Anda di halaman 1dari 9

Cerpen : 

 Talia dan Raksasa Qadqad karya ZaniffaAzzuraAbdullah

1.    Sinopsis

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di
kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu Talia
sedang bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit
Ungu, Talia telah bertemu dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di
bahagian tepi kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul
rasa kasihan, Talia telah merawat katak raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk
daun dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut telah pulih dan terus menghilang di
dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo
menganggap bahawa cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu,
tanggapan ibu dan ayah Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli
suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai
yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut
sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak
tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana
mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat
bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang
kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia
sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya,
Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

 Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh
seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk
dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang
hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi
Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan.
Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan
Binjah tentang keadaan di kern balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut
berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang meninggal dunia
manakala dua puluh orang lagi cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa
sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap
itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kern berkenaan.

Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek masuk ke
dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat
lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang
Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu
Dodo melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu
berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh
kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan,
kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut
akan tanah berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api
tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan
pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo
tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah
telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke
kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan
perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka
dengan menaiki sebuah kenderaan.

Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar


suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa
jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh
samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek
menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya
membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng
tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya
menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus
ekor katak raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu
menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus
melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib.


Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai
Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

2.    Tema

Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi demi
mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan
manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan sehingga
memusnahkan habitat flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni
turut terancam.
3.    Persoalan

(a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.


Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera,
akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka
hendak dimusnahkan oleh Binjah..

(b)            Kasih sayang terhadap keluarga.


Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh
Binjah semata-mata untuk menyelamatkan anggota keluarganya.

(c) Sikap tamak segelintir manusia.


Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan
orang asli tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.

(d)            Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman.


Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan rawatan
anaknya, Jini yang sedang sakit di bandar.

(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.


Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang
tercedera telah menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada
dimusnahkan oleh Binjah.

4.    Plot Binaan

4.1 Plot
a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad sewaktu
bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu. Talia terlihat
seekor binatang aneh yang menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah mengambil
pucuk daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi nama
Qadqad oleh penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor
katak.

(b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anak-
anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini yang sedang
demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah bertembung dengan Sidek,
pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar
dari bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak
oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba,
Binjah dan pekerja lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan
kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek telah
menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka
membuat laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang menyerang
kampung mereka.

(c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat unto
memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya.
Dodo yang cuba mempertahankan kampung tersebut telah terkena tembakan pada
lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah.
(d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan'i dan
telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah
terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di perkampungan orang ash itu
terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Ini bukan demam biasa," kata Dodo.
"Kita perlu bawa ke hospital." [hlm. 61]
•  "Tentulah tanah ungu. Serangan
Qadqad sekarang berleluasa di hutan di
seluruh negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa
yang dapat mengawal tanah ungu, pasti
kaya-raya!" [hlm. 64]

(b) Pemerian. Makhluk itu mengerang, mempamerkan


taring. Cecair hijau likat meleleh dari
lekuk tajam di bahagian sisi kepalanya,
persis luka akibat dilibas gergaj
c) Imbas kembali  • Berdasarkan cerita salah seorang
pembalak yang terselamat, pada hari
yang sebelumnya, sebatang balak
menimpa sarang makhluk itu. Biarpun
tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu
terperangkap. Namun, entah apa-apa
alasannya, mandur kem balak menetak
mati kesemua yang terperangkap itu.
Tindakannya itulah yang menjerut
manusia lain dengan hukuman mati. [hlm.
62]
5.    Latar

5.1 Latar Tempat

(a) Kawasan Bukit Ungu.  Tempat tinggal Talia dan keluarganya


serta ahli sukunya.
(b) ) Kawasan hutan berhampiran dengan Tempat Talia bertemu dengan anak
lereng Bukit Ungu bersempadan huma Raksasa Qadqad
( c ) Rumah Dodo. Tempat Dodo berbincang dengan
isterinya, Misa untuk membawa anak
mereka, Jini yang sedang demam ke
hospital.
(d) Stesen kereta api. Tempat Dodo dan keluarganya diherdik
oleh Binjah
(e) Kawasan perlombongan. Tempat Binjah dan pekerja lombong
diserang oleh Raksasa Qadqad
( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya, Jini
mendapatkan rawatan dan tempat
pekerja lombong yang cedera
mendapatkan rawatan.
(f)  Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat
laporan tentang rancangan Binjah untuk
melombong di Bukit Ungu.

5.2 Latar Masa

 (a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak


Raksasa Qadqad yang tercedera pada
waktu siang
. (b) Waktu tengah hari. Contohnya, penduduk orang asli di Bukit
Ungu dapat mendengar bunyi kereta api
datang dan pergi untuk mengangkut bijih
ke bandar.
(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di
hospital selama tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir. Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua
orang lelaki ke kawasan Bukit Ungu untuk
memastikan bahawa keadaan di situ
sudah selamat.
5.3 Latar Masyarakat   

(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan


sukunya merupakan masyarakat orang
asli yang berpindah-randah, bertani, dan
tinggal di kawasan hutan.
(b) Masyarakat bandar yang tamak dan Contohnya, Binjah sanggup bertindak
kejam. kejam dengan menghalau orang asli
untuk mendapatkan kawasan lombong di
Bukit Ungu.
(c) Masyarakat yang berkonflik dengan Contohnya, Binjah telah menebang balak
alam semula jadi. dengan sesuka hati dan ingin melakukan
kerja perlombongan di Bukit Ungu
sehingga mendorong Raksasa Qadqad
menyerang mereka.
(d) Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dodo amat menyayangi
anak-anak dan isterinya sehingga
sanggup menerima tembakan untuk
menyelamatkan tempat tinggal mereka.
(e) Masyarakat yang kejam dan zalim. Contohnya, Binjah sanggup bertindak
kejam dengan membakar pondok orang
asli yang terletak berhampiran dengan
Bukit Ungu.

6.    Watak dan Perwatakan

6.1 "Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu dan bapanya.

6.2 Raksasa Qadqad


(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

6.3 Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan
kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang
demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.

6.4 Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli
untuk mendapatkan hasil buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah
orang asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula
jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa
Qadqad.

6.5 Sidek
(a) Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu
memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.

6.6 Tuk Sibat


(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin
memusnahkan kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu
tempat tinggal sukunya.
7.    Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Pengarang menggunakan ayat Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo.
pendek. • "Nak ke mana?"
Kata Ganda Contohnya,
• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api
ni untuk bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan
pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan.
[hlm. 65]
Personifikasi Contohnya,
• ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali
ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat
menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

Inversi • Lewat petang hari yang sama, sampailah


mereka ke destinasi. [hlm. 61]
• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan
mereka ke hospital bersama-sama dengan
pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]
Sinkope Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau
begitu, melombong di pinggir
hutan saja tanahnya ungu juga," saran Dodo.
[hlm. 64]
• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima
arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita. [hlm.
64] •
Repetisi • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."
 • "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo,
bingung.

Simile Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"... • ...


bagaikan cincin melingkari gunung
8.    Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh


( a) Baik hati Kita haruslah bersimpati dengan Contohnya, Talia menolong dan
semua makhluk yang berada di merawat anak Raksasa Qadqad
sekeliling kita. yang tercedera pada bahagian
kepalanya.

(b) Kasih Kita mestilah menyayangi Contohnya, Dodo amat


sayang anggota keluarga supaya menyayangi keluarganya. Dia
mereka dapat hidup dengan sanggup bersusah payah
selamat dan selesa. menghantar anaknya, Jini ke
hospital yang terletak di bandar
untuk mendapatkan rawatan.
(c) Kita harus berani Contohnya, Dodo berani
Keberanian. mempertahankan hak kita menentang kekejaman Binjah
walaupun terpaksa yang ingin merampas kawasan
mengorbankan diri. tempat tinggal sukunya.
(d) Kegigihan. Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih
bertanggungjawab, kita mestilah berusaha untuk
mempertahankan hak anak-anak mempertahankan perkampungan
buah kita daripada dirampas sukunya daripada dirampas oleh
oleh pihak luar Binjah.
( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan Tolong-menolong. Contohnya,
menolong. pertolongan kepada orang yang Sidek memberikan pertolongan
sedang berada dalam kepada keluarga Dodo dengan
kesusahan. menumpangkan mereka pulang
dari bandar menggunakan kereta
api yang dipandunya.

Anda mungkin juga menyukai