Anda di halaman 1dari 18

Cerpen : Talia dan Raksasa Qadqad karya ZaniffaAzzuraAbdullah

1. Sinopsis

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal


jauh di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu
hari, sewaktu Talia sedang bermain-main di sempadan huma, berdekatan
dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu dengan seekor
katak raksasa yang telah tercedera di bahagian tepi kepalanya. Luka itu
kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul rasa kasihan, Talia
telah merawat katak raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk daun
dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut telah pulih dan terus
menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu
kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap bahawa cerita tersebut
sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan ayah
Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku
berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh
Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung
menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena
dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung
bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru
beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.
Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo
berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan
agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan
anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah
mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya, Misa pula membawa Jini di
dalam bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka


dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih
yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api.
Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang
kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta
api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu
kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya
Tuan Binjah tentang keadaan di kern balak timur yang kacau-bilau.
Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak
raksasa. Tujuh orang meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi
cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak
telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk,
keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah
menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut
membawa padah kepada pembalak-pembalak di kern berkenaan.
Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja
termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling
dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo.
Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala
haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu
Dodo melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti jejak
Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga
Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat
ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia
membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah berwarna
ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut
untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di


hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari
hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu
melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan
seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung
itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk
mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia
pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.
Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka
mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para
pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan
perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya
membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek
menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng
upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba
menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das
tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri
Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor
katak raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa
Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu,
Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah


ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia
dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa
Qadqad terus lenyap.

2. Tema

Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula
jadi.
Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula
jadi demi mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah
untuk pembalakan manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan
perlombongan sehingga memusnahkan habitat flora dan fauna.
Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni turut terancam.

3. Persoalan
(a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.
Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang
tercedera, akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu
perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah..

(b) Kasih sayang terhadap keluarga.


Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup
ditembak oleh Binjah semata-mata untuk menyelamatkan anggota
keluarganya.

(c) Sikap tamak segelintir manusia.


Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di
perkampungan orang asli tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh
Raksasa Qadqad.

(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan


pedalaman.
Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk
mendapatkan rawatan anaknya, Jini yang sedang sakit di bandar.

(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.


Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa
Qadqad yang tercedera telah menyebabkan haiwan tersebut membantu
kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.

4. Plot Binaan

4.1 Plot
a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad
sewaktu bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng
Bukit Ungu. Talia terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor
katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk daun dalut untuk merawat
binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi nama Qadqad oleh
penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor
katak.

(b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya,


Misa dan anak-anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk
merawat Jini yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan,
mereka telah bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah
yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar dari bangunan
untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak
oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma.
Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja lombong telah diserang oleh
Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana Talia dan keluarganya
terselamat daripada serangan tersebut. Sidek telah menemani Dodo
mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka
membuat laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang
menyerang kampung mereka.

(c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera


berat unto memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana ingin
mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba mempertahankan kampung
tersebut telah terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan
oleh Binjah.
(d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam
hutan'i dan telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak
pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya,
penduduk di perkampungan orang ash itu terselamat. Selepas peristiwa
itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Ini bukan demam biasa," kata
Dodo. "Kita perlu bawa ke
hospital." [hlm. 61]
• "Tentulah tanah ungu. Serangan
Qadqad sekarang berleluasa di
hutan di seluruh negeri. Kata Tuan
Binjah, sesiapa yang dapat
mengawal tanah ungu, pasti kaya-
raya!" [hlm. 64]

(b) Pemerian. Makhluk itu mengerang,


mempamerkan taring. Cecair hijau
likat meleleh dari lekuk tajam di
bahagian sisi kepalanya, persis luka
akibat dilibas gergaj
c) Imbas kembali • Berdasarkan cerita salah seorang
pembalak yang terselamat, pada
hari yang sebelumnya, sebatang
balak menimpa sarang makhluk itu.
Biarpun tidak cedera teruk,
keluarga haiwan itu terperangkap.
Namun, entah apa-apa alasannya,
mandur kem balak menetak mati
kesemua yang terperangkap itu.
Tindakannya itulah yang menjerut
manusia lain dengan hukuman
mati. [hlm. 62]

5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kawasan Bukit Ungu. Tempat tinggal Talia dan
keluarganya serta ahli sukunya.
(b) ) Kawasan hutan berhampiran Tempat Talia bertemu dengan anak
dengan lereng Bukit Ungu Raksasa Qadqad
bersempadan huma
( c ) Rumah Dodo. Tempat Dodo berbincang dengan
isterinya, Misa untuk membawa
anak mereka, Jini yang sedang
demam ke hospital.
(d) Stesen kereta api. Tempat Dodo dan keluarganya
diherdik oleh Binjah
(e) Kawasan perlombongan. Tempat Binjah dan pekerja
lombong diserang oleh Raksasa
Qadqad
( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya,
Jini mendapatkan rawatan dan
tempat pekerja lombong yang
cedera mendapatkan rawatan.
(f) Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo
membuat laporan tentang
rancangan Binjah untuk
melombong di Bukit Ungu.

5.2 Latar Masa


(a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan
anak Raksasa Qadqad yang
tercedera pada waktu siang
. (b) Waktu tengah hari. Contohnya, penduduk orang asli di
Bukit Ungu dapat mendengar
bunyi kereta api datang dan pergi
untuk mengangkut bijih ke bandar.
(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan
di hospital selama tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir. Contohnya, Tuk Sibat menghantar
dua orang lelaki ke kawasan Bukit
Ungu untuk memastikan bahawa
keadaan di situ sudah selamat.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia
dan sukunya merupakan
masyarakat orang asli yang
berpindah-randah, bertani, dan
tinggal di kawasan hutan.
(b) Masyarakat bandar yang tamak Contohnya, Binjah sanggup
dan kejam. bertindak kejam dengan menghalau
orang asli untuk mendapatkan
kawasan lombong di Bukit Ungu.
(c) Masyarakat yang berkonflik Contohnya, Binjah telah menebang
dengan alam semula jadi. balak dengan sesuka hati dan ingin
melakukan kerja perlombongan di
Bukit Ungu sehingga mendorong
Raksasa Qadqad menyerang
mereka.
(d) Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dodo amat
menyayangi anak-anak dan
isterinya sehingga sanggup
menerima tembakan untuk
menyelamatkan tempat tinggal
mereka.
(e) Masyarakat yang kejam dan Contohnya, Binjah sanggup
zalim. bertindak kejam dengan membakar
pondok orang asli yang terletak
berhampiran dengan Bukit Ungu.

6. Watak dan Perwatakan

6.1 "Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang
tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu dan bapanya.

6.2 Raksasa Qadqad


(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan
kampung mereka.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

6.3 Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga
dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang
sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota
keluarganya.

6.4 Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung
orang asli untuk mendapatkan hasil buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan
membakar rumah orang asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan
kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh
Raksasa Qadqad.

6.5 Sidek
(a) Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah
yang mahu memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan
kampung mereka.

6.6 Tuk Sibat


(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah
yang ingin memusnahkan kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang
mengganggu tempat tinggal sukunya.

7. Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


(a) Pengarang Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo.
menggunakan ayat • "Nak ke mana?"
pendek.
(b) Ayat panjang. Contohnya, • Talia sedang bermain sendirian
di sempadan huma, berdekatan dengan hutan
di lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar
rengekan ganjil. [hlm. 58]
• Walaupun belum semusim berkampung di
situ, semua orang dapat melihat betapa
gemuknya padi mereka, seolah-olah buminya
berkhasiat ajaib. [hlm. 60]
(c) Kata Ganda Contohnya,
• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta
api ni untuk bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang
menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak
kecil di hujung jalan. [hlm. 65]
(d) Personifikasi Contohnya,
• ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali
ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat
menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

(e) Inversi • Lewat petang hari yang sama, sampailah


mereka ke destinasi. [hlm. 61]
• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan
mereka ke hospital bersama-sama dengan
pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]
(f) Sinkope Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau
begitu, melombong di pinggir hutan saja
tanahnya ungu juga," saran Dodo. [hlm. 64]
• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima
arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita.
[hlm. 64] •
(g)Repetisi • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut
..."
• "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut
Dodo, bingung.

(h) Simile Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"...


• ... bagaikan cincin melingkari gunung

8. Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
( a) Baik Kita haruslah bersimpati Contohnya, Talia menolong
hati dengan semua makhluk dan merawat anak Raksasa
yang berada di sekeliling Qadqad yang tercedera pada
kita. bahagian kepalanya.
(b) Kasih Kita mestilah menyayangi Contohnya, Dodo amat
sayang anggota keluarga supaya menyayangi keluarganya.
mereka dapat hidup dengan Dia sanggup bersusah
selamat dan selesa. payah menghantar anaknya,
Jini ke hospital yang
terletak di bandar untuk
mendapatkan rawatan.
(c) Kita harus berani Contohnya, Dodo berani
Keberanian. mempertahankan hak kita menentang kekejaman
walaupun terpaksa Binjah yang ingin
mengorbankan diri. merampas kawasan tempat
tinggal sukunya.
(d) Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih
Kegigihan. bertanggungjawab, kita berusaha untuk
mestilah mempertahankan mempertahankan
hak anak-anak buah kita perkampungan sukunya
daripada dirampas oleh daripada dirampas oleh
pihak luar Binjah.
( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan Tolong-menolong.
menolong. pertolongan kepada orang Contohnya, Sidek
yang sedang berada dalam memberikan pertolongan
kesusahan. kepada keluarga Dodo
dengan menumpangkan
mereka pulang dari bandar
menggunakan kereta api
yang dipandunya.

Anda mungkin juga menyukai