Anda di halaman 1dari 11

BAB 1

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 Latar Belakang Sekolah


1.1.1Sejarah Sekolah.
Sekolah SJK(T) Perak Sangeetha Sabah ini ditubuhkan pada tahun 1934 sebagai satu
kelas yang mengajar muzik. Kelas ini dimulakan di salah sebuah kedai yang terletak di Jalan
Jelf. Pengasas kelas ini adalah En.M.Saravanamuthu.Tidak lama kemudian dengan bantuan
dan sokongan beberapa orang dermawan, kelas ini telah dinaik taraf dan sebuah bangunan
telah didirikan. Kelas ini telah dipindahkan ke bangunan tersebut pada tahun Jun 1934.
Pada zaman Penjajahan Jepun operasi dan perkembangan sekolah ini tersekat dan
diabaikan. Selepas tamatnya Penjajahan Jepun sekolah ini mula beroperasi semula.
Malangnya pihak pengurusan lama tidak kekal dan mula berpecah belah. Pihak kerajaan telah
bercampurtangan dan mengambil alih pengurusan sekolah ini. Pada masa itu Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan.
Pada tahun 1974, sekolah ini telah didaftarkan sebagai SJK(T) Perak Sangeetha Sabah
oleh Jabatan Pendaftaran sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Tanahnya adalah milik
Kertapi Tanah Melayu Berhad. Ia bermula dengan rasminya sebagai sebuah Institusi
Pendidikan dengan sebuah kelas bersama 15 orang murid dan 3 orang guru.
Selepas perjuangan sekian lama oleh pihak sekolah dan PIBG akhirnya sekolah ini
telah berkembang dari masa ke semasa dengan peningkatan murid dan staf sekolah.
Bangunan sekolah juga telah diubahsuai dan ditambah dengan bilangan kelas.
Terletak kira-kira 2 km dari Bandaraya Ipoh, ia merupakan sebuah sekolah di bawah
pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Selama 82 tahun beroperasi sekolah ini
telah ditadbir oleh 13 orang Guru Besar. (Rujuk Lampiran 1)
Selepas Puan D.Pathmani ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar yang ke- 13
pada Desember 2005 banyak perubahan telah dibuat. Pembinaan bangunan baru gantian
penuh bermula pada bulan September 2009 dan berakhir pada bulan November 2010.
Pencapaian sekolah dalam bidang akademik juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2010 SJK(T) Sangeetha Sabah telah menerima Sijil Anugerah Lompatan Saujana dari

Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mencapai keputusan yang cemerlang dan


menunjukkan prestasi yang meningkat dalam keputusan UPSR.
Dalam masa Puan D.Pathmani menjdai Guru Besar sekolah ini juga telah membina
bangunan baru tiga tingkat (Rujuk Gambar 1) dan jumlah murid juga meningkat. Pencapaian
sekolah ini terus meningkat setiap tahun dengan usaha gigih beliau dan guru-guru sekolah ini.

Gambar 1: Pintu Depan Bangunan 3 Tingkat SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh.
Pengganti beliau sebagai guru besar ke-14 ialah Puan Santhrika Appu yang menabur
bakti mulai September 2014 sehingga sekarang. Dalam masa dua tahun ini beliau juga telah
membuat banyak perubahan dari segi peningkatan akademik dan juga infrastruktur.

1.1.2 Visi dan Misi


Dalam memastikan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh, dan warganya bergerak
dalam landasan matlamat dan halatuju yang sama, penghayatan dan kejelasan terhadap misi
dan visi sekolah diberi perhatian utama .
Visi dan misi sekolah ini seiring dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Visi sekolah : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Misi sekolah : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

1.1.3 Objektif

Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah dengan menguasai


kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis.
i.

Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik dengan menguasai kemahiran

ii.
iii.

belajar dan berfikir.


Memberi peluang kepada murid meluangkan masa dengan berfaedah.
Melahirkan murid yang cergas , serba boleh dan berketerampilan

1.1.4 Falsafah Dan Nilai


Falsafah Pendidikan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah adalah memberi tumpuan penuh
terhadap kurikulum, kokurikulum dan sahsiah setiap murid. Ia merupakan satu usaha
berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang,
terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar yang
berpotensi kearah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan
bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
1.1.5 Piagam pelanggan
Piagam pelanggan juga perlu disediakan sebagai panduan organisasi untuk memberi
perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Piagam pelanggan ialah satu komitmen

bertulis terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatannya. Ia bukan hanya memberi


tumpuan kepada peningkatan kualiti dan produktiviti tetapi juga kepada perubahan sikap
anggota dan melahirkan anggota-anggota yang lebih berdisiplin, beretika, bertanggungjawab
dan prihatin.
Dalam menuju kecemerlangan sekolah pihak kepimpinan sekolah telah merangka
pernyataan piagam pelanggan sebagai kata janji untuk memenuhi kehendak dan keperluan
para pelanggan sekolah. Piagam Pelanggan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah adalah seperti
berikut:Warga SJK(T) Perak Sangeetha Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk bersama mencapai kejayaan
yang dicitakan. Dengan itu kami akan:

i.

Mematuhi segala peraturan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan

ii.
iii.

Pendidikan Perak dan Kementeriaan Pendidikan Malaysia.


Membasmi Buta 3M sehingga ZERO DEFECT
Selalu mengamalkan hubungan TIGA HALA (Guru, Ibu bapa dan Murid) yang

iv.

sihat untuk kemajuan murid dan sekolah.


Sentiasa bersedia dan sanggup berkorban serta menerima pandangan, cadangan
dan syor yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi sekolah
pada keseluruhannya,

1.1.6 Lencana sekolah

Lencana sekolah yang bermoto Kalviyee vaalvo yang bermaksud Pendidikan


Tunjang Kehidupan adalah hasil rekaan oleh En.K.Karuppiah Guru Besar yang kedua dan
telah menjadi kebanggaan warga sekolah.
Huraian Lambang Lencana SJK(T) Perak Sangeetha Sabah
i.
ii.
iii.
iv.

Lambang Veenai
- muzik
Lambang Buku
- Menjunjung budaya ilmu dalam pembangunan insan terdidik.
Warna biru
- Melahirkan genarasi seimbang dan harmonis darisegi semua aspek JERIS .
Warna merah
- Melahirkan murid yang berani menghadapi cabaran kearah kurikulum dan
kokurikulum.

1.1.7 Moto
SJK(T) Perak Sangeetha Sabah menjunjung moto sekolah iaitu Kalviyee vaalvo yang
bermaksud Pendidikan Tunjang Kehidupan.

1.1.8 Lagu
Lagu rasmi sekolah telah diilhamkan oleh En.K.Karuppiah dan beliau sendiri telah
menggabungkan muziknya.
Lagu sekolah SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh.
Vaalga enggal palliye
Valarga enggal palliye
Veenai chinna naathaththoodu
Vetri kaaddum palliye
Vaalvai uyarththum palliye
Olukkam, anbil uyarnthu oonggum
Unnai uyarththum palliye
Paluthillaatha palliye
Paaril uyarntha palliyee
Annai moliyum aanggilamum
Aalum moliyum payiluvoom
Annai thanthai guruvinoodu
Arasar poodra uyaruvoom
Pongkuth thamil kalviyuuddum
Punithamaana palliye
Sangeetha sabah enum
Sanggath thamil palliyee.

1.1.9 Struktur Organisasi


Struktur Organisasi SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh, terdiri daripada 16 orang
pentadbir diketuai oleh Puan Santhrika Appu (Guru Besar, DG44) dengan dibantu oleh tiga

orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran Puan S.Sahunthala, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Puan Lourde Mary dan Penolong Kanan Kokurikulum Puan
Sumathi. Senarai nama guru, carta organisasi kurikulum, HEM dan kokurikulum boleh
dirujuk dalam Lampiran 2.
1.1.10 Lokasi sekolah berserta lakaran
SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh.terletak 2km dari Bandaraya Ipoh.

Rajah 1: Lokasi Kedudukan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, Ipoh.,


Ipoh.
1.1.11 Kemudahan di sekolah
SJK(T) Perak Sangeetha Sabah dilengkapi dengan kemudahan fizikal dan prasarana
yang mencukupi dengan statusnya sebagai sebuah sekolah rendah. Sekolah ini terdiri dari
1 blog bangunan 3 tingkat untuk urusan pentadbiran. Bangunan ini merupakan bangunan
baru yang dibina dan dirasmikan oleh pegawai-pegawai JPN Perak, AJK PIBG, guruguru, wakil persatuan murid-murid tua dan ibubapa pada 26.11.2010. Sekolah telah
dibuka dengan rasminya oleh Yang Bahagia Dato Seri Dr.S.Samyvellu (Presiden MIC)
pada 9.12.2010 (Khamis).
Antara kemudahan yang terdapat adalah seperti berikut:BIL.
1.
2.
3.

