Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya ditubuhkan pada 1 Januari 1999


dan mula beroperasi pada 4 Januari 1999 secara menumpang di bangunan
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. Semasa menumpang di sekolah
tersebut waktu persekolahannya ialah pada sesi petang.
Sebagai permulaannya,sekolah ini menerima pelajar tahap satu sahaja
iaitu Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3. Jumlah pelajar adalah seramai 288 orang.
Manakala guru pula seramai 22 orang dengan diketuai oleh Encik Hamzah bin
Haji Koleh sebagai Guru Besar pertama. Mesyuarat guru yang pertama telah
diadakan pada 30 Disember 1998, manakala pendaftaran untuk semua murid
dijalankan pada 2 Januari 1999.
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya telah berjaya menubuhkan Badan
Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada 27 Februari 1999. Persatuan
tersebut dianggotai oleh seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa dan Encik Abdul
Majid bin Sultan sebagai Yang Dipertuanya.
Impian untuk berpindah ke bangunan sendiri terlaksana pada 2 Ogos 1999
sebaik sahaja bangunan siap sepenuhnya. Dari detik ini bermulalah satu era di
bangunan tersergam indah untuk warganya Mencerna Kecemerlangan Minda
dengan identitinya sendiri.
Menginjak ke usia 10 tahun kewujudannya Sekolah Kebangsaan Taman
Tasik Jaya telah mula mengukir nama di persada kurikulum dan kokurikulum.
Diterajui oleh dua orang Guru Besar iaitu Tn. Hj. Hamzah Bin Koleh sejak
penubuhannya sehingga tahun 2005 dan Tn. Hj. Zolkply Bin Omar bermula 19

September 2005 sehingga sekarang, SK TTJ mula disegani kawan dan lawan.
Bilangan guru juga meningkat dari 22 orang kepada 70 orang dan bilangan murid
bertambah dari 288 orang kepada 1157 orang.
SK TTJ terus mencipta nama dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sejak tahun 2007, nama SK TTJ tidak pernah tercicir dari senarai penerima
Anugerah Kecemerlangan UPSR dari JPNS dan Menteri Besar N. Sembilan. Di
bidang kokurikulum pula, SK TTJ gah dengan bilangan murid yang tidak kurang
dari 5 orang saban tahun mewakili Negeri Sembilan dalam pelbagai
pertandingan dan permainan.

Anda mungkin juga menyukai