan fakta dan huraian.
(Gabungan ketiga-tiga komponen ini akan menghasilkan sebuah karangan yang menarik
dan berkesan).

3. Setiap perenggan mestilah mempunyai kesinambungan isi yang dihuraikan secara


matang dan seragam antara satu perenggan dengan perenggan yang berikutnya.
Kaedah Merangka Karangan

1. Rangka karangan merupakan perancangan awal dalam penulisan sesebuah karangan.


2. Rangka karangan merupakan panduan asas bagi memulakan karangan anda.
3. Kebaikan menulis berpandukan rangka karangan ialah:
a. Fakta atau isi dapat disusun mengikut urutan yang betul, iaitu mendahulukan isi
yang paling penting.
b. Memastikan perkara-perkara yang penting tentang tajuk yang dipilih tidak
ketinggalan.
c. Mengelakkan pengulangan isi.
d. Panjang karangan serta jumlah perenggan dapat ditentukan.

4. Rangka karangan terdiri daripada:


i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup

5. Rangka karangan tidak perlu terperinci dan memadai dengan membuat draf ringkas yang
dapat anda fahami.
Kaedah Menulis Pendahuluan

Anda mungkin juga menyukai