Anda di halaman 1dari 4

TEKS

PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN JAMUAN RAYA 2022




Semua murid diminta untuk berada di dalam keadaan senyap kerana majlis bakal
dimulai

(Music opening)

Mengumumkan perarakan masuk guru yang diraikan CIKGU FADZIL BIN OTHMAN
diiringin barisan Pentadbir SMK Mengkuang yang diketuai Puan Hamidah Bt Jailani
Pengetua SMK Mengkuang masuk ke dalam dewan .

(Guru-guru mengambil tempat)

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara


Yang Diraikan , Cikgu Fadzil Bin Othman
Yang Berusaha , Pengetua SMK Mengkuang Puan Hamidah Binti Jailani
Yang Berusaha , Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Zulkarnain Bin Ramli
Yang Berusaha , Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar , Encik Mohamed Mohainuddin
Bin Md Hanipa
Yang Berusaha , Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Mahadir Bin Harun
Yang Berusaha , Penolong Kanan Pendidikan Khas , Puan Junaini Binti __________

Barisan Guru Kanan , Guru-guru dan seterusnya para pelajar yang dikasihi dan
dirahmati sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada hadirin hadirat yang dimuliakan ke MAJLIS KASIH
DISEMAI BAKTI DITUAI SEMPENA PERSARAAN GURU TERSAYANG WARGA SMK
MENGKUANG EN FADZIL BIN OTHMAN.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan silat yang
dipersembahkan oleh saudari _______________

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan saudara ______________________ untuk
mengetuai bacaan doa .

Amin Amin ya rabbal al amin , majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi .

Hadirin sidang dewan sekalian ,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar untuk itu dijemput
Saudari _________________ selaku Pen. Ketua Pelajar untuk memberikan ucapan
khas sempena persaraan Cg Fadzil yang dikasihi.


Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Salam kasih diucapkan kepada saudari _____________ atas mutiara kata yang
disampaikan .


Agenda majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ucapan penghargaan mewakili
guru SMK Mengkuang , untuk itu dijemput En __________________ majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan .

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampai ucapan sebentar
tadi .


Burung serindit di perdu peria
Terbang di langit menuju barat
Persembahan sajak telah tersedia
Buat tatapan hadirin hadirat

Untuk itu dijemput saudari _______________ untuk mendeklamasikan sajak

Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan buat saudari ____________ atas
penyampaian sajak sebentar tadi

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pantun yang disampaikan oleh saudara
____________ , dipersilakan




Pergi ke kota bertemu kekasih,
Sayang si dara berbekal halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Tidak lengkaplah majlis tanpa ucapan tuan rumah , dijemput Puan Pengetua Puan
Hamidah binti Jailani untuk menyampaikan sepatah dua sebagai madah
penghargaan.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis diteruskan lagi dengan disaksikan persembahan dari unit PPKI dengan segala
hormatnya dipersilakan

Jutaan terima kasih diucapkan atas persembahan yang bersemangat sebentar tadi

Perjalanan majlis kita diteruskan lagi dengan nyanyian lagu berjudul Tak Ingin Usai
dan Memori Bercipta yang bakal dipeerdengarkan oleh Saudari Putri , Fatin Dan Iffah
Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas nyanyian merdu sebentar tadi.

Pohon jadi tempat kelisi
Merbah bersarang di dahan melati
Kami sembahkan tayangan informasi

Marilah sama-sama kita menghayati tayangan multimedia yang bakal ditayangkan.

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang diraikan Cg Fadzil Bin Othman dan
seterusnya mendeklamasikan sebuah sajak yang direka khas oleh beliau sendiri
Majlis dengan penuh takzimnya dipersilakan

Titisan air mata jantan yang jatuh menanda betapa sayangnya dan kasihnya dibumi
mengkuang ini , diharapkan segala amanat dan harapan yang diberikan tersemat dan
menjadi pasak dalam meniti arus pendidikan di sini.

Majlis diteruskan lagi upacara pemotongan kek oleh itu dijemput cg fadzil diiringin
barisan pentadbir untuk menyempurnakannya.

Terima Kasih atas kesudian barisan pentadbir mengiringi cg fadzil.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderemata dari warga SMK
Mengkuang untuk itu dijemput Puan Pengetua mengiringi cg Fadzil untuk menerima

Dijemput ( BACA IKUT SENARAI NAMA HADIAH )

Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini yang penuh memori ini , rindu yang
bakal tiada ubat ini hanya mampu dirawat dengan imbasan gambar sebagai
kenangan.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian Wabillah Hitaufiq Wahidayah Wasssalamualaikum Warahmatullahhi
Wabarakatuh

(Perhatian kepada semua murid lelaki anda diminta untuk berdiri dengan tertib dan
bebaris untuk bersalaman dengan cg fadzil sebagai tanda penghormatan)

Anda mungkin juga menyukai