KEMUDAHAN
Bilik Guru Besar & Pejabat
Bilik Penolong Kanan
Bilik Gerakan

UNIT
1
1
1

BIL.
9.
10.
11.

KEMUDAHAN
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Pemulihan
Makmal Sains

UNIT
1
1
1

4.
5.
6.
7
8.

Makmal Komputer
Bilik Guru
Tandas Guru Lelaki
Tandas Guru perempuan
Bilik Buku Teks (BOSS)

1
1
1
1
1

12.
13.
14.
15.

Kantin
Pondok Jaga
Stor Sukan (PJ)
Bilik Darjah

1
1
1
8

Sekolah tidak mempunyai kemudahan padang. Sekolah menggunakan padang


Keretapi Tanah Melayu yang terletak sebelah sekolah untuk mengadakan aktiviti Pendidikan
Jasmani dan Kejohanan Sukan Sekolah. Gambar 2, menunjukkan murid-murid bersukan di
padang Keretapi Tanah Melayu, Ipoh.

Gambar 2: Padang Keretapi Tanah Melayu, Ipoh.


1.1.12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Peranan PIBG bagi sesebuah sekolah adalah sangat penting untuk peningkatan
prestasi kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah murid. Bagi sekolah SJK(T) PSS, tidak
dinafikan PIBG telah banyak membantu organisasi pentadbiran dalam peningkatan kualiti
pendidikan keseluruhannya.
Matlamat penubuhan PIBG sekolah ini adalah untuk membangunkan sekolah dan
menjalin kerjasama dengan masyarakat setempat di samping menjamin murid-murid
memperolehi faedah yang minimum dapat kemudahan - kemudahan pelajaran mereka.
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2016 / 2017 boleh dirujuk dalam Lampiran
3.

1.2 Data / Statistik


1.2.1 Enrolmen murid

Sekolah mempunyai 6 kelas dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Jumlah murid sekolah ini
berdasarkan enrolmen bulan 30 Jun 2016 adalah seramai 227 orang. Pecahan mengikut
darjag dan jantina adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Endrolmen murid mengiku darjah dan jantina.
Darjah
1 Sinar
2 Sinar
3 Sinar
4 Sinar
4 Suria
5 sinar
5 Suria
6 Sinar
6 suria
Jumlah

Lelaki
Perempuan
Jumlah
34
4
34
24
9
33
21
15
36
16
7
23
16
7
22
18
2
20
19
1
20
10
12
22
13
4
17
166
61
227
(Sumber: Data Pengesahan Data Sekolah 30 Jun 2016)

1.2.2 Bilangan staf


Pentadbiran sekolah ini dipimpin oleh Guru Besar Puan Santhrika Appu yang mula
bertugas di sekolah ini mulai September 2014. Beliau merupakan guru besar yang ke-14.
Beliau dibantu oleh 3 orang guru penolong kanan 13 orang guru, seorang Pembantu
Tadbir dan 2 orang jaga. Senarai nama guru dan staf boleh dirujuk Lampiran 4.
1.2.3 Pencapaian akademik / kokurikulum
Pencapaian akademik
Pencapaian akademik pada keseluruhannya adalah baik. Tetapi keputuan peperiksaan
UPSR pada tahun 2015 tidak begitu memuaskan. Jadual 2 dibawah menunjukkan
keputusan UPSR bagi lima tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2015. Manakala, Jadual 3,
menunjukkan keputusan UPSR mengikut matapelajaran.
Jadual 2: Keputusan Peperiksaan UPSR 2011 2015
Tahu

Bil.

Cemerlan

Peratus

Bil.

Peratu

Peratus

Calon

Cemerlan

Lulu

Belum

7A

Lulus

Menguasa

5.71
0.00

ABC
22
19

ABC
62.86
76.00

i
37.14
24.00

2011
2012

35
25

2
0

GPS

2.21
2.14

2013
2014
2015

23
25
24

1
1
1

4.35
4.00
4.17

14
17
11

60.87
68.00
45.83

39.13
32.00
54.17

2.38
2.20
2.83

Jadual 3 :Pencapaian murid mengikut matapelajaran.


Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

KOD

MATA PELAJARAN

2011

2012

2013

2014

2015

031

B.Malaysia (SJK)

81%

80%

62%

80%

54.17

Ujian Pemahaman
032

B.Malaysia (SJK)

%
78%

88%

70%

84%

Ujian Penulisan
034

B.Inggeris

79.17
%

97%

100%

91%

96%

62.50
%

035

Matematik

100%

100%

100%

96%

79.17
%

036

B.Tamil(Pemahaman)

100%

96%

100%

96%

83.33
%

037

B.Tamil(Penulisan)

81%

92%

65%

80%

70.83
%

038

Sains

94%

92%

74%

72%

75%

Keputusan UPSR 2015 adalah seorang murid telah mendapat 7A, seorang murid telah
mendapat 6A1C, seorang murid telah mendapat 5A1B1C, tiga orang murid telah
mendapat 3A dan seramai 11 orang murid telah lulus penuh.Walaupun ada penurunan
berbanding dengan tahun 2014 (rujuk jadual 2) Guru Besar berharap sekolah ini akan
dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPPSR 2016 kelak.
Bagi meningkatkan prestasi UPSR tahun 2016 Puan Santhrika Appu sedang
melaksanakan banyak program akademik. Antaranya adalah kelas tambahan selepas
sekolah dan hari Sabtu, program Pecutan selepas sekolah, program motivasi bersama
PIBG , teknik menjawab soalan dan sebagainya. Selin daripada ini aktiviti-aktiviti lain
juga dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi pembantu meningkatkan peningkatkan prestasi

sekolah.(Rujuk Lampiran 3) Guru-guru sekolah ini juga memberi kerjasama yang bagus
untuk menjayakan segala program ini.
Pencapaian kokurikulum
Pencapaian kokurikulum SJK(T) PSS, tertumpu kepada olahraga dan koakademik.
Ada juga penglibatan murid dalam Pertandingan Koakademik. Menurut PK Korikulum
Puan S. Sumathi guru-guru sekolah ini melatih peserta pertandingan dengan bersungguhsungguh. Pencapaiannya boleh dirujuk dalam Jadual 5 di bawah.
Jadual 5 Pencapaian murid Dalam Koakademik
Bil

Jenis pertandingan

Peringkat

.
1.
Bercerita BM Tahap 1
Daerah
2.
Bercerita BM Tahap 2
Daerah
3.
Teater solo BM
Daerah
4.
Story Telling Science
Kelompok
5.
Story Telling Level 2
Kelompok
6.
Public Speaking L2
Daerah
7.
Teka Silang Kata
Kelompok
1.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini.

Kedudukan
Penyertaan
Penyertaan
Penyertaan
Kedua
Kedua
Penyertaan
Ketiga

Pada keseluruhannya ada kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan juga HEM. Kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum
boleh dirujuk jadual di atas. Selain daripaa itu pada tahun ini seorang murid telah
mendapat Tokoh Nilam 2016 Kelompok PKG Sungai Pari. Murid bernama Thuyanan A/L
M.Selvam mendapat tempat ketiga dalam Kategori Bahasa Inggeris.
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama antara barisan kepimpinan sekolah dengan
guru-guru dan staf sokongan yang bersama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan
visi dan misi sekolah dapat dicapai.
1.2.5 Projek yang dilaksanakan.
Terdapat banyak projek yang dilaksanakan pada masa kini untuk meningkatkan
prestasi murid-murid ke tahap pencapaian yang tinggi. Antaraya adalah seperti berikut:i.

Program Membaca
Hari pelaksanaan

Selasa, Rabu dan Khamis.

ii.

iii.

Masa pelaksanaan
7.20pg. - 7.40pg.
Tindakan
Semua guru
Program Pecutan
Hari pelaksanaan
- Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Masa pelaksanaan
1.20tgh. - 1.45tgh.
Tindakan
Semua guru
Kelas Yoga
Semua murid terlibat. Dikendalikan oleh Arulselvar Sambasivam Chinnid dari
Vethathin Manavalakalai Naduvam dari Taman Pertama, Ipoh. Program ini
dijalankan pada setiap Jumaat pagi jam 7.10 - 7.40 pagi di tapak perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai