Anda di halaman 1dari 27

 Home

 Facebook
 Google
 Yahoo
 Twitter
 Kamus Dewan Online

KARANGAN BAHASA
MELAYU SPM
CONTOH-CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM
 KARANGAN BAHAGIAN A KERTAS 1 SPM
 KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM
Tuesday, 22 January 2013

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN


NEGARA

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan
Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton
Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum
lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya.
Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini.
Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh
kampung,  ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa-
apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan
mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain
dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang
menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin
oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan
Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih
secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan
meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program
pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta
kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan
hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh
individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya
memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam
tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini
seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan
sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan
sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang
cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara
lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti,
memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi.
Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya
bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk Lee Chong Wei. Misi
pencarian pelapis baru masih lagi gagal.  Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk
kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung
terowong  dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara
lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta
menyesuaikan diri  dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu
membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan
sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru,
penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan
mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee
Chong Wei dan  ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada
kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam
pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh
dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya, menuntut iltizam
dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan
tanah air.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat


muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu
ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan
berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang
demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan
serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan
Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak
ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.

Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah
meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan
serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik,
serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih atau  sparing
partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu
bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import
semula dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata,  iaitu untuk meningkatkan
mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah
bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau ahli sukan,
malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit
banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara
yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam
bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu
melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing,
misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014
akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah
ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Semoga
slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

Posted by Subbash Ekambaram at 00:26 6 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM
Monday, 21 January 2013

USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN


MEMBACA
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri
dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli
dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang
faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai
aktiviti berfaedah yang boleh mereka lakukan khususnya membaca? Hal ini demikian kerana, membaca
akan menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan
kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang dibaca
oleh rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara kata “yang buruk dibuang
dengan runding, yang baik ditarik dengan muafakat” untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca.
Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk
menjadikan amalan membaca itu amalan hidup.

Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya perlulah rajin pergi ke
perpustakaan. Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di negara ini terdapat
pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan
bergerak. Di perpustakaan yang dikunjungi, saya dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Saya akan sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk
membaca walaupun memaklumi bahawa perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang
terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca sebuah buku seminggu,
dapat saya rasakan ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Sementara itu, saya juga akan melakukan
lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti-universiti terkemuka di
Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri, saya juga dapat melihat kecanggihan
teknologi yang terdapat di situ bertepatan dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air. Ternyata
pasti, dengan bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan
membaca sebagai amalan hidup.

Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, amat bersesuaian
untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca. Kata-kata hikmat  di atas akan
diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif menyediakan sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri.
Suka saya tegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab
untuk menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam
jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua
ahli keluarga. Situasi ini akan menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak
dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga.
Sementalahan itu, saya perlu membeli pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di
samping mengamalkan budaya “bed story” sebelum tidur.  Neville Black, seorang ahli falsafah Barat,
berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing
dengan pihak lain pada zaman globalisasi ini. Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan
membaca dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama.
Berdasarkan perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri
sekali gus menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.

Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti
yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku NILAM. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang
banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah,
pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca. Rakan Pembaca
berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka. Kesannya
pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu keperluan dalam hidup
mereka. Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan yang dibaca perlu
lahir daripada diri saya tanpa wujud paksaan daripada pihak lain. Dalam hal ini, saya amat berpegang
kepada ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sekiranya
seseorang itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana, saya akan
mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang dianjurkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam pameran-pameran seperti inilah saya
dapat membeli buku dengan harga yang murah dan berpatutan dan membaca buku secara percuma di
tempat-tempat yang disediakan di pameran tersebut. Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di
sudut maklumat di pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsisi buku-buku yang dijual. Dengan ini,
saya dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk
membelinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara percuma, malah dapat menjimatkan masa,
kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau kedai buku, saya akan mengenali
lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Peribahasa jauh perjalanan luas
pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan situasi yang saya bincangkan di atas.

Seterusnya, saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Buku-buku atau majalah yang
dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga bercorak santai seperti Dewan Siswa,
majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah saya boleh mendapatkan buku atau majalah tersebut? Saya boleh
melanggannya melalui internet atau meminta bantuan  guru di sekolah untuk melanggannya. Impaknya,
saya akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan
terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Dalam hal ini, saya akan menjadikan individu yang
gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola. Sebagai contoh, A.Samad Said yang
terkenal dengan karya puisinya, Profesor Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan
penulis novel tersohor, Sharifah Abu Salem. Apabila saya menjadikan mereka sebagai idola, saya akan
sentiasa terdorong untuk melanggan pelagai buku di pasaran sekali gus menjadikan membaca sebagai
rutin hidup saya.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan
dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang
demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat membentuk ”negara pembaca teras
negara maju’. Saya juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang
rakyat yang minat membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama
ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen
kesedaran di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang
demikian, saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara, menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk
menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli
keluarga untuk menyertai kempen ”Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini
diibaratkan sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan
silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.

Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana,
remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara kerana bertepatan
dengan kata-kata  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah dibiarkan usia remaja
dipenuhi dengan perkara yang sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang
berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan ’Membaca
Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai
wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam tempoh lapan tahun mendatang.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:52 1 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PUISI


TRADISIONAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Selari dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang bergerak
seiring dengan arus globalisasi yang membawa kepada  kemajuan pembangunan dan perubahan besar dalam
masyarakat. Rentetan dengan perkembangan tersebut, masyarakat hari ini lebih terdedah kepada alam siber
sehingga memberikan kesan kepada komunikasi serta cara berinteraksi dalam masyarakat.  Lantaran itu juga,
masyarakat seakan-akan lupa akan pelbagai  puisi tradisional yang merupakan warisan pusaka masyarakat
silam. Sebagi contoh, amalan berpantun mula dianggap remeh, dipandang enteng serta mula disisihkan
daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu
mencari pendekatan yang pragmatik lagi  efektif bagi mempopularkan puisi tradisional bersesuaian dengan
kata peribahasa  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Prakarsa yang berkesan untuk
mempopularkan puisi tradisional patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan genre
tersebut  tidak terkubur begitu sahaja.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan  dan mempopularkan puisi
tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan
ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu   mendedahkan puisi
tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya.  Mereka boleh membelikan anak-anak, buku-buku berkaitan puisi tradisional sebagai hadiah
sempena hari ulang tahun  ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh menganjurkan pertandingan melafazkan pantun melalui program tertentu seperti Hari
Keluarga bagi menghidupkan lagi budaya berpantun dalam kehidupan harian.  Inisiatif ini dapat memberikan
peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk cuba mencipta pantun atau melafazkan
pantun. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan genre puisi
tradisional ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil
menyelam minum air.

Selain itu, usaha pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang memasukkan puisi tradisional
dalam Komsas Bahasa Melayu di sekolah perlu dipuji. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah
menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi penekanan kepada pelbagai puisi tradisional. Dengan
berpayungkan kelab atau persatuan Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara mencipta dan
melafazkan pantun, bersyair serta berseloka.  Setelah mengetahui secara mendalam tentang pelbagai puisi
tradisional,  pelajar akan lebih rasa berminat untuk mempersembahkannya. Usaha menanam minat puisi
tradisonal terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi
warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Penglibatan pelajar secara langsung dalam
pelbagai puisi tradisional nescaya dapat mempopularkan genre tersebut di Malaysia daripada membiarkan seni
budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta,
maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat
bergiat aktif mempopularkan puisi tradisional di samping mengukuhkan kecintaan mereka terhadap budaya
bangsa.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional merupakan  satu kaedah yang ampuh
untuk mempopularkan genre tersebut di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak
dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan
dokumentari untuk memperkenalkan puisi tradisional di negara kita. Selain memperkenalkan sejarah dan cara
melafazkan sesuatu puisi tradisional, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan
kepentingan memelihara puisi tradisional kepada masyarakat.  Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena
kempen tersebut, seperti peraduan mencipta dan melafazkan pantun, syair, gurindam dan seloka.  Melalui
proses tersebut, genre-genre tersebut boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa
mengenal rasa jemu sudah pasti puisi tradisional semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara-negara jiran misalnya, melalui ASEAN merupakan inisiatif lain yang boleh
dilakukan bagi mempopularkan puisi tradisional. Hal ini demikian kerana terdapat banyak persamaan budaya
dalam kalangan penduduk negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang boleh
dikongsi bersama. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari negara-negara Asean dan Negara
luar yang lain yang datang ke Malaysia, akan berpeluang mengenali lebih lanjut tentang puisi tradisional.
Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mempraktikkan dengan rakan-rakan serta ahli
keluarga mereka. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada
antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana rakyat Malaysia masih memiliki pelbagai puisi
tradisional walaupun menghadapi arus kemodenan. Hal ini penting agar puisi tradisional tetap kekal terpelihara
seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila
pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa-desa. Mereka akan diperdengarkan pelbagai
jenis puisi tradisional yang penuh keunikan. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong 
terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas
bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan
puisi tradisional kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal
untuk mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan tersebut, semua
pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka.
Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk
mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan melafazkan
puisi tradisional di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks
ini, contoh yang terbaik ialah  Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih Pulang ke Gagang dapat
mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam mencipta dan melafazkan pantun.Terbukti di sini,  penganjuran
pertandingan sebegini berjaya memperkenalkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat sekali gus
mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Kesimpulannya, semua bangsa tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk puisi
tradisional lenyap ditelan zaman kerana warisan tersebut adalah  khazanah dunia yang begitu tinggi nilainya.
Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah  ke arah negara maju  pada tahun 2020, kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat
berharap pelbagai pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini
hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Oleh itu,
setiap anak watan di bumi tercinta ini perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat habis kapak berganti
beliung untuk merealisasikan impian  tersebut.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:50 0 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN


TRADISIONAL
Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus
globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang pesat.  Berkait rapat dengan
perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer
sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu,
permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana kehidupan masyarakat.
Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek
peredaran zaman yang berlaku? Mahukah  kita membiarkan anak watan berterusan  meminggirkan budaya
mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik
bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut
diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta  mempopularkan
permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu
mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional. Mereka
boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun  ataupun
sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah.  Ibu bapa juga boleh menganjurkan
pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara
bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh
ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak,
menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan
mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli
keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional
sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.  Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah
digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan
kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara
membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.  Setelah
mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu,  pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam
permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka
merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa
hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat
mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan
kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang
sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping
mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan  satu kaedah yang
ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan
media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari
untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain
memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai
akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan
sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi.
Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian
dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan
tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada
generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke
Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara
mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan
di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa
dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak
sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing.
Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng
di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong  terhibur
sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa,
pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha
kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal
untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang
diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah
antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka
bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan
kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan
pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat
antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa
di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan
rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-
layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai
pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan
kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan
tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai
harganya. Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah
negara maju pada tahun  2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal
usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap
teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam
warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap
anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!
Posted by Subbash Ekambaram at 23:49 11 comments 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

                                            Teruja kenari di tepi pulasan,


                                            Pegun nak dara gemersik suara:
                                            Remaja kini tinggi wawasan,
                                           Tonggak kejayaan aspirasi negara.

Pantun di atas jelas menunjukkan bahawa remaja kini merupakan tunjang kecemerlangan sesebuah negara.
Mereka merupakan pelapis yang akan menduduki tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Sayang dan
malang sekali, remaja hari ini tidak sedar akan obligasi yang terbeban di bahu mereka itu. Realitinya, Malaysia
memerlukan lebih ramai remaja berwawasan yang mampu mendukung aspirasi negara.
       
Dalam perbincangan ini, saya akan mengutarakan tentang ciri-ciri remaja berwawasan yang diperlukan di
negara Malaysia. Remaja berwawasan dan mempunyai akhlak yang mulia boleh dicontohi. Selaras dengan
cogan kata, budi bahasa budaya kita, remaja perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi. Mereka hendaklah
mengamalkan amalan bersopan santun ketika bertutur,berjalan, makan dan minum serta cara berpakaian.
Mereka juga mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada mereka dengan bertutur dengan nada yang
rendah dan membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan mereka. Selain itu, remaja yang berwawasan
juga sentiasa membantu rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan,bak kata peribahasa, berat sama
dipikul,ringan sama dijinjing.Perintah agama juga tidak pernah dilupakan oleh remaja berwawasan kerana
segala kejayaan bermula apabila kita taat kepada perintah agama. Dengan ini jelaslah bahawa, berakhlak mulia
merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
       
Melihat daripada perspektif yang lain, seorang remaja yang berwawasan mestilah mempunyai pengetahuan
yang tinggi.  Cogan kata ,membaca jambatan ilmu, kerana ilmu hanya didapati melalui pembacaan bahan
ilmiah. Remaja yang berwawasan sentiasa menelaah buku untuk mendapatkan ilmu. Kita sedia maklum
bahawa remaja adalah pewaris tampuk pemerintahan negara dan dengan adanya ilmu di dada, mereka pasti
dapat menangani segala onak dan duri yang bakal didepani oleh negara kelak. Seterusnya, renaja berwawasan
yang berilmu pengetahuan tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah anasir-anasir mazmumah yang
sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan anak bangsa ,ibarat duri dalam daging.  Sudah terang lagi
bersuluh, dengan mempunyai ilmu pengetahuan, remaja mampu menjadi remaja berwawasan dan negara dapat
melahirkan golongan inteligesia yang mampu menggalas aspirasi negara.
       
Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria remaja berwawasan seterusnya ialah seseorang yang gigih
berusaha dan berani mendepani cabaran. Peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang ,perlulah disemat di dalam diri setiap remaja .Remaja yang berwawasan sentiasa berusaha untuk
mendapatkan  kejayaan dan tidak bersikap pesimistik.Tamsilnya, mereka tidak akan berputus-asa apabila tidak
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, sebaliknya mereka menjadikan perkara tersebut
sebagai permulaan sesuatu kejayaan,  bak kata Adelucia  Longbotton, satu pintu akan tertutup, pintu yang lain
akan terbuka. Namun, kadang-kadang  kita melihat dan menyesali pintu yang tertutup itu terlalu lama sehingga
terlupa untuk melihat pintu yang telah terbuka. Remaja berwawasan juga tidak pernah mengeluh untuk
melaksanakan sesuatu perkara kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Oleh hal yang demikian
jelaslah bahawa, remaja berwawasan sentiasa gigih berusaha.
       
Semangat patriotik yang tinggi merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang sudah mencapai
angka lima puluh lima tahun pada hari ini. Remaja yang berwawasan hendaklah menanam semangat patriotik
di dalam diri kerana George Santayana pernah berkata, manusia yang melupai sejarah, pasti akan
mengulanginya semula. Semangat sayang akan negara dapat menyelamatkan tanah tumpah darah ini daripada
dijajah oleh kuasa asing semula. Remaja berwawasan tidak akan mudah terpengaruh dalam segala bentuk
penjajahan sama ada dari segi mental, intelektual, hiburan dan sebagainya. Mereka juga tidak akan mudah
terpengaruh dengan budaya barat yang berbeza sama sekali dengan budaya timur yang kita amalkan selama
ini. Jelaslah bahawa,semangat patriotik yang tinggi merupakan ciri remaja berwawasan yang diidam-idamkan
oleh negara.
       
Akhirulkalam ,ciri-ciri remaja berwawasan ini mampu dicapai oleh setiap remaja kerana ia merupakan aspek-
aspek yang sememangnya sudah diterapkan di dalam diri setiap warganegara Malaysia tidak kira kanak-kanak,
remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Dengan ini, diharapkan bahawa cita-cita negara untuk mencapai
status negara maju pada tahun 2020 dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara
atas angin yang moden tidak menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:48 0 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI


MASALAH PERLUMBAAN HARAM DALAM
KALANGAN REMAJA/MAT REMPIT

Mat Rempit merupakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di jalan-jalan raya dengan menunggang
motosikal. Kebanyakan mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun. Sesetengah daripada mereka masih berada
di alam persekolahan. Mereka gemar menunggang motosikal secara sendirian dan ada juga
yang  melakukannya secara berkumpulan. Terdapat sesetengah daripada mereka yang tidak memiliki lesen
memandu. Mereka menjadikan jalan raya sebagai gelanggang tempat berlumba motosikal. Sekiranya tidak
ditangani, masalah ini sangat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya. Oleh itu, keluarga memainkan
peranan yang sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram ini.
             
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan memberikan didikan agama dan moral. Hal ini
demikian kerana semua agama seperti Islam, Buddha, Keristian dan Hindu meminta penganutnya sentiasa
melakukan kebaikan. Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan, iaitu
diberikan pahala, manakala perbuatan yang jahat pula akan dibalas dengan kejahatan juga, iaitu dosa. Dengan
ajaran yang demikian, anak-anak remaja tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengajak
mereka melibatkan diri dengan perlumbaan haram. Natijahnya, ajaran agama merupakan senjata yang paling
ampuh untuk mengatasi masalah perlumbaan haram dalam kalangan remaja.
             
Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Antara lain, ibu bapa
hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang rakan anak-anak dan tempat mereka berada. Anak-anak tidak
seharusnya diberikan keizinan untuk keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Hal ini demikian kerana mereka
selalu berlumba haram pada malam minggu atau cuti umum. Jika ibu bapa membiarkan anak-anak keluar
rumah sesuka hati, mereka boleh terlibat dengan perlumbaan haram. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui tempat anak-anak mereka pergi dan kawan-kawan mereka. Lebih jauh lagi, ibu bapa juga
hendaklah mengenali rakan anak-anak mereka.
             
Di samping itu, ibu bapa juga tidak sewajarnya membenarkan anak-anak di bawah umur menunggung
motosikal. Demikian juga halnya dengan anak-anak yang tidak memiliki lesen memandu, mereka hendaklah
dilarang sama sekali untuk menunggang motosikal. Perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.
Sekiranya ditahan atau ditangkap oleh pihak polis atau pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, mereka boleh
didenda. Sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya, kejadian tersebut akan mendatangkan
kesusahan kepada mereka, termasuk juga pihak ibu bapa. Masalah yang dialami oleh ibu bapa akan bertimpa-
timpa, bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
             
Setiap ahli keluarga hendaklah sayang-menyayangi antara satu sama lain. Perasaan  dan nilai kasih sayang
boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Perasaan tersebut boleh menyebabkan setiap ahli keluarga
merasakan diri masing-masing amat dihargai. Perkara yang lebih penting lagi ialah kasih sayang tersebut dapat
mengelakkan anak-anak remaja daripada terlibat dengan perlumbaan haram. Dengan hal yang demikian, anak-
anak akan berasa disayangi dan tidak dibenci oleh ahli keluarga masing-masing. Mereka akan berasa bahagia
kerana keluarga memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, bertepatan dengan kata peribahasa
bagai menatang minyak yang penuh.
             
Dari sudut yang lain pula, abang dan kakak mestilah membantu mengawasi tingkah laku adik-adik mereka.
Abang dan kakak perlu menjadi mata dan telinga kepada ibu bapa. Jika ada perkara yang negatif berlaku pada
adik-beradik, abang dan kakak hendaklah mengambil tahu dan menasihati mereka. Abang dan kakak juga tidak
sewajarnya merahsiakan perkara yang negatif tersebut daripada pengetahuan ibu bapa. Dalam hal ini, mereka
hendaklah berkongsi masalah dengan ibu bapa, termasuklah penglibatan adik-adik mereka dengan masalah
perlumbaan haram. Dengan hal yang demikian, masalah perlumbaan motosikal haram dalam kalangan remaja
dapat diatasi.
             
Kesimpulannya, peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram dalam kalangan
anak-anak muda. Anak-anak hendaklah mendengar nasihat ibu bapa supaya mereka tidak terlibat dengan
perlumbaan haram. Orang yang berlumba haram, banyak yang cedera parah dan meninggal dunia. Oleh itu,
kita hendaklah bertindak mengatasi masalah ini, seperti yang terungkap dalam peribahasa cegah sebelum
parah.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:46 0 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA


AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK

Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah menjadi
sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31
Ogos 1957.  Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas
antarabangsa.  Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat
bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam mempertahankan
negara yang berdaulat ini.  Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.
             
Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan membawa
anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium.  Di Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu Muzium
Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris yang
digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar.  Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali
tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan
peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu.  Salah satu
tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu
bapa boleh menunjukkan tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita
seperti bangunan Stadhyus.  Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan negara dapat disemai
melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di Malaysia.
             
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak.  Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak Rintik, ibu
bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan negara.  Dalam konteks ini,
ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu sendiri.  Kita
boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang
mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera Jalur Gemilang.  Ibu bapa perlu
menunjukkan semangat  cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani
oleh anak-anak.  Secara tidak langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi.  Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat patriotisme ini. 
Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga
titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah.  Tegasnya,
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur anak-
anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.
             
Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai subjek
Sejarah.  Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang perlu dihafal
dan diingati.  Tambahan pula,   mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-
matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini.  Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada
anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah.  Hal ini kerana, anak-anak
umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara. 
Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan
malah semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah.  Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak-
anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan prestasi anak
dalam subjek tersebut.  Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan rasa cinta terhadap
subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.
                       
Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air.  Pepohon pokok
tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa
bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak.  Sebenarnya,
anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada masa
hadapan.  Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan
langkah-langkah yang telah disarankan di atas.  Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat
memupuk malah menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka.  Nescaya,
semangat patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi
muda yang mantap jati diri.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:45 2 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK BUDAYA ILMU


DALAM DIRI ANAK-ANAK

Budaya ilmu sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana budaya ilmu dapat memberi
sumbangan kepada semua pihak.  Sebagai contoh, budaya ilmu dapat menjadikan seseorang yang bijak dan
dapat memajukan negara. Sekiranya budaya ilmu itu tidak diamalkan,masyarakat tidak dapat melahirkan
seorang pemimpin. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak agar mengamalkan budaya ilmu.
             
Peranan yang pertama ialah ibu bapa hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak
akan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Sekiranya ibu bapa membaca buku bersama-sama anak-anak, mereka
dapat meminati budaya ilmu.Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi idola kepada anak-anak.
             
Peranan yang kedua ialah ibu  bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk menyertai lawatan sambil belajar.Hal
ini kerana, ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman akan diingati sampai bila-bila. Selain itu,
mereka akan mendapat pengalaman. Contohnya, dengan mengikuti lawatan ke universiti, mereka akan dapat
pengetahuan dan menghilangkan tekanan sewaktu belajar.sekiranya mereka tidak mengikuti lawatan ini,
mereka dapat ilmu dan pengalaman. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk mengikuti lawatan
sambil belajar.
                       
Peranan yang ketiga ialah ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak untuk menjawab latihan kerja
sekolah dan untuk selesaikan masalah. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui dan mempunyai banyak
ilmu.selain itu, keputusan peperiksaan anak-anak dapat dibaiki. Contohnya, ibu bapa hendaklah membantu
anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah. Sekiranya ibu bapa tidak menolong, anak-anak akan terbiar
dan tidak dapat   menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengajar dan membantu
anak-anak dalam menyelesaikan masalah. 
             
Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak agar mereka suka akan budaya
ilmu. Bak kata peribahasa kalau       hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak dengan budaya ilmu supaya mereka cemerlang, gemilang dan terbilang.                                           

Posted by Subbash Ekambaram at 23:44 0 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT


PENYAYANG

Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus
pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai
kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat
antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana
masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli
keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
            
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak
harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak
kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa.
Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa
harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti  gagal dalam
peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa
maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui
pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih
sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
            
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini
demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar
dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu
bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan
berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah
ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai
kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang.  Amalan-amalan ini akan
melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan
menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa
menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam
melahirkan individu penyayang.
            
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa
mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-
royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap
zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak.  Nilai-nilai baik ini akan
menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-
membantu dalam masyarakat  akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga
merupakan ahli masyarakat.
            
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan
individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga
yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu
menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi
rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi , hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-
duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa
mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa
berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping
itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan
keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak
akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan
mereka.
            
Masyarakat  penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.
Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan
masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan
tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada
anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi
dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti
perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar
tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh
masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku
di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan
masyarakat yang penyayang.
            
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang
penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan  peranan mereka semaksimum mungkin,
namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan
oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan  akan mampu mewujudkan
masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang
seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:43 0 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN


UPAYA (OKU)
Orang Kelainan  Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam
keadaan cacat.  Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan.
Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu
dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan  untuk
membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).
               
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.  Hal
ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat.
Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang
mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu
bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
              
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran
kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan
mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah
bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang
dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’.
               
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang
lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban.
Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU
seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai.  Sikap pihak swasta yang menunjukkan
keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu
dicontohi.
                
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang
peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak
media massa  kepada orang ramai. Kempen  Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan
perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen
dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib
OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
          
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai
tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan,
menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa
‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.  Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan
nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.
       
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa  pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk
membantu OKU.  Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
Posted by Subbash Ekambaram at 23:30 3 comments 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA


MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara
bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu,
kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka
saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang
menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak
kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan
jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.

41

Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di


sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti
yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan
dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang
dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah
yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat
tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat
memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya
dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara
Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang
disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di
kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak
mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota
masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu
anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan
oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata .
Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan
melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang
membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta
akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme
dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang
tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor
merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan
pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka  melakukan sesuatu hal dan
perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.

43

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting
sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan
kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara
harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari
Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat
berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan
bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang
begitu memberangsangkan kepada negara.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di
Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh
dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam
kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus
cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di
puncak jagat.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:28 1 comments 


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

Older Posts Home

MENGENAI BLOG
Blog ini menyediakan contoh-contoh karangan cemerlang berdasarkan Modul Jawakhir oleh Panel Perunding
Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)

PENGHARGAAN
PN. SHARIFAH NOOR & PN. ZAITON
GURU BAHASA MELAYU SPM
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

serta guru-guru lain yang telah mendidik saya....


TERIMA KASIH CIKGU !!

'100 YEARS OF EXCELLENCE'


MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (ENGLISH COLLEGE) 1914-2014

PENGUNJUNG BLOG
0 16
1 36
2 100
3 7
4 5
5 5
6 5
7 4
8 6
9 5
10 5
11 5
12 4
13 4
14 5
15 4
16 5
17 5
18 6
19 6
20 5
21 5
22 8
23 16
24 8
25 7
26 5
27 5
28 6
29 3
  4472067
KATEGORI KARANGAN
 KARANGAN BAHAGIAN A KERTAS 1 SPM
 KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM

SENARAI KARANGAN
 ▼  2013 (30)

o ▼  January (30)

 CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

 FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER

 FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN

 KEBAIKAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA

 KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI KEPADA MASYARAKAT

 USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALAN...

 CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

 CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU STRES

 CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU

 CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

 DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

 FAEDAH-FAEDAH MELAWAT KE LUAR NEGARA

 SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT/ DESTI...

 KECUAIAN PENGGUNA MERUPAKAN FAKTOR KEMALANGAN JALA...

 KELUARGA IMPIAN SAYA

 KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

 KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG

 KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

 KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

 KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

 LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

 PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

 PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK BUDAYA ILMU DALAM DIRI ...


 PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGAR...

 PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI MASALAH PERLUMBAA...

 CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

 USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

 USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PUISI TRADISIONAL DALA...

 USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA

 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

MENGENAI SAYA

SUBBASH EKAMBARAM

VIEW MY COMPLETE PROFILE

PAUTAN PANTAS
 PORTAL RASMI KPM
 PORTAL RASMI JPNJ
 PORTAL RASMI MPM
 LAMAN WEB PPDJB

 
 
Copyright © 2022 KARANGAN BAHASA MELAYU SPM . Designed for Universities in California - Universities in
Texas , Universities in New York , Universities in Florida

Anda mungkin juga menyukai