Anda di halaman 1dari 2

Kenali Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak

SKKGB GEMILANG DAN TERBILANG


SEANTERO DUNIA

Pada 16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed


yang ketika itu sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah
Kebangsaan Langkap, Setiu telah datang melapor diri di sekolah
ini. Pada masa itu keadaan fizikal sekolah ini telah siap
sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain masih belum
tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara
berperingkat-peringkat.
Seterusnya pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias
iaitu Pembantu Tadbir ( N9 ) datang melapor diri bersama Encik
Saide bin Sidek sebagai Pembantu Am Rendah ( PAR ).
Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik Besar bin
Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah
dan akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru
telah datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.
Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari
1999 dengan bilangan murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1
hingga 5. Sebelum kedatangan murid ke sekolah ini, guru-guru
dan staf sokongan telah bergotong-royong membuat persiapan
bilik darjah dan persiapan fizikal yang lain. Seterusnya pada 26
Januari 1999 satu Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah

diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh Encik Abd.


Hamid bin Abd. Rahman ( Jurutera Daerah ), Encik Mohd Najib
dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala
Terengganu dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir
bersama.

Anda mungkin juga menyukai