Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan


tentang langkah-langkah untuk memartabatkan karya sastera dalam kalangan remaja.
Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Buku-buku sastera remaja memaparkan cerita asli Melayu yang suatu ketika dahulu amat
digemari dalam kalangan masyarakat. Namun, minat membaca remaja terhadap genre sastera
ini semakin menurun, ekoran kecanggihan teknologi termasuklah penggunaan Internet yang
meluas. Hal ini mengakibatkan kesusasteraan remaja tidak dapat menjalankan peranannya
sebagai wadah pendidikan ke arah melahirkan murid yang seimbang. Manakala permainan
Video yang semakin canggih juga telah mengubah citarasa dan gaya pembacaan mereka.
Perkembangan penerbitan buku sastera di Malaysia masih tidak setanding dengan negara-
negara maju yang Iain. Oleh itu, penulis-penulis tempatan haruslah menulis lebih banyak karya
secara kreatif bagi menarik minat remaja. Buku sastera yang kreatif lebih mudah menarik minat
remaja yang mempunyai kecenderungan berunsur kreatif. Isi buku yang dibaca Oleh remaja juga
perlu dipantau Oleh ibu bapa dan guru agar menepati hasrat untuk memartabatkan budaya
membaca buku sastera ini. Penyelidikan tentang kandungan dan kaedah penulisan buku remaja
masih perlu ditingkatkan Oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memantapkan
penerbitan karya sastera.
Antara langkah Iain yang diambil Oleh DBP untuk memesatkan perkembangan buku
remaja termasuk menubuhkan Purnama (Pusat Penyelidikan Sastera Kanak-kanak dan Remaja)
yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan penggalakan sastera remaia. DBP juga
menjadikan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) sebagai pusat koleksi buku remaja. Penubuhan
pusat tersebut adalah sejajar dengan hasrat DBP untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan meningkatkan kesusasteraan remaja.
Penggunaan bahasa dalam sastera remaja haruslah sesuai dengan tahap pencapaian
mereka. Hal ini kerana bacaan yang terlalu ilmiah tidak menarik minat golongan remaja untuk
terus membaca buku ini. Karya sastera remaja perlu memaparkan gambat atau ilustrasi
berdasarkan fungsi yang sebenar. Dalam pada itu, pendidikan sastera wajar diperkenalkan di
sekolah rendah lagi untuk melahirkan remaja yang karya sastera sebagai budaya dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran.
Secara tuntas, sudah tiba masanya karya sastera remaja dimartabatkan semula sejajar
dengan transformasi pendidikan negara. Kita mahu, buku-buku yang berkaitan dengan sastera
remaja lahir seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhirnya, buku sastera remaja Yang ada di
pasaran akan mendapat persaingan hebat daripada pelbagai penerbit tempatan dan terus dapat
bersaing di peringkat antarabangsa.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kelebihan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Aktiviti kokurikulum merupakan sesuatu aktiviti di luar bilik darjah yang turut menjadi unsur
sokongan dalam proses pengajaran guru serta telah menjadi pelengkap bagi kurikulum di
sesebuah sekolah. Namun, sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat tentang kepentingan
bidang kokurikulum kepada anak-anak. Mereka beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum yang
disertai oleh anak-anak hanya membazir masa. Ibu bapa juga menginginkan kemajuan akademik
anak-anak menjadi keutamaan dalam pembelajaran. Aktiviti kokurikulum sebenarnya dapat
melahirkan murid yang cerdas dari segi pemikiran dan cergas pula untuk fizikalnya. Oleh itu,
pihak sekolah telah merangka dan menyusun jadual aktiviti kokurikulum kepada murid-murid
untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Murid-murid sewajarnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah. Hal ini demikian kerana pencapaian dalam aktiviti ini menjadi syarat merit untuk
kemasukan ke pusat pengajian tinggi, iaitu sebanyak 10 peratus dikira dalam aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, murid akan mendapat sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan
kepada murid yang cemerlang dalam kokurikulum. Di samping itu, pihak sekolah perlu
menyediakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan murid menyertai kegiatan kokurikulum.
Yang pastinya, aktiviti yang menarik dan berkesan akan menyebabkan masa lapang murid dapat
dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah. Pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti ini
dapat melatih murid-murid untuk mempraktikkan nilai bekerjasama, tolong-menolong dan
berhemah tinggi dalam hidup mereka. Tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah juga dapat dikurangkan jika mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum secara
aktif.
Penglibatan murid dalam kokurikulum sebenarnya melatih murid untuk berdisplin
kerana mereka diwajibkan memakai pakaian seragam unit uniform masing-masing. Tambahan
pula murid-murid juga dapat menyemai bakat kepemimpinan dalam organisasi persatuan atau
kelab yang disertai. Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang perlu dirancang dengan
teliti oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru untuk menentukan hala tuju murid-murid
supaya mencapai matlamat yang diinginkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun, ada ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak-anak yang terlibat dalam aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, ibu bapa juga haruslah memberikan sokongan padu kepada anak-anak
untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai