Anda di halaman 1dari 2

NOTA : PRINSIP-PRINSIP AM KARANGAN

Terbahagi kepada dua, iaitu:


1. Karangan berdasarkan bahan rangsangan
2. Karangan respons terbuka.

1. Karangan berdasarkan bahan rangsangan


Contohnya:
a) Carta – Jadual, Carta Aliran dan Carta Pai
b) Gambar – Gambar Tunggal dan Gambar Bersiri.

- Pelajar dimestikan membaca arahan dan memahami bahan rangsangan yang disediakan.
- Buat satu rangka jawapan yang kemas dan tersusun.
- Rangka jawapan hendaklah berpandukan soalan dan rajah.
- Isi-isi yang disusun perlu diolah dengan menggunakan bahasa yang baik agar tidak menjejaskan markah
keseluruhan.
- Ayat-ayat  perlu ringkas dan padat. Elakkan dari menulis fakta yang tidak berkaitan/tidak mengikut kehendak
soalan.
- Semak jumlah perkataan dalam karangan.
- Jawab soalan dengan menggunakan ayat yang lengkap.
- Pemarkahan diberi berdasarkan isi dan kaedah penyampaian, fakta, dan maklumat yang tepat.

2. Karangan respons terbuka


Terdapat dua bentuk, iaitu karangan berformat khusus dan karangan berformat umum.
 Karangan berformat khusus
 karangan yang terikat dengan bentuk-bentuk tertentu yang perlu dipatuhi semasa menulis.
 format/bentuk ini menjadi panduan untuk menulis beberapa jenis karangan (Format berbeza mengikut
jenis karangan).

 Karangan berformat umum


 jenis karangan yang lebih sederhana formatnya.
 semua karangan jenis ini mempunyai format yang hampir serupa.

Karangan Berformat Khusus Karangan Berformat Umum


Diari/Catatan Autobiografi
Dialog/Wawancara Cerita
Ucapan Peribahasa
Syarahan Gambaran
Ceramah Fakta
Laporan Rencana
Surat Kiriman Rasmi Ulasan
Surat Kiriman Tidak Rasmi Perbincangan
Berita Perbahasan

Proses Penulisan Karangan


 Tulisan hendaklah kemas, dapat dibaca dan mudah difahami.
 Karangan yang sempurna perlu  mengikut kehendak soalan, ada pendahuluan dan penutup yang
menarik, isi yang cukup, tersusun dan lengkap.
 Pengetahuan yang luas diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karangan  diperolehi dengan
membaca banyak bahan bacaan yang pelbagai bentuk.

1
Pemilihan Tajuk atau Soalan
1) Baca semua tajuk yang diberikan dengan teliti.
2) Gariskan perkataan atau rangkai kata yang menjadi kata kunci dalam karangan, contohnya: Huraikan, Bahaskan,
Beri pendapat kamu, Bincangkan, Beri ulasan dan sebagainya.
3) Pilih tajuk yang benar-benar dikuasai / pasti boleh ditulis.
4) Pastikan jenis karangan yang ditulis mengikut format yang betul.
5) Kumpulkan seberapa banyak isi – huraikan isi tersebut + contohnya.

Penyediaan Rangka Karangan


1) Rangka karangan menjadi pedoman/panduan kepada pelajar.
2) Perlu dibuat secara kasar sahaja, iaitu dalam bentuk ringkasan isi.
3) Perlu ada pendahuluan, isi dan penutup.

Pendahuluan Isi Penutup


1. Satu perenggan sahaja 1. Satu isi dalam satu perenggan 1. Satu perenggan sahaja
2. Dua hingga tiga ayat sahaja 2. tiga hingga empat ayat 2. Dua hingga tiga ayat sahaja
3. Kaitkan dengan tajuk, sama ada 3. Tiga hingga lima isi penting. 3. Beri kesimpulan atau rumusan.
dengan mengambil contoh hal-hal Nyatakan isi – kemudian huraikan + Nyatakan pendirian pelajar
berkaitan isu semasa, atau pelajar berikan contohnya berkenaan tajuk. Beri saranan atau
memberikan pendapat sendiri. pandangan.
4. Jangan masukkan isi penting 4. Jelas dan tepat 4. Selitkan peribahasa jika sesuai.
5. Jelas dan tepat

Kepentingan rangka karangan ialah:


 Bagi menentukan bahawa isi-isi yang dikemukakan tidak menyimpang daripada tajuk/soalan.
 Bagi menyusun isi-isi penting mengikut urutan yang betul.
 Bagi mengelakkan isi yang berulang-ulang (pengulangan isi).
 Bagi menganggarkan panjang setiap isi yang perlu dihuraikan.

Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dalam perenggan. Contohnya: Oleh itu, Walau bagaimanapun,
Selain itu, Di samping itu, Oleh yang demikian, dan sebagainya.

Setelah pelajar selesai menulis karangan, semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Tulisan perlu jelas dan kemas.
Jangan lupa untuk mengira dan mencatat jumlah perkataan karangan yang telah dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai