Anda di halaman 1dari 4

CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD

Talia ialah seorang kanak-kanak daripada keturunan orang Asli yang tinggal di hutan
Bukit Ungu. Dia telah bertemu dengan raksasa Qadqad. Raksasa yang rupanya seakan-akan
katak tetapi bertanduk itu sebesar kepala Talia. Raksasa tersebut cedera. Talia telah membantu
merawatnya dengan pucuk daun dalat. Kemudian makhluk itu melompat lalu hilang di hutan.
Pada mulanya ibu bapa Talia iaitu Dodo dan Misa tidak mempercayai cerita Talia
tentang raksasa tersebut, tetapi selepas beberapa ahi suku mereka sering terserempak dengan
makhluk itu, barulah ibu bapa Talia mempercayainya. Menurut mereka makhluk itu sebesar dua
kali kepala mereka. Makhluk itu dipanggil Qadqad kerana bunyi istimewa yang dihasilkan oleh
makhluk tersebut.
Tempat tinggal penduduk orang Asli yang sentiasa berpindah-randah kali ini agak
istimewa. Tanahnya berbau warna ungu amat subur dan menggemukkan padi mereka. Suatu
hari adik lelaki Talia iaitu Jini menghidap demam. Bapanya Dodo membawa mereka sekeluarga
ke hospital kerana demam Jini semakin teruk. Mereka sekeluarga bercadang menumpang
kereta api yang datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Ketika hampir tiba di
stesen kereta api, mereka telah disergah oleh Tuan Binjah. Tuan Binjah telah memarahi mereka
yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Ketika itu Sidek, pemandu kereta api telah
melaporkan kepada Tuan Binjah bahawa kem-kem balak milik mereka di timur telah diserang
oleh raksasa Qadqad. Mereka diserang kerana sebatang pokok balak yang ditebang telah
menghempap sarang keluarga empat ekor raksasa Qadqad. Bukan itu sahaja, mandur kem
balak juga telah menetak mati kesemua raksasa yang cedera.
Tiba-tiba mereka telah diserbu oleh raksasa hijau kuning yang melompat tinggi dari
hutan. Mereka dan pekerja lombong yang berada di situ melarikan diri menuju ke sebuah
bangunan yang terletak di tepi lombong. Seekor raksasa Qadqad telah mendarat di bahu Dodo
yang belum sempat masuk ke dalam bangunan. Apabila makhluk itu ternampak Talia, makhluk
Qadqad itu mengeluarkan bunyi dan berbicara dengan makhluk Qadqad yang lain.
Talia mengenali makhluk Qadqad tersebut kerana Talia pernah membantu makhluk itu.
Dengan tidak disangka makhluk Qadqad yang banyak itu telah beredar meninggalkan mereka.
Tuan Binjah berasa pelik dengan keistimewaan Talia yang menyebabkan makhluk raksasa
yang menyerang mereka beredar. Melihat sahaja benda berwarna ungu di atas kepala Talia,
Tuan Binjah terus bertanya hal tersebut kepada bapanya. Dodo memaklumkan kepada Tuan
Binjah bahawa benda itu merupakan tanah.
Selepas peristiwa tersebut, Dodo dan keluarganya dibenarkan menaiki kereta api untuk
ke hospital. Tiga hari kemudian, di hospital, Sidek telah memberitahu kepada Dodo bahawa
Tuan Binjah ingin melombong di Bukit Ungu. Sesiapa yang dapat menguasai tanah di Bukit
Ungu pasti akan menjadi kaya-raya. Tuan Binjah mahu mengusir penduduk Asli dari tempat itu.
Mereka telah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Mereka cuba menghalang Tuan
Binjah. Namun Tuan Binjah telah mengarahkan samseng-samseng upahannya untuk
membakar kediaman-kediaman penduduk Asli di situ. Talia telah memanggil makhluk Qadqad.
Ratusan makhluk Qadqad muncul dan kesemua penduduk Asli melarikan diri ke Bukit Ungu.
Setelah keadaan reda mereka kembali ke kawasan kediaman mereka dan melihat
berpuluh-puluh mayat manusia dan bangkai raksasa Qadqad bergelimpangan. Dalam pada itu
juga beberapa buah rumah musnah terbakar. Ketibaan pasukan polis agak lewat dan tidak ada
apa-papa yang boleh dilakukan. Sejak peristiwa itu raksasa Qadqad terus hilang dan tidak
muncul-muncul lagi seperti telah pupus.
Tema
Kerakusan manusia membawa kemusnahan
Contoh: Kerakusan Tuan Binjah yang tamak dan mahu menguasai Bukit Ungu untuk
melombong bijih telah mengakibatkan berlakunya serangan ganas raksasa Qadqad sehingga
Tuan Binjah dan pengikutnya mati terbunuh.
Persoalan:
1. Kehidupan orang Asli yang berpindah-randah
Contoh: Dodo dan penduduk orang Asli sering berpindah-randah dari suatu tempat ke
suatu tempat yang lain apabila tanah lereng bukit tidak subur.

2. Kepentingan bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan pertolongan


Contoh: Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang cedera akibat dilibas
gergaji. Talia merawat makluk tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut.

3. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.


Contoh: Dodo membawa anaknya Jini ke hospital untuk memdapatkan rawatan setelah
mengalami demam yang teruk.

4. Budi yang baik mendapat balasan.


Contoh: Kebaikan Talia merawat raksasa yang cedera telah menyelamatkan diri, serta
keluarganya daripada diserang oleh mahkluk tersebut.

Watak dan Perwatakan


Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu dan bapanya.

Raksasa Qadqad
(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan kampungnya
daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang demam untuk
mendapatkan rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.

Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli untuk
mendapatkan hasil buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah orang
asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek
(a) Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu
memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.

Tuk Sibat
(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan
kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat
tinggal sukunya.

Nilai Pengajaran Contoh


Baik hati Kita haruslah bersimpati dengan semua Contohnya, Talia menolong dan merawat
makhluk yang berada di sekeliling kita. anak Raksasa Qadqad yang tercedera
pada bahagian kepalanya.
Kasih Kita mestilah menyayangi anggota keluarga Contohnya, Dodo amat menyayangi
sayang supaya mereka dapat hidup dengan selamat keluarganya. Dia sanggup bersusah payah
dan selesa. menghantar anaknya, Jini ke hospital yang
terletak di bandar untuk mendapatkan
rawatan.
Keberanian. Kita harus berani mempertahankan hak kita Contohnya, Dodo berani menentang
walaupun terpaksa mengorbankan diri. kekejaman Binjah yang ingin merampas
kawasan tempat tinggal sukunya.
Kegigihan. Sebagai ketua yang bertanggungjawab, kita Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha untuk
mestilah mempertahankan hak anak-anak mempertahankan perkampungan sukunya
buah kita daripada dirampas oleh pihak luar daripada dirampas oleh Binjah.
Tolong- Kita haruslah memberikan pertolongan Tolong-menolong. Contohnya, Sidek
menolong. kepada orang yang sedang berada dalam memberikan pertolongan kepada keluarga
kesusahan. Dodo dengan menumpangkan mereka
pulang dari bandar menggunakan kereta
api yang dipandunya.

Anda mungkin juga menyukai